Baru habis periksa. Kalau ikut bulan belum cukup umurnya 20 tahun tapi bakal bernikah sekejap lagi. Bakal meninggalkan status bujang menjawat jawatan sebagai suami.
Yunus sibuk merungut bakal malu berjumpa mama di akhirat nanti. Kes dia ini macam mana pula? Bukankah jika diukur sama sahaja menconteng arang kepada keluarga.
Menjadi pak sanggup semata-mata untuk duit!
Tidak! tidak! sebahagian besar keputusan dia untuk bersetuju kerana sayangnya dia kepada Yunus.
Ya, ini semua kerana kasih dan kasihan!.
Hari ini... menyampah betul Yusoff nampak Wati. Dapat debik sekali mesti best sangat. Dia punya bergelak ketawa tu macam semua ni bukan salah dia.
Yusoff perhati saja perangai Wati dari tadi sambil melayan gong Cina yang menghentam dadanya tanpa henti.
Apa perasaan Yusoff?.
Gemuruh yang bukan sedikit. Entah berapa kali dia sudah ke tandas, yang besar yang kecil semua dah keluar dan nak keluar lagi. Aduh... tak pernah la pengalaman gemuruh macam ni.
Mujur majlis pernikahan ini pihak masjid memang sediakan di ruang dewan bersaiz kecil bukan di dalam ruang solat.
Pasangan orang kaya juga minta dia datang dengan kaum keluarga supaya tiada kejanggalan dalam urusan majlis pernikahan hari ini.
Beberapa orang saudara tua dari sebelah mama dan beberapa orang dari sebelah baba Yunus jemput untuk menjadi wakil keluarga mereka.
Bila Yunus cuit dia beritahu suruh duduk di kerusi pengantin yang tersedia, dia rasa macam berjalan tak injak tanah untuk sampai ke situ.
Gila seram... macam ini rupanya perasaan nak kahwin. Ke... sebab kena kahwin paksa?.
Yunus cuit dia lagi sekali bila dia hilang dalam fikiran sendiri ketika sudah duduk di hadapan kadi.
"Ye...?"
"Betul itu calon isteri?".
Yusoff termangu. Apa benda tok kadi ni tanya dia tak faham. Dia cuma dengar para tetamu jemputan ketawa. Entah apa yang lucu tak tahulah.
"Cuba awak tengok pengantin perempuan... betul itu calon isteri... tak salah orang?."
Oh! baru Yusoff faham.
Kena toleh ke? Tak apa ke toleh? bukan dia kenal pun kalau tertukar ke, ditukar ke.
Lambat-lambat Yusoff menoleh. Dia malu juga sebenarnya dengan para jemputan. Sudahlah dia kena gelak sebentar tadi kerana hanyut entah ke mana.
Ya Allah!
Allahuakbar!
Astaghfirullahhalazim!
@@@@@@@
Khaleeda dengar bila naib kadi menyuruh pengantin lelaki menoleh ke belakang. Dia bukanlah jauh sangat. Dekat sahaja di belakang pengantin lelaki. Kerana di kiri dan kanan pengantin lelaki sudah ada saksi duduk mengapit.
Dia ditemani ibunya Faridah jadi walau hati mahu sangat mengangkat muka memandang wajah pengantin lelaki dia harus menunggu arahan dari ibunya. Apabila Mama sudah mencuit pahanya barulah Khaleeda mengangkat muka.
Allah!
Allahuakbar!
Kenapa mesti dia!?.
@@@@@@@
Selepas majlis akad nikah pagi tadi, kini disusuli pula majlis persandingan pada sebelah malamnya. Majlis diadakan di sebuah hotel empat bintang. Tetamu jemputan semuanya kawan-kawan Mama dan Papa sahaja.
Tiada seorang kawan-kawannya hadir dalam majlis ini, lagipula Khaleeda memang cuma ada Michan yang benar-benar rapat sebelum ini. Kenalan dari sekolah yang hadir cuma seorang itupun sebagai pengantin lelaki.
Satu perkara yang Khaleeda bersyukur Yusoff tidak mengajak Hamzah. Yusoff dan Hamzah bersahabat baik, kenapa bukan lelaki itu menjadi pengapit Yusoff. Mana Hamzah? Dia tahu ke Khaleeda pengantin perempuan?.
Allah!
Khaleeda! tentu-tentu sahaja Mama dan Papa kenal dengan Hamzah. Mana mungkin ibu bapanya membenarkan lelaki itu mendekati dia lagi.
Tapi... sosok yang bergelar suaminya ini Yusoff. Tidak mungkin juga Hamzah tidak tahu, walau Hamzah dihalang Mama dan Papa, walau ada perjanjian antara Mama dan Papa dengan Yusoff. Sedang kecewakah lelaki itu?.
Ya Allah, janganlah Yusoff sudi memperisterikan dia kerana berjanji apa-apa dengan Hamzah, menolong Hamzah mungkin untuk mendapatkan dia.
Demi Allah! dia tidak akan memaafkan Hamzah sampai bila-bila, lelaki yang satu masa paling dia percaya. Sampai hati Hamzah membunuh masa depannya begini!.
Tapi...
Jika dilihat dari wajah tersentak Yusoff pagi tadi, sangat jelas lelaki itu tidak tahu Khaleeda calon pengantin perempuan.
Pagi tadi dia tahu Yusoff terperanjat besar. Malu gila dia ketika mengangkat pandangan, wajah Yusoff yang terkejut besar itu menatap dia. Lama Yusoff memandang wajahnya dengan riak penuh persoalan.
Yusoff hanya berhenti terkedu apabila disakat naib kadi yang akan menikahkan dan disambut hilai ketawa para jemputan. Lima kali akad barulah dia sah menjadi isteri lelaki itu.
Sampai begitu sekali! Khaleeda rasa jika tidak kerana perjanjian mesti lelaki itu sudah tidak cukup tanah bertindak melarikan diri.
Masa seterusnya tiada lagi pandangan daripada Yusoff walau hanya lirikan atau jelingan. Yusoff bergerak umpama robot. Disuruh menyarung cincin di jarinya Yusoff sarung, disuruh salam dia salam, disuruh cium di dahi Yusoff cium. Wajah itu kekal tanpa riak sehingga mereka berpisah, hanya berjumpa kembali di majlis sekarang ini.
Khaleeda tertekan perasaannya. Badan dan kepalanya sakit tapi digagahi juga untuk majlis ini kerana takut Mama dan Papa menghalau dia daripada rumah. Melihat kepada reaksi Yusoff tak mungkin lelaki itu akan mahu membelanya.
Seperti pagi tadi Yusoff kekal dengan wajah tanpa perasaan. Mujur sahaja wajah kacak itu kekal tenang, tapi jujur Khaleeda takut untuk benar-benar memandang Yusoff. Hanya sesekali mengerling Yusoff ketika lelaki itu tidak sedar.
Entah bagaimana perjanjiannya...
Yusoff mampu menjalankan peranannya. Bagaimana Mama dan Papa kenal Yusoff untuk ditawarkan watak sebagai suaminya?, berapa bayarannya?, untuk tempoh berapa lama?.
Argh! pening!.
@@@@@@@
"Hmm... budak sekarang Puan Sri, katanya takut diambil orang. Ikutkan ajelah... dua-dua dah habis periksa jadi kami sepakat nikahkan terus. Jadi mak ayah zaman sekarang risau... buatnya terlanjur ke, nikah lari ke... lagi susah."
"Ye Faridah, bagus juga kahwin muda. Budak-budaknya sama cantik sama padan pulak tu. Nanti anak dah besar tapi mak ayah muda lagi."
"Atok dan Neneknya pun muda lagi".
"Ehhh... saya dah warning budak berdua ni... mama papa tolong nikahkan aje dulu. Cucu nanti-nanti, sambung belajar dulu la kan, tapi... kalau dah rezeki, nak buat macam mana... kita terimalah Tan Sri, Puan Sri."
Hahaha
Hahaha
Hahaha
Hahaha
Dan mereka pun ketawa...
Yusoff tayang senyum seperti diamaran mama budak mata bundar. Tangan kekal mengait jemari isteri.
Hebat sungguh lakonan ibu bapa mertuanya. Semua demi anak durhaka tak mengenang budi. Harap muka dan body sahaja cantik lawa. Perangai... Astaghfirullahhalazim!.
Siapalah agaknya lelaki yang menjadi tupai itu. Patutlah tidak dipandangnya, tidak dimakan pancingan Hamzah, Azhar dan lain-lain pelajar lelaki di sekolah. Siapa ya? Dia kenalkah?.
Dan kenapa?
Kenapa tidak berjodoh sahaja dengan si tupai? Adakah cinta tidak direstui? kenapa pula?. Tak berduit? tak handsome?. Kenapa pasangan orang kaya boleh pula menerima dia? Dia juga tiada rupa tiada harta?. Mungkin kerana dia hanya suami hitam putih?
Oooo...
Mungkinkah...? Si tupai sudah melarikan diri? atau sudah beranak isteri?. Tidak tahukah si tupai tentang kewujudan bayi dalam kandungan? atau tahu tapi tidak mahu bertanggungjawab?.
Allah! Janganlah pasangan orang kaya mahu anak itu di bin atau di bintikan nama dia. Masa itu akan dia lawan bersungguh-sungguh. Ini sahaja sudah salah.
Dia tidak mahu kesalahan yang berpanjangan melibatkan nasab keturunan yang berat akibatnya.
Apabila budak mata bundar itu pasangan orang kaya membawanya berbual dengan beberapa orang lain yang mungkin saudara mara atau kenalan, Yusoff bawa tubuh berdiri di satu sudut melepas lelah. Penatnya kahwin.
"Yus!".
Yunus datang berdiri di sebelahnya. Yusoff hanya menoleh kepada abangnya menunggu lelaki itu mahu berkata sesuatu.
"Gila cantik bini kau."
Yusoff kekal diam. Tapi dia bersetuju dengan Yunus. Budak tu tak bersolek pun cantik dan sudah bersolek lagilah cantik.
Yusoff memerhati sahaja dari jauh. Kenapa la kau buat kerja bodoh budak?. Kenapa kau kena tinggal dengan tupai tu?. Sebab perangai kau ke sebab perangai tupai?. Kau mangsa ke?.
Tapi walau apa pun alasan... sebabnya kau mengundang!.
Pakaian memang suruh lelaki berimiginasi lebih. Lepas tu cara kau memandang dengan bentuk mata yang cantik tu... aku pun pernah mimpikan kau tau tak!?.
kpd yg sudi singgah tlg follow n komen ye. bg Sy semangat ckit. Sy tk dpt view bnyk. tak berbakat. NP bg menempel ckit kt cni dh ckup seronok kwn2 yg sudi singgah ni bce. terima kasih banyak2 ye. Sy Cuba up hari2 utk yg sudi bce cite Sy wpn Sy bkn penulis yg bgus.
Share this novel