BAB 44: Ruang Putih

Thriller Series 558

BAB 44:Ruang Putih.

MALAM tu syarikat penerbitan akhbar BONGKAR telah mengadakan majlis makan malam buat sidang redaksi staf dan wartawan di sebuah hotel dekat ibukota.

Sambutan yang di adakan sungguh meriah. Mereka datang dengan membawa ahli keluarga dan anak-anak.

"Uhuhu sodip..sodip..iya memang bagus jikalau syarikat BONGKAR nak anjurkan majlis makan malam cenggini secara kerap. Uhuhu kalo boleh bior le buat tiap malam minggu..sekian"wartawan Yeob dah comot-comot mulut dan pipi menonyoh pelbagai menu hidangan yang di sediakan.

"Haih kalau nak anjur tiap hujung minggu boleh lingkup le kompeni Yeob..makan bajet jugak ni. Bertambah botak la kepala Encik Ghani nanti"kata Kak Husna.

"Hahaha..kawan tu dah tinggal sideburn je kiri kanan Yeob"tambah Yana pula.

Mereka duduk di meja besar beramai-ramai. Masing-masing bawak anak isteri.

"Buhuhu..iya alang-alang kepala Encik Ghani pun memang dah botak licin cenggitu,apa salahnya kalau sideburn kiri kanan dia pun bior gugur sekali semua haa? Huhuhu barulah bersih sikit..sekian"

Hshahahaha

Wartawan Yeob makan polok-polok sampai terpaksa di tegur oleh orang rumahnya sendiri.

"Haa aah makan tu biar lah elok-elok sikit abang..tercekik nanti baru tau"nasihat Asyika,iaitu isteri Yeob Maon yang sedang memangku anak kecil.

"Huu?uhuhu iya stail aku makan memang cengginilah walau kat mana-mana pun ya..uhuhu ko yang selalu masak kat rumah pun takkan tak biasa dengan cara aku haa?sekian"wartawan Yeob bercakap dengan isterinya.

"Haa aah kat rumah tak apalah..kat sini orang tengok malulah abang"

"Huu?malu kata ko? Uhuhu iya aku bab-bab makan cenggini mana reti nak malu haa?uhuhu jikalau nak fikir malu makanya perut beso aku yang berlapor..sekian"

"Haih suka hati kat abanglah"

Majlis juga di serikan dengan persembahan dari pemuzik hotel. Harun di lihat duduk semeja dengan beberapa orang wartawan dan staf yang masih bujang.

"Ai dah selesai ke Run?"tanya Rauf. Beliau bertugas sebagai jurueditor di syarikat terbabit.

"Uih kenyang dah ni. Aku ingat nak keluar pergi hisap rokok jap kat kawasan parkir hotel lah"kata Harun lalu bingkas bangun dari kerusi.

"Yelah..nanti aku menyusul"balas Rauf Johari.

ASAP rokok berkepul-kepul di hembus keluar dari mulut Harun. Beliau berdiri menyandar pada pacuan empat roda miliknya di kawasan parkir. Suasana malam agak berangin.

"Nak hujan kot malam ni"fikir Harun sambil meliarkan pandangan ke sekeliling. Terang-benderang di sekitar kawasan hotel berkenaan. Ada garden dan kolam air pancuran yang cantik.

Tiba-tiba Harun baru terperasan akan sesuatu. Di lihatnya seperti ada seseorang sedang berdiri memerhatikannya di balik pokok palma garden hotel. Hanya sahaja di ceruk itu terlindung dari cahaya.

"Siapa pulak ni?"getus hatinya.

Dalam kesamaran antara gelap yang tidak berapa hendak terang itu,Harun terlihat juntaian pakaian lembaga itu beralun di tiup angin. Ia mengenakan sesuatu yang separa dengan lututnya.

"Tak mungkinlah dia.."

Lembaga di balik kegelapan itu susap-sasap pergi ke arah belakang hotel. Harun pun kejarlah dia sehingga terpaksa panjat keluar dari pagar dan terus mengekorinya sehingga tiba di sebuah kawasan gudang kayu.

Suasana agak sunyi di situ. Waktu malam begini,gudang kayu itu tidak beroperasi seperti di siang harinya. Lampu yang di buka pun samar-samar saja terangnya.

Harun berhati-hati memasang langkah sambil terus mengawasi ceruk-ceruk kotak gudang di sekitarnya.

Tiba-tiba muncul satu suara..

"Mana kristal tu? Serahkan semula!"

Harun tersengih.

"Aku dah agak dah..memang engkau rupanya"

Apabila di toleh kelihatanlah orang misteri itu sedang berdiri di atas sebuah muatan kontena.

"Kenapa? kau takut ke? Takut kalau rahsia yang cuba di sembunyikan sampai ke pengetahuan ramai?"Harun sengaja memprovokasi.

"Aku belum pernah jumpa dengan wartawan yang terlampau pemberani macam kau Harun Nasharuddin. Dah banyak perkara yang kau dedahkan tentang aku melalui akhbar tabloid BONGKAR. Akan tetapi kali ni aku terpaksa hentikan kau kerana perbuatan mencuri kristal dekat loteng menara Sri Permata tidak boleh di biarkan begitu sahaja"

Orang misteri terus meluru dan melancarkan serangan ke atas Harun.  Walaubagaimanapun Harun lebih tangkas mengesampingkan diri dan membenam lututnya ke perut orang misteri.

"Ughhhh!"

Orang misteri terpaksa menekup perutnya. Enggan melepaskan peluang yang terhidang di depan mata,Harun pun mengunci ke leher lawannya dengan lengan dari arah belakang.

"Hah nampaknya ini kali kedua kita bergelut selepas kali pertama dekat dalam rumah usang dalam hutan dulu"kata Harun.

Orang misteri meronta-ronta. Dia terpaksa juga untuk akur dan mengakui bahawa wartawan lelaki senior itu bukan sahaja seorang pemberani malah turut memiliki kekuatan fizikal dalam berlawan.

"Cakap! engkau ni siapa sebenarnya? Apa tujuan kau mendiami tapak apartmen Haunted Hills dan mendaratkan piring terbang dekat Zon Projek Highlanders?!"Harun menyoal dalam nada keras mendesak.

Akan tetapi orang misteri juga tidaklah senaif dan semudah itu sahaja untuk di tundukkan. Lalu di bantingnya tubuh Harun ke tanah. Langsung terlepas kekunci lengan Harun di lehernya.

Kemudian di pijaknya ke perut wartawan lelaki itu beberapa kali.

"Arghh!"

Giliran Harun pula mengerang kesakitan. Tubuhnya mulai berasa lemah. Orang misteri menggeledah pakaian Harun. Namun apa yang di carinya belum juga di temui.

"Mana kristal tu?!"

"Puih!"Harun meludah ke muka orang misteri.

"Kau memang sengaja mendesak aku untuk main kasar. Baiklah"

Orang misteri itu pun meraba ke dalam kocek jaket leather panjangnya sebelum membawa keluar sesuatu seperti pistol kecil.

Apabila muncung alat itu di letak di kepala Harun,wartawan itu pun pengsan lalu tidak sedarkan diri lagi.


_____________

PERLAHAN-LAHAN kelopak mata Harun terbuka. Pandangan yang kabur mulai jelas. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di atas katil serba putih,memakai seragam serba putih seperti pesakit di hospital. Dirinya berada dalam ruang yang mana dinding,siling dan lantainya serba memutih.

"Aku..aku dekat mana ni?"getus hati wartawan lelaki itu.

Matanya kuyu dan layu memandang kepada cahaya-cahaya lampu serba putih. Pendek kata dia sedang berada dalam suatu ruangan serba putih.

Harun menampar-nampar ke pipinya serta mencubit-cubit ke lengannya sendiri.

"Aku bukan sedang bermimpi"katanya.

Dia bingkas bangun dari katil lalu memakai sepasang selipar khas yang di sediakan. Harun tidak tahu di manakah dia sedang berada kini. Kakinya mulai melangkah di dalam ruangan serba putih tanpa tingkap itu.


______________

KEHILANGAN Harun hanya di sedari oleh kakitangan staf di pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR setelah dua hari beliau di dapati tidak hadir bekerja dan gagal di hubungi.

Sehinggakan Encik Ghani Rasyid iaitu pengarah urusan syarikat penerbitan BONGKAR telah meminta beberapa orang staf untuk pergi sendiri ke rumah kediaman Harun.

                            *****

TUKK TUKK TUKK!

Sudah puas pintu di ketuk namun tiada jawapan di terima.

"Uhuhu naya..naya..iya kemungkinan besor abang Harun dah kena kidnapped ya..sekian"wartawan Yeob memang suka membuat andaian secara rambang.

"Hish tak tau le apa sebenarnya yang berlaku. Maybe abang Harun balik kampung kot?''kata wartawan yang turut ada sekali.

"Huu?uhuhu tidak..tidak..ko dah salah besor..uhuhu iya jikalau abang Harun balik kampung,dah kenapa dia tak mo nak jawab panggilan haa?sekian"

"Entahlah..err tapi andaian kena culik tu berat nanang tu abang Yeob..takkanlah handal-handal abang Harun pun kena culik jugak?"wartawan Yati pulak menyampuk.

"Huhuhu iya memang andaian kena culik paling relevan ya..huhu sekian..aku tak mo nak dengor andaian ko semua..sekian..sekian"

Wartawan junior yang dua orang lagi itu hanya mampu geleng kepala je lah. Bukan tak tahu wartawan Yeob bukan sahaja tinggi dan parau suaranya,malah degilnya pun lain macam. Kata-kata dia je yang orang lain kena ikut.

Terpaksalah mereka beredar pulang dengan hampa.

                          *****

PEJABAT PENERBITAN BONGKAR.

Encik Ghani,Yana dan beberapa staf lain dah ketawa geli hati dengan andaian culik yang di buat oleh wartawan Yeob.

"Hahahaha tak ada lah sampai kena culik Yeob. Siapa je yang larat nak culik Harun tu?"Yana paling kuat ketawa.

"Huu?uhuhu iya kak Yana.. ko janganlah nak yakin sangat bahawa abang Harun tak kena culik..uhuhu jikalau aku boleh siasat dan buktikan bahawa dia di culik bagaimana haa?sekian"balas wartawan Yeob sambil duduk melabuhkan punggung lebarnya di atas kerusi.

"Haa baguslah kalau you boleh nak buktikan hal tu. Akak pun nak tengok apa hasilnya nanti"balas Yana.

"Uhuhu iya baik..baik..bior le aku siasat kehilangan abang Harun..sekiranya benar andaian aku bahawa abang Harun sebenornya di culik,bior le ko belanja aku makan..sekian"

"Ahaha okey set! Akak promised akan belanja Yeob fried chicken kalau betul terbukti abang Harun kena kidnapped"kata Yana.

Tekad wartawan Yeob untuk membuat siasatan di atas kehilangan wartawan Harun amat di persetujui oleh pengarah urusan syarikat.


_____________

HARUN cuba menghentam ke dinding ruangan serba putih itu namun kelihatannya dia seakan hilang daya kekuatan.

"Aku di suntik dengan dadah ke? atau sedatif?"fikir Harun.

Pandangannya lesu. Dia pun terduduk dan tersandar di dinding ruang bilik putih itu bersama fikiran yang buntu.

Dimanakah sebenarnya wartawan itu sedang berada kini?

BAB 44:Ruang Putih.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience