Bab 1 - Mimpi Panas

Mature Content Series 5804

HUKUM perkahwinan ada lima bahagian iaitu harus, wajib, sunat, makruh dan haram. Wajib, apabila seseorang lelaki telah berkemampuan dan mempunyai keinginan nafsu syahwat yang tidak boleh dikawal. Sekiranya tidak berkahwin dibimbangi ia akan melakukan zina dan terjerumus kepada kebinasaan. Menurut pendapat jumhur ahli zahir yang berpegang pada zahir hadiis nikah adalah wajib.

Keluhan kedengaran daripada mulut Khair. Dia tahu dia jatuh pada yang wajib kerana kadang-kadang dia gagal mengawal rasa nafsunya lebih lagi bila dia sudah bertemu dengan penolong setiausahanya yang baru.

Kenalan Puan Sri Dewi, mamanya.

“Kenapa ni? Kau pun kawallah diri tu. Dah macam pervert,” marah Khair dan matanya memandang ke arah seluarnya. Serabut dia memikirkan masalahnya ini.

“Jadi kena kahwin ke? Tapi, dengan siapa? Bukan niat aku betul pun,” bicara Khair sendirian. Sakit kepalanya memikirkan apa yang dia buat kini.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk,” arah Khair dan membetulkan posisi badannya. Gugur jantungnya melihat penolong setiausahanya yang baru melangkah masuk ke dalam biliknya.

Tanpa senyuman hanya wajah serius. “Semua dah tunggu dekat bilik mesyuarat. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

Khair telan liur. Ni bukan cinta, ni cuma nafsu je, bisik hati kecilnya. Lalu, dia menggeleng sambil bangun dengan wajah garangnya. Sekali lagi dia cuba mengawal yang bernama nafsu bila bersama dengan wanita ini.

“FUH…”

Desahan halus terlepas daripada bibir Khair. Tubuhnya memberikan satu reaksi dan respons yang sangat membuatkan dia dalam penuh kenikmatan. Dia teruja dengan apa yang dia rasa, rasa ini sangat dalam dan…

Perlahan dia memandang wajah yang ditutupi dengan rambut separas bahu yang sedang berhadapan dengannya. Suaranya sangat manja, pergerakan mereka selari dan nafas juga seakan-akan bersatu.

Semua ini makin menggila.

“Kejap…” Suara rengekan manja itu membuatkan Khair terhenti seketika daripada melayani perasaannya dengan memandang tubuh badan wanita itu. Dia menyelak rambut wanita di hadapannya ini kerana suara wanita itu dia pernah dengar sebelum ini dan kenal benar.

Pandangannya terus jatuh pada wajah yang samar-samar diterangi cahaya malap. Nafasnya terus terhenti.

Armel?

Pembantu setiausahanya yang selama ini diam sahaja dan susah betul untuk didekati walau mamanya sering mengenenkan mereka.

Wajahnya malam tu nampak lain sangat. Bibirnya terbuka sedikit, matanya redup penuh ghairah, dan peluh yang menitis di dahi buat dia nampak makin menggoda. Rambut hitamnya kusut tak terurus, tapi entah kenapa... makin buat Khair lemah.

“Kenapa berhenti?” tanya Armel dengan pandangan yang sayu dan penuh menggoda.

Khair diam.
Jantungnya hampir nak meletup, Khair terjaga daripada tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap, peluh dingin mengalir deras di dahinya. Dia cuba sedar sepenuhnya. Ya, dia di biliknya sendiri. Gelap dan sunyi.

Dan, dia sendiri. Tiada siapa-siapa.

“Sial! Kenapa aku boleh mimpi benda macam ni lagi?!” marahnya sendiri sambil menggosok wajah.

Armel? Betul ke tadi tu Armel?

Dia terus bangun, langkah kaki lemah menuju bilik air. Sambil tu, maki-hamun tak berhenti dari mulutnya. Harap air sejuk dapat mendamaikan hatinya dan mungkin boleh menyurutkan rasa nafsunya. Juga, mandi wajib.

Tapi, makin dia cuba lupakannya, makin jelas bayangan wajah Armel tu muncul dalam kepalanya. Nafasnya makin berat. Tubuhnya... kembali memberikan reaksi.

“Bodohlah,” gumamnya lagi. Dia tahu dia tak boleh terus hanyut dalam mimpi bodoh tu. Tapi tubuh dan mindanya macam tak nak bekerjasama.

Masalahnya... ini bukan kali pertama!

“MORNING anak mama,” tegur Puan Sri Dewi yang sentiasa ceria menyambut anak-anak dan suaminya. Ini yang membuatkan Khair Yusof untuk kekal berada di dalam rumah ini. Punya mama yang sangat positif dan sangat penyayang.

Khair mengenyitkan matanya kepada Puan Sri Dewi dan terus meneguk air kopi hitam hasil tangan mamanya. “Argh, sedap.”

Puan Sri Dewi senyum mengendeng. “Handsome anak mama ni. Kenyit mata macam tu gugur iman anak-anak gadis kat luar tu. Ni kenapa muka macam tak cukup tidur. Serabut je mama tengok?”

“Ni mesti serabut putus cinta. Eh, macam mana nak putus cinta kalau tak bercinta kan. Dah orang ingat kau gay,” sampuk Khair Yuszran yang geram saja melihat mamanya suka memuji abangnya itu. Dia tidak cemburu cuma tidak sesuai dengan abangnya yang garang itu dengan sifat manja mamanya.

“Khair Yuszran, language!” tegas Puan Sri Dewi sambil menjeling anak bongsunya itu.

Tergelak kecil Khair Yuszran sambil membuat tangan memohon maaf. Khair hanya mengangguk dan meneguk sampai habis air kopi kegemarannya itu. Mahu saja dia jerit yang dia itu lurus orangnya sampai sudah tidak terkawal.

“Kau tu yang gay. Mana ada lelaki nak buat rawatan muka, kuku, kulit. Kau fikir aku tak tahu?” balas Khair sambil mengunyah roti dan telur yang disediakan oleh mamanya.

Jelingan maut diberikan oleh Khair Yuszran. “Ni namanya menjaga penampilan. Mama tengoklah abang.”

“Mama dah tengok selama 30 tahun dah. Kau tu je baru tengok aku. Siap kau kalau aku jumpa kau kat Grindr.” Sinis saja Khair Yusof membalas. Geram pula dia dengan adik dia yang manja ini. Kesayangan papanya.

“Eh, kau kahwinlah. Umur pun dah 30 tahun sebab tu ramai soksek kata kau tu gay tau,” balas Khair Yuszran geram. Walau dia tahu abangnya ini orang yang sangat baik tetapi sengaja memeriahkan suasana di meja makan.

Puan Sri Dewi tersenyum. “Adik doalah kat abang. Insya-Allah. Mama selalu doa abang akan buka pintu hati abang. Berkahwin itu ibadat terpanjang dalam hidup tahu tak. Dengan mama papa memang ibadat juga tapi ni melibatkan perasaan dan keinginan untuk bersama.”

“Seronok tau kahwin. Lagi-lagi kalau jodoh tu keluarga yang carikan sebab orang tua mana nak anak-anak dia tak bahagia. Lebih lagi mama abang ni, kan Khair Yusof?” Tan Sri Malik terus duduk di kerusinya sambil tersenyum memandang isterinya.

Wanita yang paling dia cinta. Wanita paling sempurna.

Hati Khair Yusof tersentuh melihat hubungan mama dan papanya walaupun sudah melepasi 31 tahun hidup bersama mereka sangat saling mencintai. Walhal, dia masih begini menahan nafsunya.

“Baik, mama dan papa. Apa saja, Khair okey je.” Terus saja Khair Yusof bangun dan bersalaman dengan orang tuanya dan adiknya. Sengaja dia meninggalkan tanda tanya begitu kepada mereka. Ya, dia mahu berkahwin. Kalau boleh esok atau malam ini kerana dia takut mimpi itu datang lagi.

Ya, seronok. Itu mimpi, kalau kenyataan…

Dan dengan itu, enjin keretanya berbunyi, meninggalkan rumah yang penuh dengan cinta dan... memori mimpi yang belum mahu hilang dari kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience