BAB 4

Romance Series 2148

"SEMUA dah cukup. Hmm... sampe gilak udah masa nak gerak. Sarawak, sitok aku datang!!!”
(Semuanya dah cukup. Hmm... sudah tiba masanya untuk bergerak. Sarawak here I come!)

Girang nada Suraya sambil menyapu lagi tambahan lipstik ke bibir. Bagasi ditarik sekali keluar dari bilik kondonya itu.

“Hah, dah siap? Breakfast lah dulu sayang. Nanti tak lah lapar,” tegur si rakan yang sedang mengisikan bihun ke dalam pinggan.

“Hmm…actually I dah terlambat ni, Cham. But I take lah sikit kesian pula you dah masakkan untuk I,” sahut Suraya melepaskan pemegang bagasi dan melenggang ke meja.

Bau bihun goreng panas-panas itu memang membuka seleranya juga.

“Ha… beginilah kawan I. Dahlah nanti tiga minggu you ke Miri. Boring juga I nanti. Apply cuti tak lulus pula. Kalau tak I pun nak balik Golok sana. Rindu sama ibu,” ujar Cham.

“Aik, kenapa tak dapat approval pulak? Bukankah you memang dah lama tak ambil annual?” Sahut Suraya setelah habis kunyahannya.

“Entah. Manalah I nak tahu. Dah boss tak nak kasi. Apa lagi yang I boleh buat kan?” Sahut Cham bersuara sedikit sebak. Dia memang rindukan kampung halamannya sudahlah raya pun dia tidak dapat cuti.

“I nak bawa you sekali ke Miri. Company pulak tak sama. Kampung juga tu,” ujar Suraya bernada kasihan.

Mendengar pelawaan tersebut membuatkan Cham tersenyum dan menghulurkan botol sos pada Suraya.

“Tak apalah. Kirimkan saja salam pada mak dan bapa kau, Suraya. Katakan Cham kirimkan salam peluk rindu,” ujar Cham tersenyum.

“Hahaha, baiklah sayang,” jawab Suraya.

“Oh, iya lupa pula nak tanya. Kali ni, berapa staf yang pergi? Tak pernah lagikan ke Sarawak? Selalu paling jauh pun Jb je, tu pun Encik Haris Eezuwan saja kan?” Tanya Cham yang mengenali Haris memandangkan mereka juga pernah bekerjasama.

“Kali ni, empat orang kalau tak silap I lah. Tapi dua lagi tu dari anak syarikat,” jawab Suraya.

“Oh, so you all berdua sajalah dari Kl?” Dan nada pertanyaan dari Cham kedengaran seperti terlalu terkejut pula di pendengaran, Suraya.

“Why? Sound like shocked pula? Standard lah kan? Kita kan setiausaha. Kadang kita, kadang personal assistant yang ikut,” jawab Suraya tetap menenangkan intonasi suaranya.

“Nope. It’s not like that. I thought pergi ramai-ramai. Bukan ke selama ini you guys kalau ada outstation pergi ramai-ramai? Paling-paling ‘koman’ pun bertiga? Agak rare bila aku dengar berdua saja. Dahlah kau tu single. Haris pula suami orang. Tak ke jealous isteri dia nanti? I memang takut kalau outstation berdua saja…” Jelas Cham memperjelaskan akan maksud dia itu.

“I yakin wife dia sporting. I dah mesej Haris and yes dah dapat kebenaran. So?” Sangkal Suraya pula lalu menyuap sudu berisi bihun ke mulut.

“Kalau dah begitu tak mengapalah. Mungkin betullah kut apa kata you tu…” Sahut Cham juga menyambung makan.

Suraya pun tersengih lalu kedua-duanya menjamu selera dalam kesepian.

“KEPADA para penumpang yang kami hormati. Selamat datang di penerbangan Boeing MN 377 dengan tujuan ke Sarawak. Sebelum kita berlepas, mohon perhatian anda sejenak untuk mendengarkan beberapa pengumuman keselamatan.Saat ini, kami meminta anda untuk mengenakan tali pinggang anda dengan benar. Pastikan tali terpasang erat di pinggang dengan terkunci rapat dan tali yang berlebihan ditarik hingga kencang.Untuk melepaskan cukup angkat penutup kunci ke atas.
Kami mengingatkan anda semua untuk tetap mengenakan selama anda duduk demi keselamatan terutama jika lampu tanda bernyala. Jika Anda memerlukan bantuan, kru kabin kami siap membantu anda. Terima kasih atas perhatian anda. Kami mengharapkan anda semua menikmati penerbangan ini. Terima kasih…”

Tidak tahu mengapa hati Haris berdetak resah. Wajah ayu, Nadira Kesuma bagaikan melambai-lambai ilusinya. Berlainan pula di pihak Suraya, dia berasa sangat teruja selain rindu menggebu untuk pulang ke kampung.

Pesawat kini sedang berada di udara dan bakal meninggalkan udara Tanah Semenanjung dan bakal melepasi Laut China Selatan untuk menuju ke bumi Kenyalang serta Borneo.

“Have a drink?” Tegur seorang pramugari jelita bersut singkat merah sambil menolak troli.

“Suraya, awak nak minum tak?” Soal Haris setelah berpaling sebelah.

Suraya juga berpaling arah Haris dan kemudian mendongak sambil mengangguk. Pramugari itu tersenyum lalu menghulurkan minuman.

“Encik pula?” Tanya pramugari itu lagi sebelum dia bergerak ke bangku lain. Haris juga mengangguk dan menerima huluran air dari tangan pramugari jelita itu.

Suraya membawa keluar buku novel untuk dibaca sewaktu perjalanan. Haris sedikit tersentak. Tidak pula dia tahu setiausahanya itu meminati novel genre sebegitu.

“Suka baca kisah seram ke? Tak sangka pula?” Haris spontan menegur. Suraya terdongak lalu tersenyum sambil menatap wajah Haris yang di ketika itu pula menatap tajuk dan cover buku di tangan.

“Aha, memang suka baca kisah-kisah seram. Kadang-kadang layan podcast seram. Awak tak suka, ya? Eh, boss tak suka ya?” Tanya Suraya balik dan tersasul.

“Tak apa. Kita bukannya di pejabat pun kan. Umur pun hampir sebaya. Tak apa panggil saja nama. Saya memang tak suka sangat membaca. Tapi dengar tu, bolehlah,” jawab Haris cuba tersenyum walau hatinya gundah teringatkan si isteri tercinta di Semenanjung.

“Sesekali Haris cuba baca. Lama-lama memang layan. Kalau nak pinjam kat I pun boleh. Cakap je nak tajuk apa,” sahut Suraya ramah.

Sesekali Haris terkesima juga pada senyuman tersebut. Namun dia cepat tersedar akan siapakah dirinya itu.

“Tak apalah bacalah. Saya nak dengar lagu,” sahut Haris setelah dengan laju dia alihkan pandangannya ke arah tivi kecil dan memakai headphone. Suraya tersenyum dan kembali menatap novel seram hasil nukilan penulis dari seberang itu.

“AKU dekat mana ni?” Dia masih lagi berjalan sambil mengomel tertanya-tanya. Tak semena-mena pula tu berada dalam hutan tebal yang riuh dengan suara cengkerik dan margasatwa hutan.

“Eh, tu macam suara orang tapi kenapa lain macam saja?” Soal Haris dan kaki makin laju melangkah. Tangan kian kasar menepis semak-samun yang ada depan dia.

Agak jenuh dia menenyeh-nenyeh kelopak mata bila pandangan menjadi berlapis-lapis dan berkabus. Suara rentak alat muzik dan nyanyian orang ramai itu juga masih kedengaran.

“Macam ada perkampungan orang asli,” ujar Haris dengan yakin. Dia melajukan lagi ayunan kaki.

“Mungkin Su ada dekat situ?” Ujarnya baru teringat pasal setiausahanya itu. Sedari tadi, dia langsung tidak teringat.

“Haris…”

“Hah?” Tanya Haris setelah berpaling. Kabus menjadi semakin tebal dan melingkari kawasan tempat dia berdiri saja.

“Siapa tu? Suraya ke?” Haris terpaksa mengecilkan matanya melihat ke dalam bulatan cahaya. Dia memang ada nampak susuk tubuh seseorang.

“Haris…”

“Suraya…”

“Encik Haris! Bangun. Bangun!” Pekikan suara itu membeliakkan mata Haris. Terbangun lalu memandang ke arah Suraya. Setelah itu, arah pramugari pula.

“Are you okay, sir? Pesawat kita dah touch down safely,” jelas pramugari itu sambil tersenyum.

“Ya, boss. Kita dah kat Sarawak ni. Marilah kita turun. Semua orang dah turun ni,” sahut Suraya pula membuatkan Haris yang masih terpinga-pinga itu, terbangun.

“Boss, okay tak ni? Apa yang boss mimpi tadi? Berpeluh-peluh muka boss,” tegur Suraya.

“Mimpi?" Haris menyoal balik. Suraya mengangguk.

"Ya? I tengok boss tadi rupa kena kejar saja, mukanya tu. Boss mimpi apa?" Jawab gadis itu lagi. Haris berkedut dahi.

"Tak. I’m okay. I’m okay,” sahut Haris pula yang masih celaru. Suraya sekadar mengangkat bahunya setelah mendengar jawapan Haris. Kini kedua mereka bergerak turun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience