Bab 39:Data Subjek.
PEJABAT penerbitan akhbar tabloid BONGKAR kecoh ketika para wartawan yang membuat tugasan di jalanan hadapan bangunan naik semula sambil memapah wartawan Yeob Maon gemuk yang di katakan telah terkena cakar salah seorang manusia aneh yang hijau dan bersisik di tubuhnya.
Kebetulan Yana dan Haziq pun baru pulang ke pejabat selepas meninjau ke Zon Projek Higlanders.
"Ya ampun Yeob...awak okey ke tak ni?"soal Yana yang terkejut melihat kemeja sendat wartawan gemuk bersuara parau itu koyak rabak.
"Huwaaaaa..ko boleh nak tanya aku okey ke tak bagai Kak Yana? Uhuhu walhal dah koyak-rabak cenggini baju aku kena cakor. Uhuhu perut beso aku pun mungkin dah calo-balo..huwaaaaa sekian"parau dan macam nak menangis dah suara wartawan Yeob. Sedih benar suara dan nadanya.
"Sabar ek abang Yeob..sabar"wartawan Zakuan,Syaza,Danny dan Yati memujuk bodyguard gemuk mereka yang katanya beraksi cemerlang hingga bertempur bagai dengan manusia aneh di jalanan tadi.
"Uhuhu..gila memang gila ya..nasib baik baju kemeja aku koyak kat bahu dan dada je..uhuhu iya jikalau di buatnya orang hijo tu cakor sampai koyak seluo tang bontot beso aku ni dah bagaimana haa? Uhuhu pasti malu beso aku tau tak?huwaaaa sekian"suara parau nya merungut macam-macam.
Punggung lebar duduk atas kerusi opis.
Yana dan Kak Husna dah tersenyum-senyum.
"Ehem..better balik kerja petang nanti awak singgah klinik or hospital dulu Yeob. Kena buat pemeriksaan doktor. Mana tau kot dah kena cakar tadi ada pulak virus berjangkit bagai.."
"Huu?!"terbeliak besar biji mata wartawan gemuk tu.
"Uhuhu iya kak..iya..uhuhu nasib baik ko ingatkan aku hal tu. Uhuhu naya..naya..silap haribulan esok bertukor hijo pulak aku macam manusia aneh tu ya..uhuhu tak patut..tak patut..sekian"
Kain sapu tangan di buat lap peluh di dahi dan wajah.
Haziq dan Asywina sampai terpaksa tunduk-tunduk sembunyikan muka bawah meja sebentar. Geli hati benar menengokkan gelagat rakan wartawan gemuk mereka yang sorang tu.
SEMENTARA itu kekecohan dekat jalanan kota sudah mulai reda. Keadaan agak terkawal. Anggota polis terpaksa melepaskan tembakkan kepada orang-orang aneh. Banyak jasad manusia-manusia hijau bersisik itu bergelimpangan atas jalanraya.
Walaubagaimanapun kemaraan segerombolan manusia aneh yang sepatutnya bertebaran keluar ke kota telah berjaya di sekat oleh skuad polis yang berkawal di Zon Projek Highlanders. Di fahamkan juga sarang kokun raksasa yang di hasilkan oleh manusia-manusia termutasi itu dekat sesetengah tempat telah berjaya di musnah dan basmi oleh pihak berkuasa.
_________________
PETANG tu cuaca baik. Lepas tamat waktu bekerja,para staf dan wartawan pun beredar meninggalkan pejabat. Wartawan Yana pulang agak lewat setengah jam kerana sibuk menulis artikel berkaitan gerombolan manusia aneh yang di lihatnya muncul dari Zon Projek Highlanders.
KTING!
Pintu lif terbuka. Yana melangkah keluar dan berjalan keluar dari bangunan letaknya premis syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR.
Suasana riuh-rendah dan kekecohan yang berlaku di jalanraya hadapan bangunan akibat kemunculan manusia-manusia aneh itu tadi pun sudah tiada lagi. Keadaan kembali aman damai seperti biasa.
Di seberang jalan ada banyak gerai kuih-muih. Dia terlihat kelibat Harun sedang duduk di sebuah meja menikmati minum petang sambil fokus membaca sebuah buku.
"Terima kasih"kata peniaga kuih muih sambil memulangkan baki wang kepada Yana.
Wartawan wanita itu pun melangkah menuju ke meja yang sedang di duduki oleh Harun sambil membawa bungkusan kuih-muih dan segelas nescafe ais.
"Tak balik lagi ke Run? Aih kusyuk je nampaknya. You baca buku apa tu?"kata Yana sambil melabuhkan punggung di kerusi.
"Ah Yana. Elok jugaklah engkau pun belum balik lagi. Aku baca novel"
"Novel? i tak pernah tahu you minat baca buku-buku novel Run?"
Harun tersenyum.
"Bukan novel biasa. Ada kaitan dengan orang misteri,apartmen Hunted Hills,fenomena black fog dan perkara-perkara aneh yang sedang berlaku sekarang"
"Serius ni Run?"
Harun pun ceritalah kepada Yana tentang pertemuannya dengan Tuan Jailani dan bagaimana dia mendapat tahu bahawa isteri lelaki terbabit yang juga seorang penulis novel dan juga subjek yang di temuinya terbaring dalam inkubator pesawat piring terbang itu rupanya adalah salah seorang kanak-kanak yang pernah tinggal di apartmen Hunted Hills suatu ketika lama dahulu.
Yana jadi tercengang.
"Ini dah semakin menarik Run!"
"Itulah sebabnya aku kena luangkan masa membaca novel Fenomena Kabus Hitam ni sampai habis. Aku pasti penulis Mariah Hanif ada mendedahkan sesuatu fakta atau rahsia berkaitan orang misteri yang belum pernah kita ketahui lagi melalui novel ni"ujar Harun.
Yana membelek naskah novel terbabit.
Harun membuka beg sandangnya dan membawa keluar sebuah fail.
"Hm..selain Mariah Hanif,ada beberapa orang subjek lain lagi yang patut kita siasat. Kesemua mereka adalah orang hilang dan subjek yang telah di inkubasi oleh orang misteri dalam lab pesawat piring terbang. Aku fikir mungkin engkau dan beberapa wartawan kita yang lain berminat nak handle salah satu dari subjek ni Yana"
"Sure!"balas Yana berminat sambil meneliti ke fail maklumat tersebut.
Yana juga bercerita tentang apa yang berlaku sewaktu dia dan Haziq ke Zon Projek Highlanders.
"Kan betul..jadi kita dah mulai nampak apa motif sebenar dia nak kita dedahkan perihal kewujudan piring terbang dan lab inkubasi tu ke khalayak awam. Tak lain tak bukan adalah kerana dia merancang untuk memerangkap lebih ramai orang ke sana supaya lebih ramai lagi dapat di culik dan di inkubasi agar genetik mereka dapat di modifikasi. Walhasil akan bertebaranlah lebih banyak manusia aneh ke jalanan"kata Harun.
Yana mengangguk-angguk bersetuju. Persoalan yang sekian lama berlegar di kotak fikirannya itu akhirnya terjawab juga.
______________
KEESOKKAN harinya. Keadaaan jalanraya pekan dan ibukota kembali aman damai seperti biasa. Satu mesyuarat khas telah di adakan dalam sebuah bilik bertempat di premis syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR.
Berikutan kejayaan Harun mendapatkan banyak maklumat data tentang para subjek yang telah di inkubasi,beliau berbesar hati untuk membahagi-bahagikan tugas siasatan ke atas para subjek itu kepada rakan-rakan wartawan lain.
Walaubagaimanapun tak ramai wartawan baru yang berani menyahut cabaran tersebut kerana mereka di fahamkan oleh Harun bahawa data para subjek inkubasi yang di ambilnya itu sememangnya maklumat terlarang.
"Tak berani lah bang Harun. Ini serupa macam menjolok ke sarang tebuan. Risaulah kalau orang misteri tu...
"Tak berani tak apa Syaza. Tak ada paksaan. Ya memang betul. risiko di buru oleh orang misteri memang kalian kena tanggung sendiri kerana data-data subjek sepenuhnya di curi dari lab pesawat piring terbang. Yang lain-lain bagaimana?"tawar Harun kepada wartawan lain.
Mereka hanya saling berpandangan dan terasa berat untuk membuat keputusan. Setakat ini hanya Yana,Asywina dan Haziq sudah menyahut cabaran tersebut. Masing-masing telah di berikan fail biodata subjek yang berbeza-beza.
"Hm..ada sesiapa lagi yang berani nak sahut cabaran Harun? Silakan"kata Encik Ghani iaitu pengarah urusan syarikat penerbitan.
"Tak ada lah nampaknya"kata Yana.
"Wait..wait..apakata bagi fail tu kat abang Yeob je. Biasanya dialah yang terpaling berani. Sampai kami semua di katanya wartawan telur setengah masaklah.. konon nak besarkan bontot je dalam opis sambil di gilai penghawa dingin pejabat yang sejuk. Cabaran susah sikit tak mau..hanya tunggu cukup bulan dapat gaji enjoy je mau..haih!"kata wartawan Yati.
"Hahahahaha"kuat wartawan Harun ketawa.
Bahahahaha hahahaha
Langsung ketawa para staf dan wartawan lain bergegar dalam bilik mesyuarat. Dengan Encik Ghani pun terlepas ketawa sekali.
"Ahahaha kan..kalau tak celupar mulut tu bukan wartawan Yeob Maon bin Selamat le namanya"kata Yana geli hati.
Wartawan boroi memang suka cakap lepas.
"Eh Yeob tak datang ke hari ni?mana dia?"tanya Asywina.
"Datang..lewat sikit katanya"
Baru di sebut-sebut namanya,pintu bilik mesyuarat pun terbuka. Wartawan Yeob baru tiba. Muka dan baju kemeja berpeluh-peluh. Tercungap dah macam apa entah.
"Uhuhu iya sori Encik Ghani..lambat sikit ni hari ya..uhuhu orang rumah ada nak bersalin bagailah kat tepi jalan..uhuhu sekian"
Bahahahaha hahahaha
"Haih..bini awak bersalin..awak masih boleh datang kerja lagi Yeob?"tanya Encik Ghani.
''Uhuhu tersilap pulak..uhuhu iya maksud saya orang rumah ada tercicir barang bagai kat tengah jalan..uhuhu naya beso saya pulak yang kena pergi mencari barang cicir tu balik sampai dah terlambat nak pergi kerja..uhuhu iya cenggitu"
"Ohh gitu..hm iyalah tak apa. Duduklah"
"Uhuhu iya tima kasih Encik Ghani..sekian"
Punggung lebar di labuh atas kosi bilik mesyuarat.
"Dah pergi jumpa Doktor ke Yeob? Ada kena jangkitan virus manusia aneh ke?"tanya Kak Husna.
"Uhuhu iya dah jumpa kak..huhuhu selamat..selamat..iya doktor sahkan aku bebas dari sebarang jangkitan. Jikalau makanya aku tak jadi nak bertukor hijo hari ni ya..sekian"
Hahahahaha
"Hm awak dah lambat sangat datang sampai mesyuarat pembahagian fail maklumat data subjek dah selesai di berikan ya Yeob"kata Yana sengaja menyakat wartawan boroi bersuara kuat dan parau tu.
"Huu?uhuhu? Huwaaaaa...fail maklumat tugasan untuk aku takkan langsung tak ada tinggal satu pun haa? Uhuhu tak patut..tak patut..sekian"
Bahahahahaha hahaha
BAB 39:Data Subjek
BERSAMBUNG...
Share this novel