Bab 4

Romance Series 3172

DING! DONG!

Ding! Dong!

Ding! Dong! Ding! Dong! Ding! Dong!

“Arghhh bisinglah…” Hanna bangun dengan malas dan menguap seluas alam. Bunyi loceng yang bertalu mengejutnya daripada lena panjang. Hanna berjalan longlai ke pintu dan mengintai ke peephole. Wajah Hael terpacul.

“Bos! Bukalah pintu! Saya dah lama tersidai ni. Barang bos semua saya dah bawa.”

Selepas didesak, barulah Hanna membuka pintu dan mempelawa Hael masuk.

Ada hampir dua puluh beg barangan berjenama, semuanya dibimbit Hael. “Bos. Tak nak tolong sikit ke bos?”

Hanna sambung menguap. “Bukan saya dah bayar awak ke?” balasnya bersahaja. Namun, dia tetap membantu Hael dengan beg-beg tersebut. Selain jenama barangan mewah, Del Amour yang paling banyak jumlahnya. Hanna senang hati melihat tulisan berangkai Del Amour berwarna keemasan indah yang tertera pada beg kertas itu.

“Ini pakaian untuk makan malam nanti dengan beberapa hari. Saya jenama beli yang awak suka je.” Beg-beg disusun ke tepi. Hanna kemudian duduk di sofa dengan tenang.

“Jumpa tak barang-barang saya?”

Hael garu kepala. “Pengawal keselamatan kata, mereka tak jumpa langsung beg-beg tu.. Tapi, saya dah buat salinan baru untuk ID, kad bank dan telefon. Nah, telefon pintar model baru, ganti yang hilang. Warna rose gold!”

Hanna meneliti segala dokumen yang dihulur Hael sementara lelaki itu membuka bungkusan beg berjenama yang sama model dengan beg Hanna yang hilang. Beg itu dihulur kepada Hanna.

“Saya lagi suka kalau saya dapat balik beg lama saya,” Hanna mengukir senyuman nipis. Hael cukup memahami, dia memandang Hanna dengan keazaman.

“Saya akan buat yang terbaik untuk jejak balik barang-barang awak yang hilang.”

"Hei Adel, kenapa tak tinggal je kat sini terus? Tempat ni taklah teruk mana pun. Lagipun, keselamatan kat sini memang tip-top," kata Hael sambil menggantung baju baru Hanna dalam almari. "Awak tahu tak berapa ramai orang kat bandar ni sanggup buat apa saja nak tinggal kat Seri Regalia?"

Dia berpaling dan pandang Hanna. "Kadang-kadang saya tak faham awak. Awak tu billionaire, tapi tak nak tinggal kat sini. Saya tahu mungkin saya over sikit pilih tempat ni untuk awak, tapi seriuslah, tempat ni memang sesuai dengan karier awak."

Sambil menyusun kasut barunya sepanjang tingkap dari lantai ke siling, Hanna berhenti seketika dan pandang keluar tingkap.

Hujan lebat tadi dah mula reda, tinggal renyai-renyai.

Dia pandang ke arah bandar yang sibuk.

"Saya suka busy life saya, tapi saya juga nak tempat yang tenang. Awak dah kerja lama dengan saya Hael, awak patut tahu saya nak jalani hidup macam orang biasa juga. Oh dan saya tak nak dipanggil Adel lagi, sekarang saya Hanna."

Hael hanya memberi pandangan lembut kepada Hanna, tanpa berkata sepatah pun. Keadaan sunyi buat seketika, buat Hanna terasa janggal.

“Dahlah. Jom cari makan. Saya kebulur.”

“Okay, Hanna.” Hael mengambil beg tangan Hanna dan mengiring wanita itu ke pintu. Hanna tersenyum dalam diam.

HOTEL Eon Vista. Jam 8 malam. Dua bilik peribadi, dua majlis berbeza. Namun kedua-duanya dihadiri golongan elit dan ahli perniagaan terkenal.

Di satu ruang yang agak jauh dari orang ramai, Pengerusi TJ Corps yang kaki perempuan asyik dengan layanan wanita seksi di sisinya. Sehinggalah bayangan Tengku Alfian muncul, wanita seksi itu memberi lirikan penuh makna dan meninggalkan mereka seketika.

“Tengku Alfian Yusuf! Selamat malam.” Tangan dihulur tapi tak disambut. Tengku Alfian melihat sendiri lelaki di depannya itu baru memegang perempuan yang…

Dalam erti kata lain, dia jijik.

“Tengku. Apa yang dah jadi? Tiga tahun kita jadi rakan kongsi. Kenapa tiba-tiba nak tamatkan kontrak?” Soal Pengerusi Yang. TJ Corps dan Syarikat Yusuf selama ini mempunyai hubungan yang agak baik, sehingga kebelakangan ini.

“Pengerusi Yang. Awak nasihatkan adik awak, berhenti berpura-pura jadi tunang saya. Saya tak berminat nak jumpa dia, dan ada apa-apa hubungan dengan dia.”

Pengerusi Yang terkejut. “Mm… Maksud Tengku? Adik saya, Mirai?”

Tengku Alfian meneguk minuman dalam gelasnya tanpa bersuara.

“Maaf Tengku. Saya betul-betul tak tahu adik saya buat perangai macam tu. Nanti saya nasihatkan dia.” tergagap-gagap Pengerusi Yang bersuara. Pengerusi Yang seorang yang cukup dihormati di kalangan ahli perniagaan, tapi dia seperti semut kecil jika berada di sisi Tengku Alfian.

“Kalau dia masih macam tu, anggaplah keputusan saya sebagai hadiah.” balas Tengku Alfian, dingin. Dia jijik dengan perempuan tak tahu malu seperti Mirai.

Tengku Alfian meninggalkan gelasnya di meja dan menghilang seketika. Wanita seksi yang bersama Pengerusi Yang awal tadi kembali.

“Tuan,” suaranya lembut dan dia berjalan ke arah Pengerusi Yang dengan gerakan menggoda. “Bila saya nak dapat tidur dengan Tengku? Tuan janji nak tolong saya…” rengeknya lagi.

“Aku dah bagitahu plan aku tadi. Kau sabar sikit.” Pengerusi Yang menghampiri gelas Tengku Alfian dan menuangkan serbuk kristal putih ke dalamnya.

DI bahagian ruang peribadi lain, Hanna sedang mendenting gelas minuman dengan kenalan modelnya. Hanna dianggap antara model senior yang paling berjaya, jadi semua orang mahu berdamping dan bertegur sapa dengannya.

Dalam keramaian itu, Mirai memeluk tubuh dengan wajah masam. Dia memerhati Hanna dari jauh. Kalau nak dibandingkan, gadis muda itu masih agak baru dalam industri model dan fesyen, jadi orang lain kurang peduli dengannya.

Mirai mengetap gigi melihat semua orang memberi perhatian kepada Hanna. Dia menyusun langkah, dan mempamer senyuman paling manis.

“Selamat malam Cik Hanna.”

“Mirai?” Hanna menoleh. Panahan mata hazelnya sempat memukau Mirai seketika. Ah, dia memang terlalu cantik!

Mereka berpelukan seketika.

“Cik Hanna. Betul ke keputusan Cik Hanna nak tinggalkan Idol Entertainment?” soal Mirai dengan wajah minta simpati. “Tapi Cik Hanna sangat berjasa pada kami semua. Tak mungkin kami ada pengganti macam Cik Hanna.”

Hanna tersenyum. “Hei. Saya cuma keluar dari syarikat je. Tak bermaksud awak semua takkan jumpa saya lagi. Kalau Idol Entertainment perlukan khidmat nasihat, carilah saya bila-bila.”

“Hm, okay.” Mirai membuat wajah polos. Tiba-tiba Hanna mengerut wajah dan berpaut pada bahu Mirai.

“Aduh. Saya nak ke tandas sekejap Mirai. Sakit perut.” Hanna membongkok sedikit ketika sakit perut menyerang. Gelasnya diletak ke atas meja berdekatan Mirai lalu dia berlari anak ke tandas. Mirai hanya tersenyum. Dia melihat sekeliling untuk pastikan tiada yang memerhati.

Gelas Hanna diambil dan dituang serbuk berwarna putih. Melihat serbuk itu larut dengan pantas, Mirai tersenyum puas. “Padan muka kau. Tengoklah apa nasib kau malam ni, Hanna Adellia!”

MENJELANG larut malam, Hanna terasa pening yang amat sangat. Langkah kakinya terhuyung-hayang ketika dia berjalan ke dalam lif.

“Bos okay tak ni? Saya dah book bilik hotel untuk bos dekat hotel ni.” Hael mahu memapah Hanna, tapi Hanna menolak.

“Hael. Bagi kad akses. Saya naik sendiri.” Kad akses bilik bertukar tangan.

“Awak pergi balik ke Seri Regalia. Nanti esok, saya contact awak semula.” Hael mudah menangkap arahan Hanna yang ringkas, tapi dia risaukan Hanna yang nampak kurang sihat.

“Betul ke bos tak apa-apa?”

Hanna mengangguk laju. “Saya cuma perlu tukar baju dan mandi sikit. Nanti okeylah.” Dia terus berjalan ke dalam lif tanpa menoleh lagi.

“Ah, peningnya… Aku nak demam ke?” Hanna terasa tubuhnya semakin hangat dengan rasa kebas sekali-sekala. Pelik. Hanna menyandarkan tubuh pada dinding besi lif yang sejuk. Pintu lif terbuka pada tingkat hotel paling tinggi.

“Ah, kenapa dengan aku ni? Aku tak minum wain pun. Kenapa aku rasa macam mabuk?”

Lututnya terasa longgar dan dia hampir jatuh beberapa kali di koridor. Kad akses berada di tangan, tapi nombor biliknya samar-samar. Pandangan Hanna semakin kelabu.

“Access denied!” Suara robot berkali-kali berbunyi ketika Hanna mengimbas kadnya. “Salah bilik ke? Macam betul?”

Hanna semakin hilang kawalan pada tubuhnya. Dia terasa, semakin terangsang? Rasa kebas dan hangat merangkak ke tubuhnya dengan mendadak. Pelik… Hanna tak ada mengambil bahan terlarang pun.

Tanpa Hanna sedar. Pintu di hadapannya itu langsung tak rapat. Sedikit terbuka. Siapa pun yang menghuni bilik itu pasti terlupa menguncinya. Hanna menolak pintu itu di luar sedar.

Ada sebuah katil bersaiz raja dan selimut yang sudah dihampar. Hanna terlalu khayal, dia menjatuhkan tubuh ke atas katil.

“ADUH… Beratnya…” Tengku Alfian merintih bawah selimut. Kepalanya pening dan satu badannya panas. Dia cuba tidur untuk menghilangkan rasa pelik pada tubuhnya, tapi dia tiba-tiba dihempap seseorang.

Share this novel

WiNWiN
2024-12-21 22:53:18 

hahaha Tengku kena tindih dengan hantu cantik.


NovelPlus Premium

The best ads free experience