DUA MINGGU semenjak kes pertengkaran Zane bersama Sarah. Perjalanan harian mereka berlangsung seperti kebiasaannya. Zane dengan kerjanya di pejabat. Dihya menghabiskan masanya seperti biasa di penthouse peribadi Zane. Ada masanya Zane perlu outstation untuk beberapa hari. Dan Dihya dibiarkan sendirian dengan aktivitinya sendiri. Sementara itu Kyren telah membuat permohonan maaf pada Zane diatas kesilapannya kerana merahsiakan hal mengenai Sarah. Sementara Sarah sudahpun meminta maaf pada Zane dan Dihya dan berjanji tidak akan lagi menimbulkan masalah lagi atau menganggu Dihya.
Selepas itu semua orang jalani kehidupan masing-masing tanpa sebarang drama.
Sambil humming lagu perlahan, Dihya menyembur semburan air pada pokok-pokok bunga yang tersusun dalam pasu di luar balkoni. Pagi Isnin itu cerah ditemani dengan suhu berembun musim bunga. Walaupun jam baru masuk 7 pagi, matahari sudahpun munculkan diri sewaktu Dihya bangun.
Tanpa sedar, kediaman Zane yang dahulunya muram dan suram dengan rekaan serba hitamnya kini dihiasi dengan tumbuhan hijau dan bunga-bungaan. Di luar mahupun luar balkoni, banyak pasu bersusun di sekitar. Mewarnai setiap inci ruangan tingkat satu tersebut. Semua itu gara-gara Dihya yang ingin mengisi masa terluang dia di dalam penthouse tersebut. Maka hanya gardening sahaja pilihan yang dia ada untuk dilakukan dalam tempat tersebut.
"Dihya?"
Suara Zane memanggil dari dalam menyentak lamun Dihya. Gadis itu menoleh ke belakang. Cuba hendak melihat kelibat Zane sekiranya lelaki itu melewati slidding door balkoni itu. Tetapi tiada. Malah suara lelaki itu sahaja yang kedengaran memanggil-manggil namanya beberapa kali.
"Dihya, kamu dekat mana?"
"Dekat luar sini..." laung Dihya meletakkan alat penyembur ke bawah lalu berjalan ke arah laluan masuk sebelum menjengah kepala mencari kelibat Zane. Sekali dipandang lelaki itu sedang berjalan keluar dari lorong untuk ke bilik tidurnya. "Ada apa tuan?"
Zane yang kelihatan bersahaja dengan pakaian rumah itu jalan menghampiri Dihya tanpa berlengah.
"Apa kamu buat?"
"Siram pokok. Tuan perlukan apa-apa ke?"Dihya mengesat tangan pada tepi seluar agar tiada kotoran padanya." Kenapa tuan tak bersiap lagi? Tak kerja ke hari ni? "mata Dihya naik turun menilik penampilan Zane. T-shirt hitam dan sweatpants putih. Biasanya waktu begini lelaki ini sudahpun bersiap.
"Ada orang nak datang hari ni."Zane berdiri di hadapan Dihya setibanya dia di situ.
"Siapa? Isteri tuan ke? "kedip Dihya ingin tahu. Kalau yang datang puan besar, dia faham la kenapa tuannya suruh dia duduk dalam bilik. Tapi dia nak tahu jugak siapa! Sebab selain Kyren dan Zane, dia tidak pernah lihat orang luar atau sesiapa lagi yang jejak kaki ke tempat ini.
"Ada la. Jadi saya nak kamu duduk dalam bilik kamu nanti. Jangan keluar. Sampai saya sendiri yang dapatkan kamu."pesan Zane. Beberapa orang pekerja maintenance akan datang ke sini. Jadi dia tidak mahu Dihya tahu tentang kejutan nanti. Jadi dia perlu pastikan rancangannya berjaya untuk kali ni.
Riak dingin di raut wajah Zane ditatap Dihya dengan lama. Memangnya kenapa Zane nak dia duduk dalam bilik? Lelaki ni malu ke nak mengaku yang dia ni Mistress Zane?!
"Dah lama saya tak jumpa orang. Tak boleh ke kalau saya keluar? Saya boleh berpura-pura jadi Maid, kalau itu buatkan Tuan rasa tak selesa."
"Jangan nak merepek. Duduk aje diam-diam dalam bilik tu."
"Baik tuan."Dihya akur.
DUA JAM KEMUDIAN....
Dalam keadaan terbalik, Dihya di atas katil memandang jam dinding dengan renungan bosan. Kebosanan dia dibuatnya menunggu apa saja yang dilakukan oleh Zane dekat luar tu.
Keluhan sekali lagi lepas dari mulut. Dihya menelentang pula atas katil. Melihat siling biliknya. Ada banyak fluorescent stickers di siling Itu. Biasanya akan bercahaya dalam gelap. Seakan ada pemandangan angkasa. Zane yang tolong tampalkan selepas dia kata dia nak tengok bintang. Tapi disebabkan dia tak boleh keluar, Zane cadangkan idea ni. Bila diingatkan balik, nak ketawa pun ada. Sebab bersungguh betul Zane nak pastikan dia tersimpan dalam rumah lelaki tu.
"Maintenance dah selesai. Tuan boleh gunakannya sekarang."
Pantas Dihya berpaling ke arah pintu. Dia lompat dari katil lalu dekati pintu. Perlahan-lahan pintu itu di kuak ke dalam sebelum dia jengah kepala di balik dinding. Mengintai sedikit sekitar tempat itu sebelum terarah pada Zane. Lelaki itu sudahpun lengkap dengan pakaian golf.
"Dah habis ke? Boleh saya keluar sekarang?"
Zane mengangguk.
"Apapun ia, lama jugak ya masa nak maintenance ni."
Sambil menarik zip baju, Zane mengangguk. "Macam tu la..." riak wajahnya kelihatan muram dari kebiasannya.
"Tuan nak keluar ke kejap lagi?" Dihya melihat beg golf Zane sudahpun bersandar di tepi tangga di situ. Patut la Zane tidak bersiap awal ke pejabat. Ada pelan lain rupanya.
Bersama riak tiada mood dan grumpy Zane hanya balas dengan jeda pendek.
"Kenapa tuan nampak monyok ni? Bukan ke tuan nak pergi golf nanti?" Dihya dekati almari di sebelah tangga lalu mencapai sesuatu dari situ. "Tuan tak suka main golf ke?"
Itu antara sebabnya. Tapi bukan setakat itu aje alasannya kenapa dia moody. Zane mengeluh."Bukan setakat tak suka tapi saya tak gemarkannya. Saya tak rasa pun main golf ni menyeronokkan lagi-lagi ianya dimainkan dalam suasana suram hanya kerana alasan untuk networking."
Berdiri sahaja di depan Zane, Dihya memicit keluar sunscreen dari tube ke tapak tangan. Lalu mula di sapukan ke muka Zane.
"Saya ingatkan succession classes cuma mengenai bisnes yang melibatkan hal mewah aje. Saya tak tahu pulak akan ada jadual rangkaian politik dan perniagaan macam ni. Tuan tahu, hal networking macam ni tak sesuai untuk tuan..."ujarnya meratakan seluruh sunscreen pada wajah Zane.
Sementara Zane di situ hanya berdiri di situ memandang Dihya.
"Senyum sikit. Kalau tuan jumpa klien dengan muka ketat macam ni, apa pulak mereka fikir. Nah...kiss untuk wish you luck."Dihya menjengket sambil memegang bahu Zane. Mengucup bibir itu sekilas.
Secara refleks, tangan Zane memegang pinggang Dihya. Matanya tidak berkedip sesaat bibir Dihya menyentuh bibirnya. Zane pandang sahaja Dihya ketika itu dengan riak dingin di wajahnya. Memang dia nampak tenang dari luar. Walhal dalam kepala dan dadanya ibarat ribut taufan sejak tadi. Hatinya tidak keruan memikirkan apa yang Dihya bakal dengar sebentar lagi dari dia.
"Dihya-"
"Ya."
"Kamu dah boleh naik ke tingkat dua."maklum Zane sambil memandang tajam ke wajah Dihya. Harap-harap Dihya sukakannya.
Kening Dihya serta merta terangkat tinggi. "Hm?"
Zane bergerak ke tepi Dihya lalu tunduk mengangkat beg golf. Sambil itu sempat lagi Zane beritahu.
"Maintenance dah siap. Jadi kamu dah boleh gunakan tingkat dua nanti ikut suka kamu. Itu adalah kejutan yang saya nak berikan kepada kamu."
Dihya berdiri di situ memerhatikan Zane keluar dari pintu sehingga la kelibat lelaki itu tidak kelihatan bersama perasaan terkedunya.
Mimpi apa dia ni? Ke salah dengar tadi?
Zane izinkan dia nak ke tingkat 2?
Jadi maintenance yang Zane maksud tadi adalah disebabkan dia?
SUDAH MASUK dua bulan semenjak dia tinggal bersama dengan Zane. Dan selama itu tak pernah sekali dia jejak kan kaki ke tingkat 2. Ibarat kawasan terlarang. Jadi Dihya langsung tidak menjangka akhirnya tiba juga masa itu untuk dia lihat apa yang sebenarnya ada di tingkat dua ni.
Masih berdiri di anak tangga, Dihya pegang rel tangga sambil dongak memandang ke atas. Perasaan dia berkobar-kobar teruja tidak sabar. Apa agaknya kejutan Zane ya? Memangnya dekat tingkat 2 tu ada apa?
Dah alang-alang Zane bagi kebenaran, baik dia periksa apa yang tersembunyi di tingkat 2 ni.
Dihya mendaki anak tangga sehingga tiba di tingkat dua itu. Perkara pertama yang menyapa pandangan adalah pemandangan koridor yang luas, kanan koridor itu terdapat kawasan teres yang sesuai untuk star gazing kerana ia menghadap pemandangan bangunan dan kawasan bandar di situ. Satu daripada pintu di situ adalah untuk bilik tidur utama. Seluruh ruangan itu kelihatan mewah dan cantik. Dari perabot hingga susun atur Interior Design bilik tersebut.
Dihya yang melihat semua itu tertanya-tanya. Bilik tidur bukan main cantik lagi, tapi malah pilih nak tidur di bilik bawah.
Kiri bilik itu terdapat sebuah mini bar. Pelbagai jenis botol minuman berjenama tersusun kemas atas rak display di situ. Beria Zane menegah dia dari minum, tapi lelaki tu dalam diam ada simpanan stok minuman sendiri.
Selebihnya ada meja kerja dan rak buku yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. movie teater pun tersedia di ruangan yang sama.
Dihya capai satu daripada buku di situ lantas tersengih sendiri. Baru dia perasan. Kebanyakannya buku di tingkat 1 langsung tidak tersentuh semasa dia tiba di sini. Namun lain keadaannya dengan buku dalam bilik Zane. Banyak yang sepertinya sudah diulang kali baca. Buktinya ada kesan comot dan kedut pada setiap buku di situ.
Mata Dihya terarah pada bingkai gambar di atas meja kerja itu. Ianya adalah gambar Zane semasa remaja. Melihat pakaian sekolah menengah yang terpasang di badan itu jelas beritahu gambar tersebut diambil semasa Zane tinggal bersama dengan datuk kesayangan lelaki itu. Lihat aje la senyuman di bibir Zane. Nampak bahagianya.
Nampaknya tingkat 2 ini adalah ruang peribadi yang intim untuk Zane. Tempat dimana terisinya barang dan perkara yang Zane sayangkan dan gemar. Memandangkan barang yang ada di situ langsung tidak terusik melainkan jejak yang ditinggalkan lelaki tu jelas beritahu bahawa ruangan ini tempat istimewa Zane.
Kini, Dihya faham. Kenapa Zane tidak izinkan sesiapa naik ke tingkat ini.
Bersama senyuman lebar dibibir, Dihya mengusap permukaan kaca bingkai gambar dimana gambar Zane sedang tersenyum berada. Dihya berasa senang kerana Zane terbuka hati untuk membenarkan dia berada di ruang peribadi milik Zane ini. Itu bererti Zane percayakan dirinya lebih dari sesiapapun.
Perasaan hangat dan berbunga terus menjalar dalam dada Dihya. Kalau ikutkan hati, sekiranya Zane ada di depannya sudah dihujani kucupan pada lelaki tu tanpa henti. Ini lebih daripada sebuah kejutan. Tindakan Zane ini umpama tanda bahawa lelaki itu sudah menerima dirinya lebih dari seorang Mistress.
Tanpa berlengah, Dihya terus mengocak keluar telefon dari dalam poket sweater. Dia dail nombor Zane sebelum membawanya ke telinga.
Share this novel
tq tinta ats makluman.. nnt tinta free tinta update ye,kami sentiasa menunggu
take care..thank for the info
take care tinta?