BAB 28: Paranormal
HARUN bersama Asywina,Yeob Maon dan tiga orang wartawan lain bergerak bersama meredah hutan belukar. Laluan denai hutan yang di lalui agak terang dengan suluhan cahaya torchlight dari telefon pintar masing-masing. Di tambah dengan sinar rembulan mengambang.
Mereka tidak banyak bercakap-cakap melainkan saling fokus pada jalan yang sedang di tempuhi. Hutan itu agak sejuk di waktu malam begini di tambah dengan kabus.
Setelah agak jauh berjalan,mereka pun menemui sebuah rumah lama dua tingkat dan agak usang. Pintu hadapan telah di palang dengan kayu malah di paku. Tiada harapan untuk memasuki rumah berkenaan melalui situ.
Harun berdiri tercegat mendongak ke tingkap atas.
"Ada apa bang Harun?"tanya Asywina.
"Tak pasti lagi. Kena periksa dulu. Kau orang tunggu kat depan ni jap"pesan Harun sebelum beliau melilau ke bahagian belakang rumah.
"Uhuhu naya..naya..siapa pulaklah yang tinggal dalam rumah tengah hutan cenggini haa? Sekian"Yeob Maon menyuluh ke segenap rumah kayu tersebut.
"Nenek kebayan kot"kata wartawan Yati.
"Huu?uhuhu mintak bior le ko di beri tugas untuk interview nenek kebayan rumah ni nanti..uhuhu iya baik..baik..nanti aku usulkan kepada Encik Ghani untuk tindakkan selanjutnya..sekian"
"Eh apa ni abang Yeob..tak kelakar lah rumah seram gila macam ni kot"
"Buhuhuhu..tau ko takut ya..huhuhu sekian"
Sementara itu di belakang rumah usang tersebut,Harun telah menemui sebuah pintu yang agak reput di makan oleh anai-anai.
BUKK!
Harun menendang ke pintu rumah tersebut sehingga terbuka.
KREKK..
Daun pintu di tolak. Suluhan lampu dari telefon pintarnya menyuluh ke dalam ruang dapur. Agak bersepah di dalamnya dengan sampah sarap,kotak dan tin minuman.
"Sarang penagih agaknya"getus hati Harun.
Akan tetapi firasat hatinya seakan menyuruhnya untuk memasuki juga ke dalam rumah berkenaan. Harun melangkah masuk.
Dalam beberapa langkah di atur,tiba-tiba muncul kelibat pocong berbungkus melompat ke arah Harun.
"Ah aku tak ada masa lah untuk engkau!"kata Harun lalu di hadiahkannya suatu tendangan padu.
BUKK!
Pocong itu berguling-guling jatuh sebelum hilang.
Gangguan-gangguan untuk menakut-nakuti seperti itu sememangnya tidak pernah berkesan terhadap Harun. Lagipun Harun tahu hantu syaitan itu hanya berani terhadap manusia-manusia penakut dan lemah semangat sahaja. Sebab itu Harun tidak pernah membuang masa untuk menulis artikel-artikel berkaitan hantu.
Akan tetapi rumah usang ini seperti ada sesuatu tentangnya. Tadi Harun terlihat akar-akar menjalar di atas bumbungnya sewaktu wartawan-wartawan yang ada bersamanya agak leka berbual-bual. Namun akar-akar itu hilang ghaib setelah mereka menghampiri rumah berkenaan.
Harun berdiri di ruang tamu sambil menyuluh ke segenap. Ada sebuah meja usang dan kerusi. Tiada apa di dalam sana.
Dia pun menaiki tangga ke tingkat atas.
Tiba-tiba saja muncul akar-akar entah dari mana,menjalar seperti ular dekat anak tangga. Pantas Harun naik ke atas. Kemudian akar-akar tadi pun hilang ghaib. Inilah yang mencengangkan Harun. Walhal perkara itu adalah sama seperti apa yang di laluinya sewaktu pergi menemani Yana dekat Haunted Hills dulu.
Tiba-tiba anak mata Harun terlihat bayang atau kelibat hitam berlari masuk ke suatu bilik. Cepat-cepat dia menoleh dan menyuluh lalu pergi ke bilik tersebut.
"Siapa?!"soal Harun dengan suara sedikit keras.
Tiada jawapan. Dalam bilik itu ada almari dan kotak-kotak bertimbun. Dia amat pasti kelibat tadi bersembunyi di sebalik benda-benda itu.
BUKK!
"Ughhhh!"
Harun terhumban dan bergolek di atas lantai sejurus di serang dari belakang.
Seorang lelaki berdiri tercegat memerhatikan Harun yang sedang mengerang sambil bangkit dari baringannya.
"Kau sememangnya seorang wartawan pemberani"kata lelaki tersebut.
Harun pun menyuluh ke arahnya sebelum terkejut melihat kelibat dengan wajah yang aneh. Tubuhnya di sarung dengan jaket jubah kulit hitam leather paras lutut. Bersarung tangan dan bertopi. Tahulah Harun bahawa dia sedang berhadapan dengan orang misteri yang selama ini heboh di perkatakan.
"Siapa sebenarnya kau ni?!"soal Harun.
"Kau tak perlu tahu siapa aku. Cuma aku nak bagi amaran supaya kau jangan terlalu berani untuk membongkar rahsia aku"
Ketika lelaki misteri itu sudah berpaling mahu melangkah pergi,Harun tiba-tiba bertindak di luar dugaan dengan menerkam orang misteri terbabit.
BUKK!
Giliran orang misteri pula terhumban.
"Ughhh!"
"Tidak! aku mesti bongkarkan rahsia dan identiti engkau!"kata Harun. Sikap pemberaninya memang luar biasa.
Topi kepala orang misteri di rentap. Harun cengkam di bawah dagu lawannya.
"Cakap siapa engkau ni sebenarnya!"
"Tak semudah itu!"
BEDEBUKK!
Harun di tendang sehingga berguling-guling.
Orang misteri menyelak lengan panjang jaket kulitnya. Rupanya dia ada memakai sejenis peranti seperti jam tangan yang aneh bentuknya.
Harun melihat orang misteri itu mulai menekan butang-butang berlampu pada peranti di pergelangan tangannya.
Sesuatu yang aneh pun berlaku di luar rumah usang tersebut. Wartawan Yeob Maon,Asywina dan lain-lain terkejut apabila melihat ada cahaya di kejauhan.
"Cahaya apa tu?!"
"Uhuhu naya..naya..mintak ko semua tunggu sini jap. Uhuhu bior aku pergi tengokkan cahaya apa sebenornya tu..sekian"
Wartawan gemuk Yeob Maon terkedek-kedek berlari anak pergi ke arah cahaya yang muncul di balik kejauhan celahan hutan.
"Aku pergi temankan Yeob. Korang stay kat sini sampai abang Harun muncul"kata Ashwina lalu menyusul di belakang wartawan Yeob Maon.
Sementara itu,team wartawan yang di wakili oleh Yana juga sudah terlihat akan cahaya terang tersebut dan mereka bergegas menghampirinya.
SEBUAH piring terbang yang amat besar sedang terapung-apung di udara sambil cahaya-cahaya lampunya memancar ke bawah. Rimbunan hutan dan dedaunan di sekitarnya menjadi condong seperti di tiup angin deras akibat tekanan dari piring terbang terbabit.
Ia terus terapungan dan memancarkan cahaya lampu begitu tanpa di ketahui apakah tujuannya.
Wartawan Yeob Maon dan Asywina bersembunyi di sebatang pokok dan rimbunan semak ketika telah tiba di ceruk munculnya cahaya tersebut. Alangkah terkejutnya mereka melihat piring terbang besar itu.
"Huwaaa??! gila..gila..uhuhu iya itu kapal angkasa Star Trek ke haa?sekian"kata Yeob Maon.
"Hm..perkara dah jadi semakin bertambah misteri nampaknya. Biasanya kemunculan piring terbang di kaitkan dengan keberadaan makhluk asing atau alien. Tapi mungkin lebih baik kita rakamkan semua ni dulu"kata Asywina.
Dua wartawan itu pun tidak berlengah lalu merakam kemunculan piring terbang misteri tersebut dengan video kamera digital.
Sementara itu Yana dan lain-lain juga sudah tiba di kawasan piring terbang besar itu sedang berlegar di atas udara.
Cahaya yang muncul darinya amat menyilaukan mata sehingga sesiapa pun yang berada dekat situ pasti terpaksa menyilangkan tangan ke wajah buat melindungi sedikit pandangan mereka. Terpempan para wartawan itu seperti tidak percaya dengan apa yang sedang di lihat oleh mata.
"Okey..ini memang sukar untuk kita percayai"kata wartawan Haziq.
"Tapi para pembaca BONGKAR pasti berminat dengan hal-hal paranormal sebegini"kata Yana lalu merakam segala apa yang di lihatnya itu melalui video kamera digital.
Tak lama kemudian,empat lembaga telah muncul dan berkumpul di bawah sinaran lampu piring terbang besar itu. Mereka ialah anggota-anggota polis yang sedang cuba di jejaki oleh para wartawan dari syarikat tabloid BONGKAR.
"Hah..itu pun mereka!"
"Biar kita tengok apa yang mereka nak buat sebenarnya"kata Yana sambil terus merakam.
Empat anggota polis yang berkelakuan ganjil itu dilihat mendongak tinggi ke udara sambil menatap cahaya-cahaya yang terpancar dari bawah perut piring terbang.
Tiba-tiba keempat-empat mereka pun di tarik melayang naik ke udara. Pintu piring terbang itu pun terbuka menyambut mereka sebelum mulai bergerak pergi.
Hutan di sekitar situ pun kembali bergelap. Rimbunan pepohon yang condong akibat tekanan yang timbul juga kembali ke sediakala.
******
"Heyarghhhh!!"
Harun menerkam ke arah orang misteri namun lawannya lebih pantas menghadiahkan suatu tendangan.
"Ughhhh!"
Harun terhumban lagi.
Tiba-tiba cahaya terang telah muncul dari luar lalu masuk ke setiap jendela rumah usang. Harun menjadi kehairan-hairan.
Salah sebuah tingkap pun di pecahkan oleh orang misteri sebelum dia keluar dari situ dan berjejak di atas bumbung sambil mendongak ke atas.
Rupanya piring terbang besar tadi sudah terawangan di atas bumbung rumah usang.
Salah sebuah pintu di bahagian perut piring terbang pun terbuka. Orang misteri dilihat terapung di dalam cahaya sebelum masuk ke dalam kenderaan penuh misteri itu.
Sepantas kilat piring terbang itu pun ghaib.
*****
"Para anggota polis tu semua dah di sedut masuk ke dalam piring terbang. Apa jadi kat you Run?"kata Yana ketika para wartawan kembali berkumpul dan berjalan keluar dari hutan.
Harun pun ceritalah bagaimana dia ternampak akar-akar pokok menjalar itu sehingga bertekad masuk ke rumah usang sebelum bersemuka dengan orang misteri.
"Abang Harun berlawan dengan orang misteri tu?!"para wartawan lain agak terkejut setelah di beritahu akan hal tersebut.
"Nanti kau orang tengok sendiri. Semuanya ada terakam dalam ni"kata Harun sambil tunjuk video kamera digital dengan strap yang tergantung di leher di sepanjang dia bergelut dengan orang misteri.
"Uhuhu iya memang naya malam ni ya..sekian"kata Yeob Maon.
"Naya tapi berbaloi Yeob. Banyak bahan dan bukti yang kita dapat"kata Harun.
BERSAMBUNG...
Share this novel