BAB 11:Silinder Kaca

Thriller Series 558

YANA sedang berdiri di tengah ruang tamu rumah pangsapuri bernombor 713. Bunyi bergaung yang di dengarinya sejak dari tingkat bawah tadi memang sah berasal dari situ.

Rakaman sedang di buat melalui kamera video digital yang ada di tangan  wartawan Yana Maya. Memang sudah menjadi kebiasaan Yana apabila merakam video,dia akan membuat sedikit ulasan suara.

"Okey..saya kini sedang berada dalam rumah pangsapuri bernombor 713 di tingkat lima blok F apartmen Haunted Hills. Bunyi bergaung agak jelas dan kuat kedengaran datang dari kediaman ni. Saya akan meninjau dan memeriksa untuk mencari tahu bunyi apa sebenarnya itu.."

Suasana di ruang tamu terakam di dalam rakaman video yang di buat. Rumah itu di tinggalkan oleh penghuni lamanya dalam keadaan baik. Sofa,meja dan perabot di hamparkan dengan kain putih. Hanya sahaja berpuluh tahun di tinggalkan terbiar begitu menyebabkan habuk dan debu bertompok di atasnya.

Setelah meninjau ke bilik tidur,Yana pergi pula ke bahagian dapur sebelum terkejut besar apabila menemui suatu binaan berbentuk silinder dengan pintu kaca. Binaan itu tampaknya menyambung dari siling dapur hingga ke lantai.

Dan bunyi bergaung itu datang dari situ. Terdapat bingkai dengan butang-butang dan lampu-lampu di tepian pintu kaca binaan silinder berkenaan.

Yana masih tergamam sambil terus memerhati dan merakam.

"Saya tak tahu apa sebenarnya fungsi binaan berbentuk silinder dengan pintu kaca tembus pandang yang sedang saya lihat depan mata saya sekarang. Saya juga tidak tahu siapa yang membinanya di ruang dapur apartmen ni. Lihat! bahagian siling dan lantai dapur pangsapuri ni kelihatan seperti telah di tebuk pecah atau renovate untuk menyambung silinder. Saya fikir sesiapa pun yang melihat binaan silinder kaca ini pasti yakin yang ia adalah sebuah lif"Yana membuat ulasan.

Bingkai tepian pintu kaca binaan silinder itu di teliti. Selain di hiasi lampu-lampu dan butang yang tidak di ketahui apakah fungsinya itu,turut dapat di lihat ialah sesuatu ukiran simbol yang unik dan aneh.

"Ku semangat..tak kiralah siapa pun yang membina lif kaca silinder ni..yang pasti ia adalah sesuatu yang sangat kompleks,rumit dan berteknologi tinggi. Saya pasti seseorang membinanya demi memudahkan pergerakkan mereka untuk turun naik dari setiap tingkat blok F. Tapi siapa mereka?"

Yana mendongak tinggi. Dia percaya lif itu dapat membawanya ke puncak blok F. Entah keberanian apa yang tiba-tiba datang dalam diri Yana sehingga dia memberanikan dirinya menyentuh salah satu butang pada pintu kaca.

Dengan serta-merta bunyi bergaung kuat tadi pun berhenti.

"Fuh!"

Yana mengusap dada yang berdebar kuat.

Hasratnya mahu menggodek butang-butang paparan pada bingkai sehingga pintu kaca itu berjaya di buka terpaksa dibatalkan sejurus butang-butang pada bingkai pintu lif itu mulai galak berlampu.

"Dah kenapa pulaklah ni?"

Apabila Yana mendongak dan terlihat ada sepasang kaki baru turun dengan lif melalui binaan silinder berkaca berkenaan,cepat-cepat Yana lari keluar meninggalkan ruang dapur.

Pintu rumah bernombor 713 itu di rapatkan kembali bersama gril sebelum Yana bergegas beredar menuruni tangga blok F.

"Fuh..fuh.."

Yana tercungap-cungap ketika tiba semula di keretanya.

"Siapa tadi tu?!"getus hati Yana. Dia amat pasti yang dia melihat sepasang kaki dari lif yang baru turun melalui binaan silinder berkaca itu tadi.

Yana mulai terfikirkan tentang lelaki misteri yang bertamu di luar pagar rumahnya lewat malam tempoh hari. Yana amat pasti ada sesuatu aktiviti sedang 'berlangsung' di dalam bangunan blok F apartmen Haunted Hills.

Walau apa pun,Yana berasa apa yang di perolehinya hari itu sudah cukup memadai dan berbaloi untuk artikel sambungan berkaitan misteri Haunted Hills.

Kereta yang dinaiki oleh Yana pun beredar meninggalkan tapak kawasan apartmen terbiar Haunted Hills.


_________________

PEJABAT SYARIKAT TABLOID BONGKAR..

JAM 12.40 P.M

SEJURUS pulang dari membuat tugasan luarnya di apartmen Haunted Hills,Yana terus pulang ke ofis dan di lihat agak sibuk duduk di mejanya sambil menghadap komputer pejabat.

Melalui enjin carian Google Yana cuba mengesan dan mencari maklumat lanjut berkaitan simbol-simbol aneh seperti yang terdapat pada bingkai pintu kaca lif binaan silinder dekat ruang dapur rumah pangsapuri bernombor 713.

Terlalu banyak simbol-simbol yang terpapar di enjin carian internet bersama maksud dan terjemahan tertentu berkaitannya yang harus di teliti oleh Yana.

PETANG menjelma. Di saat staf bertugas dan rakan wartawan lain sudah beredar pulang dari kerja,Yana masih di bangku dan mejanya. Gigih mengumpul maklumat dan menyiapkan rencana artikel sambungan berkaitan misteri apartmen terbiar Haunted Hills.

                            ****

"Hello..haa Hana..mama kat opis lagi ni. Mama mungkin balik lewat sikit kot. Kerja melambak. Hana tolong lah masak untuk adik-adik ya. Nanti ada lah upah sikit mama kasi kat Hana ek?"

"Okey ma..beres"

"Okey Na..bye"

Panggilan berakhir. Yana kembali fokus dengan kerjanya. Harun yang sudah bersiap-siap untuk pulang sempat menegur.

"Aih engkau tak reti-reti nak balik ke Yana? dah pukul 6.30 ni"Harun melihat ke jam tangannya.

"Baliklah dulu Run. Aku nak taip artikel sambungan Haunted Hills sikit lagi ni"

Harun jadi berminat bila Yana cakap pasal apartmen terbiar tu. Dia pun tarik kerusi dan duduk sebelah Yana.

"Aku nampak engkau bizi gila hari ni Yana. Dari tengahari kau asyik menghadap pc. Aku andaikan yang engkau mesti ada buat tinjauan dekat Haunted Hills tadi kan?

Yana tersenyum gerak-gerak kening.

"I dah agak dah Run..you mesti berminat pasal Haunted Hills ni.  Yup..pagi tadi i buat tugasan luar menyiasat ke sana lagi. Damn! Kali ni Run..you pasti akan terkejut besar  dengan hasil yang i dapat"

"Aku sanggup belanja engkau makan  kalau kau tak nak tunjuk apa hasil yang kau dapat Yana"

"Ahahaha..tak perlulah sampai nak belanja makan Run. Nah.."kata Yana sambil hulurkan beberapa keping foto dari video rakaman yang di buat sewaktu meninjau ke apartmen Haunted Hills siang tadi.

Harun membetul-betulkan cermin matanya sambil membelek setiap kepingan foto terbabit. Dahinya berkerut. Air mukanya tampak serius.

"Nampak macam lif dalam filem-filem sci-fi"agak Harun.

"Yup. I temui binaan kaca berbentuk silinder tu kat ruang dapur rumah pangsapuri bernombor 713. I think somebody has build that super high tech elevator just for the sake of untuk memudahkan mereka turun naik di tingkat blok F "kata Yana.

Harun teliti foto ukiran simbol aneh dan butang-butang berlampu pada bingkai tepian pintu kaca lif berbentuk silinder terbabit.

"Apa yang engkau berjaya perolehi ni mungkin dapat di jadikan petunjuk untuk menjelaskan dakwaan Zurin tentang cahaya dekat puncak bangunan blok F"kata Harun.

"Then i buat sikit research berkaitan simbol-simbol arkaik dan pelik tu.."

"Hah apa yang engkau dapat?"Harun semakin berminat.

Yana menaip sesuatu di papan kekunci komputer. Dia pun mengakses ke suatu laman web sebelum menemui beberapa penjelasan,bukti dan penemuan simbol yang sama di tempat-tempat lain di seluruh dunia.

"Nah..simbol-simbol yang ada dekat bingkai pintu lif silinder tu juga turut pernah di temui dekat Nazca Peru dan beberapa lokasi di negara lain. Simbol ni jugak sangat popular di kalangan para pengkaji paranormal seluruh dunia"ujar Yana.

Harun tersentak sambil tak berkedip mata melayari paparan dekat skrin komputer.

"Sebenarnya i nak lanjutkan lagi dengan menggodek butang-butang lif tu untuk mempelari cara menggunakan lif silinder tu,tapi i terpaksa batalkan saja hasrat tu dan cepat-cepat beredar sebab i nampak sepasang kaki dalam sebuah lif yang sedang turun ke bawah"

"Orang misteri tu?"agak Harun.

''I thought the same thing"

Harun dan Yana saling berpandangan dengan wajah yang sarat dengan pelbagai persoalan di benak fikiran.


__________________

HUJUNG minggu itu isu keluaran terbaru akhbar tabloid BONGKAR pun menjengah ke pasaran. Artikel sambungan berkaitan misteri apartmen Haunted Hills dari Yana berjudul SIAPA BINA LIF SILINDER BERTEKNOLOGI TINGGI DALAM RUANG DAPUR PANGSAPURI TERBIAR HAUNTED HILLS? telah menghiasi tajuk utama muka hadapan.

Syarikat di maklumkan bahawa isu keluaran terbaru itu laris seperti pisang goreng panas berikutan artikel wartawan Yana Maya begitu di tunggu-tunggu oleh para peminat sehingga terpaksa di ulang cetak tak lama selepas ia berada di pasaran.

Di fahamkan rating jualan naik mencanak-canak. Peminat dan pembaca terpaksa berebut membelinya di kedai-kedai atau melanggan secara atas talian kerana isu keluaran terbaru itu hanya akan dijadikan konten untuk di unggah ke platfrom sosial rasmi syarikat BONGKAR seminggu selepas ia di berada di pasaran. Pembaca setia BONGKAR tidak dapat menunggu sebegitu lama untuk itu. Lantaran itu tiada jalan lain selain terpaksa mereka mendapatkannya di kedai dalam bentuk akhbar tabloid.

                   _____________

LEWAT malam itu di sebuah kedai runcit. Pak Samat si tauke kedai baru selesai memunggah tong-tong gas dan rak roti yang di letak dekat luar masuk ke dalam kedai untuk menutup kedai.

Namun ada seorang pelanggan di lihat sedang membelek akhbar dekat rak suratkhabar dan majalah yang belum di punggah masuk.

Pak Samat berasa hairan melihatkan gaya penampilan pelanggan terbabit yang di lihat mengenakan jaket kulit hitam panjang labuh hingga ke paras lutut,bersarung tangan dan bertopi. Wajahnya tidak pula kelihatan kerana dia berdiri membelakangi pandangan Pak Samat.

Dia sedang membaca artikel tajuk hadapan berjudul 'SIAPA BINA LIF SILINDER BERTEKNOLOGI TINGGI DALAM RUANG DAPUR PANGSAPURI TERBIAR HAUNTED HILLS?' hasil tulisan wartawan Yana Maya.

"Ehem..Encik nak beli ke paper tabloid tu? Saya dah nak tutup kedai ni.."tegur Pak Samat.

Pelanggan itu pun meraba ke kocek lalu meninggalkan wang kertas di rak majalah sebelum berlalu pergi dengan akhbar tabloid BONGKAR di tangan.

"Eh wang ni besar sangat jumlahnya Encik! biar saya pulangkan baki awak..

Pelanggan itu mengangkat tangan memberi isyarat agar Pak Samat simpan saja bakinya.

"Ah baiklah..terima kasih ya Encik. Nanti datang lagi"balas Pak Samat sambil melihat saja pelanggan itu berjalan pergi.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience