56 Jangan Banyak Bunyi!

Family Series 110448

“Miss Del! For you, again! Bertuahnya tuan punya badan. Hari-hari dapat bunga.”

Deila hanya mengerling dengan pandangan kosong, sebelum kembali meneruskan kerjanya. Sudah seminggu! Setiap hari Rhett hantar bermacam hadiah dan jambangan bunga ke pejabat dia. Awalnya Deila bising. Bila Rhett masih tidak putus asa, akhirnya Deila diam dan biarkan. Pedulilah, bukan duit dia!

“Beri je pada sesiapa yang nak!”

Staff Deila sengih sumbing. Arahan yang sama diterima setiap hari. Keras sungguh hati bos dia ni. Semua staff dah tahu siapa lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa itu walaupun sentiasa dapat layanan dingin dari bos cantik mereka.

Rhett Raffendy!

Siapa tidak kenal lelaki kacak itu? Seorang usahawan berjaya di usia muda. Juga bekas suami Cik Pepero mereka. Kalau saja lelaki ukiran sesempurna itu buat macam tu kepada salah seorang staff di situ, pasti dah lama cair. Tapi tidak bagi bos mereka. Keras sungguh hati seorang Deila Araferro.

“Nak tanya sikit boleh?”

Deila angkat wajah, merenung staff yang masih tersenyum-senyum sambil peluk jambangan bunga pemberian Rhett.

“Apa dia?” Deila tanya lalu bersandar di penyandar kerusi.

“Saya dengar bos dan Tuan Rhett dah nak bertunang, betul ke?”

Deila menarik nafas panjang sebelum angguk tenang. Dia bersetuju akhirnya kerana permintaan tok. Tak mungkin Deila sanggup mengecewakan Tok Teh. Dia sudah terlalu banyak berhutang budi dengan tok.

“I see… tahniah, bos!”

Deila ukir senyum pendek. Sukar mahu ungkapkan perasaan dia ketika itu. Gembirakah dia? Sedihkah? Entahlah… yang pasti, dia tak rasa teruja, tidak juga rasa seperti terpaksa melakukannya.

Telefon bimbit berbunyi pendek, buat lamunan Deila sirna. Deila segera menarik telefon bimbitnya di atas meja kerja.

“Hi, just want to remind you about our dinner tonight. I’ll fetch you after work.”

Pesanan ringkas dari Rhett. Deila melepaskan keluhan sebelum kembali meneruskan kerja. Selepas tamat waktu bekerja, Deila mulai berkemas dan siap-siap mahu keluar. Sampai depan pintu, telefon bimbit berdering. Deila mematikan langkah untuk menyambut panggilan. Dahi berkerut bila lihat nama yang terpampang di skrin.

“Del! Kau di mana?”

“Saya baru habis kerja, mak cik.” Deila jawab tenang walaupun hati sedikit gusar dengar suara panik wanita itu dalam talian.

“Mirul, Del… Mirul masuk hospital. Kemalangan!”

“Ya Allah! Betul ke mak cik?!” Terkejut bukan kepalang Deila dengar berita itu.

“Ya, Del. Mak cik dan pak cik baru nak bertolak dari kampung ni. Mak cik nak minta tolong kau tengokkan Mirul sehingga mak cik sampai ke bandar. Boleh tak?”

“Baik, mak cik. Saya pergi sekarang.”

Deila bergegas keluar usai menamatkan panggilan. Sebaik sahaja kaki menapak di luar bangunan pejabat, kereta sport Rhett berhenti betul-betul di hadapan Deila. Cermin depan sebelah pemandu diturunkan.

“Del, come in!” Ajak Rhett dengan nada girang.

“No, Rhett! Cancelkan plan tu. Saya ada hal!” Deila bergegas menuju ke keretanya. Rhett terkedu. Bergegas dia keluar dari perut kereta lalu kejar Deila.

“Kenapa? Apa berlaku, Del?”

“Nothing! Kau baliklah dulu.”

“Del!” Pantas Rhett sambar lengan Deila.

“Kenapa ni? At least beritahulah saya apa yang buat kau kelam kabut sampai cancelkan plan kita last minute macam ni.”

Deila merengus kasar lalu merenggut lengannya dari cengkaman Rhett.

“Saya nak pergi tengok Mirul, puas hati?!”

Berubah terus riak wajah Rhett saat dia dengar nama Amirul meniti dari bibir Deila.

“Mirul, huh? Kenapa dengan Mirul?” Tak mampu Rhett sembunyikan riak cemburu di wajah tampannya.

“Mirul kemalangan. Dahlah, rasanya tak perlu saya nak explain bagai dekat kau. Saya pergi dulu!”

“Stop, Deila Araferro!!!”

Mendadak mati langkah besar-besar Deila bila Rhett bertempik dengan suara bak guntur di langit.

“There’s nothing to explain? Are you kidding me?! Kita bakal bertunang, Del. Apa itu tidak beri saya hak untuk ambil peduli tentang apa yang kau lakukan, hah?!”

Deila ukir sebuah senyum teramat sinis. Satu persatu langkah dibuka menghampiri Rhett, siap cekak pinggang di depan Rhett dengan wajah terpaling annoying ditayang.

“Macam nila muka saya teringin nak tengok kau tayang depan saya, Rhett. The real Rhett Raffendy! Apa yang kau rasa, saya sudah lebih dulu rasainya. Saat kau pilih untuk jaga perempuan lain dan biarkan saya harungi semuanya seorang diri. This isn’t much jika dibandingkan dengan apa yang saya dah lalui, Rhett. Bear it! Or else, blah!”

Rhett genggam penumbuk. Duhai Deila Araferro… sejak bila kau jadi sekejam itu?

“Sampai bila kau nak seksa saya, Del? Jangan kejam sangat boleh tak? Tak wajar ke saya rasa cemburu? Mirul cintakan kau, Deila! Takkan saya nak berdiam diri bila kau lebihkan Mirul dari saya?”

“Kalau suatu waktu dulu saya mampu buat dan bertahan saat kau asyik lebihkan Zara dari saya, why not kau juga buat perkara yang sama? What you give, you get back! Jangan kata saya kejam, Rhett. Kau yang nak sangat diberi peluang kan?”

Rhett terperangah. Sungguh dia tertampar dengan balasan sinis Deila. Argh!!! Sampai bila dia mampu bertahan dengan seksaan Deila?

Rhett hanya mampu memandang pemergian Deila dengan tubuh menggigil menahan marah bercampur rasa cemburu yang membuak-buak. Tak senang hati, hampir setiap jam Rhett mengganggu dengan panggilan telefon. Malangnya, Deila tidak menyambut panggilannya. Rhett mengamuk sakan di dalam bilik. Habis bersepah bilik dia kerjakan. Namun, sedikit pun tidak beri Rhett kelegaan selagi dia tidak lihat sendiri Deila dan Amirul dengan dua biji mata dia. Rasa cemburu buat fikiran jahat menguasai. Macam-macam andaian bermain dalam kepala.

Esok hari, Rhett muncul di hospital di mana Amirul ditahan. Melihat Amirul terbaring seorang diri tanpa Deila, Rhett hembus nafas penuh lega. Ah, dia saja fikir lebih-lebih. Sungguhpun Amirul cintakan Deila, tapi Deila tak cintakan Amirul. Rhett cuba pujuk diri sendiri.

“R-Rhett?” Amirul buka mata bila dia dengar bunyi tapak kasut menghampiri. Dia cuma tidur-tidur ayam tadi.

“Mirul… how are you?” Rhett mara dan terus henyak punggung di kerusi pelawat, bersebelahan dengan katil Amirul. Sungguhpun rasa cemburu masih membuak dalam dada, Rhett rasa simpati bila lihat kepala dan sebelah tangan Amirul berbalut bandage. Jauh di sudut hati, sumpah tiada rasa benci terhadap Amirul… cuma cemburu lihat keakraban Mirul dan Deila.

“Macam yang kau lihat.” Jawab Amirul lalu cuba bangun dan menyandarkan tubuh di kepala katil. Rhett menarik bantal dan dia letak di kepala katil. Amirul biarkan, tiada penolakan diberi. Setelah tubuh bersandar dengan selesa, Amirul kembali memaku pandangan ke seraut wajah tampan Rhett. Amirul mengeluh dalam hati. Jujur, dia cemburukan Rhett. Lelaki di depannya itu terlalu sempurna, baik fizikal, sikap mahupun harta dunia.

“Macam mana boleh kemalangan?” Rhett tanya lagi. Amirul hela nafas panjang.

“Saya sakit hati. Apa pun yang saya buat, Del tetap tak sudi pandang saya sebagaimana dia pandang kau. Akhirnya, Del tetap pilih kau! Saya rasa macam nak mati bila Del kata nak kahwin balik dengan kau. Semua salah kau, mengerti?!”

Rhett terkedu. Mamat ni kemain terus terang, takde langsung bunga-bunganya.

“Maaf Mirul, saya takkan lepaskan Del.” Hanya itu mampu Rhett katakan. “Cuma satu pesan saya, jangan bertindak melulu, Mirul. Kau punya tanggungjawab besar sekarang. Anak kau masih kecil. Kalau berlaku apa-apa pada kau, macam mana dengan anak kau nanti?” Sambung Rhett lagi.

Amirul terdiam. Wajah dijatuhkan.

“Apa pun yang berlaku, kita masih kawan. Saya tak nak bermusuhan dengan kau, Mirul. Cuma satu saya pinta, berhenti mencintai Del. Kau akan terusan terluka. Kau tahu kan yang Del tak cintakan kau?”

Amirul masih pilih untuk kunci anak tekak. Hanya wajah semakin mendung tak bercahaya. Rhett pandang simpati. Nak buat macam mana? Soal hati, dia kena pentingkan diri sendiri. Kalau tak, dia sendiri akan merana.

“Mirul… eh, ada tetamu rupanya.”

Rhett bingkas bangun apabila seorang wanita pertengahan abad muncul.

“Mak... ini Rhett, Mak masih ingat ke? Dia pernah tinggal di rumah arwah opah dulu.” Beritahu Amirul.

“Oh, ya. Mak ingat lagi. Apa Khabar, Rhett?”

“Baik, mak cik.” Laju Rhett sambut huluran tangan ibu Amirul.

“Terima kasih sudi datang temankan Mirul.”

“Iya mak cik. Saya pun dah nak balik ni. Mak cik berbuallah dengan Mirul. Saya keluar dulu.” Rhett meminta diri dengan sopan.

Tidak jauh meninggalkan bilik wad, Rhett terserempak dengan Deila yang sedang jalan berpegangan tangan dengan seorang kanak-kanak lelaki.

“Del!” Laju Rhett buka langkah mendapatkan Deila.

“Rhett? Kau buat apa kat sini?” Tanya Deila. Terpampang jelas riak kurang senangnya ketika memandang Rhett dengan tajam.

“Saya datang melawat Mirul, salah ke?” Rhett juga tak nak kalah. Siap tayang wajah kurang senang bila lihat cara Deila memandang dia.

“Kau datang nak sakitkan hati Mirul kan?” Sinis Deila tanya. Rhett ketap rahang.

“Saya tak sejahat itu, Del! Saya datang sebagai kawan, bukan musuh!” Tercalar hati dengan sikap Deila, Rhett melangkah pergi usai berkata.

Deila tergamam memerhati. Merajuk ke? Ah, persetan! Deila menarik tangan si kecil, menonong dia pergi. Nak pujuk? Takde masa! Sebelum ini, dah berapa banyak rajuknya pada Rhett. Tak pernah Rhett datang pujuk dia. Now, it’s even. Adil!

Deila bawa si kecil, Andeqa balik ke rumah kerana ibu Amirul mahu jaga Amirul di hospital. Awalnya, Amirul tak nak kerana tidak mahu menyusahkan Deila. Tetapi Deila berkeras kerana ibu Amirul sudah tua. Bagaimanalah ibu Mirul nak urus dua orang sekaligus dalam bilik hospital?

Esoknya, Deila bawa Andeqa ke pejabat. Selepas waktu kerja, dia bercadang mahu bawa Deqa melawat Amirul. Tetapi, pagi itu datang pembantu Deila dan beritahu ada masalah dari pihak pembekal bahan mentah.

Deila ragu-ragu mahu bawa Deqa kerana perjalanan ke gudang pembekal bukan dekat selain jalannya yang agak mencabar, banyak selekoh. Gudang itu juga terletak di lereng bukit. Tak sesuai untuk bawa kanak-kanak seusia Deqa.

Lama juga Deila fikir sebelum dapat idea yang dia anggap tak masuk akal tetapi harus dia lakukan demi Deqa. Selepas hampir sejam menunggu, Rhett terpacak di muka pintu bilik pejabat Deila.

“Kau nak suruh saya jaga anak Mirul? Are you crazy? What makes you think I would agree to that, huh?” Rhett muncul dan terus bising. Anehnya, tak setuju tapi muncul juga. Deila menjuih. Sebal pun ada dengan perangai Rhett.

“Saya tak boleh bawa Deqa. Hanya beberapa jam saja. Deqa budak baik. Saya yakin dia takkan susahkan kau. Dah, saya kejar masa ni. Jangan lupa bagi Deqa makan. Jangan bagi dia makanan manis banyak sangat. Jangan ikut je kemahuan Deqa.”

“Deila! Tunggu! Del!!!”

Rhett terkedu. Deila pergi tergesa-gesa tinggalkan dia dengan seorang anak kecil berusia dua tahun dalam bilik pejabat Deila. Dia harus buat apa dengan anak sekecil itu? Seumur hidup, tak pernah Rhett berurusan dengan anak kecil.

Rhett merengus. Wajah dipaling, merenung kanak-kanak yang sedang duduk santai di sofa sambil bermain dengan robot Transformers. Rhett menghampiri si kecil Andeqa.

“Deqa… ikut uncle nak?” Ajak Rhett dengan nada lembut memujuk. Dia duduk bertinggung di hadapan Andeqa.

“Un..cle? No! Nak mummy…”

Ah, sudah! Rhett garu kepala yang tak gatal. Dia kena balik ke pejabat segera. Dia kena hadir mesyuarat bersama orang-orang penting dalam syarikat.

“Ikut uncle, nanti uncle bawa jumpa mummy, nak?” Rhett pujuk lagi. Lega sungguh bila lihat Andeqa melompat turun dari sofa lalu genggam jemari Rhett.

“Nak jumpa mummy.” Seru Deqa dengan nada teruja. Rhett sengih lalu jalan berpimpinan tangan dengan Deqa.

Kehadiran Rhett bersama anak kecil ke mesyuarat bersama staff jadi buah mulut. Masing-masing dengan pelbagai spekulasi hasil kekreatifan otak sendiri. Rhett buat tak endah, meneruskan mesyuarat seperti biasa dengan Deqa di atas ribanya. Deqa cuak bila lihat ramai orang yang tak pernah dia lihat, asyik mahu berkepit dengan Rhett.

Tamat mesyuarat, Deqa semakin cuak bila dia dikerumuni oleh staff Rhett. Masing-masing kegeraman lihat kecomelan Deqa. Berebut mahu mencuit pipi gebu Deqa, berebut mahu dukung Deqa. Akhirnya, Deqa melalak nangis.

Rhett kebingungan. Cuba pujuk Deqa dengan pelbagai cara. Dafi jadi mangsa, ke hulu ke hulur keluar masuk kedai untuk cari sesuatu yang boleh buat Deqa berhenti menangis. Akhirnya, tangisan Deqa mati bila disua sebatang aiskrim.

Rhett baru mahu teruskan kerja dengan aman bila dia didatangi Deqa.

“Poo… poo…”

Rhett kebingungan. Tak faham apa yang Deqa mahu.

“ Nak apa? No more treats, Deqa. Mummy pesan tak boleh banyak makan manis.” Rhett mengingatkan. Deqa geleng laju.

“Nak poo… nak poo…”

Rhett kerut dahi. Serius, dia tak faham.

“Poo! Toilet, poo!” Deqa sudah seperti cacing kepanasan, terliuk-liuk tubuh montel Deqa. Sebelah tangan pegang punggung. Buntang mata Rhett.

“Nak buang air besar? Ya Allah! Tahan, Deqa! Jangan lepaskan dulu.”

Kelam kabut Rhett dukung Deqa dan berlari anak menuju ke tandas. Hanya tinggal semeter menghampiri pintu, Deqa lepaskan semuanya. Lemah tulang temulang bila rongga hidung ditusuk bau busuk. Penuh satu pejabat. Rhett hampir terduduk saat itu. Berbinar pandangan.

“DAFIII!!!”

Deila muncul di pejabat Rhett ketika waktu sudah hampir menginjak ke lewat petang. Hanya tinggal beberapa minit lagi tamatnya waktu bekerja. Terkejut Deila bila lihat Rhett tersandar lesu di sofa. Kepala terlentok di penyandar, sedang tertidur pulas. Di riba Rhett, kelihatan Andeqa terbaring. Begitu nyenyak tidurnya.

Buat seketika, Deila hanya terpacak di ambang pintu, memerhati dua lelaki yang sedang tertidur pulas itu. Pakaian Deqa sudah berganti, begitu juga dengan Rhett. Apa jadi? Rhett mandi bersama Deqa ke? Perlahan, Deila menapak, mengecilkan jurang di antara dia dan sofa.

“Rhett…” Deila kejutkan Rhett dengan suara perlahan. Rhett mengerutkan mata bila terasa bahu digoncang halus.

“Del?” Rhett gosok mata sebelum pandangan kembali dipaku ke seraut wajah Deila.

“Saya nak ambil Deqa.” Kata Deila sebelum dia duduk mencangkung di hadapan Rhett, bersiap mahu cempung tubuh montel Deqa.

“I called you many times, Del. Asal tak dapat disambungkan?” Gerutu Rhett dengan suara tertahan-tahan.

“Takde line.” Pendek je jawapan diberi. Rhett mendengus, tak puas hati.

“Kau tahu tak budak ni terberak? Bukan sekali, banyak kali.” Marah Rhett, Masih cuba kawal suara kerana tidak mahu kejutkan Deqa. Deila kerut dahi.

“Kau bagi dia makan apa? Manisan? Saya dah kata jangan bagi dia makan banyak benda manis kan?”

“Tapi dia asyik nangis cari kau. Hanya aiskrim mampu diamkan dia.”

“Tula pasal, kau dah tak nak dengar. Tak payah banyak bunyi! Dah, saya nak bawa Deqa jumpa Mirul.”

“Del!” Rhett hilang sabar dengan sikap Deila. Lengan Deila Rhett cengkam kuat. ‘Macam tu je? Saya dah jaga Deqa. Kau langsung tak hargai ke? Tak ucap terima kasih?”

Deila hunus renungan sinis. Tangan Rhett ditepis kasar.

“Kalau kau tak sudi nak tolong, cakaplah awal-awal tadi. Bukan nak ungkit-ungkit selepas kau buat semua ni. Nampak sangat kau tu tak ikhlas.”

“Tak, Del! Saya tak bermaksud macam tu. But at least, hargai apa yang saya dah buat. Kau ingat senang ke nak buat bila saya langsung tak pernah urus anak kecil selama ini?” Rhett bersuara sebak. Semua salah di mata Deila. Sedangkan dia sudah buat yang terbaik. Tapi Deila sentiasa bersikap prejudis terhadap dia.

“Kau nak apa? Tolong sikit je pun dah bising.” Bentak Deila, siap tayang wajah kurang senangnya. Terasa hati sungguh Rhett.

“I want you, the old you back, Deila Araferro!”

Usai berkata, tak semena-mena Rhett tarik Deila masuk ke dalam dakapan hangatnya. Terkejung seketul Deila.

“Kau buat apa ni, Rhett? Lepaskan saya.” Deila meronta dengan tenaga sederhana. Dia tidak mahu mengejutkan Deqa yang masih tertidur pulas di atas riba Rhett.

“I get it now, I really understand now, Del. Why kau rapat dengan anak Mirul. Saya juga merasainya. Bersama Deqa, saya tak henti fikir tentang anak kita, Del. Kalau saja anak kita masih hidup, tentu dia seusia Deqa. Maafkan saya, Del…”

Deila terpaku. Tak sedar tubir mata digenangi air jernih.

“Hentikan, Rhett. Semuanya sudah berlalu. Lepaskan saya, sekarang!” Deila meronta lagi.

“Then you must stop too, Deila. Berhenti seksa saya. Kita lupakan semuanya dan buka buku baru. Saya janji saya takkan sia-siakan peluang yang kau bagi.”

Deila gosok muka di baju Rhett. Mahu keringkan air mata, juga sengaja. Biar baju Rhett penuh dengan bedak dan foundation yang menempel di wajah Deila. Siapa suruh buat dia sedih terkenang kisah lalu!

“Lepaskan saya, Rhett. Saya kena bawa Deqa jumpa Mirul. Saya dah janji dengan Deqa.”

Rhett melonggarkan pelukan. Deila pantas menjauhkan tubuh. Sempat dia lempar jelingan berang kepada Rhett sebelum anak kecil itu didukung.

“Kau nak pergi macam tu je ke, Del? Nothing for me?” Rhett mengeluh lagi. Deila mematikan langkah.

“What do you want, Rhett?” Deila soal dengan nada bosan.

“Kiss?”

Gatal!

Deila menjuih. Melihat reaksi Deila, Rhett tahan senyum.

“Saya dah buang tenaga dan masa kerana jaga Deqa. Belum masuk urus kencing break Deqa. Habis badan dan pakaian saya kena najis.”

Deila senyum sinis.

“Kalau dah gatal sangat nak kahwin, itulah yang kau kena hadap lepas jadi suami. Bukan asyik nak harap bini uruskan semua. It’s a good starter for you, supaya kau sedar kahwin bukan nak sedap je. So, jangan banyak bunyi!”

Rhett terkedu. Again, dia lagi yang kena! Apalah malang nasib badan.

Share this novel

Zai Zai
2024-08-30 11:45:09 

bila nak sambung ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience