PENGACAU

Romance Series 11578

Keesokan harinya, aku meraba-raba sisi sebelah terasa kosong sahaja. Aku bangun lalu menarik kain tuala, aku ternampak ada sehelai sticker note di depan bilik air

"Morning sayang, hubby dah siapkan breakfast. Jangan lupa makan tau" tulisnya

Awal betul laki aku siapkan breakfast, takpelah dah dia buatkan aku makan je lah

Selesai mandi, aku terus turun ke bawah. Di meja makan aku ternampak ada sticker note juga "Sedap tak hubby masak?"

Emmmmm not bad, boleh tahan jugak. Next time aku nak suruh dia masaklah pulak. Asyik-asyik aku je memanjang

Aku menuju ke pondok semalam, semasa di pondok ada lagi sticker note yang ditampal, aku membacanya "jangan lupa tukar cadar, seksi nau hubby tengok"

Selesai mengemas pondok, aku naik semula ke bilik dan menukar cadar seperti yang dikatakan oleh baihaqi tadi. Apabila tiba diruang tamu ada ditampalnya lagi sticker note ditelevisyen. Banyak betul sticker note laki aku ni

"Lunch nanti hubby balik makan, masak sedap-sedap" pesannya lagi

Aku melihat pesanan terakhir lalu terus ke dapur untuk memasak. Nasib baik semua barang cukup, aku pun melihat jam hampir pukul 12 tengah hari

Aku memasak sambil mendengar lagu ditelingan dengan memakai headphone. Semasa aku riang-riang memasak, tiba-tiba ada tangan yang melilit pinggang aku dan mencium leher aku

Tangan itu membuka headphone ditelinga aku "patutlah hubby panggil tak dengar, telinga dengar lagu rupanya" katanya sambil membuka headphone ditelinga aku

"Awalnya hubby balik, sekarang baru pukul berapa"

"Awal apanya, dah pukul 1 sayang. Tengok jam ke tak ni?" katanya sambil mengosok belakang aku

"Janganlah hubby" tolak aku

"Sikit tak boleh ke?"

"No lah, semalam dah kan?"

"Kalau tak cukup?"

"Mengadalah, hubby kerja kann. Nanti-nantilah" tolak aku lembut lalu dia beredar ke meja makan dengan muka monyok

Aku terus menghidangkan makanan kepadanya dan kami makan bersama. Selesai makan, aku menghantarnya ke arah pintu kereta lalu beredar

Aku keluar pada waktu malam bersama dengan kawan aku asyura. Aku menghantar mesej kepada baihaqi untuk meminta izin

SAYANG : sayang nak minta izin sayang nak keluar dengan kawan sekejap malam ni, nak makan angin. Boleh ke?

HUBBY : okay, keluarlah hati-hati sayang

Aku pun keluar dengan kereta aku menuju ke M3 mall. Semasa aku disana aku menuju ke sebuah restoren yang asyura menunggu

"Wehh babe lama ke sampai?"

"Tak adalah, aku pun baru sampai je ni"

"Fuhh, nasib baik" kata aku lalu kami duduk

"So kau dengan baihaqi macam mana sekarang ni?"

"Kitaorang? okay je alhamdulillah semakin rapat, semakin mesra" jawab aku sambil mata aku tertancap pada baihaqi dan seorang wanita mereka berpakaian biasa

"Eh wehh kau tengok apa tu?" asyura turut memandang ke arah penglihatan aku

"Wehhh, tu baihaqi sape perempuan tu?"

Aku menggelengkan kepala tanda tidak tahu

Aku terus bangun dan mengikuti baihaqi dengan wanita itu. Aku berjalan mendekati baihaqi lalu menyelit diantara mereka berdua dan aku terus mengenggam tangan baihaqi

Baihaqi terkejut melihat aku disitu "sayang buat apa dekat sini?"

"Kan tadi sayang hantar mesej sayang cakap sayang keluar dengan kawan. Hubby lupa ke?" kata aku sambil buat-buat suara manja

"Ouhh, hubby ingat. Kawan sayang mana?"

"Dia dah balik, katanya emergancy tadi" kelentong aku sebenarnya aku main tinggal je si asyura tu so aku pun tak tahu dia menuju ke mana

"Emmm, baihaqi tadi awak cakap nak tengok wayang kan?" tanya wanita itu sambil berjalan disisi kiri baihaqi manakala aku disisi kanan baihaqi

Eh sampai ke tahap tengok wayang ni? melebih nampak. Aku tak pernah tengok wayang lagi eh dengan suami ni. Memandai kau je mengajak

"Hubby nak tengok wayang ke?" kata aku mencuba nasib

"Haah"

"Kenapa hubby tak bagitahu? sayang pun nak ikut"

"Hubby memang nak ajak tadi, tapi sayang kata nak keluar dengan kawankan? itu yang hubby tak ajak"

"Ouhh, macam tu. Hubby nak tengok cerita apa?"

"Baihaqi kalau saya nak tengok cerita hantu boleh?" tanya wanita itu kepada baihaqi

Eh aku yang tanya laki aku dulu, kau pulak yang mengedik nak tanya jugak. Mata aku asyik memerhati sahaja gerak langkah wanita itu, tangannya semakin lama semakin dengan menghayun pada tangan baihaqi. Apa kau nak pegang tangan laki aku tu? jangan harap aku nak bagi lah

"Hubby" panggil aku

"Yes?"

"Nak tangan sebelah lagi" sengaja aku memintanya

"Kenapa?"

"Saja, nak pegang dua-dua"

Baihaqi terus menghulur tangan sebelah kirinya kepada aku. Aku meletakkan tangan baihaqi itu ditangan belakang tangan aku yang mengenggam lengannya. Sebelah tangan lagi kami genggamkan bersama, kan sweet macam tu

"Sayang nak tengok cerita apa?" tiba-tiba baihaqi bertanya

"Sayang tak kisah, cerita apa-apa pun sayang on" kata aku lalu mencium pipinya

"Sayang, ni tempat awam lah" katanya sambil memegang pipi

"Biarlah, janji kita dah halal. Nak buat apa-apa pun tak jadi masalah kan?" kata aku sambil meletakkan kepala diatas bahunya

Aku melihat wanita itu sudah panas dengan kemesraan kami. Dia merapatkan pula dirinya dengan baihaqi. Ishh perempuan ni, tangan tak dapat, nak rapatkan bahu pulak. Aku sengaja berjalan laju dengan baihaqi

"Hubby kita jalan laju sikit boleh? cepat sampai dekat pawagan" katanya sambil membuka langkah

Baihaqi hanya mengangguk dan mengikuti langkah aku sahaja

Setibanya didalam wayang, aku mengikuti sahaja pilihan baihaqi iaitu menonton cerita hantu indonesia. Mak aii seram woo, bulu roma aku main naik turun. Nak tunggu cerita tu habis lama kott 2 jam, aku memandang baihaqi yang berada disebelah kanan aku. Mukanya biasa sahaja, seperti tiada apa-apa

"Hubby tak takut ke?" kata aku sambil melihatnya

"Tak adalah takut mana pun sayang, biasa je" katanya tenang dengan mulutnya mengunyah popcorn

Aku sudah ketakutan, wanita itu ingin duduk disebelah baihaqi tetapi sudah ada orang. Jadi nak atau tak, dia terpaksa duduk sebelah aku jugaklah

2 jam kemudian...

Tamatlah cerita hantu itu, lega aku rasa bila tamat. Tapi tak lega jugak, perempuan tu sibuk betul dengan baihaqi. Sikit-sikit baihaqi, sikit-sikit baihaqi. Tak senang betul hidup aku dengan perempuan macam ni

"Baihaqi lepasni awak nak kemana pula?"

Tengok tu? aku baru je cakapkan? sudah terbukti bukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience