MELIHAT jam di pergelangan tangan sudah hampir pukul 12 tengah hari. Kebanyakan budak sudah pulang diambil ibu bapa masing-masing dengan wajah penuh ceria.
Dia pula jadi tak sabar nak ketemu empat mata dengan Erman. Enam tahun memendam rasa dan rindu, dia sudah tak tahan lagi. Kali ini, dia akan pastikan Erman berada di hadapan matanya.
Senyap-senyap dia ketemu Erman di situ. Tanpa pengetahuan daripada Natrah. Dia tidak bisa menghubungi gadis itu dan mengatakan niatnya. Risau dengan penerimaan Natrah nanti. Walaupun dia sudah mendapatkan segala maklumat tentang diri Natrah termasuklah nombor telefonnya ,itupun melalui Hasma, tetap saja dia tak boleh berbuat sesuka hati.
Belum masanya untuk dia bertindak sejauh itu. Dia menunggu masa, barulah dia akan menjalankan rancangan yang sudah disiap rapi.
Dari jauh, dia lihat Erman tersenyum dibawa keluar oleh cikgunya. Erman duduk di atas kerusi, barangkali menunggu ketibaan Natrah. Setelah cikgu masuk ke dalam tadika, Eirfan mengambil peluang tersebut untuk mendekati Erman.
Belum sempat dia mengungkap kata-kata, hatinya tersentak hebat tatkala Erman tiba-tiba merangkulnya. Eirfan buntu!
Malah lebih mengejutkan ketika Erman memanggilnya dengan panggilan papa. Dia benar-benar terkejut dan keliru. Bagaimana Erman tahu siapa dirinya?
"Encik ni siapa?" Cikgu Malia keluar dengan wajah cemas. Dia mendapatkan Erman dan ingin melepaskan Erman dari Eirfan. Namun Erman tak memberi kerjasama.
"Ni papa Ermanlah! Kan papa? Erman nampak gambar papa dengan mama dalam purse mama"
Eirfan kehilangan kata-kata. Betapa bijaknya anak yang satu itu! Dia jadi kelu.
"Papa?" Cikgu Malia pula yang tersentak. Seingat dia, Natrah tak pernah mengatakan apa-apa mengenai papa Erman. Tetapi melihat pada wajah keduanya, mereka memiliki wajah yang hampir seiras.
"Saya bekas suami Natrah" Eirfan memperkenalkan diri.
"Puan Natrah tahu ke encik ke sini?" Malia masih ragu-ragu. Bekas suami je kot!
"Don't worry. Saya dah called dia tadi" tipu Eirfan. Dia hanya nak berbual-bual saja dengan Erman. Dia tiada niat yang jahat.
"Ohh okay. Kalau macam tu, saya lepaskan Erman dengan encik"
Setelah Malia berlalu ke dalam, Eirfan duduk bercangkung, menyaingi tinggi Erman. Raut wajah Erman salin tak tumpah sepertinya. Anak yang ditinggalkan enam tahun lalu kini sudah ada di depan mata. Betapa dia merindui anaknya selama ini. Syukur, Allah mempertemukan mereka lagi.
"Mana papa pergi? Erman selalu tunggu papa" Mulut cerdik itu mula menyoal.
"Papa ada hal"
"Tipu! Kenapa baru sekarang papa datang? Kesian mama. Selalu nangis teringatkan papa"
Mendengarkan itu ,hati Eirfan dirundung penuh hiba. Tubuh genit Erman dibawa dalam dakapan, seiring dengan air mata yang turut sama menyertai pilu hatinya.
Dia yakin, Natrah masih mencintainya. Erman sendiri mengakui itu.
"Macam mana Erman tahu ini papa?" soal Eirfan sambil menunjukkan dirinya sendiri. Pelukan juga terlerai.
"Erman selalu tengok dalam purse mama. Ada gambar papa dan mama. Setiap kali mama tengok gambar tu, dia mesti menangis. Papa buat mama menangis kan?"
"Tak sayang! Papa mintak maaf"
Sekali lagi, tubuh itu didakap erat. Rindu yang lama tersimpan kini sudah terlerai. Sulit untuknya menjelaskan segala-galanya kerana Erman masih terlalu muda.
"Papa kena mintak maaf dengan mama tau? Supaya mama tak sedih lagi"
"Ya. Papa janji"
"JUMPA papa? Papa siapa?"
Bicara Erman mengundang perhatian Natrah. Dari tadi dia asyik mendengar Erman bercerita. Wajahnya tampak ceria dari biasa. Dalam banyak-banyak cerita, Natrah tertarik dengan cerita mengenai 'papa' itu.
"Papa Ermanlah! Siapa lagi?"
Natrah duduk di samping Erman.
"Erman..baik Erman cakap betul-betul. Apa maksud Erman ni? Mama tak faham"
"Siang tadi, papa datang jumpa Erman. Lepas tu, dia ajak Erman jalan-jalan pusing naik kereta dia. Tak lama lepas tu, hmm..." Erman berjeda. Jari telunjuk singgah di dagunya. "Dalam 10 minit, mama pun sampai"
Bungkam dengan cerita Erman, Natrah mendiamkan diri. Siapa papa yang dimaksudkan Erman? Tak mungkin Eirfan! Lelaki itu tak pernah mengetahui apa-apa mengenai Erman.
"Papa tu, baikkk.. Muka dia sebijik macam muka Erman. Sebab tu Erman terus peluk papa. Sebab Erman ada nampak muka papa dalam purse mama"
Bagaikan dihempap batu besar, hati Natrah laju berdetak. Dia hampir kehilangan upaya untuk terus bernafas.
Eirfan? Tapi macam mana dia tahu?
"Erman, lepas ni kalau papa tu datang, jangan muncul depan dia lagi tau? Sembunyikan diri"
"Tapi kenapa mama?"
"Nanti dia cuba nak pisahkan Erman dari mama. Erman nak ke berpisah dari mama?"
Wajah Natrah tampak mendung. Dia benar-benar takut dengan kenyataan itu. Bagaiman jika kembalinya Eirfan adalah untuk merebut Erman daripadanya? Dia tak punya sesiapa selain Erman.
"Takk! Papa cakap, dia nak mintak maaf dengan mama sebab dah buat mama menangis. Mana ada papa nak pisahkan kita"
Menangis? "Erman bagitau dia mama menangis ke?"
Erman mengangguk kepala.
"Lepas ni mama tak boleh menangis lagi tau? Nanti papa datang pujuk mama" Erman layangkan sebuah kucupan di pipi mamanya.
Natrah hanya mampu mengangguk walaupun hatinya tak mampu nak bersangka baik. Dia peluk Erman seeratnya dalam tangisan.
Kenapa dia kembali?
"ENCIK EIRFAN. Ini fail yang encik nak"
Laju saja tangan Eirfan menyambut huluran Ratikah. Satu-persatu muka surat dibelek. Saat nama itu terbias dalam pandangan, dia tersenyum puas.
Nampak gayanya, rancangannya pasti akan berhasil. Sekejap saja lagi, Natrah takkan mampu melarikan diri lagi.
"Syarikat Nabil Catering ni anak syarikat kita kan?"
"Ya encik. Kenapa?"
"Takde apa-apa. Arrange my meeting with him. ASAP!"
"Tapi bukan ke encik Nabil adalah kawan encik?"
"Just do as I say!"
"Okay bos!"
Setelah Ratikah berlalu, Eirfan kembali menyepi dalam ruangan ofisnya.Dia mula menyusun strategi untuk mendapatkan Natrah kembali.
Melalui maklumat yang diperolehinya, Natrah tak pernah berkahwin atau mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki setelah mereka berpisah. Adakah itu bererti Natrah juga masih menunggunya?
Tetapi hati Natrah terlalu beku dan ego. Setelah apa yang berlaku, dia tidak rasa 'misi' kali ini mudah. Namun untuk mengalah, itu juga bukan jalannya.
Deringan telefon bimbit menyentakkannya dari lamunan. Dia tenung skrin telefon. Tertera nama Nabil di situ. Sebuah senyuman terukir!
"KAU ni datang mengejut macam ni. Dah tu, suruh pulak si Ratikah tu call aku bagai. Bukannya kita ni orang lain. Kalau kau nak buat temujanji sekalipun, kau boleh je contact aku terus. Tak perlu prosedur bagai"
Nabil tertawa kecil menyambut kehadiran Eirfan, sahabat lamanya sewaktu di universiti dulu. Eirfanlah banyak membantunya sehingga dia berjaya menubuhkan perusahaan sendiri, meskipun ianya merupakan anak syarikat kepada Eirfan.
"Alaa saja je aku nak buat sport check!'' usik Eirfan. Dia sebenarnya datang dengan satu hajat saja. Natrah! Ya itu hajatnya. Tapi dari dia datang sehingga kini, dia tak nampak langsung bayang-bayang Natrah. Mana dia pergi?
"Lain macam je bunyi tu. Ke sport check benda lain?"
Giliran Nabil pula bercanda. Dari tadi, dia perasan akan anak mata Eirfan yang sekejap-sekejap menoleh ke luar, seolah sedang mencari sesuatu.
"Laju ye kau tangkap maksud aku"
Keduanya tergelak. Hanim masuk membawa dua cawan air dan beberapa biji kuih. Setelah itu, dia keluar semula bagi memberi ruang kepada mereka untuk berbicara.
"Aku datang ni ada hajat" Eirfan tak mahu basa-basi. Dia ingin sampaikan terus alasan dia ke situ.
"Okay. Hajat apa?"
"Ada benda aku nak mintak tolong kau. But before that ,there's something you need to know"
SEMUA staf dikejutkan dengan berita yang disampaikan oleh Nabil. Masing-masing belum bersedia dengan perubahan terbaru yang sangat mendadak itu. Banyak persoalan mulai bergentayangan di benak masing-masing.
Namun Nabil memberi jaminan semuanya akan baik-baik saja.
"Ada beberapa orang staf akan dipindahkan ke syarikat yang satu lagi. Dan jangan risau kerana sesiapa yang pindah ke tempat baru, gaji dia akan dilipatgandakan. So its reasonable and affordable"
Ruangan meeting mula riuh dengan pelbagai persoalan dari mereka. Ada yang tak puas hati, ada pula yang suka.
"Tapi kenapa kami akan dipindahkan?" Fatin menyoal.
"Dan siapa yang akan dipindahkan?" tanya Ziana pula. Riaknya mula kecut kerana dia tak mahu kerja dengan bos lain. Melalui apa yang didengarnya, bos tersebut sangat garang dan serius saja. Dia lebih suka di tempat lama kerana Nabil sangat baik orangnya.
"Sabar-sabar. Saya tak boleh nak buat apa-apa. Ini arahan dari pihak atasan. Apa yang saya tahu, sesiapa yang dipindahkan, itu adalah atas budi bicara bos kita. Saya ni pun kuli jugak. Jadi saya wajib dengar arahan pihak atasan"
"So kita orang tak boleh nak membantah atau buat apa-apa rayuan ke?"
Giliran Natrah pula bersuara. Dia bukannya apa, tempat kerja sekarang lebih memudahkan dia untuk menghantar dan menjemput Erman dari tadika. Kalau dia yang dipindahkan, risau pula tadika tersebut jauh dari tempat kerja.
"Tak boleh. Ni dah ada agreement paper yang korang semua dah sign sebelum kerja sini.So korang kena ikut saja. Lagipun Natrah, saya pasti sangat awak akan selesa kat sana" Nabil tersenyum. Dia sudah diberitahu oleh Eirfan sebentar tadi. Jadi dia juga sudah terlibat secara langsung di dalam rancangan itu.
Natrah tersentak. "Kenapa pulak saya? Saya kena pindah ke?"
"Yup! Tapi jangan risau, saya akan pastikan awak pindah dengan kawan baik awak"
Wajah Fatin yang kelihatan kaget segera ditatap. "Yes you"
Fatin buat wajah tak menyenangkan. "Aduiii, nak kena pindah pulak!"
"Dan, ada tiga orang lagi akan ikut. Sufian, Tina dan Hamizan. So kelima-lima korang akan mula bekerja dengan bos baru esok ye?"
"Whatt??"
Kedengaran keluhan dari beberapa suara. Mereka tak bersedia dengan perubahan mendadak itu namun tak bisa berbuat apa-apa.
Hamizan pula tersenyum puas kerana dia tak perlu jauh-jauh dari Natrah lagi.
"Nampaknya kita berjodoh kan Natrah?"
Bisikan Hamizan dan senyumannya menakutkan Natrah. Adakah benar dakwaan Fatin mengenai Hamizan?
"MALASNYA aku ni nak kena pindah tempat kerja. Dah tu nak kena kerja dengan orang baru, bos baru. Haishhh siapalah yang buat perubahan bodoh ni?"
Bebelan Fatin membuatkan Natrah tergelak. Dia pun hairan sebenarnya. Macam tiba-tiba je. Dah tu, takde surat atau apa-apa notis. Tapi lantaklah! Dia kan cuma kuli. Kuli kena dengar cakap bos!
"Nak buat macam mana. Kita ni kuli batak je" sahut Tina pula.
Kelima-lima mereka kini berada di ruangan meeting. Menurut Ratikah yang merupakan PA bos, mereka disuruh tunggu di dalam bilik itu.
"Tapi tempat ni eksklusif kan? Nampak gah je" Sufian memuji. Dari tempat parking sehinggalah ke dalam ofis, semuanya kelihatan mewah dan kaya. Tak seperti tempat kerja lama mereka. Pantri pun besar. Cukup untuk muat lebih dari 10 orang.
"Dan kalau korang nak tahu, aku dengar bos baru kita ni duda tau? Duda terlajak kaya..gituuu" sambung Sufian lagi.
"Mana kau dengar?" tanya Fatin.
"Alaa aku ada sepupu yang kerja sini. Tapi kat department lain. Dia cakap macam tu kat aku"
"Hensem ke?" Tina pula menyoal.
"Hensemm! Apasal? Kau nak try ke?"
"Manalah tau luck kan?" Tina mengenyitkan mata.
"Tak payahlah nak sibuk-sibuk try. Aku dengar walaupun dia duda, dia masih sayang kat ex wife dia. Dah bertahun dia berpisah dari ex wife dia, tapi sampai sekarang takde pengganti"
"Tahu pulak kau ye?" Natrah bersuara setelah lama membatukan diri.
"Satu ofis ni tahulah! Cuma takde siapa pun yang tahu macam mana rupa ex wife dia"
"Mesti ex wife dia cantik. Pasal tu lah tak mampu nak move on" duga Fatin pula.
"Yelah kot" sahut Sufian pula.
"Natrah, tak sangka kan kita disatukan dekat tempat lagi? Ingatkan dah tak dapat jumpa awak lagi"
Melebar senyuman Hamizan saat menatap wajah comel Natrah itu. Dia jadi geram tatkala pertama kali bertentang mata dengan wajah comel itu. Tetapi Natrah selalu buat tak tahu akan dirinya. Kini, dia akan berusaha untuk merebut hati Natrah sementelah mereka kerja di tempat yang sama lagi.
"Haa.. yelah tu.." Natrah mula merasa takut. Tak habis satu, satu pulak yang datang!
"Aku rasa nak pergi toiletlah. Fatin ,jom teman aku" Natrah mencuit pinggang Fatin.
"Takde toilet ke dalam ni? Bilik besar camni takkan takde toilet"
"Masalahnya kat sini banyak pintu. Mana satu entah toilet!"
Natrah sudah berdiri dan mencuba membuka pintu-pintu yang ada di situ. Pintu pertama terbuka dengan luas. Ruangannya agak kecik.
"Pantri!"
Dia cuba pintu seterusnya. "Tempat solat"
Beralih pula ke pintu selanjutnya. Berkali-kali dia mencuba membuka pintu tersebut namun gagal.
"Ara, tu pintu keluarlah!"
Tak sempat nak buat apa-apa, pintu terbuka luas dan Natrah terjatuh ke atas lantai. Untung saja dia tak cium bau lantai!
Perlahan-lahan dia angkat wajah dan kaget melihat insan yang turut sama memandangnya itu.
Dia panik!
Share this novel
thanks update,up lgi ya..