Dihya perlahan-lahan membuka matanya yang terasa berat yang amat Dari kepala, mata hingga seluruh badan, Dihya merasakan seperti dirinya sedang di hempap dengan sesuatu yang berat. Seperti di tekap satu beg ais untuk tempoh yang lama pun ada.
Dan perkara pertama yang menyapa pandangan dia sebaik membuka mata adalah siling asing dengan persekitaran malap di sekeliling.
Dihya berkerut kening.
Apa yang dah berlaku ni?
Kenapa dia rasa lethargic sangat ni?
Oleh kerana tekaknya terasa kesat dan kering, Dihya terbatuk-batuk cuba hendak menyelesakan dirinya. Sekali bila dia angkat tangan dan cuba hendak bangun, dia dapati topeng oksigen terpasang di mulut dan ada IV drip tertusuk pada tangan kanannya.
"What the hell?" gumamnya sambil berkerut kening. Apa yang berlaku? Dengan hairan dia belek tangan dan pakaian di badannya. Kenapa semua benda ni ada di badan dia? Sambil mengedipkan mata untuk menjelaskan pandangan matanya, Dihya menoleh kanan dan kirinya kebingungan.
Sekali, bila di pandang, serta merta Dihya menarik nafas kuat.
Rasa panik mula mengasaknya. Dihya jadi takut sendiri dengan keadaan sekeliling selepas sedar bahawa dirinya kini berada di hospital.
Hospital?
Memangnya kenapa dengan dia sampai berada di hospital begini?
Dalam keadaan tercungap-cungap akibat panik, Dihya menarik topeng oksigen dari muka secara kasar, di mana menyebabkan bunyi mesin yang mulai kuat memecah kesunyian ruangan tersebut.
Mana Zane?
Dimana tuan dia? Kenapa dia di tinggalkan bersendirian dalam bilik ni?
Dalam keadaan cemas, Dihya bergerak turun dari katil tetapi ianya hanya membuatkan dia jatuh rebah ke atas lantai hingga IV drip di tangan ikut terentap dari tangannya tanpa sengaja.
Kenapa dengan badan dia ni? Dihya pegang kakinya yang terasa kebas seluruhnya. Sampai dia tak boleh nak rasa kakinya sendiri. Nak berdiri pun tak boleh inikan lagi berjalan.
Apa sebenarnya dah berlaku pada dirinya ni?
Air mata mula bergenangan ekoran terlalu panik dan takut.
"Zane....mana awak..." rintihnya cuba hendak bangun semula tetapi kaki dan tangannya langsung tidak membantu. Menambahkan lagi rasa takut yang Dihya rasai ketika itu.
Maka terbuka pintu bilik rawatan tersebut. Beberapa orang bergegas masuk ke dalam ruangan Dihya dalam keadaan kelam kabut. Dua orang pengawal berjalan masuk serentak dengan seorang jururawat dan doktor. Mereka semua ke situ gara-gara mendapat notifkasi dari alat pantauan di meja admin tidak lama ketika itu.
Apabila mereka melihat Dihya di atas lantai dalam keadaan berdarah, mereka lekas-lekas mendapatkan gadis itu. Terkejut sebab melihat gadis yang sudah tidak sedarkan diri selama seminggu itu berdimpuh atas lantai dengan darah di tangan serta pakaiannnya.
"Kamu tak apa-apa Dihya?"
"Apa yang dah berlaku ni?" tanya Dihya bersama air mata mengalir di pipi. "Kenapa saya dekat sini?"pandangnya kebingungan akan doktor dan beberapa orang asing yang tidak dikenali di situ." Apa yang awak semua buat pada saya?"
Mereka dukung Dihya dari lantai sebelum di letakkan semula ke atas katil. Setelah itu jururawat bergegas keluar dari situ. Sementara doktor mula attend Dihya sewaktu pengawal di situ cuba menenangkan Dihya.
"Saya tanya... Kenapa saya ada dekat sini?" Dihya menolak tangan lelaki bersut hitam yang ada di sebelah kanan.
"Cik kena bertenang dahulu."pujuk bodyguard pertama.
Dalam keadaan tercungap-cungap mata Dihya meliar ke sekeliling lagi. "Macam mana saya nak bertenang bila saya sedar-sedar aje dekat hospital macam ni. Apa yang terjadi sebenarnya..."sumpah! Dia langsung tidak ingat apa-apa bagaimana dia boleh end up dekat hospital! Semua ni buat dia teringat semula kejadian semasa dia kemalangan beberapa tahun yang lepas!
"Bila awak sedar Dihya?" doktor itu memeriksa mata Dihya.
"Saya nak Zane....dimana Zane?" soalan itu langsung tidak didengar oleh Dihya gara-gara terlalu panik. Air mata berjurai tumpah. Fikirannya berkabut. Jadi tiada satu perkara pun yang dia ingat sekarang, yang mana buatkan dia jadi makin cemas. Hanya Zane aje yang terlintas dalam kepala ketika itu.
"Hubungi tuan sekarang."arah pengawal yang mendukung Dihya kepada seorang lagi pengawal.
Pada masa itu muncul dua orang jururawat. Mereka datang dengan bekas peralatan lalu berdiri di samping katil itu hendak merawat tangan Dihya yang sedang berdarah.
"Doktor, beritahu saya kenapa saya tak boleh nak rasa kaki saya?" Dihya memandang jururawat yang sedang merawat tangannya yang berdarah. Bila masanya tangan dia berdarah pulak ni?
"Saya akan jelaskan semuanya selepas penjaga kamu berada di sini. Jadi buat masa sekarang sila bertenang. Keadaan kamu masih belum stabil sepenuhnya."
Rahang Dihya berketik. Dia geram.
Apa susah sangat nak jelaskan dekat dia hal sebenar yang menimpa dia? Tak nampak ke dia tengah panik sekarang?
"Adakah kamu tak rasa apa-apa pada kaki kamu?"
"Saya cuma rasa kebas dan lenguh macam tu...."
"Baiklah kalau macam tu. Saya akan berikan laporan penuh selepas penjaga tiba di sini."ujar doktor dengan cermat sedaya upaya mahu memujuk Dihya agar bertenang.
Masih dalam keadaan tercungap-cungap, Dihya membiarkan saja jururawat di situ memasang kan semula topeng oksigen dan membalut luka ditangannya ketika itu.
susah jugak ya bila limit wording cuma 2k aje...kena pecahkan perenggan jd dua tiga bab sekali sbb tk muat
Share this novel