BAB 26: Bersikap Ganjil
WARTAWAN Yeob Maon sedang tercegat dekat rak jualan akhbar dan majalah di kedai runcit yang di usahakan oleh lelaki Bangladesh bernama Jangahir sambil menatap surat khabar utama media arus perdana.
Niat asalnya macam biasalah..nak mandurkan si Jangahir dan bertanya tentang berapa banyakkah naskah akhbar tabloid BONGKAR yang sudah berjaya di jualnya. Akan tetapi berita tentang Ops Gempur yang di lakukan oleh pihak polis ke atas apartmen terbiar Haunted Hills di media-media arus perdana jauh lebih menggemparkan.
"Uhuhu gila..gila..dah ranap pun blok F ya.. Huu? orang misteri terlepas lari naik jet? pihak polis terselamat dalam kejadian letupan?uhuhu.."
Jangahir pun naik hairan dengan wartawan gemuk pendek berambut panjang itu. Biasanya bila datang mesti sibuk nak tanya pasal laporan jualan BONGKAR dulu. Tapi hari ni dia sibuk menatap akhbar lain pula.
"Kinapa yini hari abang tarak tanya pasal yitu Bungkar paper? Kinapa baca lain paper juga?"tanya Jangahir.
"Huu?uhuhu iya sekarang orang semua tengah heboh pasal Ops Gempur Haunted Hills laa..uhuhu mintak bior le ko baca dan amek tahu sikit..sekian"
"Ouh baiklah..nanti saya suruh yitu pelanggan tukar bili yitu paper pula. Bungkar paper sudah boleh masuk tong sampah juga"
"Huu?! masuk tong sampah kata ko?! Huwwaaa naya..naya..aku suruh ko baca paper lain untuk amek tahu keadaan semasa je lah..uhuhu bab beli surat kabor,ko mesti suruh pelanggan beli BONGKAR je..uhuhu ko paham ke tak ni haa?sekian"
"Ayo sori bang..sori..baiklah..saiya faham..yitu Bungkar paper misti bili. Yitu lain paper..
"Uhuhu itu lain paper mintak bior le ko lempor dalam tong sampah lepas pelanggan dah baca percuma kat kedai ko..sekian"
"Ayo..yitu lain paper punya nasib selalu tarak baik juga..pasti akan di 'sikiyan'kan saja oleh abang"
"Buhuhu iye memang patut cenggitu ya..huhuhu patut..patut. sekian"wartawan gemuk dan pendek tu ketawa dengan perut buncit melantun-lantun.
_______________
YANA menatap isu keluaran terbaru akhbar tabloid BONGKAR dengan tajuk utama muka hadapan berbunyi 'Landasan Jet Misteri di Puncak Blok F Haunted Hills Ranap Dalam Letupan' hasil tulisannya sendiri.
Di dalam artikelnya kali ini beliau berjaya mendedahkan misteri tentang keberadaan landasan dan jet aneh milik orang misteri di tingkat atas apartmen blok F yang selama ini menjadi misteri dan persoalan di kalangan para pembaca akhbar tabloid BONGKAR.
Hal itu di sokong pula oleh berita ops gempur yang di lakukan oleh pihak polis ke atas apartmen terbiar Haunted Hills. Konstabel Yazid yang turut serta dalam operasi terbabit telah berjaya merakam momen-momen sewaktu orang misteri dan jet kepunyaannya di kepung anggota polis. Video rakaman yang di buat telah di berikannya kepada Yana untuk di ketengahkan kepada para pembaca setia akhbar tabloid BONGKAR.
Kejadian aneh di saat kepala orang misteri tanggal dan bergolek di kaki anggota skuad polis sebelum meletup dan menyebarkan habuk debu seperti spora turut di didedahkan dalam isu keluaran terbaru BONGKAR.
Asywina yang baru sahaja membancuh minuman dekat pantri pejabat lalu mendekati Yana yang sedang duduk menatap akhbar BONGKAR.
"Semuanya dah selesai Kak Yana. Harap para pembaca BONGKAR berpuas hati setelah segala misteri tentang puncak blok F Haunted Hills telah berjaya di bongkar dan di dedahkan semuanya"kata Asywina sambil tepuk ke bahu Yana.
"Yup.."Yana menutup akhbar dan menoleh dengan senyuman. Hatinya berasa lega kerana tekanan di sepanjang menyiapkan tugasan dan artikel berkaitan apartmen terbiar Haunted Hills yang penuh misteri dan mendebarkan itu akhirnya sampai juga ke penghujungnya.
Asywina melabuhkan punggung di kerusi sebelah Yana.
"Misteri yang masih meninggalkan tanda tanya"
"Maksud Kak Yana?"
"Kita tahu orang misteri tu berjaya cabut lari dengan jet milik nya lepas blok F di bom,tapi kita masih tak tahu dia tu siapa? Asal dari mana? Apa sebenarnya tujuan dia 'menghuni' dekat tapak apartmen Haunted Hills? Bagaimana dia boleh tanggalkan kepalanya sampai macam tu sekali?"
"Yes..oh one more..kan kepala tu meletup dan menyebarkan habuk-habuk debu seakan spora..apa sebenarnya motif dan tujuan dia buat macam tu?"kata Asywina.
"That's why i said misteri ni masih meninggalkan banyak pertanyaan tanpa jawapan.."kata Yana.
Perbualan itu terganggu sebentar dek kehadiran wartawan Yeob Maon buncit yang baru tiba di pejabat lepas pergi makan tengahari.
"Uhuhuhu iye Kak Yana..Asywina..ko ada kat bilik ni rupanya..uhuhu naya..naya..Haziq cakap ko berdua dah keluo pergi undangan temubual kat stesyen radio..uhuhu iya dia siap cakap ko berdua dah pesan suruh tinggalkan donat yang ko berdua pesan ni untuk aku makan sendiri je..sekian"
"Aih..bila pulak kami ada undangan ke stesyen radio tu Yeob?"tanya Yana.
"Uhuhu..iya bukan apa..jikalau beno seperti di kata..perut beso aku ni memang senantiasa sudi nak lahapkan donat-donat ko ni sampai habis ya..sekian"
"Wah banyak cantik perangai kau ya. Memang kau dah hajat nak pulun donat tu kalau kami keluar kan? Haziq pulak di petiknya"kata Asywina dah geleng kepala.
"Buhuhuhu..mana ada..sekian"plastik dan bungkusan donat di buat tutup-tutup muka sambil perut buncit wartawan Yeob melantun-lantun menahan ketawa. Dah tahu sangat wartawan Yeob kalau bab makan memang nombor satu. Sanggup pula mengelat atau petik nama orang sana-sini asal hajatnya tercapai.
"Ahahahahaha"
Pecah Wartawan Yana dan Asywina ketawa sampai tepuk-tepuk meja dek geli hati.
_______________
WALAUPUN orang misteri itu gagal di berkas oleh pihak polis ketika menggempur ke blok apartmen Haunted Hills tempoh hari,namun pihak berkuasa masih akan terus memburu suspek di atas pertuduhan bunuh yang di lakukannya ke atas dua orang wartawan sebelum ini.
Difahamkan bahawa pihak berwajib telah di hantar ke tapak apartmen Haunted Hills untuk kerja-kerja meroboh dan meratakan semua blok-blok terbiar yang ada. Kawasan itu akan di bersihkan dan di lapangkan.
Namun begitu,benarkah misteri tentang orang aneh itu sudah berakhir begitu sahaja?
________________
PEJABAT BALAI POLIS,Jam 6 petang.
Seorang anggota polis berpangkat rendah sedang melangkah naik tangga dan menuju ke sebuah bilik ofis pegawai tinggi polis. Dia mahu berjumpa dengan orang atasannya iaitu Inspektor Borhan.
Ketika tiba di hadapan pintu ofis tersebut dan melihat Inspektor Borhan sedang menghadap ke cermin dinding dalam keadaan membelakangkannya,anggota polis itu pun mengetuk pintu terlebih dahulu.
TUKK! TUKK! TUKK!
"Selamat petang Tuan Inspektor. Maaf kerana datang mengganggu"
Tiada jawapan dari pegawai atasannya itu. Inspektor Borhan di lihat terlalu leka menghadap ke cermin. Tak dapat pula di pastikan adakah beliau sedang mencukur misai atau apa.
"Err..Tuan..maafkan saya..boleh kita bercakap sebentar"
"Masuk"balas Inspektor Borhan.
Anggota polis bawahan itu pun melangkah masuk.
"Err..kita ada masalah sikit Tuan. Beberapa orang anggota kita di katakan sudah mula menunjukkan perilaku sikap yang ganjil. Kita ada di hubungi oleh ahli keluarga,isteri dan saudara mereka mendakwa mereka tidak pulang ke rumah dan tidak di ketahui ke mana mereka pergi. Malah mereka juga tidak hadir bekerja. Kesemua mereka adalah anggota yang sama terlibat bersama Tuan sewaktu mengepung suspek misteri di puncak bumbung apartmen blok F tempoh hari"
"Saya tahu mereka ke mana"balas Inspektor Borhan.
Beliau adalah pegawai yang mengetuai operasi sewaktu naik ke puncak blok F dan berhadapan dengan orang misteri itu tempoh hari.
"Tuan tahu mereka di mana?"
Tiba-tiba Inspektor Borhan berpaling.
Alangkah terkejutnya anggota polis bawahannya itu apabila melihat wajah pegawai polis terbabit sudah bertukar menjadi sangat hodoh.
''Tu..Tuan kenapa ni? Apa dah jadi dengan wajah tuan?"
"Hm kulit saya menggelupas sikit..tapi kamu jangan risaulah. Ini masalah kecil saja"balas Inspektor Borhan sambil tersengih dengan wajah yang amat meragukan.
Inspektor Borhan melangkah mendekati anggota polis berkenaan.
"Saya tahu ke mana mereka semua pergi. Saya pun ingin pergi ke sana juga. Cuma saya memerlukan kulit wajah yang baru"kata pegawai polis itu.
"Tuan menakutkan saya je.."
ZAPP!
Tahu-tahu sebatang tangan Inspektor Borhan telah mencekik ke leher anggota polis bawahan itu.
"Erkkkk...erkkk"
"Saya perlukan kulit wajah kamu"
Anggota polis tadi pun terbaring ke lantai. Tidak di ketahui pula samada dia masih hidup atau sudah mati. Akan tetapi nasibnya memang kurang baik kerana kulit wajahnya telah di siat oleh Inspektor Borhan.
BERSAMBUNG...
Share this novel