HFM 10 | | Lost And Found

Romance Series 23693

Bersama renungan kosong, Dihya mengerling akan lima lelaki yang sedang duduk mengelilingi meja bulat bermain dengan kad terup di tengah ruang. Hampir setengah jam telah berlalu semenjak berita mengenai seseorang akan datang untuk mengambilnya dari situ di maklumkan.

Seperti yang diduga dan langsung tidak mengejutkan untuk Dihya. Samseng ceti haram itu telah mengambil keputusan untuk menjual diri Dihya ke sebuah pusat pelacuran di pusat bandar. Dengan harga dua kali ganda dari jumlah sebenar yang dihutangkan olehnya.

Dihya duduk di kerusi, dalam keadaan lesu. Dalam keadaan tidak berdaya. Tidurnya juga tidak lena. Masakan tidak, Dihya terlalu risau dan takut jika samseng-samseng itu cuba menyentuhnya sewaktu dia tidur. Jadi Dihya end up tidak tidur langsung. Menguruskan lagi keadaan, sudah tiga hari juga dia tidak di beri makan atau minum oleh samseng-samseng itu. Katanya sebagai langkah untuk mengelakkan Dihya dari cuba melarikan dari situ. Jadi mereka langsung tidak memberikan sedikit pun air apatah lagi makanan pada Dihya. Menurut mereka dengan melaparkan Dihya, gadis itu tidak akan mampu melawan apatah lagi cuba pergi dari situ memandangkan Dihya pandai mempertahankan diri. Yang mana memang berhasil.


"Mereka nak datang jam berapa?"


"Katanya kejap lagi."


Seorang lelaki berkepala botak dengan kening berparut memalingkan kepala ke belakang. Memandang ke arah kerusi dimana Dihya sedang duduk. "Kau dengar tu?Ada orang yang sanggup bayar mahal untuk kau....kau patut bersyukur sebab hutang kau selesai..."

Selesai?Dihya berdengus kecil. Hampir hendak ketawa dia mendengar kata-kata itu. Jangan nak bergurau la. Mana mungkin masalah dia akan selesai. Tiada masalah yang akan selesai selagi ayah tidak bergunanya itu masih berkeliaran di luar sana membuat onar dan berhutang tanpa henti!Selagi orang tua s*** tu masih hidup, selagi tu masalahnya takkan pernah ada habisnya.


"Dah bisu terus dah?Mana perangai pandai melawan kau tu?"

"Kesan koyak dekat kening aku ni masih basah lagi gara-gara kau tau tak!"


"Mana dia nak melawan....kita belasah dia separuh mati sekalipun belum tentu dia dapat melawan.."

Ketawa pecah dikalangan mereka sejurus itu. Berpuas hati kerana dapat mendera Dihya selepas kejadian dua hari lepas apabila Dihya cuba melarikan diri dan berakhir mengerjakan tiga lelaki di situ sebelum tertangkap. Dia sendirian dapat menumbang tiga lelaki di situ hingga mencederakan salah seorang daripada mereka. 


"Dasar pengecut!Kau berani untuk melawan perempuan secara beramai-ramai."gumam Dihya. "Cuba kalau seorang diri, belum tentu lagi menang."


Ketua pemiutang yang sejak tadi mendiamkan diri, akhirnya mengalihkan perhatian dari kad terupnya. Mata di balik shade hitam yang dipakai menjeling tajam pada Dihya. "Kalau kau sayang mulut cantik kau tu, aku sarankan baik kau diam sebelum aku yang pecahkan!"


Masih beriak kosong dan renungan letih, bibir pucat Dihya tersungging sinis. Gadis itu langsung tidak kelihatan risau, malah dia sudah berserah. Apa yang bakal terjadi pada dirinya selepas ini, dia tidak peduli lagi. Mati ataupun hidup. Dia tiada niat hendak mengubah kenyataan yang dirinya ini sudah tiada lagi harapan untuk hidup bebas. "Jangan berani cakap aje...buatnya tidak."


"Hei perempuan!Kau ni memang sengaja nak menyakitkan hati kita orang kan!"seorang daripada mereka bingkas bangun dari kerusi hingga menyebabkan ia tergolek jatuh ke lantai. "Dah puas sangat hidup ke! Untung-untung ada orang bayar untuk kau!Kalau tidak memang lunyai kau dikerjakan tau tu!"


Lebih daripada tu. Bukan setakat puas aje. Dia dah muak dengan hidupnya!"Oh iya?Apa yang menghalang kau orang kalau macam tu?Takut kalau kau orang sentuh aku, kau orang tak dapat duit?"Dihya ketawa kecil yang dibuat-buat. "Jadi memang betul la kau orang semua ni pengecut!"

Kata-kata Dihya itu akhirnya  telah membuatkan tiga daripada lelaki yang dibelasah olehnya tempoh hari berdiri. mereka berarak ke arah Dihya dengan langkah menakutkan dan bengis mereka. Seakan sudah nekad hendak menyakiti gadis itu.

Dihya menjadi Dihya. Gadis itu masih kekal tidak terkutik dari ancaman di hadapannya ketika itu. Dia malah dengan bersahaja mengeluarkan kotak rokok dari poket sweater. Sepuntung rokok diletakkan ke celah bibir sebelum dia nyalakannya ia menggunakan lighter.

Flick!


"Hei...kau rosakkan barang, duit kita tak dapat."beritahu ketua pemiutang kepada anak buahnya tidak lama kemudian.


Sambil menghirup asap rokok, Dihya bersandar ke belakang dengan selesa memandang mereka. "Dengar tu?Kau sentuh aku,kau takkan dapat apa-apa."ujarnya masih cuba hendak mencabar mereka. Dia nak mereka juga rasa sakit hati yang sama seperti mana dia tanggung selama seminggu dalam tahanan mereka!


"Bos tak nampak ke yang betina ni sengaja nak mengapi-apikan kami?"


"Kalau kita orang sentuh dia dulu, rasanya dia orang takkan tahu kan?"


"Hahaha....mana la tahu kan dia dari awal lagi bukan virgin tapi berpura-pura aje."

Berketik rahang Dihya mendengar perbualan mereka. Dia menghembus asap rokok yang disedut dengan perasaan bergebu jengkel. Siapa mereka nak persoalkan maruah dirinya?Ingat mereka tu suci sangat ke! Bolehnya mereka berborak tentang dirinya seakan ianya topik normal untuk dibualkan.


"Well at least I know how to keep myself  from sh**head like you guys rather than you which probably can't even make it stand up?"ujarnya mendatar sambil memberi mata ke bahagian su*** mereka.

Terus membuntang mata mereka dek kenyataan Dihya itu. Masing-masing tergamam kerananya. Bolehnya perempuan tak guna ini mengutuk tentang diri mereka!Tak sedar ke diri tu sendiri diambang bahaya ketika ini. Dan dengan tidak takut mati, bolehnya cabar mereka begini!


"Eh..perempuan ni kan-"

Knock!

Knock!

Belum sempat tangan itu hendak mencapai Dihya, ketukan pintu kedengaran.

Knock!

Knock!

Ketukan pintu menyentak kesemua kepala di situ untuk memandang ke kanan bilik tersebut. Mereka semua kehairanan.


"Itu mereka ke bos?"

Dihya tidak peduli untuk pandang apatah lagi mengambil kisah akan ketukan pintu tersebut. Dia tenggelamkan diri dengan rokoknya di kerusi itu. Mata dipejam seketika taktala kepalanya berasa pening tiba-tiba.


"Bukak pin-"baru sahaja ketua pemiutang itu mahu memberi arahan, pintu bilik yang tertutup tadi terbuka dengan mengejut setelah ia ditendang kuat dari luar.

BANG!

Beberapa orang lelaki bersut hitam berjalan masuk ke ruangan itu tanpa menunggu lama. Mereka terus menerkam ke lima-lima lelaki di situ dengan pantas, sampaikan ke semua mereka di situ langsung tidak sempat hendak beri reaksi.


"F***! Siapa kau orang ni!"


"Ark!"ngerang ketua pemiutang apabila kepalanya di pinned down atas meja dengan dua lelaki bersut. "SIAPA KAU ORANG SEMUA NI!!"teriaknya sewaktu bergelut.

Sementara samseng yang lain cuba melawan para lelaki bersut di situ dengan tumbukan tetapi berjaya di tumbangkan sesaat kemudian.

Menyaksikan kejadian itu, Dihya terus membuka mata. Dia di kerusi hanya memerhati dengan riak kosong tetapi kebingungan. Bersama kening berkerut, matanya terarah pada seorang lelaki lampai berambut hitam yang diikat satu ke belakang di muka pintu itu. Dan lelaki itu turut memandang tepat ke matanya sewaktu berjalan masuk ke dalam ruangan itu.


"Lepaskan la!Siapa kau orang ni!!!"teriak samseng-samseng yang didalam kekangan lelaki bersut hitam di situ. Mereka semua kelihatan seperti orang yang berpengalaman profesional dalam seni mempertahankan diri.


"Dihya Maelani?"lelaki berambut panjang tadi berdiri di hadapan kerusi tempat Dihya duduk.

Sambil mendongak ke atas, Dihya  membalas panggilan namanya dengan renungan dingin dan kosong kepada lelaki itu. Kenapa?Nak apa lagi dari dia kali ni? Jangan cakap dekat dia yang mereka ini adalah orang yang ayahnya telah cari masalah dengan, dan sekarang mereka mahu menuntut semula pada dia pulak?


"You need to come with me."


Entah kenapa ayat itu tidak asing lagi untuk dia."Dan siapa pulak kau orang ni?"soal Dihya sebelum menyedut rokoknya lalu dihembus perlahan asap itu ke udara. "Kalau kau datang nak minta hutang, aku tak ada apa-apa yang nak ditawarkan memandangkan aku sendiri bakal dijual sekejap lagi..."beritahunya.


Mata milik lelaki dihadapan Dihya melirik rokok di celah jari gadis itu sebelum ke wajah pucat dan berlebam Dihya. Memangnya apa yang samseng-samseng ni telah lakukan pada gadis ini? "Cik akan tahu selepas ini. Jadi saya minta kerjasama cik untuk ikut saya dengan cara baik."


Dihya berdengus kecil. Well...memangnya dia ada pilihan lain ke dekat sini? "Sure...what ever you wish for."akurnya tanpa protes. Dia tiada tenaga hendak berlawan apatah lagi melarikan diri dari sesiapa sekarang ni. Lagipun ianya lebih baik ikut lelaki asing ini dari terus terperangkap dengan lima samseng tak guna ini.


"Hei!Kau tak boleh bawa dia pergI!Aku dah buat deal dengan orang lain!"teriak ketua pemiutang yang masih di pinned down pada meja. Dia cuba memandang Dihya tetapi semakin dia cuba hendak menoleh semakin kuat tangan atas kepalanya itu menekan dia.

Namun teriakan itu langsung tidak dihiraukan oleh sesiapa termasuk Dihya sendiri. Gadis itu bangun. Tetapi baru sahaja dia berdiri, tiba-tiba pandangannya jadi gelap sebelum dia hilang keseimbangan dan gerak hendak rebah ke tepi.

Kebetulan pada masa yang sama, lelaki yang berdiri di hadapan Dihya sempat menyambut tubuh itu sesaat kemudian apabila Dihya rebah.

KYREN mendakap tubuh kurus itu dengan sebelah tangan sewaktu tangan sebelah lagi memeriksa nadi di tepi leher hangat itu. Masih berdenyut tetapi lemah. Sepertinya mereka benar-benar mengerjakan orang yang dicari tuannya ini habis-habisan.


"Apa yang kami perlu lakukan kemudian tuan?"tanya seorang dari pengawal keselamatan di situ setelah keadaan ruangan tersebut senyap kerana Dihya rebah.


"Dapatkan bond pinjaman Dihya Maelani dari mereka. Kita akan beli seberapa banyak yang mereka mahukan."ujar Kyren mencempung Dihya dalam pelukannya sebelum berpaling ke arah pintu keluar.


"Baik."

"HOI!!!!KAU SIAPA!!!!!LEPASKAN PEREMPUAN TU!!!!"teriakan suara itu menjadi sayup setelah Kyren keluar dari bilik itu. Entah apa yang terjadi pada kelima-lima mereka itu hanya pengawal yang menahan mereka waktu itu sahaja la yang tahu.

Setibanya dia di kereta, Kyren terus membuat panggilan.


"Hello?"panggilan itu dijawab. Suara dalam serius menyapa gegendang.


"Saya sudahpun menemui Dihya Maelani, Tuan Zane."beritahu Kyren sewaktu menoleh ke sisi dimana Dihya berada. Sehingga kini, dia tidak habis fikir. Siapakah gadis ini sampaikan tuannya begitu nekad hendak mendapatkannya?Tidak pernah dibuat tuannya ini mempedulikan mana-mana wanita yang pernah beliau bersamakan. Kebiasaannya, selepas Zane meluangkan masa dengan wanita, lelaki itu langsung tidak pernah peduli untuk terus berhubung apalagi menemui wanita itu semula. 

Dan apa yang membuatkan Zane begitu terdesak mahukan Dihya?


"Bring her to me. Now."balas suara di dalam panggilan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience