Mihun

Thriller Series 75

Sekolah menengah tu biasa je—kelas panas, kipas slow, dan kantin kecik kat hujung bangunan. Tu bahagian kantin sekolah la. Kalau bahagian asrama...

Memang tiptop!

Yang paling tiptop ialah mihun goreng Makcik Bedah. Fuh. Pekena mihun goreng makcik tu, hari-hari tak bosan. Tak kesah pun kalau sepanjang hari makan mihun dia.

"Sedap gila wehh. Bau dia je buat aku lapaq.”

“Dia letak magik ke apa? Makan tak kenyang, tapi puas.”

Tiap kali tiba waktu makan pagi, awal-awal lagi semua pelajar dah beratur panjang. Tapi peliknya… Makcik Bedah tak pernah masak depan orang. Dia datang terlalu awal, sekitar 2 pagi, dan waktu tu, mihun dah siap dalam bekas stainless steel besar. Wap dia lain matciam.

°°°°°

Satu hari, pelajar baru yang bernama Raziq, selamba je masuk dapur dewan makan masa awal pagi. Nak cari air sebab tekak kering. Tapi dia nampak sesuatu.

Makcik Bedah tengah gaul mihun dengan tangan kosong. Jari dia panjang, kuku hitam, dan berurat hitam juga. Dia berbisik sesuatu sambil menggaul mihun dengan tangan. Mihun tu berkilat, tapi macam berlendir.

“Cukup seorang, untuk semua...” katanya perlahan.

“Kenyang jasad… lapar jiwa.”

°°°°°

Raziq cerita kat member, tapi semua gelakkan dia.

“Tu sebab kau pelik, tak reti makan mihun legend.”

Tapi lepas tu, sorang demi sorang budak kantin mula berubah.

Naim, suka gelak… sekarang senyap, mata kosong.

Bella, kuat makan… sekarang kurus, tapi tak pernah berhenti kunyah.

Kamil, dulu kuat main bola… sekarang duduk bawah tangga, hisap jari.

°°°°°

Setiap mangsa—mereka makan satu bekas mihun penuh, tanpa tinggal seurat.

Dan malam-malam, kalau kau dengar betul-betul. Ada bunyi seret periuk besi dekat luar tingkap asrama. Bersama suara tua yang menggumam.

“Masih lapar… masih ramai…”

°°°°°

Satu malam, Raziq cabar diri—nak selongkar stor makcik tu. Dia jumpa periuk besar… Penuh mihun. Tapi bukan warna biasa.

Mihun tu gelap, berurat, macam rambut panjang.

Dan bila dia korek dalam…

Ada lidah.
Masih basah.
Dan mata.
Masih bergerak perlahan.

'Kreeeekkkk...'

Raziq menggelabah apabila pintu dikuak.

Makcik Bedah berdiri kat pintu.

“Setiap tahun, sekolah ni bagi aku anak-anak baru. Mereka makan… aku simpan roh. Sampai cukup 99.”

"H-Ha?"

“Kau yang ke-100… Kalau kau tak nak makan… kau yang akan dimakan.”

°°°°°

Besok pagi, Raziq hilang.Anehnya, tiada siapa yang perasan. Malah, segala maklumat tentangnya hilang dari segala macam jenis dokumen. Sepertinya, Raziq tidak pernah wujud dan tidak pernah tinggal di asrama tu.

Tapi mihun kat dewan makan bertambah banyak. Dan lebih sedap daripada biasa. Budak-budak tak tahu kenapa. Tapi mestilah sedap mihun tu air tangan Makcik Bedah..

Pagi itu, seisi penghuni yang berada di dalam dewan makan sedang berselera menikmati mihun. Makcik Bedah tersenyum kesukaan.

°°°°°

Kadang-kadang makanan paling sedap… datang dari orang yang tak rela dikunyah.

°°°°°

Makan, jangan tak makan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience