PROLOG

Romance Series 2839

TEPUKAN gemuruh menyambut ketibaan para tetamu VIP yang hadir ke bilik persidangan syarikat korporat MNC Group Holdings Berhad. Hari ini berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian usahasama di antara dua buah syarikat gergasi. Dengan termeterainya jalinan kerjasama sebentar lagi akan meluaskan empayar serta memberi keuntungan buat kedua-dua syarikat.

Selaku Naib Presiden di syarikat korporat ternama tersebut, Ivy Clarissa Chen si jelita yang anggun penuh bergaya sentiasa berdiri rapat di sisi papanya Datuk Michael Chen yang juga Presiden MNC Group Holdings Berhad. Mereka berdua amat berbesar hati menerima kunjungan hormat para wakil dari syarikat besar yang akan bekerjasama dengan mereka kelak.

“Their Chairman was my old friend. And I heard his eldest son just came back,” ujar Datuk Michael penuh makna kepada anak perempuan kesayangannya.

Ivy mendengar kata-kata papanya itu tanpa sebarang riak. Sekadar senyuman tipis dipamerkan. Realitinya dia tidak berminat langsung untuk diperkenalkan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Saat barisan para tetamu kehormat yang baru tiba itu melangkah seorang demi seorang memperkenalkan diri, Ivy mempamerkan mimik wajah yang cukup manis serta bersalaman mesra dengan para wakil pengurusan tertinggi syarikat tersebut. Sebagai orang terpenting dalam syarikatnya, Ivy harus sentiasa menunjukkan imej yang profesional.

Bagaimana pun, senyuman yang menghiasi di bibir Ivy perlahan-lahan menghilang seketika kemudian apabila salah seorang tetamu yang berada dalam kalangan perwakilan syarikat usahasama tersebut diperkenalkan kepadanya.

“…this is our Assistant Director, Mr. Azriel Elhan.”

Tika itu tona wajah Ivy benar-benar berubah. Ada kejutan yang menghiasi riak mukanya. Seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat.

‘Azriel Elhan.’

Nama itu bergema di seluruh ruang hati Ivy. Saat tangan kanannya dipaut lelaki tampan dalam sut formal yang penuh bergaya itu, Ivy dapat rasakan jari-jemarinya bagai membeku kedinginan. Debaran kencang turut berdetak hebat di dada.

Tidak. Dia tidak menduga pertemuan mereka berdua akan berlaku hari ini, di sini dan pada ketika ini.

“Mr. Azriel, this is our Vice President Ms Ivy Chen. She’s the only daughter to Datuk Michael Chen.”

Lelaki muda dan tampan itu mengangguk bersama olesan senyuman menghiasi wajahnya. Jika tidak diperkenalkan pun dia memang sudah tahu sangat siapakah gerangan wanita yang berdiri setentang dengannya ketika ini.

“Nice to meet you, Ms Ivy. Or should I call you Mrs. Az-“

“Nice to meet you too, Mr. Azriel.”

Laju Ivy memintas kata-kata lelaki di hadapannya sebelum sempat lelaki itu menghabiskan hujung ayatnya.

Lelaki itu berdesis. Sinis. Reaksi Ivy membuatkan ruang hatinya seolah-olah menggelegak dipenuhi api kemarahan yang menyala dan berbahang. Namun, sedaya mungkin cuba ditahan dengan penuh sabar rasa yang membara itu apabila mengenangkan di mana mereka berdua sedang berada.

Dan sepanjang majlis menandatangani perjanjian usahasama yang berlangsung sebentar kemudian, Ivy tetap diam di sisi papanya. Berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku. Sesekali dia berbicara dan mengukir senyuman hanya apabila perlu.

Hakikat sebenar perasaan Ivy ketika itu benar-benar tidak tenang. Dia berharap majlis yang berlangsung akan segera tamat. Tidak selesa apabila menyedari sepasang mata milik lelaki tampan tadi asyik merenung dengan pandangan tajam ke arahnya. Dan saat renungan itu bertaut dengan matanya, Ivy bertambah tidak keruan. Fokusnya terhadap majlis yang berlangsung terus hilang.

Ah. Kenapa lelaki itu harus muncul pada waktu dan ketika ini? Dia tidak mahu sesiapa tahu apakah kaitan antara dirinya dengan lelaki itu. Paling penting sekali, Ivy tidak ingin semua orang tahu berkenaan jalinan hubungan sebenar mereka berdua.

Seusai sesi menandatangani perjanjian usahasama tamat, Ivy cepat-cepat meminta diri dengan memberi alasan ingin ke ‘ladies room’. Tanpa menyedari senyap-senyap dia diekori seseorang.

Azriel yang sedari tadi tidak lepas dari memandang setiap inci gerak-geri Ivy melajukan derap langkahnya menghampiri wanita itu. Dia menggunakan peluang tersebut untuk bersemuka dengan Ivy. Peluang yang sudah terlalu lama dinantikan.

Tiba di satu sudut yang agak tersorok dari laluan utama, tanpa Ivy sempat berbuat apa-apa tubuhnya ditarik dan didorong ke ruangan suram dan gelap itu. Ivy meronta cuba melepaskan diri. Namun, Azriel menggunakan kelebihan saiz tubuhnya yang lebih sasa untuk menghalang. Dia merentangkan kedua belah tangannya ke dinding mengunci pergerakan Ivy.

Deruan nafas Azriel berhembus kasar mengenai wajah. Pandangan yang menikam ke tunak mata membuatkan Ivy hilang arah. Terlupa seketika pada sekeliling. Entah mengapa momen itu bagai mengembalikan memori waktu dulu. Waktu ketika dia dan lelaki ini masih dilamun bahagia.

“Ivy Clarissa… sayang abang…”

Panggilan itu menggetarkan seluruh jiwa raga Ivy. Dia cuba menepis rasa yang bertandang di jiwa. Rasa yang sudah lama dia padam dan lenyapkan. Namun, sepertinya batinnya saat ini tidak ingin bekerjasama. Ivy menggeleng laju. Menafikan kenyataan itu. Dia harus bertegas dengan keputusannya.

“Azriel Elhan, please lupakan I. Tinggalkan I. Ceraikan I!”

“Why should I??” Azriel meningkah.

“Sebab I bukan lagi isteri you. Tamatkan hubungan kita secara rasmi sebelum orang lain dapat tahu. Kita tak akan ada apa-apa kaitan lagi.”

Azriel menghela nafas yang berat. Bukan ini yang dia harapkan dalam pertemuan semula mereka.

“I takkan ceraikan you. No matter what!”

“Up to you. Perkahwinan kita dah tak ada.” Bersahaja Ivy membalas.

“Perkahwinan kita masih ada. You masih isteri I, Ivy. Dan I masih suami you. Tak akan ada apa yang berubah!”

“Kalau begitu, you jadilah suami I hanya di atas kertas. That’s it!”

Seraya Ivy menolak kasar tubuh Azriel. Lalu dia melangkah meninggalkan lelaki itu yang masih terpinga-pinga di sudut berkenaan sendirian.

Dan seperti tempoh tiga tahun lalu, Azriel terpaku di kedudukan yang sama. Melihat bayang Ivy perlahan-lahan lenyap dari pandangannya. Tanpa sebuah jawapan pasti kenapa dan mengapa dia ditinggalkan sebegitu.

Hai. Thanks kepada pembaca yang singgah ke karya terbaru author. Really appreciated!

Share this novel

Norzalina Mehat
2025-07-23 03:10:08 

wow tahniah karya baru

DHIA AMIRA.
2025-07-22 14:41:17 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience