Rhett Raffendy kembali ke pejabat walau pun kecederaan belum pulih sepenuhnya. Kasihan pula bila lihat papa keletihan bila balik dari dari syarikat. Tu pun lewat malam baru papa muncul di rumah.
Kerja yang banyak tertangguh buat Rhett sibuk sehingga tidak sedar waktu kerja sudah tamat. Dia hanya sedar bila pembantunya masuk dan tanya sekiranya ada yang perlu pembantunya itu uruskan kerana sudah bersiap mahu pulang jika khidmatnya tidak diperlukan.
Segera Rhett pandang jam dinding lalu dia cepat-cepat berkemas. Kalau sebelum ini, dia tidak kisah balik subuh, malah kadang-kadang Rhett tidur di pejabat. Tapi kali ini, semangatnya berkobar-kobar mahu cepat sampai ke rumah.
Ketika kereta yang dipandu masuk ke halaman rumah agam, Rhett tidak melihat kereta papa di garaj. Begitu juga kereta yang selalu digunakan oleh tok yang biasanya dipandu oleh pemandu khas upahan tok kerana tok sudah lama pencen dari membawa kereta.
Sebal! Rhett hentak stereng kereta dengan kuat. Rumah agam kelihatan sunyi sepi. Kalau kereta tok tiada dalam garaj, bererti Deila juga pasti tiada, diusung oleh tok ke sana ke mari kalah tok layan cucu sebenar.
Dengan wajah tegang tanpa garis, Rhett memarkir kereta. Enjin dimatikan lalu Rhett bergegas keluar dari perut kereta sambil menarik keluar telefon bimbit dari kocek kot yang dipakai.
Belum sempat dail nombor Deila, sipi lensa mata menangkap sayup-sayup imbasan seseorang tidak jauh darinya. Rhett pantas menengadah. Auto terpegun!
Deila Araferro!
Bergaun serba putih dari kain chiffon dan sutera, sedang berlari anak menuju ke arah Rhett. Wajah cantik itu sangat ceria. Senyuman indah mengasyikkan mekar di wajah. Rhett terpaku. Tak berkelip mata melihat permandangan yang begitu mempesonakan itu. Itu isterinya kan? Bukan puteri kayangan?
“Assalamualaikum… welcome home.”
Rhett gigit bibir bawah bila Deila menyapa sambil ukir senyuman paling manis, lebih manis dari biskut Pepero! Kemudian boleh pula tersipu-sipu sambil pegang kain gaun di tepi paha. Argh… cuteness overloaded! Dia bisa pengsan kalau hari-hari disambut dengan kecomelan isterinya.
“Sayang…” Bergetar suara Rhett kerana debaran tiba-tiba menujah dada.
“Saya nak jadi orang pertama sambut kau balik. Kau nak macam tu kan?” Deila perasan reaksi kekok Rhett. Pipi putihnya spontan timbul tompok-tompok merah.
Hish, ni semua tok punya pasallah! Menyesal dia minta pendapat tok. Tak pasal-pasal tok terus ajak dia pergi shopping dan belikan dia gaun cantik itu semata-mata mahu sambut Rhett balik dari kerja. Tidak mahu ganggu, tok ajak papa dan mama mertua dia keluar dinner.
Deila termalu sendiri bila lihat reaksi Rhett. Sedar dia agak terlebih tapi sumpah, ini semua bukan idea dia! Tok yang paksa.
“Kau… tak suka?” Wajah ceria Deila memudar. Rhett masih terpaku, tak berkelip mata merenung Deila.
“Takpelah, saya pergi tukar baju.” Kecewa, Deila bersuara. Mahu pusing badan dan berniat mahu kembali ke bilik tukar pakaian ke baju tee dan seluar cotton je.
Tak semena-mena pinggang Deila dipaut lalu Rhett tarik tubuh Deila masuk ke dalam pelukannya.
“Gila tak suka? Kau buat saya angaukan kau kalau hari-hari saya disambut macam ni. You are so cute, I’m crazy about you, Miss Pepeyo!” Rhett kucup pipi Deila bertalu-talu. Tubuh Deila diangkat lalu Rhett bawa masuk ke dalam rumah. Hilang semua stress akibat kerja bila Rhett dengar tawa manja Deila.
Indahnya dunia bila bersama orang yang dicintai!
Keesokan paginya, selepas Rhett bertolak ke pejabat, Deila didatangi oleh tok. Laju je tok tarik Deila menuju ke gazebo depan rumah agam.
“Macam mana semalam? Ada harapan tak tok dapat cicit tahun ni?”
Merah bak tomato ranum wajah Deila diaju soalan maut itu.
“Tok…”
“Rhett pasti terpesona teruk tengok kau dengan gaun tu kan?” Tebak tok lalu sengih penuh makna. Deila hening sejenak.
“Entahlah tok, agaknya pakaian saya semalam terover kot. Masa first saya muncul, berubah wajah Rhett.”
“Berubah? Wajah suka ke tak suka?”
Deila jeda. Otak dikerah untuk ingat balik ekspresi seraut wajah tampan Rhett.
“Urm… entahlah, macam takde feeling, takde ekspresi, tok.”
Bertambah kerutan di wajah tua tok. Dia tenung Deila sambil berfikir.
“Dia takde feeling? Bertuah punya budak! Takpe Del, tok ada rancangan. Kau ikut je plan tok ni.”
Deila terpempan. Risau dengar kata-kata tok. Bukan apa, kadang idea tok bukan boleh pakai sangat. Sama je perangai dengan arwah opah. Nak tolak, risau pula buat orang tua tu merajuk. Dia nampak usaha tok mahu rapatkan hubungan dia dengan Rhett. Dia sangat hargai itu.
“B-Baik, tok.” Akhirnya, Deila akur. Tok angguk, senang hati.
“Nak makan dekat luar lagi? Tak payahlah ibu, saya penat sangat ni. Tak larat nak keluar.” Dato’ Razif terus mengeluh bila tok ajak keluar lagi pada petang itu.
“Penat apa pula? Bukan ibu suruh kau yang pandu. Si Ijam tu kan ada. Dah, kita keluar bertiga sekarang. Biar pemandu ibu yang bawa kereta. Lagi pun, ibu dah buat tempahan.” Tok Teh berkeras, siap buntangkan mata memandang Dato’ Razif.
“Jomlah abang, bukan selalu kita keluar ramai-ramai macam ni.” Isteri di sebelah siap sokong tok. Dato’ Razif mengeluh lagi. Sukalah dua wanita tu, lepas makan singgah sana sini. Kalau bab buang duit, sekepala betul! Tu yang buat dia malas sebenarnya. Letih nak tunggu.
“Kita bertiga lagi? Tak ajak Rhett dan Del?” Soal Dato’ Razif, sedikit kehairanan. Laju tok geleng.
“Tak payah. Rhett penat tu, seharian kerja.”
Berkerut bibir Dato’ Razif dengar. Habis tu dia tak kerja? Tak penat? Ibu ni pilih kasih betul!
“Dah, jom… jom! Nanti lambat.” Tok Teh lebih dulu buka langkah, mendahului mereka.
Dato’ Razif dan isterinya berpandangan. Tergeleng kepala Dato’ Razif melihat perangai tok. Dia tahu tok punya muslihat di sebalik semua tindakannya cuma malas mahu masuk campur.
Tidak lama selepas tok sekeluarga beredar, Deila menuruni anak tangga dengan tenang. Tidak terlalu lambat, tidak juga terkocoh-kocoh langkah kakinya. Dia masih punya masa sebelum Rhett sampai. Sempat lagi ke dapur bancuh air teh untuk suami tercinta sebelum Deila bergerak menuju ke pintu.
Rhett sudah parkir kereta di garaj ketika Deila tolak daun pintu. Sengih panjang Rhett bila lihat kereta tok tiada di garaj. Sengih terbantut bila lihat kereta papa terparkir kemas tidak jauh dari kereta dia. Ah, papa jarang keluar bilik kecuali ada yang mahu dibincangkan bersama keluarga. Biasanya kalau bukan tidur, papa akan berkurung di bilik kerjanya. Rhett sengih balik. Mama tiada masalah. Mama memang jarang muncul apatah lagi mahu berbual dengan Deila kecuali terpaksa bila ada tok.
Rhett buru-buru keluar dari perut kereta, tidak sabar mahu lihat isteri kesayangannya. Tidak sabar mahu tahu manja yang macam mana lagi mahu Deila tayang pada dia. Selama ini, Rhett cuma ditayangkan dengan sikap kasar dan panas baran Del.
Hanya baru-baru ini, Del mula tunjuk sisi femininnya dan serius, itu sangat wow! Very adorable hingga Rhett tak mahu kalihkan mata dari wanita serius terpaling comel di matanya itu.
Bola mata meliar, mencari kelibat Deila. Membayangkan Deila lari dengan penuh teruja ke arah dia sambil ukir senyum paling manis seperti yang dibuat kemarin. Tiba-tiba langkah kaki Rhett mati mendadak. Mulut melongo, hampir jatuh rahang.
“Assalamualaikum, welcome home.” Ucap Deila, sedang berlari anak mendekati Rhett sambil buka tangan seluasnya, mahu peluk Rhett.
Tak sedar Rhett undur setapak. Laju tangan naik menutup mulut. Deila lompat, kaki melilit pinggang Rhett dan lengan memaut belakang tengkuk Rhett. Kelam kabut Rhett tahan punggung Deila. Kang minah ni jatuh terhempas, dia juga yang susah hati.
“Kenapa buat muka macam tu? Tak excited disambut isteri ke?” Rungut Deila dengan nada merajuk. Laju Rhett geleng. Bukan tak excited Deila oi… penampilan tu, sungguh di luar kotak imaginasi Rhett.
“T-tak… saya rindukan kau. Tapi… err… kenapa tampil macam…err… bibik ni?” Tersekat-sekat Rhett bicara. Tak nak guris hati Del, tapi dia cukup maklum pasti buat Del mengamuk. Pasrah!
Masih dalam dukungan Rhett, Deila jatuhkan bola mata, tenung diri sendiri. Apa salah pakai baju kelawar berbelang warna warni terang pemberian tok itu?
Dia bercantik pun salah, tak cantik pun salah! Mahu apa Rhett ni sebenarnya?
“Jadi, saya tak cantik ke pakai baju kelawar?” Deila tanya sambil hunus renungan tajam menikam kalbu. Rhett teguk air ludah.
“C-Cantiklah, of course kau pakai apa pun tetap cantik. Cuma… bila pakai macam ni, risau saya nak peluk. Kang terpeluk Bu Narti… Naya!” Dalam tergagap menjawab pun, sempat juga Rhett selit gurauan supaya Deila tidak jadi mahu mengamuk.
“Saya dah kata macam tu pada tok, dah jangka dah kau pasti kata saya macam bibik kalau pakai baju ni. Mengamuk tok bila dengar tau. Dia kata kau tak tahu fesyen kegilaan kaum perempuan.”
Berubah wajah Rhett dengar. Dah agak, pasti ada campur tangan tok. Cis! Yang minah ni pergi cerita semua dekat tok tu pun dah kenapa? Teruklah dia kena bebel dengan tok nanti. Aduhailah Deila!
“Del sayang… tak perlu ikut sangat kata-kata tok. Lagi satu, hal kita… tak perlulah cerita semua pada tok. Kau tahu perangai tok tu macam mana kan?”
“Salahke saya beritahu tok yang kau kata saya macam bibik bila pakai baju tu? Tok patut tahu kerana tok yang beri saya baju tu!”
Rhett terdiam bila suara Deila mulai nyaring terlontar. Urgh! Ni kalau dia terus membidas, sampai tak sudahlah jawabnya. Dia letih, seharian otak dikerah di tempat kerja. Dia mahu cepat-cepat balik dan bermanja dengan isteri. Sesungguhnya itu ubat paling mujarab untuk hilangkan stress dan buat dia happy memanjang.
“Sayang… jom masuk.” Rhett yang masih menggendong Deila terus buka langkah besar-besar menuju ke pintu.
“Saya cantik ke tak?” Tanya Deila, masih tidak puas hati. Rhett tergelak kecil.
“Cantik sayang, kau sarungkan guni pun tetap cantik.”
“Rhett! Uh..” Deila telan kata bila bibir Rhett menutup bibirnya.
DI DALAM sebuah restoran, kelihatan Tok Teh, Dato’ Razif serta isterinya sedang bersiap-siap mahu tinggalkan meja bila mereka tiba-tiba didatangi oleh seseorang.
“Dato’, Datin, Tok Teh… wah, tak sangka boleh jumpa kat sini. Susah benar mahu jumpa keluarga Dato’ sekarang ni. Saya harap Dato’ tak mengelak dengan sengaja. You know, Dato’… urusan keluarga kita belum selesai bukan?”
Dato’ Razif tergamam. Senyum tawar ditayang. Tok Teh mencebik sambil buang wajah.
“Apa maksud Datin? Rasanya Rhett dah jelaskan semuanya. Bayaran ganti rugi pun Zara dah terima. Keluarga saya sudah tiada apa-apa urusan dengan keluarga Datin lagi.” Dato’ Razif jawab dengan tenang. Tajam bola mata melirik ke arah tok sebagai amaran. Risau tok menyembur ibu Zara di khalayak ramai.
“Tak, Dato’, tak! Semuanya belum selesai. Saya tak terima duit ganti rugi tu. Saya akan pulangkan kembali. Macam mana dengan maruah keluarga saya, maruah Zara, Dato’? Satu negara dah tahu tentang majlis perkahwinan Rhett dan Zara. Semuanya dah ditempah. Kad jemputan sudah diedarkan. Saya tak boleh terima yang Rhett mahu batalkan last minute!” Ibu Zara bersuara tegas. Dato’ Razif terdiam.
“Rhett dah kahwin. Kau nak ke Zara jadi isteri kedua? Bukankah itu juga sama bakal memalukan kau?” Buntang mata Dato’ Razif bila tok tiba-tiba menyampuk dengan suara nyaring. Dato’ Razif berdeham sambil jeling tok dengan tajam.
Apa pun, Dato’ Razif tetap rasa bahawa mereka yang bersalah dalam hal ini. Dia tidak mahu bermusuh. Dia cuba mahu selesaikan semuanya secara aman tanpa ada pihak yang merasa sakit hati. Tapi Tok Teh sukar untuk dia kawal.
“Tak, tok… Rhett harus ceraikan isteri dia sebelum nikah dengan Zara. Mudah, kerana tiada yang tahu Rhett dah nikah di sempadan. Itu tanggungjawab keluarga tok! Suruh Rhett cerai dan kahwin dengan Zara. Janji tetap janji, tok!”
Tok Teh bingkas bangun dari tempat duduk tanpa sempat ditahan oleh Dato’ Razif.
“Jangan risau… tak lama lagi, Rhett akan buat majlis bersanding dia dengan isteri. Satu dunia akan tahu. Suruh Zara tunggu kad jemputan dari Rhett ye! Razif… jom balik!”
Terkocoh-kocoh Dato’ Razif menarik isterinya mengejar Tok Teh. Ibu Zara terpacak tak berganjak. Hanya bola mata mengiringi pemergian keluarga tok bersama percikan api meruap-ruap.
“So… Rhett dah nak sanding? Hurm… interesting!” Sebuah senyum jahat tersungging.
Sorry korang, satu bab je untuk rini
Share this novel
done update, sorry lma tperap ^^
bila nak up date. setia menanti hahhha
update please