Bab 63

Romance Series 39746

Pada hujung minggu itu, pada pukul 7.30 pagi. Talhah sengaja meninggalkan telefon bimbitnya di meja kopi ruang tamu. Taufiq yang baru sahaja keluar daripada dapur melihat itu, dan melihat talhah menaiki semula ke biliknya

Taufiq pun mengambil kesempatan ini, untuk menghantar mesej kepada tania

"Apa pulak password telefon dia ni?"

"Ouhh, dah boleh. Mana nama tania ni eh?"

"Dah tukar jadi my love pulak, hahahahaha my love my love. Love retak lepasni"

Taufiq pun menghantar la mesej kepada tania

Talhah : Hi tania

My love : Hi

Talhah : I nak jumpa you boleh? i mean harini pukul 9 pagi macam tu

My love : Ouhh, sure. Dekat mana?

Talhah : Rumah i

My love : Okay, nanti i pergi. See you

Talhah : See you soon

Selepas taufiq selesai menghantar mesej kepada tania, terus taufiq meninggalkan telefon talhah disitu kembali. Talhah pun turun ke bawah lalu terus mengapai telefonnya dan kunci keretanya

"Hai la tania, habislah kau lepasni" kata taufiq sambil tersenyum jahat

Talhah melihat mesejnya taufiq dengan tania. Terus talhah menuju ke rumah keluarga tania

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, eh talhah. Kamu datang ni nak jemput tania ajak jalan-jalan ye?"

"Haah mama"

"Ouhh, boleh je. Masuklah dulu rasanya tania tengah bersiap tu"

"Baik mama"

Talhah pun masuk dan menunggu di dalam rumah

"Kamu tunggu la dulu ye, mama nak ke dapur sekejap nak buat air"

"Eh takpelah mama, lagipun talhah sekejap je. Tak nak menyusahkan mama, talhah tunggu tania sebab nanti nak keluar makan dengan dia"

"Ouhh, takpelah kalau macam tu. Ni tania lambat pulak, buat kamu lama tertunggu"

"Takpe mama, biasalah orang perempuan kann. Bersiap lama" kata talhah lalu ketawa

Hampir 10 minit menunggu, tania turun ke bawah dengan mengenakan pakaian blouse kemeja dengan seluar slack. Dilihat simple tetapi cantik dengan mengenakan makeup yang nipis dan wangian dior menuju ke arah mamanya

"Sorry mama, talhah lambat siap. Hehehe btw tania dah siap. Jomm"

"Amboi! turun-turun terus cari buah hati dia eh? mama dekat sini tak nampak dah"

"Hehehehe, mana ada mama" tania menuju ke arah mamanya dan duduk seketika

"Kamu nak bawa tania ke mana?"

"Tak ada kemana pun mama, cuma pusing-pusing jalan-jalan pergi tempat-tempat yang menarik je" jawab talhah

"Ouhh, baiklah. Hati-hati tapi jangan sampai lewat malam baru nak balik ke rumah. Dan jangan lupa jaga solat walaupun jalan-jalan" pesan mama

"Baiklah mama" jawab tania lalu keluar untuk memakai kasut tumit tinggi

Talhah pun menuju ke arah datin seri damia untuk menghormati sedikit

"Ingat pesan mama, kalau betul kamu sayangkan dan cintakan tania. Baik kamu luahkan perasaan kamu pada dia secepat mungkin, sebelum papa satuka dia dengan mikael. Katanya kalau kamu tak suka dekat dia, dia akan terima mikael seadanya. Lagi satu mama amanahkan dekat kamu untuk jaga tania elok-elok dan jangan buat apa-apa pun dekat tania masa dia keluar dengan kamu. Kamu fahamkan kenapa? dia sorang je anak perempuan yang mama ada. Jadi dia istimewa bagi kami, lepas kamu dah selamatkan dia. Jadi mama yakin kamu mampu lindungi dia sebaik mungkin. Faham?" pesan datin seri damia kepada talhah

"Baik mama, terima kasih bagi kepercayaan dan amanah tu. Talhah cuba lindungi dan jaga dia sebaik mungkin"

"Baiklah, itu yang mama nak dengar. Pergilah nanti lambat pulak, tania dah tunggu tu dalam kereta nanti dia membebel pulak"

"Baiklah mama" jawab talhah sambil tersenyum

"Talhah pergi dululah mama, assalamualaikum"

"Baik, waalaikumsalam"

Talhah pun menuju ke keretanya, lalu terus memasuki di dalamnya dan keluar daripada perkarangan rumah tania dan pergi ke destinasi yang mereka janjikan

"Tania i nak tanya you something boleh?"

"Apa dia?"

"You dapatkan mesej abang i tadi?"

"Ouhh, yang nak jumpa pukul 9 dekat rumah you tu?"

"Haah, ada?"

"Ada, why?"

"You reply?"

"I reply, i layan macam i chat dengan you. Tapi you dah bagitahu kann, so i tunggu you ambiklah dekat rumah i"

"Baguslah kalau macam tu, and i nak tanya. Kita nak pergi mana sekarang ni?"

"Up to you lah, i tak kisah. Tapi janganlah bawak pergi ke tempat-tempat yang pelik"

"Iye i tahu, jomm pergi muzium nakk?"

"Hahh!!! muzium?? tempat lain takde ke? janganlah kuno sangat you ni"

"Muzium tak kuno la cik adik, muzium tu sejarah cik adik"

"I don't care, i tak nak pergi sana. Kita pergi tempat lainlah"

"Okay, i bawak you pergi seberang. Kita kahwin nak?" usik talhah

"Ishh you ni, i call mama baru tahu" kata tania sambil tangannya laju sahaja ingin menaip sesuatu di skrin telefonnya

"Eh eh, janganlah. I main-main je, i tak bawak you pergi sanalah. You ni, janganlah. Nanti mama dah tak percayakan i lagi"

"Biar mama tak percayakan you, padan muka" rajuk tania

"Okay-okay, i cuma bergurau je. Janganlah ambik serious" kata talhah lalu tania sudah pun duduk menyandar di pintu sambil memeluk tubuh dan mukanya sudah masam

Talhah yang sedang memandu hanya memandang sebelah mata

"You jangan buat macam tu boleh?"

"Kenapa?"

"You nak goda i ke duduk macam tu?"

Tania pun melihat cara duduknya, duduk cara macam ni pun dikira goda ke?

"Tak kan i duduk macam ni pun dikira goda?"

"Untuk pandangan mata lelaki yes, ke you nak goda i?" usik talhah lagi

"Eh takde masa i nak goda you. Bukannya dapat pahala pun melainkan you suami i ada la jugak niat nak goda tu"

"Ouhh, so i kena jadi suami you dulu lah?"

"Yes, untuk halalkan diantara you dengan i. Eh dah la jauh sangat topik perbualan kita tu, kita nak pergi mana ni?"

"Pergi ke tempat yang istimewa"

"Dekat mana?"

"Jomm, i bawakkan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience