Rate

bab 4

Romance Series 10305

"Apa? Ibu nak Jannah putuskan hubungan dengan Zul?Mana boleh.Tak lama je lagi bu,kita orang dah bertunang."

"Ek eleh.. Baru nak bertunang,belum bertunang lagi kan.Kalau dah bertunang pun aku tetap nak kau putuskan hubungan kau dengan jantan takde masa depan tu."

"Amboii ibu.. sedapnya bahasa panggil Zul jantan takde masa depan.Eh ibu! sedar la sikit,jantan takde masa depan tu lah yang dah banyak tolong kita tau.Masa kita hampir kena halau dulu sapa yang tolong setelkan sewa rumah,Zul kan.Masa ayah sakit tenat,sapa yang tolong bawa pergi hospital? sapa yang bayar bil hospital? Zul kan.Jantan takde
masa depan tu lah yang dah banyak berkorban masa,wang ringgit untuk keluarga kita.Tapi sekarang ni sejak ibu berbaik dengan anak pak cik Kamal tu,dah pandai nak rendahkan Zul."

Panjang lebar aku bebelkan ibu.Sakitnya hati aku! Ibu,tiba tiba je nak aku putuskan hubungan dengan Zul.Lepas tu nak aku terima lamaran anak pak Cik Kamal,Rizal.Memang tak lah.

"Argghh.. aku tak kira Jannah.Aku tetap nak kau terima lamaran Rizal.Hei,peduli apa aku dengan Zul tu.Aku tak minta lah dia tolong kita.Dia tu yang terhegeh hegeh nak tolong kita sebab gila kan kau kan.Lepas tu kita pula nak kena kenang kenang jasa dia.Eh,setakat nak bayar balik duit sewa rumah dengan bil hospital tu tak dak masalah lah,sekarang juga aku boleh bayar tau."

Ehh.. ibu aku ni! Dasar manusia tak ada perasaan ke.Cakap tu takbur,sombong.Yang ayah aku pula,dah kena jampi dengan ibu ke langsung tak bersuara.Duduk senyap kat sofa tu perhatikan kita orang anak beranak bertekak.

Nafas aku dah turun naik menahan rasa marah yang membuak buak.Pertengkaran aku dan ibu masih belum selesai.

"Ibu ni kenapa hah?Ibu ingat Jannah ni barang ke.Suka hati nak Jannah terima Rizal untuk langsaikan hutang ibu.Eh ibu yang berhutang,ibu tanggung lah.Ibu yang boros sangat,takde penyakit cari penyakit! pergi hutang orang buat apa.Tiap tiap bulan Jannah bagi duit belanja,tapi semuanya ibu bagi kat anak kesayangan ibu tu.Sampai sanggup berhutang sebab nak dia hidup senang.Belajar tinggi tinggi tapi hidup menyusahkan orang!"

"Eh Jannah! kau jangan nak libatkan adik kau dalam hal ni ya.Dia takde kena mengena pun.Aku hutang orang pun sebab terpaksa.Semua belanja dalam rumah ni aku yang kena uruskan.Nak harapkan ayah kau,kau tengoklah sendiri.Pemalas! yang dia tahu gulung rokok daun dia je.Bila suruh cari kerja macam macam alasan dia bagi.Sakit jangtunglah,darah tinggi lah,tak boleh angkat beratlah.Dasar jantan pemalas!"

"Lah.. abang pula yang kena.Wati oii.. Aku tak kerja pun tapi aku dapat duit zakat tau tiap tiap bulan.Awak tu yang boros,memang tak cukup lah.Tiap tiap hari ada je barang online sampai depan rumah."

Ayah aku dah bersuara,berkerut dahi tengok ibu.Tak puas hati lah tu,tahu pula rasa tercabar bila ibu cakap dia pemalas.

"Hah,kau pula Jannah.Ehh,kau terima je lah lamaran Rizal tu.Rizal tu anak orang kaya kat kampung kita ni tau.Dah la anak orang kaya,pelajaran bagus,kerja bagus,ada rumah ada kereta sendiri.Untung kalau kau kawin dengan dia.Dah tak payah lagi kerja penat penat.Kau duduk je kat rumah jadi Mem besar."

Mem Besar lah sangat.Euu memang tak lah aku nak pilih Si Rizal tu.Muka je baik,berpelajaran,berkerjaya tapi perangai hampeh macam setan.'Buaya Darat' perosak anak dara orang.Jantan macam tu yang ibu ayah aku nak untuk dijadikan menantu.

"Oi Jannah,kau dengar tak apa yang ayah kau cakap tu.Kau tu anak kami,Syurga kau dibawah tapak kaki aku.Kau sebagai anak kena taat semua cakap aku,cakap ayah kau.Kau dengar sini,minggu depan keluarga Haji Kamal tu nak datang merisik kau.Jadi aku nak dalam masa terdekat ni kau putuskan hubungan kau dengan Zul.Sama ada kau suka atau tak,aku tetap akan terima lamaran tu!"

Sekali lagi ibu suarakan hal yang sama.Semudah tu ibu nak aku putuskan hubungan dengan Zul dan bertunang dengan Rizal."Tak ibu tak."

"Jannah tak nak! Jannah tak nak kawin dengan Rizal.Tak nak.. Tak nakkkkk....."

"Jannah!"

"Tak nak ibu.. Tak nak... Jannah tak nak kawin.Tak nak..."

"Jannah! Oi Jannah! Bangunlah! Kau apahal ni?"

"Apahal? Err..tapi kenapa aku dengar suara ibu lain sangat.Garau,macam suara lelaki."

Perlahan lahan aku buka kelopak mata aku.

"Astagfirullah hal Azim!"

Ya Allah terkejut aku,aku bermimpi tadi.Buka ja mata susuk tubuh Feqar dah tercegat didepan mata.Berdirinya dia sambil cekak pinggang.Tatapan matanya bengis merenung aku tertidur diatas meja makan.

"Ya Allah kau ni Jannah.Teruk betul perangai kau kan.Boleh pula kau tertidur sambil makan donat ni.Siap mimpi lagi.Tak nak.. tak nak.. Apa yang kau penat sangat hah.Kat ofis tadi bukannya banyak kerja pun kau buat.Tu mulut tu comot penuh dengan gula.Tangan kotor!.Ee.. pengotor lah kau nih.Ehh kau pergi naik atas mandi,geli lah aku tengok."

Feqar dah bising bebelkan aku.Lepas tu dia terus melangkah pergi naik atas.

Aku pula masih terpinga pinga dimeja makan.Bingung sekejap teringat mimpi tadi yang sememangnya realiti masa lalu.

"Allah hu akbar,macam mana lah aku boleh tertidur kat sini sampai bermimpi.Sambil makan pula tu.Jannah Jannah,penat sangat kau ni."

Aku merungut sendirian sambil aku terus habiskan baki donat pandan yang Feqar belikan untuk aku tadi.

Feqar,dia manusia yang berpegang pada janji.Bagus,permintaan aku dia tunaikan.Tapi sakitnya hati aku bila dia pertikaikan kepenatan aku! Gila aku tak penat.Semalaman aku tak tidur.Pukul 4 pagi aku dah kena bangun berjogging.Dengan perut yang kosong pula tu.Lepas tu aku kena layan pula nafsu gila dia sampai dia puas.Tepat pukul 8 pagi pula,aku dah kena ikut dia pergi ofis.Kat Ofis ke hulu ke hilir aku kena ikut bontot dia.Gila lah kalau aku tak penat tak mengantuk.Aku ni manusia bukannya Robot."Eee... geramnya aku."

Huh.. tapi inilah aku.Hanya mampu lepaskan semua geram,rasa sakit hati dalam hati kecil ni ja.Entah dah berapa banyak hati aku ni terluka disebabkan perangai baran Feqar.Tutur bahasanya tak pernah lembut,tak pernah sopan bercakap dengan aku.Caci,maki ni dah jadi makanan aku hari hari.Tak macam Zul,Zul baik sangat,sabar dan tenang bercakap dengan aku walaupun aku cuba melukai hatinya.

Imbas kembali.

"Jannah,kenapa awak tiba tiba nak putuskan hubungan kita.Awak tahu kan saya sayang sangat kat awak.Awak,saya ada buat salah ke.Saya minta maaf ya.Tolonglah awak,jangan buat saya macam ni.Kita dah nak bertunang kan.Kalau ada masalah kita bincang baik baik ya."

Sayu hati aku melihat raut wajah Zul.Disebalik wajah tenang itu,redup matanya dibasahi airmata yang jatuh tak berhenti.Luluh,sakitnya hati ini mendengar suara bergetar Zul menahan esakan tangisan.

Namun aku tak mampu berbuat apa.Aku tak mampu lagi nak teruskan hubungan ini.Aku rasa,aku macam dah tak ada pilihan.Aku terjerat,aku terpaksa ikut kemahuan ibu dan ayah kerana mereka Syurga aku.Aku tak nak jadi anak derhaka.

"Awak... Sayang,cinta saja tak cukup untuk kita teruskan hubungan ni.Zaman sekarang,semuanya perlukan duit.Saya dah tak sanggup lagi hidup susah macam ni awak.Saya dah penat.Saya nak kita putuskan hubungan ni.Saya perlukan seorang lelaki yang boleh beri saya kemewahan.Duit,rumah,kereta,semuanya.Saya tak nak hidup susah lepas kawin."

Aku cuba mencipta satu helah sebagai alasan.

"Jannah.. kenapa dengan awak ni.Awak nak putus dengan saya sebab saya tak ada semua tu,saya tak mampu bagi awak kemewahan? Awak,saya tahu saya susah.Saya tak ada pangkat tinggi.Tapi kalau itu yang awak nak.Takpe,awak sabar jap.Saya akan usaha,kerja keras untuk penuhi semua kemahuan awak.Tapi tolonglah jangan buat saya macam ni.Saya sayang awak Jannah.Saya tak boleh hidup tanpa awak."

"Tak Zul tak.. Awak tak mampu buat semua tu.Awak boleh ke beli rumah besar,kereta besar dalam masa terdekat ni.Boleh ke?"

"Ye.. saya tak mampu.Sebab tu saya minta awak sabar jap.Bagi saya masa..

"Masa? berapa lama masa yang awak nak.Sebulan,dua bulan,setahun,dua tahun?"

"Ya Allah Jannah.Kenapa dengan awak ni.Kenapa sekarang tiba tiba je awak persoalkan semua ni.Dulu awak cakap tak kisah.Awak sanggup susah senang dengan saya.Sebab awak sayangkan saya.Tapi sekarang awak berubah hati macam tu je."

Waktu ini,seketika aku terdiam,menekup wajah.Aku hamburkan tangisan aku sepuas puasnya.Aku dah tak kuat nak sakitkan hati Zul.

Zul,pantas menerpa menghampiri aku.Kegelisahannya jelas risaukan aku.

"Jannah,kenapa sayang.Kenapa awak menangis.Awak,awak kalau ada masalah.Awak cakap je.Terus terang dengan saya.Insya Allah saya tolong awak." Soal Zul cuba menenangkan aku.

"Ibu.. ibu nak kawinkan saya."

Akhirnya aku jujur,mengangkat kepala menatap wajah Zul.

"Ibu nak kawinkan saya dengan Rizal anak orang kaya kawan ayah.Rizal ada semuanya.Harta,pangkat,pelajaran sempurna semuanya.Ibu nak kita putuskan hubungan.Tapi saya tak nak,saya sayangkan awak Zul.Ibu cakap kalau awak masih nak kawin dengan saya.Awak kena jadi macam Rizal.Ibu juga nak awak sediakan wang hataran 20 ribu kalau awak nak teruskan pertunangan kita."

Zul terdiam mendengar kata kata aku.Satu keluhan dia lepaskan.Pandangannya bingung merenung rumput hijau ditaman.

"Boleh ke awak buat semua tu? Boleh ke awak cari duit banyak tu dalam masa terdekat ni? Sebulan je awak,sebulan je tempoh yang ibu bagi.Kalau awak tak mampu bagi ibu duit tu,ibu tak akan teragak agak kawinkan saya dengan Rizal.Saya tak nak awak.Saya tak nak!"

"WOi Jannah!!"

"Hah ye saya." Tersentak bahu aku tersedar dari lamunan apabila disergah Feqar.Entah bila dia disebelah aku,aku pun tak sedar.

"Kau berangan? ke kau gila.Tergeleng geleng,cakap pula sorang sorang."

"Tak.. tak.. Sa.. saya..

"Saya.. saya.. Saya apa? Apa masalah kau ni? Tergagap gagap.Makan pun lembab.Dari tadi tak habis habis lagi.Aku ni dah siap mandi,dah siap nak keluar.Yang kau masih terhegeh hegeh kat sini.Aku suruh kau pergi naik atas mandi,siap.Lepas tu buat kerja rumah.Tu bilik aku tu dah berhabuk,kotor.Pakaian aku pun dah berlungguk.Bila kau nak basuh hah!"

"Dah,Jannah dah sudah makan.Jannah nak naik atas lah ni.Abang nak keluar ke?"

"Lah tanya lagi.Kau ni pekak ke apa.Aku dah cakap kan tadi.Aku nak keluar.Nak jumpa Nadia.Kau lepas siap buat kerja rumah jangan nak melepak dalam bilik.Tunggu aku kat bawah,kang aku balik lambat pula kau buka pintu.Lepas tu malam ni aku ada kerja nak kau siapkan."

"Kerja? Kerja apa bang?Banyak tak?"

"Adalah.. tak payah banyak tanya.Tunggu je lah.Dah aku nak keluar ni.Kunci pintu,jangan buka kalau ada sapa sapa pun datang." Pesan Feqar pada aku sambil mengatur langkah.

Aku hanya mengangguk dan mengikut langkah Feqar sehigga ke muka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience