Menanti Hari

Action Series 1082

Hampir sehari air tengkujuh menimpa bumi, Iszran berkejar ke pejabat Mejar General macam yang diminta oleh pegawai lain.
Tapak pejalan kaki sedikit bertanah oleh air melimpah keluar dari parit dan bayu kuat berusaha mematahkan keinginannya ke sana.

"Isz. Saya benci buat begini tapi saya kena jugak... Martyred ladies mohon seorang elite dari kor marin.
"Kami sebulat suara pilih awak. Veteran. Banyak pengalaman. Pandai buat kerja.
"Lagipun kompeni awak sedang berehat sebab kehilangan terlalu banyak anggota. Saya akan bagitau sarjan awak nanti."
Mejar Adzwan menyalakan api dan merokok.

"HetzerKoch pembekal senjata dan uniform diorang. Setiap orang memang berpegang kepada tugas dan setia kepada maharaja.
"Kebiasaannya, sisters hanya bertugas di rumah sembahyang atau rumah anak-anak yatim piatu hasil keprihatinan maharaja sendiri.
"Tapi mereka dilatih sebagai medic dan combatant selain sister dan caretaker."

Iszran menggantung kot yang berair pada gantungan tersedia di belakang pintu;
"Tuan, kenapa saya dipilih?"

Mejar Adzwan mengeluh sambil hembus asap rokok;
"Isz. Awak seorang saja yang elit dalam kor marin sekarang ni.
"Sedangkan fail semasa awak, ada nama-nama menarik saya nampak dan pada pendapat saya awak mampu sertai imperial zehirian regiment tapi tak tahu kenapa pihak atasan nak pegang awak dalam army."

"7.62mm, 10 mags. 7.7mm, 12 klip. Bila saya boleh ambil?"
Iszran menerima takdirnya, selepas mendengar penjelasan dari pegawai atasannya.

"Bawak surat ni ke general supply staff. Dia akan sediakan segalanya untuk awak."
Mejar Adzwan memberikan dua sampul surat kepadanya;
"Martyred Ladies guna rumah sembahyang sebagai markas. Lapor diri ke sana terus dengan surat lagi satu tu."

Tanpa mencampakkan masa ke sesuatu yang kurang penting, dia pergi ke pejabat General Supply Staff untuk dapatkan bekalan baru sebelum ke markas Martyred Ladies di pusat bandar. Pada hari yang sama.

Dari luar pintu, irama organ sedang bermain dan menggambarkan keagungan sang pencipta kepada yang sedang mendengar.

Dengan sopan, Iszran masuk ke dalam dan menutup pintu begitu perlahan. Irama terhenti. Pekikan guruh diikuti panahan halilintar mencipta suasana sedikit suspens kepadanya.

Iszran berjalan ke depan dan cuba mendapatkan perhatian pemain organ.

"H-hai. Saya datang melapor diri. Sini markas Martyred Ladies k-kan?"
Iszran sedikit gugup apabila mendapati pemain organ itu ialah seorang wanita.

Pemain Organ tidak bercakap dan berjalan laju keluar ke ruang lain.

Wanita lain datang ke situ;
"Siapa kau?"

Iszran menyerahkan surat dan mengangkat tabik;
"Private Specialist Iszran. Skuad Ke-36. Dari Major Adzwan 6th Battle Company."
Dia perasan sepucuk Luger di pinggang wanita itu.

Wanita itu terus menyimpan surat tersebut ke dalam saku;
"Sarjan Skadi. The Order of Martyred Ladies. Sini semua orang akan bekerja sampailah ada arahan baru dikeluarkan dari HQ."
Beliau memperkenalkan diri secara formal.

"Sini."
Skadi mengajaknya ke ruang seterusnya;
"Saya tak sangka awak tinggi sikit berbanding panggilan diberi orang lain."

"Panggilan?"
Iszran tertarik.

"Little boy. Orang papillon letak nama tu dekat memorial awak masa perasmian taman papillon."
Skadi memberitahunya.

"Saya tak boleh nak mendikte apa orang nak panggil saya. Tapi sekurang-kurangnya saya berbakti pada mereka."
Iszran memberikan respon dan terus berjalan.

Skadi berhenti, menunjukkan taman bunga kecil yang dipisahkan oleh satu dinding kaca.

"Sebelum dihantar sini, kami bertugas dekat melur. Banyak yang K.I.A dan ada jugak yang terpaksa jalani rawatan sebab shell shock.
"Angkara askar-askar elimina yang berani mati, 21 orang combat medic kami terkorban. Konvensyen perang antarabangsa akan tentukan hukuman kalau kita failkan isu ni kepada mereka nanti."

Skadi dan Iszran bergerak ke tepi sedikit. Kelihatan si Pemain Organ tadi berbual dengan askar-askar lain.

"Itu susanna. Combat medic terakhir yang ada dengan kami dan awak perlu elak dia daripada kena tembak oleh sniper elimina.
"Dia hanya tahu kehadiran awak di sini untuk membantu kami dalam trench warfare. Pasal yang tadi tu, jangan bagi dia tahu dan pastikan dia tak selamatkan askar elimina yang cedera.
"Semua orang risau pasal dia termasuk saya. Jadi, tolong. Jaga dia betul-betul."
Mohon Skadi.

"Bahagian trench warfare tu memang betul kan?"
Iszran cuba mengkonfirmasi penerangan tadi.

"Ya. Waktu malam."
Skadi angguk kepala.

Skadi menunding jari kearah utara;
"Dewan sidang utara tempat kami semua tidur. Jangan masuk ke sana atau aku siat kulit kau kat bilik bawah tanah bangunan ni."

"Faham. Mana saya tidur?"
Iszran menggenggam rifle-nya lebih keras, menyembunyikan rasa takutnya.

Skadi petik jari;
"Menara ada di selatan, ada bilik pengawal dekat pintu masuk naik ke atas. Pakailah bilik tu."

"Baiklah."
Iszran kembali tenang.

"Itu saja. Ada apa-apa nanti saya cari awak di sana."
Skadi meninggalkan prebet di situ.

Maka Iszran memanjat naik ke menara, menyediakan tempat rehat dan tidurnya.
Masih ada masa sebelum tiba makan malam, Type-9 Pawaka jalani pembersihan dan pemeriksaan yang ringkas oleh pemiliknya.

Selepas makan malam, Iszran duduk atas kerusi tepi bilik dan menggunakan pelita kecil sebagai sumber cahaya. Dia mengambil masa menyediakan sebatang pen dan buku catatan atas meja kerja.

Masa terus berdetik. Iszran meletakkan lampu minyak tanah di atas kerusi ketika meronda dewan utama pada jam 2100 selepas waktu makan malam.

Hujan semakin teruk. Angin mengganas menjadi ribut diikuti guruh kuat.

Dia duduk sekejap, memandang senjatanya dan berbisik;
"Bila perang ni habis nanti, mungkin kasturi betul-betul akan tunaikan janjinya..."

Dah macam filler aku buat bab ni. Next chapter baru action. Thanks for reading. Apa-apa update kat facebook(Hana Mizu) jumpa lagi. bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience