bacdh 'Double Meaning'

Drama Series 55610

Yusoff angkat tudung saji di atas meja makan.

Kosong!.

Ermm... apalah yang dia fikir ketika mula mengangkat tudung saji tadi? Mungkin kebiasaan sejak kecil. Mungkin kerinduan pada masa lalu.

Dulu balik dari mana-mana, perkara pertama mesti nak buka tudung saji. Buka sahaja tudung saji ada makanan enak ditekaknya sudah mama simpankan. Walau hanya cekodok pisang.

Yusoff letak kembali tudung saji di atas meja makan yang penuh barang entah apa-apa tidak dikemas.

Botol kicap yang sudah kosong, beg plastik bergumpal-gumpal, kertas iklan, botol air mineral, penuh!.

Meja pun sudah koyak alasnya tidak berganti, selekeh dengan kesan minyak dan sisa makanan.

Yusoff pernah mengemasnya sebab sakit mata melihat rumah bersepah. Sudahnya dia bergaduh dengan Yunus.

Bayangkanlah, hanya sebab dia mengemas rumah, Yunus dengan isterinya pula bergaduh. Pelik-pelik saja perangai Wati isterinya Yunus.

Yunus marah dia sebab Wati mengadu Yusoff sengaja mengemas rumah sebab mahu menghalau mereka tiga beranak keluar dari rumah peninggalan arwah ibu bapa mereka. Yusoff mahu memunya rumah ini seorang.

Alhasil, rumah itu tidak ubah seperti pusat pengumpulan barang lusuh. Tergamak pula orang tiga beranak... eh! berdua laki bini sebab anak Yunus kecil sangat lagi, duduk dalam rumah semak macam ini.

Ok, memang tiga. Termasuk dia, terpaksa tinggal di sini.

Tapi...
Biar lantak dia oranglah. Kalau fikir-fikirkan, nasib baik ada Wati sudi berkahwin dengan Yunus yang nak mengais pun payah.

Dapat kais pagi belum tentu untuk makan malam. Mana la taknya si Wati jadi garang macam singa.

"Bil air dengan api belum bayar!".

Wat de Pak!...

Terperanjat sungguh Yusoff disergah tiba-tiba begitu. Sudahlah dia tengah khayal mengumpat si empunya suara.

"Aritu kan dah bagi duit bil..."

"Kan kereta rosak! duit tu pergi ke repair la!."

Entah apa penyakitlah dihidap kakak iparnya ini. Muka tu dah la tak berapa cantik, buruk pula adab dan budi bahasa. Orang tak habis bercakap sudah dijerkah.

"Nanti Yus pergi bayar. Bilnya mana?"

"Bagi aku aje duitnya. Biar aku yang pergi bayar."

"Sekarang tak ada duit. Belum gaji, bagi resit bil aje nanti gaji Yus terus bayar."

"Kenapa pulak tak ada duit!?. Kan duit pencen arwah Baba dah masuk!".

"Bulan ni kan kena bayar cukai tanah dengan cukai pintu. Dah nak habis tahun belum bayar."

"Duit dapur mana!?".

"Aik!..."
"Duit dapur apanya? Dapur pun tak pernah berasap."

"Duit pencen arwah Baba bukan untuk kau sorang aje! Yunus pun ada hak jugak!"

"Ni bercakap ni sedar ke tak?. Kalau tak sebab Yus masih sekolah perkataan pencen pun dah tak ada."
"Seribu sebulan... bil semua Yus bayar. Personal loan Ayun buat nak kahwin dulu, 300 sebulan pun Yus guna duit tu bayar. Berapa aje tinggal untuk sekolah?"
"Yus dah tolong susu anak, pampers dengan! duit! gaji! Yus sendiri, pun tak pernah cakap terima kasih."

Kita bagi dia sedar diri sikit, aku ni sekolah lagi menanggung hidup kau laki bini. Nasib baik budak kecil comel tu aku sayang. Kalau tak...

Macam tinggal mata putih sahaja si Wati bagi 'side eyes' pada Yusoff sebelum berlalu pergi. Kalau dah rupa macam tu esok pagi mesti dia akan bergaduh dengan Yunus. Dah tahu sangat.

Perut lapar, hati sakit. Baik dia pergi mandi. Rasanya dia sudah berada di luar lebih 12 jam sebab malas duduk rumah.

Baru duduk rumah kurang sepuluh minit sudah kena keluar semula sebab malas duduk rumah. Macam inilah pusingan hidup Yusoff sejak Mama meninggal kerana semput tahun lepas.

Rindunya pada Mama.
Baba, Yusoff sudah tidak berapa ingat kerana Baba meninggal ketika dia bersekolah rendah darjah tiga.

Sekarang dia sudah 19 tahun. Sudah boleh jadi bapa budak. Huhu... sedih-sedih pun miang nak kahwin. Jadi macam Yunus tersalah pilih isteri baru tahu.

Mandi dulu, lepas tu keluar pergi makan, makan kat mamak saja la, lepas tu terus lepak mamak buat kerja sekolah. Esok dah kena pergi sekolah.

Baik telefon Hamzah ajak lepak mamak sama-sama. Mamat tu pun mesti belum siap kerja sekolah.

@@@@@@@

Aduh! Ni yang malas ni!. Ada orang lain pulak!

Yusoff teruskan juga melangkah menuju meja Hamzah walau hati bersempal rasa geram. Bukan Hamzah tak tau dia tak suka. Dia menyampah la!.

Perut dah la lapar. Jangan hilang selera makan sudahlah.

Yusoff tarik kuat bangku sebelah Hamzah. Terkejut mamat tu. Padan muka!. Budak dua orang di hadapan Hamzah tak perasankan dia juga tadi, kerana Yusoff datang dari tepi.

"Lambat."

"Motor buat hal."

Hamzah angkat tangan panggil ane mamak berbaju t-shirt oren.

"Dida nak apa?"

"Nasi goreng dengan teh o ais."

"Mi?".

"Mi goreng mamak... teh o ais."

"Saya pun mi goreng mamak. Air teh ais... kau Sop?"

"Nasi goreng kopi o ais."

Ane mamak yang terangguk-angguk ketika mendengar pesanan berlalu pergi. Kertas, pen tak ada kalau datang benda lain, memang aku cepuk kepala dia rengus Yusoff dalam hati.

"Mi masak nasi banyak tadi..."
"Tapi, makan luar sebab Abang nak belanja hahaha."

Hamizah adik Hamzah tiba-tiba bersuara. Budak seorang ni sentiasa terlihat gembira.

"Esok buat nasi goreng." Hamzah memberi cadangan.

"Sorry la Abang Usop kita orang ikut. Abang Am nak belanja. Kat rumah ada sambal aje."

Yusoff angguk-angguk kepala tapi tetap tunduk memandang muka telefon. Dia malas jika terpandang muka orang sebelah Hamizah.

"Ada kerja Pengajian Am aje kan Sop?".

"Ermm."

"Kau bawak laptop?"

"Ada."

"Cantik..."

Hamzah tersenyum senang.
Budak dua beradik ini terlihat macam tak ada masalah. Sentiasa tersenyum dan mudah ketawa walau untuk perkara yang pada Yusoff tak kelakar mana.

Kerana sikap Hamzah ini rasanya dia kekal bersahabat baik sejak naik menengah atas. Dia juga yang memujuk Hamzah supaya masuk tingkatan enam bersama dengannya selepas keluar keputusan SPM.

Dia menolak tawaran ke universiti luar dan dalam negara kerana pada ketika itu arwah Mama sudah mula kerap sakit.

Mahu tinggalkan arwah Mama dengan Yunus dan Wati memang dia tidak percaya. Alhamdulillah dia buat keputusan yang tepat.

Makanan sampai tidak lama kemudian. Dia kekal senyap. Hanya mendengar mereka bertiga berbual sambil menikmati makanan.

Sukanya Hamzah, nampak benar di mukanya. Maklumlah sudah lama menyimpan perasaan pada budak itu namun tidak berbalas.

Tapi Yusoff tahu perasaan Hamzah itu benar-benar ikhlas. Mereka berdua rapat, hampir semua rahsia dan kisah hidup Hamzah dia tahu.

Sesekali dia angkat juga kepala ketika mereka bertiga berbual, dan pandangannya akan bertembung dengan 'renungan' kawan Hamizah.

Budak tu ada sepasang mata bundar. Kalau dia merenung lelaki memang 'double meaning'!... kat kepala lelaki la.

Entah apa perangai suka tengok orang macam tu. Lelaki lain mungkin la tergoda, dengan aku jangan harap.

Eceh, eceh, Sop... budak ni seorang yang tidak pernah dengar bunyi cuba meng'usha' kau Sop. Apa perasan sangat!.

"Am! toilet..."

Tanpa tunggu jawapan, Yusoff sudah berdiri dan berlalu ke belakang restoran.

@@@@@@@

"Berlagak kan dia tu."

"Tak la!".
"Tak la!".

Serentak Michan dan Hamzah membalas. Michan sudah tersengeh-sengeh seperti selalu. Hamzah baling gumpalan kecil tisu pada Michan.

Sebab tu dia suka berkawan dengan budak dua beradik ini. Sentiasa gembira dan mudah terhibur.

"Tak la Dida... Dia memang macam tu. Dia dengan Abang Am aje banyak cakap. Dengan orang lain kurang. Lagi-lagi dengan perempuan."

Hamzah membela.
Ya, Khaleeda perasan tu. Peminat Yusoff dari budak peralihan hingga guru perempuan yang berkahwin dan yang berdara.

Dia?.
Dia sudah wujudkan pada dirinya kelas yang tersendiri. Dia sudah biasa dikejar jadi dia mahu kekalkan situasi itu.

Yusoff tak layan dia. Dia tahu.

Bagaimana dia perasan lelaki itu tidak mengendahkan dia?
Hmm... dia juga peminat lelaki itu dalam diam. Beberapa siri cubaan memikat pernah dia cuba dalam diam, Yusoff kekal tidak perasankan dia.

Tadi saja berapa kali dia cuba bagi renungan 'trade mark' nya. Yusoff langsung tak layan.

It's okay.
Sampai hari akhir SPM. Kalau tak layan juga baru dia bagi Hamzah peluang.

Mungkin juga tidak.

Hmm... malaslah. Solo lagi tenang.

jmpt bce kwn2. terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience