"CAMELIAA!!!"
Suara garau itu bergema kuat di pejabat. Mendengar namanya diseru begitu lantang, dia membatalkan niat untuk 'mengerjakan' Natrah.
Camelia menelan liur tatkala wajah bengis Eirfan sedang tajam menatapnya.
Ratikah dan Fairuz terkebil-kebil. Mereka ingin melarikan diri namun dihalang oleh Eirfan. Jelingan tajam Eirfan sangat mengerikan.
"Love..." Eirfan mendapatkan Natrah dan membantunya untuk bangun. Bibir Natrah berdarah. Kesan merah dan lebam mencacatkan wajah comelnya itu. Belas hatinya melihat keadaan wanita tercintanya seperti itu.
"Love??" Ratikah telan liur. Dorang ada hubungan ke?
Eirfan memberi isyarat mata pada Fatin untuk membantu Natrah. Seperti memahami, laju saja Fatin menurut. Kalau bukan kerana mesej daripada Fatin sebentar tadi, pasti teruk mereka mengerjakan Natrah.
Apabila tiba di hadapan pejabatnya, dia tersentak melihat foto tersebut ditampal di serata tempat. Hatinya terbakar dengan fitnah dan niat jahat manusia. Ditambah pula dengan berita yang baru disampaikan oleh Fatin barusan. Hatinya jadi tak keruan.
"Siapa punya kerja ni?!" Eirfan melayangkan foto tersebut ke udara. Semua menunduk wajah. Mereka takut dengan Eirfan saat ini.
"Kalau takde siapa yang mengaku, takpe! Saya ada bukti. Sebelum saya seret korang ke depan, baik mengaku sekarang. Kalau tak, teruk korang saya kerjakan!"
Diam. Tak ada siapa yang berani tampil ke hadapan. Eirfan hilang sabar. Dikerlingnya Ratikah yang berdiri sebelah Camelia.
Derap kakinya merapati Ratikah. Ternyata gadis itu sedang berada dalam ketakutan. Tak membuang masa, dia tarik rambut Ratikah dan menolak tubuh itu ke lantai.
Ratikah sudah menangis dan berlutut di hadapan Eirfan.
"Bos, maafkan saya bos!! Maafkan saya!! Saya mintak maaf bos" Berkali-kali Ratikah menuturkan kata maaf. Namun tak sedikit pun kata-kata itu menyejukkan sekeping hatinya.
Telefon bimbit dari dalam kocek seluar dikeluarkan. Eirfan mendail nombor seseorang.
"Ismail, cari nama pekerja Kyra Ratikah binti Samsudin. I want her letter termination within 24 hours!"
Serentak itu, talian dimatikan. Ratikah sudah teresak-esak.
"Bos, jangan pecat saya bos! Saya merayu!!"
Namun Eirfan tak mengendahkan semua itu. Masih banyak perkara salah yang telah dilakukan oleh Ratikah di belakangnya. Dia mengkhianatinya, juga menganiaya syarikat!
"Awak jangan ingat yang saya tak tahu apa yang awak buat pada syarikat saya ni! Awak jual data kita pada orang luar kan?"
Ratikah tersentak. Bagaimana Eirfan boleh menghidu semua itu? Padahal dia sudah merancang semuanya sehabis baik.
Usai itu, Eirfan mendekati Camelia dengan wajah bengisnya. Dia sendiri sakit melihat Natrah diperlakukan seperti itu. Jadi dia juga tidak akan melepaskan Camelia!
Pap!! Satu tamparan kuat dilayangkan ke pipi Camelia sehingga gadis itu hampir jatuh.
"I tak nak dan tak suka nak berkasar dengan perempuan. But you started it all!"
Pap!! Sekali lagi, tamparan itu tepat mengena ke wajah Camelia. Kali ini, Camelia sudah hilang keberanian. Eirfan yang berada di hadapannya kini bukanlah Eirfan yang biasa dikenalnya.
"I harap, you cukup faham kalau I tak pernah berminat pada you! Please wake up Cam! Jangan bermimpi di siang hari!"
Eirfan menapak ke arah Natrah yang sudah lemah itu. Tamparan dan tumbukan Camelia benar-benar hampir meragut nyawanya.
"Untuk semua yang ada di sini, kamu semua mesti tertanya-tanya kan? Siapa sebenarnya Natrah dan hubungan dia pada saya?"
Semua tak berani nak bersuara. Pagi itu, bos mereka sudah naik gila!
"Let me tell you! Natrah adalah bekas isteri saya yang terpisah dari saya enam tahun lalu!"
Mendengar itu, semua tercengang. Mereka tahu akan kisah itu tetapi belum pernah berjumpa dengan bekas isteri Eirfan itu. Semua mulai ketakutan. Orang yang mereka buli dan serang adalah bekas isteri Eirfan yang masih dicintai.
"Kenapa kami berpisah? Itu semua tak perlu saya ceritakan. Apa yang pasti, saya dan Natrah akan berkahwin lagi. Jadi saya tak nak ada sesiapa pun yang sakitkan hati dia atau buat andaian yang bukan-bukan! Kononnya Natrah perampas padahal dialah yang saya cinta selama ni!"
Semua berbisik antara satu sama lain. Mereka masih sukar untuk mempercayai akan perkara itu. Namun tak berani nak tunjuk protes.
"Dan apa yang dah berlaku dalam gambar ni, saya tak rasa yang saya atau Natrah perlu jelaskan kerana walau apa pun penjelasan kami, kamu semua takkan percaya! Cukup untuk kamu semua hentikan fitnah atau kata-kata yang tak masuk akal sebelum saya naik hantu! Kalau rasa masih nak kerja sini, please mind your own business!"
Sejurus selepas itu, Eirfan membawa Natrah keluar dari tempat itu.
"NAK pergi klinik?" tanya Eirfan. Dia risau dengan keadaan diri Natrah yang agak lemah itu.
"Takpe. Saya okey"
Natrah senyum tipis. Dia naik gerun melihat serangan yang Camelia lancarkan ke atasnya sebentar tadi.
"Sure?"
"Hmmm" Natrah mengangguk.
"Rasanya, kita kena cepat kawen ni!"
Wajah Eirfan dipandang sekilas.
"Tak pasal-pasal awak kena serang. Kesian sayang saya ni! Kalau Fatin tak mesej saya tadi, tak tahulah apa jadi"
"Fatin mesej awak?"
"Aah. Dia yang bagitau semua benda. Balik je dari hantar Erman tadi, saya terus pecut kereta ke sini. Nasib baik jarak dekat"
"Sorry tau? Kalau saya susahkan awak" Natrah memuncungkan bibir. Rasa tak sedap hati dengan perkara yang telah berlaku.
"Buat lagi bibir macam tu, saya gigit nanti!" seloroh Eirfan.
Laju saja jelingan Natrah singgah pada wajah itu. Eirfan mengekek.
"Kalau rasa tak sedap hati, awak kena buat sesuatu untuk sedapkan hati saya balik"
Natrah mengangkat kening.
"Apa dia?"
"Jom kawen!"
"HISHH!! Anak yang satu ni. Masa tu nak plan, masa tu jugak suruh kita buat!"
Bebelan Datin Jenny disambut tawa oleh Datuk Elias dan Tuan Kassim. Seronok pulak dia tengok isterinya gelabah dan sibuk ke sana sini menguruskan segala macam hal.
"Dah awak jugak yang nak sangat menantu, haa hadaplah!"
"Yelah bang! Jen tak kisah pun dorang nak kawen. Masalahnya anak bujang abang tu nak kawen minggu ni jugak! Mana tak saya gelabah dibuatnya. Hishhlah anak bertuah ni!"
"Hadap jelah Jen! Bukan kau tak tahu anak bujang kau sorang tu. Kalau dah buat benda, mana nak fikir lagi?" Tuan Kassim pula menambah. Dia juga terkejut menerima berita tersebut. Namun dia panjatkan kesyukuran kerana akhirnya Eirfan bakal memperoleh bahagianya kembali.
"Yelah ayah"
Bunyi enjin kereta menarik perhatian mereka semua. Datin Jenny kenal gerangan pemilik kereta itu. Rasa-rasanya dia tahu tujuan mereka ke situ kerana Eirfan terlebih dahulu sudah menceritakan segala-galanya kepada mereka.
"Haa Cel! Takde angin, takde ribut. Tiba-tiba je you datang sini? Ada hal ke?" Datin Jenny menyambut kedatangan mereka.
Datin Cecelia dan Camelia sudah berdiri di hadapan Datin Jenny. Dia ingin menuntut bela dan penjelasan di atas apa yang telah berlaku. Dia tak mahu Eirfan semudahnya menabur janji dan melupakan begitu saja.
"Eirfan mana?" Radang Datin Cecelia sudah sampai ke kemuncaknya.
"Aikk apasal tiba-tiba you cari anak I ni?"
Datin Jenny bersikap tenang. Orang seperti Datin Cecelia harus dihadapi dengan tenang. Jika tidak, daruratlah emosinya nanti!
"You jangan nak berlakonlah Jen! You tengok apa yang anak you buat kat anak I!" Datin Cecelia menunjukkan kesan tamparan Eirfan.
Senyuman Datin Jenny singgah di wajah. Diri sendiri yang buat hal, kenapa nak kaitkan orang lain?!
Pap! Kini giliran Datin Jenny pula menampar Camelia.
"Jen!!" Tangan Datin Cecelia ingin naik ke pipi Datin Jenny, namun dihalang oleh Datuk Elias yang muncul secara tiba-tiba di antara mereka.
"Itu baru sikit I bagi pada Cam! You jangan ingat I tak tahu cerita sebenar. Cam pergi serang menantu I kat ofis dan malukan dia depan semua orang. You ingat I akan bersabar ke?"
Jika Datin Cecelia ingin bermain api, dia juga bisa! Namun apinya lebih marak dari bara yang dibawa oleh Datin Cecelia.
Kata-kata Datin Jenny bagaikan tamparan hebat tepat mengena ke hatinya. Dia menjeling tajam ke arah Camelia yang sudah menunduk memegang pipi. Adakah Camelia sudah menipunya?
"You jangan nak buat ceritalah Jen!"
"Buat cerita? I ke Cam yang buat cerita? Kalau you tak percaya, you pergilah ofis Eirfan dan tanya orang kat sana. Kalau masih tak percaya jugak, you pergi check CCTV sana"
Datin Cecelia terdiam. Dia menjeling Camelia dengan jelingan tajam. Marahnya tak mampu nak surut dengan perangai anak yang satu itu.
"You serang I kat sini tanpa siasat siapa yang betul siapa yang salah? Kalau you ada simpan walau sekelumit rasa malu, you takkan serang I macam ni. Come onlah Cel! I takde masa dan takde energy nak cari gaduh. I rasa, baik you balik sekarang dan settlekan benda ni dengan anak you!"
"And one more thing! You.." Datin Jenny menunding jari ke arah Camelia. " Jangan berani nak apa-apakan anak dan menantu I! Kalau you berani sentuh menantu I walau sebesar hama pun, you akan rasa lebih sakit dari tamparan tadi! Mark my word!"
Camelia menangis tersedu-sedan di situ. Tiada lagi tempat untuk dia mengadu dan menagih simpati. Dia sudah kalah.
"HAAA KAWEN?? Hujung minggu ni? Kenapa kalut sangat?"
Menerima berita itu sesuatu yang amat menggembirakan. Bahkan hatinya tatkala sang adik memilih si duda menjadi pujaan hati. Namun yang tak bestnya bila majlis itu dibuat dalam waktu yang terdekat. Macam mana nak siapkan segala-galanya dalam masa lima hari? Natrah betul-betul buat kerja gila!
"Akak tanyalah adik ipar akak tu!" Natrah muncungkan bibir ke arah Eirfan yang sedang rancak berbual dengan Azrul.
"Dia yang nak majlis tu buat dalam masa terdekat. Ara ni ikut je"
"Aduilah korang berdua ni! Habis tu, family dia tak bising ke?"
"Bisinglah! Apa pulak tak bising?"
Barusan tadi dia menerima panggilan telefon daripada Datin Jenny. Gelabah tak tentu pasal bakal mak mentuanya itu. Mana taknya, orang gila mana yang buat majlis dalam masa terdekat kalau bukan Eirfan?! Macamlah dia nak lari lagi. Dia pun dah terikat dengan Eirfan. Takkan lari lagi dah..
"Buat hal betullah korang ni!" rungut Nabihah. Mana dia nak cari baju bagai? Buat itu, buat ini?
"Tapi akak tak payahlah risau. Eirfan cakap dia urus semua. Kita ni duduk dan tunggu orang siapkan semua"
"Hmm..yelah. Bertemu jugak jodoh kau dengan dia. Macam mana boleh jumpa balik? Banyak rahsia kau sekarang erk? Tak nak dah share dengan aku"
Natrah memeluk Nabihah dari arah belakang. Dia tahu Nabihah sedang merajuk. Bukan niatnya untuk berahsia tetapi dia tak mahu mengganggu ketenangan rumah tangga kakaknya.
"Aku tak nak ganggu kau kak. Bukannya aku sengaja tak nak bagitahu" Bahu Nabihah dikucup.
"Hmm, kau tahu kan? Kita ni hidup berdua je. Apa-apa masalah kau, aku berhak tahu. Aku tak nak kau berahsia dengan aku"
"Ye aku tahu kak. Jangan risau ye? Nanti kalau aku ada masalah atau aku gaduh dengan Eirfan, aku carilah kau"
"Amboii!! Belum kawen lagi dah niat nak derhaka dengan suami ye?" Dahi Natrah ditunjal.
"Alaa gurau jelah!" sahut Natrah. Pinggang Nabihah dikeletek. Menjerit kegelian Nabihah dibuatnya.
"Aku sayang kau kak!" Pipi Nabihah dicium mesra.
"Ye! Tak payahlah kau nak jiwang sangat kat sini"
Gelak tawa keduanya meraih perhatian Eirfan. Melihat wajah ceria dan senang Natrah bikin hatinya ikut senang. Syukurlah, semoga bahagia itu sentiasa menemani mereka!
BEBERAPA jam memandu, Eirfan dan Natrah sampai rumah juga akhirnya. Pertemuan dengan Nabihah sedikit sebanyak dapat melegakan hatinya, di samping bisa melepaskan rindu.
Natrah keluar dari kereta. Belum sempat nak meneruskan langkah, Eirfan turut sama mengekorinya.
"Ehh rumah awak kat sebelah! Bukan kat sini" tegur Natrah.
"Tahu. Saja nak hantar awak sampai depan pintu rumah"
"Ngada!!"
Omelan itu disambut dengan tawa. Mengada pun mengadalah! Yang penting dia sayang.
"Mengada dengan awak je"
Ini yang lemah ni! Ada aje nak menjawab!!
"Natrah..."
Suara lembut itu memanggil. Saat Natrah dan Eirfan menoleh, wajah itu tersenyum manis pada mereka.
Natrah mulai gelabah. Apa mahu dia?
Share this novel
Aiyoo.. sapa plak tu? Jangan kat Hamizan.. or Camelia? apa mau dia... nak minta maaf kah?