Rate

Bab 2

Romance Series 2684

“Eh, kenapalah aku boleh suka dan cinta dengan mamat tak ada perasaan macam kau ni Luqman. Boleh gila aku kalau stay lama lagi kat sini. Haihhh, penatnya,” rungut Sara selepas masuk ke dalam bilik. Kecewa sungguh dia dengan suaminya itu.

Air matanya tumpah semula. Dia teresak-esak kerana kecewa dengan apa yang jadi dan sakit dalam hatinya kerana cintanya langsung tidak dibalas. Masa dan ruang sudah diberikan, usaha juga sudah sungguh-sungguh. Jadi mahu apa lagi?

Tiga tahun tiga bulan baginya adalah tempoh yang sangat panjang untuk menanti cinta dibalas selepas menjadi suami isteri. Rumah tangganya lagi goyang bila munculnya Maria yang tidak sedar diri itu. Bekas isteri yang tidak tahu malu, sudah diceraikan lama dulu tapi masih terhegeh-hegeh.

Bukannya dia merampas daripada Maria tetapi dia dinikahi ketika Luqman sudahpun menjadi duda selama lebih kurang setahun.

Terdengar saja pintu terbuka. Laju saja Sara mengesat air matanya dan cuba menahan esak tangisnya

Luqman duduk di birai katil bersebelahan Sara. Terus saja Sara memalingkan tubuhnya dengan mengiring membelakangkan suaminya.

“Sara.”

Sara diam. Pura-pura sudah tidur.

Luqman menarik bahu Sara untuk Sara berpusing menghadapnya. Tertawa Sara kerana hari ni saja sudah dua kali suaminya menyentuhnya.

“Sara.” Lembut saja Luqman Ariff memanggil Sara Imani.

“I mengantuk sangat ni. Mata tak boleh bukak.”

Luqman menggeleng. “Jom, bangun kejap. I ada benda nak cakap.”

“Busylah.”

Berkerut dahi Luqman. Sibuk apanya?

“Hah?”

“Sibuklah. You guna ayat sibuk tak apa. Bila I guna tak boleh pulak,” balas Sara sambil mata terpejam. 

Berdecit mulut Luqman. Terus saja Luqman mendekati Sara dan memegang wajah Sara sehingga terkejut Sara melihat Luqman buat begitu.

Manalah dia biasa suaminya menyentuhnya sebegitu. “I nak tidur. Esok je I nak kena baut banyak benda. Mia esok ada jamuan kelas lagi.”

“Pandang I.”

Sara geram. Kenapalah dua tiga tahun lepas tidak langsung lelaki ini menyentuh dan memujuknya seperti ini. “I betul-betul nak tidur. Kalau you nak ajak bincang pasal tadi tu. Keputusan I memang dah muktamad tiada apa yang dapat mengubahnya. Sebab benda tu I dah fikir bukan sehari dua tapi berbulan-bulan.” 

“Duduk kejap boleh tak?”

Sara keras berbaring dan memejamkan matanya. Kau nak tengok degil aku kan, rasakan.

Luqman terus mengangkat Sara dengan memeluknya dari belakang dan terus mendudukkan Sara. Sara berusaha untuk melawan, namun tenaga suaminya yang rajin pergi ke gim terus dapat mengalahkan tenaganya yang hanya mengangkat periuk kecil saja.

“Dahlah, Luqman. Apa yang… hmmppp…”

Ada pernah pujangga mengatakan jika mahu diamkan seseorang adalah dengan menutup mulutnya, namun Luqman menggunakan mulutnya sendiri untuk menutup mulut Sara.

“Ini kan yang you nak?” tanya Luqman melepaskan kucupan selepas Sara seperti menolaknya.

Rasa mahu hilang jantung Sara dan rentak jantungnya mula berdegup kencang. Ini kali pertama mereka bermesra sebegini walau dalam keadaan marah. Namun, inilah ciuman selepas ciuman akad nikah pada dahi Amna tiga tahun tiga bulan yang lalu.

Mata Luqman menatap indah mata Sara. “I akan tunaikan tanggungjawab I lebih lagi termasuklah nafkah ini… please jangan mintak cerai untuk masa depan Mia yang lebih baik,” pinta Luqman penuh pengharapan.

Pak!

Sara menampar pipi Luqman. Biar setan dalam diri Luqman ni terjaga. Sungguh dia terasa terhina sekarang ini. “Lepas apa yang I cakap panjang lebar tadi pasal kita. Ini yang you faham? Telinga dan hati you dibuat dari apa ya?”

Luqman terduduk di sebelah Sara. Matanya melihat air mata Sara tumpah lagi, malam ini saja sudah berapa kali dia membuat Sara menangis. Pipinya dipegang, tidak sangka Sara menamparnya.

“Bukan ni ke yang you nak? You nak layanan seorang isteri kan?” tanya Luqman perlahan.

Sara seperti tidak percaya sebodoh ini suaminya. “Pekatnya…”

Kesal Sara dengan pemikiran Luqman yang fikir dia hanya mahukan hubungan kelamin. Sara betul-betul terasa hati dan rasa maruahnya dipermainkan.

“Kalau nak buat benda ni, dari tahun pertama I dah mintak cerai. Tapi kenapa sekarang baru I minta cerai. Sebab I dah tak larat dah dengan you… tolonglah you duduk kat bilik kerja you tu. You fikir semula apa yang berlaku selama tiga tahun tiga bulan ni.” Sara terus menepuk semula bantalnya untuk dia sambung tidur.

“Kalau I tak faham, fahamkanlah I.”

Sara buat tidak tahu. Dia malas mahu habiskan semua tenaganya malam ini. Kejutan ciuman tadi pun tak habis lagi jantungnya berdebar. Dia tidak tahu sama ada Luqman tidak faham atau sengaja buat tidak faham.

Apa pun cerai tetap cerai. 

Luqman hela nafasnya bila melihat Sara keras kepala seperti ini. Memang benar dia belum mencintai Sara, dia bernikah dengan Sara kerana dia percaya Sara akan jadi ibu yang terbaik untuk anaknya, Mia. Lagi pula dia sudah mengenali cara kerja Sara kerana sebelum ini Sara adalah setiausahanya di pejabat.

Kepala katil menjadi tempat badan belakang Luqman bersandar. Dia memandang Sara kembali, seorang wanita yang sangat bijak, lembut, penyabar dan pandai menguruskan hal-hal rumah tangga.

Tidak pula sepanjang perkahwinan mereka dia melihat Sara tidak gembira kerana Sara selalu menunjukkan sisi yang baik-baik saja. Tidak sangka riangnya seseorang rupanya dalamannya sedang terseksa. 


PERLAHAN mata Sara dibuka, sungguh mengantuk namun ada tanggungjawab yang perlu dia lakukan. Posisinya masih lagi mengiring, dia membuka mata dan melihat sosok suaminya masih ada di sebelahnya seperti biasa yang peliknya suaminya tidak membelakangkannya.

Posisi mereka seperti saling merenung, wajah mereka sungguh rapat.

Kekalkan keputusan kau, Sara.

Terus saja Sara bangun dan membersihkan diri tidak lupa juga meminta ampun pada yang maha Esa kerana sudah meminta cerai kepada suaminya.

Seperti kebiasaan Sara akan terus ke dapur untuk membuat sarapan pagi untuk Mia dan kemudian akan naik ke bilik Mia untuk menyiapkan Mia.

Semasa Sara sedang menyiapkan sarapan di dapur tiba-tiba tubuhnya dikepung dari belakang. Dua belah tangan sedang menguncinya, belum sempat dia berpaling ke belakang Luqman sudah menegurnya.

“Morning sayang.”

Berderau terus darah Sara. Kena rasuk ke apa suaminya ini?

Sara jadi kejung kerana kedudukan rapatnya bersama Luqman. “You ni kenapa?”

“Bermesra dengan isteri.”

Tergelak besar Sara dibuatnya. Sara cuba memusingkan badannya dan ya, Luqman masih mengunci kedudukannya. Rapat sungguh kedudukan mereka yang saling berhadapan ini sehingga terpaksa Sara belakangkan sedikit badannya sehingga punggungnya sedikit ternaik di meja menyiapkan makanan.

“You ni alright tak alright ya? Tepi sikit, pagi ni orang nak breakfast manisnya susu dan coklat bukannya mulut orang,” balas Sara sambil menolak keras tangan Luqman.

Luqman memerhatikan gerak-geri Sara yang cekap membuat kerja di dapur. Sangat teratur dan jelas Sara kekal jelita. “I dah fikir apa yang I buat selama ni salah. I sedar yang I banyak abaikan you dan tak peduli apa yang you rasa sepanjang kita kahwin.”

Sara pandang Luqman dan tersenyum. Tersenyum perli sebenarnya. “Akhirnya, tidur yang lena dapat waraskan fikiran you.”

“I tahu I sibuk fikir pasal kerja…”

“Dan, sibuk fikir pasal bekas isteri.” Tergelak Sara dibuatnya sengaja dia menyampuk bila Luqman berkata.

Memang patut dia cemburu dengan bekas isteri Luqman. Selalu ada masa untuk Maria, tapi untuk dirinya memang tiada langsung. Kalau ada pun hanya disebabkan Mia sahaja.

“Tak yang you nak cemburu dengan Maria kenapa? Benda ni kan I dah explain lama kat you.” Luqman mengeluh kecil. Geram juga dengan Sara.

Sara pandang Luqman yang sememangnya begitu polos dan senang ditipu oleh orang sekelilinganya terutama dengan bekas isterinya.

“You nak ulang ayat yang sama ke? Ayat yang korang bercerai sebab Maria pura-pura kantoi curang dengan lelaki lain supaya you ceraikan dia dan bila dah cerai. Barulah dia datang semula bawak satu kertas yang mengatakan dia ada sakit kanser dan usia dah tak lama dah. So, dengan itu you akan cari perempuan lain dan bahagia dengan perempuan lain iaitu I.” Panjang lebar Sara mengungkapkan ayat yang pernah diberitahu oleh Luqman kepadanya.

Perlahan Luqman mengangguk. “I cuma nak ada dengan dia saat-saat akhir dalam hidup dia.”

Bulat mata Sara. “Dah tiga tahun tiga bulan kita kahwin Luqman Ariff. Belum tambah lagi pada saat korang bercerai tu. Dah lebih 4 tahun dah. Elok je dia bernafas sekarang ni, tak macam orang sakit pun.”

“Jaga ayat you tu. Ajal maut kat tangan Tuhan,” balas Luqman. Geram.

“Ya betul tu. Ini ayat you paling betul. Come on, Luqman. Jangan polos sangat. Buka mata dan lihat betul-betul apa yang terjadi. Jangan menafikan bila benda tu betul dan menyakitkan.” Sara melepaskan nafas beratnya. Dia menyambung semula memasak dan berselawat.

Suasana dapur jadi sunyi. Sara melepaskam nafasnya sekali lagi. Air matanya tumpah, dia kesat dengan kasar dia mahu jaga hatinya sebaik-baiknya.

“Dan, I dah buka mata I seluas-luasnya untuk melihat you sebagai isteri I. Bukan orang lain,” bisik Luqman di belakang telinga Sara.

Sara terkejut namun mengawal retak hatinya. Dia merasa badan Luqman yang semakin rapat dengannya. Tangan Luqman juga memeluk pinggang rampingnya untuk mendekatkan lagi kedudukan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience