HFM 34 | | Be Mine

Romance Series 73463

Kening Zane berlapis. Mata itu kelihatan seperti mahu menangis tetapi tiada air mata yang bertakung.


Membuatkan Dihya secara nalurinya turut menekup tepi muka Zane. Diusap perlahan pipi itu. Dia yang disakiti tapi kenapa Zane yang kelihatan seperti sedang dalam kesakitan? "Ada yang dah berlaku pada tuan hari ni?"

Pada masa itulah, Zane memejamkan mata lalu menyandarkan pipi yang disentuh Dihya itu pada tapak tangannya. Hatinya yang lara terpujuk dek sentuhan itu.


"A lot..." gumamnya. Kening Zane berkerut-kerut seakan sedang menahan sakit. Mana mungkin dia dapat berlaku jujur pada Dihya. Dia takut jika Dihya tahu kebenarannya, gadis ini akan benci pada dia.

Dihya mendiam. Dia terlalu bingung untuk mengatakan apa-apa. Namun hatinya ikut berasa sebu melihat Zane begitu.


"Apa yang kamu dah lakukan pada saya Dihya?"Zane membuka matanya perlahan-lahan sebelum memandang Dihya. "Sejak bertemu dengan kamu, saya seperti bukan diri saya lagi...dan ianya bukan perasaan yang menyenangkan untuk saya."

Zane memegang belakang tengkuk Dihya sebelum dibawa rapat ke depan wajahnya. Membuatkan nafasnya menghembus kasar wajah itu.


"Seumur hidup saya, tak pernah sekali saya rasa simpati atau kasihan pada sesiapa yang menderita kerana saya. Malah saya berasa puas kerananya. Tapi kenapa... Kenapa bila orang yang disakiti itu adalah kamu, ianya buat saya sakit hati?Dan kenapa orang itu harus kamu?"Kenapa mesti Dihya jugak orang yang dia langgar dan sakiti!

Terkedu Dihya. Mulutnya terbuka tutup tidak dapat berkata-kata. Matanya terarah pada bibir yang berada tepat di depannya. Kenapa Zane cakap seperti ini? Adakah lelaki ini ingin melepaskan dia?Sebab itu ke?


"Saya sentiasa mahukan kehadiran kamu di sisi saya. Tidak melihat kamu buat saya resah. Berjauhan dari kamu buatkan saya marah. Tapi bila bersama kamu, ianya menakutkan saya..."dan renungan Zane menjadi gelap. "Should I just kill you and make you dissappear from my sight forever?" bisik Zane di hadapan wajah Dihya.

Gulp! Dihya menelan liur gugup. Bulu roma meremang ke segenap tubuh. Ikutkan hati boleh aje dia menolak Zane menjauh, tapi bila teringat semula apa yang lelaki ini mampu lakukan, Dihya ambil keputusan untuk mengalah. Lagipun dia masih kebingungan. Kenapa Zane berkeadaan seperti ini? Nak kata mabuk tidak, nak kata mengigau pun tidak!


"Kalau itu boleh buatkan tuan berasa tenang, lakukannya la. Kan saya ni hak milik tuan."balas Dihya tidak bersebarang reaksi di wajahnya. Ugutan seperti itu bukan pertama kali yang dia dengar. Hampir seumur hidup dia dihantui dengan kata-kata ugutan jadi semua ini bukan la apa-apa padanya.


"Itu masalahnya.... "Zane terus melagakan dahinya ke dahi Dihya, sebelum hidungnya melekap pada dahi itu. Bau yang sentiasa menenangkannya itu dihirup dalam. "Saya tak boleh lakukannya sekalipun saya mahukannya. Menyakiti kamu sama seperti menyakiti diri saya sendiri " matanya terpejam.

Dihya mengedipkan mata. Tangannya naik mencengkam lengan Zane yang memegangnya dengan erat ketika itu. Dia langsung tidak mengerti apa yang berlaku sekarang ini? Lelaki ni datang menemui dia pada pagi begini hanya kerana ingin meluahkan perasaan atau apa sebenarnya?


"Kalau macam tu, tuan nak saya buat apa?"soal Dihya blur.


"Be mine Dihya. Only mine."bisik Hati Zane. Sepertinya dia sudah jatuh cinta. Untuk pertama kali dalam hidupnya, dia telah jatuh cinta. Perasaan yang selama ini dia takuti telah pun menguasai dirinya. Jadi kehilangan Dihya buatkan dia takut. Takut untuk rasa ditinggalkan semula seperti yang pernah dia rasai sewaktu kehilangan datuk dan ibunya.


"Saya ingatkan tuan tak suka kan saya?"


Zane tunduk ke bahu Dihya."I did... At first. But not anymore." Tubuh itu dipeluk erat. Hatinya bertalu-talu ingin memohon maaf tetapi mulutnya berat hendak melafazkannya. Dia keliru hendak lakukan apa sekarang ini.


Dihya memegang belakang badan Zane lalu diusap perlahan. Serius beritahu, dia langsung tidak dapat fahamkan situasi ketika ini."Saya tak tahu apa yang dah berlaku pada tuan. Tapi adakah tuan sekarang cuba minta maaf dan pujuk saya lepas apa yang berlaku?"

Zane mengangguk kecil di balik leher Dihya.


"I hate to admit it. But this is my first time saying sorry to people." Zane mengangkat kepala. Bersemuka sahaja dia dengan Dihya, Zane mengetap gigi dengan erat sebelum berkata. "Maafkan saya, Dihya."ucapnya merenung tepat ke mata Dihya. Insan yang selayaknya menerima ucapan maaf tulus darinya.

Mata Dihya berkaca tatkala ucapan itu lepas dari bibir Zane. Air mata mulai bergenangan di tubirnya. Dia sebak pada masa yang sama berasa terkilan. Apa yang dia baru dengarkan ni? Zane minta maaf? Tapi kenapa?


"Tuan benar-benar maksudkannya?"Dihya berkerut kening tidak puas hati. Tak adil betul la semua ni. Kenapa Zane katakan semua ni semasa dia sudah buat keputusan untuk berhenti dari menyukai lelaki ni?Kenapa sekarang!?


Zane mengangguk.

Dihya berdengus kecil. Masih belum percaya dengan apa yang didengar. Memang ini yang dia mahu dengar. Tapi kenapa sikit pun dia tak berasa senang? Malah ianya buatkan Dihya sedar. Bahawa tak kira apa sekalipun yang Zane katakan ianya tak dapat mengubah kenyataan yang dia tidak akan dapat bersama dengan Zane. Dirinya dan Zane ini ibarat langit dan bumi. Mana mungkin dia dapat berimpian untuk bersama dengan lelaki seperti Zane!


Dalam-dalam nafas ditarik sebelum Dihya berkata. "Okay. Saya maafkan tuan. Lagipun dari awal lagi memang salah saya. Tapi lain kali tuan tak boleh cakap macam tu pada saya. Kata-kata tuan terlalu kasar. Saya pun ada hati dan perasaan untuk dihina macam tu sekali."

Zane kembali merehatkan kepalanya ke atas bahu Dihya. Dia menyesal dengan kata-katanya semalam. Sumpah dia benar-benar menyesal. Lagipun lelaki mana aje yang tak marah bila melihat wanita mereka berada dekat dengan lelaki lain. Berduaan lagi tu!


"Bukan niat saya nak hina kamu begitu Dihya. Ianya spontan. Saya sendiri terkejut bila saya cakap macam tu. Kalau kamu berada di tempat saya, rasanya kamu akan beri reaksi yang sama."


Zane menjarakkan dirinya untuk memandang Dihya. Parut pada hujung dahi menyapa sudut pandangan Zane. Serta merta Zane mengetap gigi dengan erat. Jadi sebab itulah ada parut di wajah bersih ini. Ianya kerana dirinya.


"Tak patut ke saya marah?Kalau kamu tak serabut kan fikiran saya, semua ni takkan berlaku."soalnya perlahan sewaktu mengusap lembut parut itu.

Aik? Dia pula yang dimarah? Bukan ke baru aje minta maaf tadi. Dihya menjungkit kening tinggi.


"Maafkan saya kalau saya buat tuan serabut. Next time saya akan cuba untuk elakkan diri dari buat tuan tertekan lagi. "ucap Dihya dengan senyuman sedih di bibir.

Zane kembali membawa kepala Dihya ke dadanya semula dan tubuh itu di dakap erat. Dia yang patut minta maaf pada Dihya kerana egonya sendiri dia telah sakiti Dihya.

Sekali lagi.


"Tapi kan tuan, adakah saya masih tetap tak boleh berharap pada tuan?"suara Dihya tenggelam timbul di balik dada Zane.


"Mm."


"Kenapa tak boleh? Bukannya saya minta tuan balas perasaan suka saya pada tuan?"


Zane termenung memandang ke tepi sewaktu pipinya berehat atas kepala itu. "Saya taknak kamu berharap pada saya. Sebab saya bukan seorang lelaki yang baik. Saya akan sakiti sesiapa tak kira orang itu orang yang saya sayangi. Seumur hidup. Jadi sebaiknya begini."ucapnya dengan lirih.

Dihya melingkarkan tangan ke sekeliling pinggang itu dan menyandar lebih rapat ke dada Zane. Entah kenapa dia merasa ketenangan dalam pelukan itu sedangkan dia sedang ditolak sekali dengan Zane. Sepertinya, hati kecil dia ini benar-benar terpaut pada Zane. Jadi, tak apa la kalau cinta tak berbalas... Sebab hidup dia dari dulu memang begini. Disakiti dengan orang sekitarnya dan takkan pernah disayangi buat tempoh yang lama. Dan tiada sesiapa kisah mengenainya sama ada dia terluka atau dalam kesakitan. Kalau Zane sakiti dirinya pun, dia tak kisah.

Sebab bagi Dihya sekarang, bersama dengan Zane adalah keutamaan dia. Jadi selagi dia boleh rasai perhatian dan kasih sayang ini, dia mahu Zane menerimanya walaupun ianya sementara.

Tinta dah revise Beberapa kali chapter ni. Harap tak kekok la. Sebab tinta rasa okay je. Cerita ni tak heavy tau. Konflik pun tak serius sangat...mcm biasa je. Kalau bab mature tu tinta akan tapis. Cuma bahasa kesat tu tinta akan cencorkan. Mana yg tahu tahu la ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience