Bab 13

Romance Series 10414

AFKA melangkah masuk ke dalam mall. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu berjumpa dengan Ajana. Ah, macam ni lah kalau orang dah mabuk cinta. Kalau boleh 24 jam nak jumpa. Padahal dekat rumah hari-hari jumpa. Tapi masih rindu!

Mata Afka meliar memerhati sekeliling mall itu. Dia tidak pasti Ajana berada di mana sekarang. Ada banyak kedai di dalam mall ni.

Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila dia ternampak Ajana sedang berbual dengan seseorang di hadapan sebuah butik pakaian. Dahinya berkerut halus. Lelaki tu... Afnan!

Apa abangnya buat di sini bersama dengan Ajana? Takkanlah... Afka mula fikir bukan-bukan.

Beberapa minit kemudian, Afka lihat mereka berdua jalan beriringan masuk ke sebuah kedai barang kemas yang berhampiran. Dada Afka bergetar hebat. Liur ditelan kesat. Hatinya bagai dihiris-hiris. Rasa terujanya mahu berjumpa dengan Ajana terus berubah dengan rasa kecewa.

Afka menghela nafas dalam. Dia cuba menenangkan dirinya. Mengawal emosinya agar tidak menguasai diri. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang.

Apa sebenarnya hubungan Ajana dan Afnan? Mengapa mereka keluar berdua-duaan? Waktu dia telefon Ajana tadi, isterinya itu langsung tidak beritahu yang dia bersama dengan Afnan. Macam-macam yang bermain di kepala Afka sekarang ni.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

HARI ini Ajana pulang dari studio lewat sedikit kerana stok tudungnya yang terbaru sudah sampai. Jadi dia perlu membuat quality check (QC) terlebih dahulu sebelum dijual.

Tiba-tiba kereta yang dipandu bergerak perlahan. Ajana cepat-cepat memberhentikan keretanya di bahu jalan. Lampu keretanya tiba-tiba terpadam. Begitu juga dengan enjin kereta yang tiba-tiba mati walaupun sudah cuba dihidupkan berkali-kali.

“Kenapa pula dengan kereta ni?” soal Ajana cemas. Matanya meliar memandang sekeliling. Kawasan itu agak sunyi ketika ini. Hanya sekali-sekala ada kereta lalu.

Orang pertama yang Ajana cuba hubungi sudah tentulah Afka. Walaupun hubungan mereka masih dingin, Ajana tidak peduli. Dia betul-betul perlukan Afka sekarang ni.

Tapi panggilannya tidak dijawab. Lebih dari lima kali Ajana cuba menghubunginya tapi panggilannya masih tidak dijawab.

Ajana beranikan diri keluar dari perut kereta untuk memeriksa keretanya. Dia bukannya pandai sangat tentang kereta. Tapi di saat-saat genting begini, nak tak nak dia kena cuba juga.

Dalam sibuk Ajana cuba memeriksa keretanya, ada sebuah kereta berhenti di hadapan keretanya.

“Hai cantik. Kereta rosak ke?” Pemandu kereta itu turun lalu menghampirinya.

Ajana berpaling. Dada dihempas debaran melihat lelaki itu menghampirinya. Dia mula rasa tak sedap hati. Pandangan mata lelaki itu menakutkan! Mulalah dia terbayang benda yang tak baik.

“Err, ya. Tapi saya dah telefon suami saya. Sekejap lagi dia datang.” Sengaja Ajana memberi alasan. Walaupun dia memang perlukan bantuan sekarang, tapi dia tak sanggup dibantu oleh lelaki itu. Lelaki itu nampak.... Menakutkan!

“Suami? Dah kahwin ke? Ruginya saya terlepas perempuan secantik awak...” Lelaki itu tersenyum nakal kemudian dia ketawa.

Ajana ketap bibir. Jantungnya berdegup makin laju. Apa dia nak buat ni? Sudahlah dia menipu cakap suaminya akan datang tidak lama lagi. Padahal Afka langsung tak jawab panggilannya. Ah, rasa macam nak menangis sekarang ni.
“Betul ke awak dah kahwin ni? Beraninya suami awak lepaskan isteri secantik awak keluar malam-malam macam ni. Dia tak takut ke?”

Mata Ajana sudah berkaca. Dia betul-betul tak tahu nak buat apa sekarang ni. Perasaan takut, sedih, marah bercampur-baur. Tangannya mula terasa menggigil. Dia tak sanggup nak pandang muka lelaki di hadapannya ini.

“Hei, relakslah cantik. Jangan takut. Saya cuma...”

Pinnnnnnn!!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang panjang dari arah belakang. Sebuah kereta berhenti dengan mengejut di tepi jalan. Seorang lelaki tergesa-gesa keluar dengan wajah yang bengis penuh api kemarahan.

Afka.

“Afka...” gumam Ajana perlahan. Air matanya laju mengalir membasahi pipi.

Lelaki itu dengan cemas beredar dari situ. Lihat wajah bengis Afka sudah cukup buat dia sedar yang dia tak patut cari masalah.

“Ajana! Awak okey?” Afka meluru mendapatkan Ajana. Bahu isterinya itu dipegang. Dia cuba memeriksa keadaan Ajana.

Bibir Ajana menggeletar. Air matanya masih laju mengalir menuruni lekuk pipi. Syukur. Syukurlah Afka muncul di saat yang tepat!

“Lelaki tu ada buat apa-apa dekat awak?” soal Afka risau.

Ajana menggeleng lemah. Dia masih rasa tak percaya yang Afka muncul menyelamatkannya. Dia benar-benar takut.

“Ajana, saya...”

Ajana terus memeluk pinggang Afka. Wajahnya disembamkan ke dada Afka. Tangisannya dihamburkan sepuasnya. Afka dapat rasakan tubuh isterinya itu menggigil. Dia dihimpit rasa bersalah yang teramat. Tentu Ajana berada dalam ketakutan tadi.
“Maafkan saya. Maafkan saya, Ajana.” Belakang tubuh isterinya itu diusap lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience