SA 3

Romance Series 93230

“Rhea.” Tegas suara Hayyan memanggil.

Rhea yang sedang memasak itu terkejut. Tiba-tiba Hayyan muncul di dapur. Dia sendiri tak sedar bila Hayyan pulang. Tak pernah-pernah Hayyan balik tengah hari pada waktu pejabat.
“Abang?”

“Apa ni?” Beberapa helaian kertas putih yang berada di tangannya di angkat tinggi.

Terus berubah raut wajah Rhea.

“Borang pendaftaran rumah anak yatim? Awak nak hantar Armel dekat sana?”

Lidah Rhea seakan terpasung pada lelangit. Dia hilang kata-kata. Pasti Hayyan terjumpa borang itu di atas meja di ruang tamu. Rhea terlupa mahu menyimpannya kembali.

“Ibu jenis apa awak ni Rhea? Kenapa? Kenapa awak nak hantar Armel dekat sana? Lepas kita berpisah nanti, awak nak kahwin dengan lelaki tu? Awak dah tak nak jaga Armel lagi? Saya ada, Rhea! Saya masih hidup! Saya boleh jaga anak saya kalau awak dah tak boleh nak jaga dia lagi!”

Tubir mata Rhea bergenang. Dadanya terasa sesak menahan rasa.

***Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Harini hari terakhir.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

“Kenapa dengan awak ni? Awak ingat saya tak nampak yang awak dah mula abaikan Armel sekarang. Awak suruh dia buat semua benda sendiri. Awak paksa dia tidur seorang-seorang. Dia masih kecil Rhea. Awak dah tak sabar sangat ke nak hidup dengan lelaki tu?” Mencerlung tajam mata Hayyan merenung wajah polos Rhea. Dia tak sangka wanita selembut Rhea hebat berpura-pura. Luaran saja nampak baik.

Rhea tak diberi kesempatan langsung untuk membela diri. Sudahnya dia hanya mampu menangis.

“Awak adalah ibu yang paling teruk sekali dekat dunia ni.”

Zap! Tersiat hati Rhea mendengar kata-kata tajam Hayyan.

“Teruk? Rhea ibu yang teruk?” Rhea menyoal perlahan. Bibirnya tersenyum perit.

Setelah semua yang dia korbankan untuk Armel, dia ibu yang teruk?

“Ibu yang paling teruk ni lah yang berjuang seorang diri membesarkan Armel. Bertarung nyawa melahirkan Armel seorang-seorang. Dan Rhea masih ibu yang teruk?” Raut wajah Rhea jelas menunjukkan betapa terlukanya hatinya saat ini.

“Jadi awak nak mengungkit semua pengorbanan awak? Kalau saya tak koma, saya tak akan biarkan awak besarkan Armel seorang-seorang lah. Saya tak minta pun semua ni jadi.”

“Jadi abang ingat Rhea yang minta semua ni jadi ke?” Kali ini kesabaran Rhea sudah tak mampu ditahan lagi. Dia sudah penat.

Hayyan terus angkat kaki meninggalkan dapur. Wajahnya merah menahan amarah yang bergejolak di dada.

Tubuh Rhea melorot jatuh ke atas lantai. Bahunya terhinggut-hinggut melepaskan tangisan. Kalau dia tidak mencintai Hayyan sedalam ini, pasti lukanya juga tidak akan sedalam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience