Perang Bukit Tepung

Action Series 1082

"Walaupun bandar dan kawasan berdekatan berjaya ditawan balik, bahagian luar masih dipegang oleh Elimina. Hutan dan padang menjadi medan perang. Labirin parit dan posisi artileri menyusahkan kami untuk maju jauh lagi dalam.
Kelicikan Elimina dah sampai penghujungnya, kami kena gunakan senjata utama. Flamethrowers dan Trench gun. Kita akan tendang mereka keluar dari pulau ni."

Pvt_Iszran,
Flour_Hill_Field,
South_Kesuma,
6th_Company.

Hampir semua orang berjaya mendarat ke dalam parit biarpun peluru liar memecah tanah di luar sana.

"Kereta kebal kita dihalang oleh serangan mortar! Kerja kita bersihkan parit dan setiap satu mortar pit! Flamethrower! Siap sedia!"
Hasril memegang submachine gun, Caliber .45 sambil berkata kepada semua anak buahnya.

Iszran sedia dengan Type-9 Pawaka Rifle dan mengetepikan M1 Rifle yang sudah kehabisan peluru sepanjang perjalanan kompeni 7 ke sini.

Izuwan mengira baki peluru BAR di tangannya sambil tembakan machine gun bertali arus terbang di atas kepalanya.

Azizul meletakkan radio;
"Impact! 10 seconds!"

Pesawat tempur [IZN-AF] A-25 "Langsuir" terbang menjunam untuk mengugurkan bom.
Dengan sekelip mata, bunker atas parit yang mereka berada pun meletup dan serpihan berterbangan ke merata tempat.

"Gerak!"
Hasril orang pertama berlari masuk ke kawasan parit yang masih dikawal oleh musuh.

Askar-askar Elimina berusaha mempertahankan posisi. Apa sahaja yang ada di sekeliling dijadikan senjata.

"First mortar pit up ahead!
"Clear it up!"

Askar-askar Zehir melontar bom tangan ke pit yang dipenuhi bahan letupan. Teriak dan jeritan datang dari pit tersebut.

"Elimina Gloria!!!"

Kumpulan askar berani mati Elimina menyerang dari semak luar parit.

Iszran melibaskan bayonet, menembak askar yang cuba turun ke dalam parit.

"Ada terowong depan sana!"

Izuwan nampak struktur yang tersembunyi dari penglihatan ahli kompeni-nya.

Azizul bersama Azik datang membersihkan terowong dengan bom dan tembakan tanpa henti.

"First mortar pit cleared!
"Moving east! To the Second mortar pit!"

Hasril menunding jari kearah timur dan membawa budak-budaknya ke tempat seterusnya.

Tanpa sebarang jangkaan, ada bunyi tembakan datang dari tempat yang tidak diketahui.
Azik rebah ke atas tanah dan beberapa anggota lain turut jatuh selepas itu.

Iszran melontar bom asap dan menarik siapa yang masih hidup ke tempat selamat.

Izuwan menguji teori dengan memainkan helmet menggunakan kayu sambil cuba menjejak posisi musuh di depan.

"Snipers! Atas pokok!"

Hasril menggunakan isyarat, Azizul mulakan rawatan cemas pada Azik dan dua askar yang berada di sebelahnya.

Dengan berhati-hati, Iszran menyandar pada dinding parit lalu mengambil posisi bersedia.

Izuwan naikkan helmet.

Tembakan pertama dilepaskan, satu askar musuh jatuh dari atas pokok.

Mereka terus berdua bertukar posisi dan mengulang benda sama.

Tembakan kedua dilepaskan, askar musuh jatuh dan tergantung atas tanah akibat tali tersimpul pada pergelangan kakinya.

"Clear!"

Iszran mengesahkan ancaman telah di-neutralkan. Izuwan ambil nafas lega.

"Mari gerak. Kita tak boleh lambat!"

Azizul dan Azik mengikut di belakang Hasril. Flamethrower dan Izuwan berlari bergandingan untuk keselamatan masing-masing.

Jauh di depan mereka, meriam anti pesawat musuh sibuk menembak sasaran di langit.

Pesawat A-24 melepaskan bom bahan bakar "Napalm" ke parit dan bunker atas tanah.

Izuwan menutup hidung;
"Kenapa navy tak tengok dulu sebelum bom tempat ni?!"

Bau yang kurang menyenangkan datang dari tempat yang masih ada api dan ia umpama bau gasoline.

"Berundur dan tunggu sampai angin berubah arah. Radio! Hantar report ke hq dan minta penjelasan dari navy! Mereka nak bunuh kita kah?!"
Hasril memandang prebet kat hujung barisan.

Radiomen terus melakukan apa yang disuruh. Azizul memandang ke selatan dan memanggil sarjan.

"Kita kena panjat, lari dan masuk ke sana. Lepas tu kita dah tak jauh dari 2nd mortar pit."
Ujar Azizul.

"Tapi diantara-nya ada mg nest. Tiada siapa nak hilang kaki sebelum sampai ke belah sana."
Azik mencelah.

Hasril diam seketika. Yang lain kekal bersedia dan melihat ke hadapan.

Radiomen datang;
"Sarge. HQ minta kita terus bergerak. Navy airforce tersalah koordinat...."

"Kita tak bawak topeng gas, sebab benda ni tiada dalam pelan operasi.
Izuwan mengeluh;
"Hq nak kita semua keracunan udara atau alami kulit terbakar?"

Semua berdiam. Pilihan cuma ada dua, samada hilang kaki atau mati keracunan.

Hasril berdiri;
"Isz, cek bunker tu.
"Yang lain, sedia dan cover isz.
"Flamethrower, cek fius dan tunggu arahan saya. Ambil posisi masing-masing."

Iszran memanjat keluar dari parit kemudian merangkak ke tepi bunker. Izuwan, Hasril dan Azizul mengacu senapang kearah struktur konkrit itu.

*Kacha*
*Mg loaded...*

Suara halus kedengaran dari dalam bunker dan Iszran memandang anggota kompeni-nya. Dia memberikan mereka isyarat sebelum bertindak.

*Tarik pin dan cepat-cepat jatuhkan bom tangan ke bahagian depan bunker*

*Boom*
*Aaahhh!!!*

Tembakan rambang dilepaskan, askar Elimina masih kental untuk melawan biarpun terkena bom.

Iszran memanjat ke atas atap bunker, membuka lubang udara yang ditutup pagar besi dan membaling sebiji bom lagi.

*Boom!*
*Waarrghh!!!*

Seorang askar musuh keluar dan terus ditembak. Bom tangan jatuh ke tanah dan safety pin sudah tiada.

"Grenade!!"

Iszran terus meniarap atas tanah dan permukaan tanah meletus menyebabkan dia terhumban sedikit ke belakang.

"Isz! Isz!"

Izuwan memanjat keluar untuk membawa kawannya balik ke parit, Azizul dan Azik terus datang dan menyembur api ke dalam bunker.

"Hoo-rah!!!"

Hasril menembak setiap askar musuh yang berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

PB5[A] terbang masuk ke zon pertempuran. Double sided gunner menghujani askar-askar Elimina di bawah.

"7th company!
"Sitrep!"

Sarjan Airu datang membawa bantuan seramai 200 orang. Hasril membetulkan helmet dan mendengar butiran selanjutnya.

"Kami ada masalah keracunan udara. Tak teruk tapi kami perlu bergerak ke selatan!
"Parit kat depan dah marak oleh napalm. Jadi kami kena naik keluar, menyeberang!"
Hasril melihat Iszran yang masih belum sedarkan diri. Airu datang dekat.

"30 orang! Ikut kompeni 6 selesaikan tugas diorang!
"Skuad 77, skuad 86! Bawak yang cedera keluar dari sini!
"Yang lain! Kita akan pergi letupkan semua bunker yang ada!"
Airu mengeluarkan arahan kepada orang-orangnya.

6th dan 7th Company mengikut jalan masing-masing.

PB5[A] meletupkan pelbagai jenis fortification dengan segala jenis bom yang dibawa bersamanya.
Pusingan terakhir selesai, pesawat tersebut berpatah balik ke pangkalan di bandar.

"Elimina Gloria!!!"

Askar-askar musuh di Mortar Pit 2 berhenti membedil. Berusaha menahan serangan 6th Company dan diakhiri dengan kegagalan.

"Sniper! Siapa-siapa, cuba jatuhkan mereka!"
Hasril berlindung belakang drum.

"Volley fire! Setiap sniper yang kamu jumpa!"
Azizul datang dengan idea.

Tiada yang membantah, semua hanya mencuba dan keberkesanannya amat tinggi. Semua sniper berjaya ditumbangkan.

"2nd cleared!
"Sitrep!"
Tanya Hasril sambil mengutip sebutir peluru mortar.

"13 orang mati. Mungkin lagi ramai perangkap depan sana. Parit makin jadi sempit."
Izuwan menunding jari ke arah utara.

Azik bertukar senjata dengan seorang askar. Kini, dia memakai BAR dan mengisi peluru sehingga penuh.
Azizul melihat mayat-mayat yang masih dimamah api. Mendoakan roh mereka sebelum berkumpul pada sarjan.

"Gerak. Perhatikan setiap penjuru. Penyerang berani mati, machine gunners boleh muncul bila-bila masa."
Hasril mengangkat trenchgun.

6th Company meneruskan misi ke utara. Dengan baki anggota 114 orang, peluang masih besar untuk mereka berjaya.

Sekali lagi, 1 skuadron A-24 terbang menjatuhkan bom ke posisi anti-aircraft artillery musuh.

PB5[A] kembali dengan bahan letupan yang baharu, menyasarkan kereta kebal musuh yang semakin mendekati zon pertempuran.

Beberapa LVT membawa askar yang cedera keluar dari situ dan dilindungi sepenuhnya oleh PB5[A] Gagak Hitam.

Pvt_Izuwan,
Flour_Hill_Field,
South_Kesuma,
6th_Company.

"Elimina Gloria!!!"
Askar musuh datang dari tepi kawah yang berair.

*tatatatata!!!*

"Take cover!"
Hasril melompat ke tepi dan menyaksikan beberapa orang askar Zehir gugur.

Izuwan melontar bom asap ke depan untuk mengaburi mata musuh sebelum membawa Azik ke terowong di tepi parit.

"Huuuarghh!"
Askar Elimina mengangkat bayonet.

*Bang!*
Azik menembak tanpa kasihan dan memeriksa keseluruhan ruang.

Izuwan terjumpa machine gun;
"Nak pakai?"

Askar-askar Elimina menunggu asap tebal hilang, mengunci mata ke selatan. Apabila mereka dapat melihat bayang-bayang orang, ada percikan api datang dari situ.

*tatatatatatatatata!!!*

Azik menembak machine gun dari atas drum dengan Izuwan yang menahan bahunya dari belakang.

"Suppressing fire!"
Hasril memanggil yang lain untuk keluar menyerang.

*Zzzzz....*

Azik melepaskan machine gun apabila peluru-nya tersekat dan mengalami overheat.

Izuwan melangkah ke depan, memeriksa jika masih ada musuh yang hidup.
Dia balik ke belakang;
"Bersih."

Semua orang datang ke depan hanya untuk dikelirukan oleh dua buah terowong yang membawa mereka ke dua destinasi berbeza.

"Kalau ikut peta, ini bawak kita ke 3rd pit. Yang ni, saya kurang pasti...
"Azik, azizul. Periksa apa yang ada dalam terowong ni. Cukup lima minit balik ke sini."
Hasril menanda lokasi mereka di atas peta.

Azik dan Azizul masuk dalam terowong yang dimaksudkan sebelum kembali dengan kotak penuh berisi senjata dan makanan.

"Ambil sekadar perlu. Makan sekadar kenyang. Siapkan kerja ni dan saya pasti, kolonel benarkan kita pergi mandi di pantai."
Kata Hasril dengan lantang, mahu menggembirakan semua orang.

"Hoorah!"
Izuwan dan yang lain kembali bersemangat.

Laluan menuju ke 3rd mortar pit adalah melalui terowong bawah tanah.

Hasril menghantar 30 orang pertama bergerak lebih dalam dan tiada seorang pun balik selepas 15 minit.

"Ada yang tak kena di sini.
"Bunyi tembakan tiada..."
Hasril berasa curiga.

Izuwan memasang bayonet;
"Close combat quarter. Askar mereka mesti terlatih untuk buat kerja dalam gelap."

"Satu-satunya orang pernah hadapi situasi begini...dah tiada lagi bersama kita..."
Azizul mengimbas kejadian di luar tadi.

"Mari bergerak. Bukak mata luas-luas."
Hasril berjalan.

Mereka habiskan masa 9 minit berjalan dan masih belum berjumpa dengan mana-mana askar musuh.

"Shh..."
Izuwan berhenti dan memegang bahu sarjan.

Hasril diam. Azizul melontar bahasa isyarat supaya yang lain juga berhenti.

*Mg done...?*
*Done.*

*Wait for my order...*

Hasril melontar isyarat dan semua askar Zehir berundur sikit ke belakang.

"Grenade. Semua. Tunggu saya lontar dulu."

Hasril bertutur dalam bahasa isyarat, menarik pin bom tangan.

*Hasril lontar bom dan yang lain ikut sekali*

Ledakan kuat meniup pasir ke udara, semua orang menutup hidung dan mata dengan kain.

"Ambik posisi mg diorang, tembak siapa saja yang datang!"
Hasril berdiri dekat pintu keluar terowong sambil memegang tombol pintu.

Azik mengangkat ibu jari, Izuwan memegang bom asap, Azizul pula melindungi Radiomen.

*Tatatatatatatatata...!*

Banyak askar musuh terkena peluru sebaik saja Hasril membuka pintu.

"Hold!"
Hasril memberitahu Azik dan terus menepuk bahu Izuwan untuk keluar terlebih dahulu.
"Go! Go!"

Izuwan keluar memeriksa dan menangkap seorang askar Elimina yang terselamat;
"Pit cleared up!
"Ada POW kali ni!"

"Call dan bagitau HQ semua mortar pit dah neutralised!
"Siap sedia untuk pulang ke bandar lepas 2nd division ambik alih tempat ni."
Hasril memeriksa sekeliling.

Azizul mengikat tangan askar yang ditawan tadi;
"Sarge, saya harap kolonel bagi kita mandi kat pantai..."

"Harap-haraplah... Kita dah kotor sangat ni. Badan aku mula rasa gatal ni..."
Azik duduk atas tanah.

6th Company berehat di situ selepas mengemas semua mayat ke tepi. Langit kembali biru secara beransur-ansur dan akhirnya, 2nd Division tiba dengan Type-24 dan LVTs.

Melati Atoll. Gugusan pulau yang dijadikan field hospital dan weapon caches oleh Imperial Army.

Semua yang cedera dibawa ke sini untuk dapatkan rawatan. PoW juga ditempatkan di sini, dikawal oleh Imperial Religious Corps dan Imperial Signal Corps.

IZN Orka menurunkan ratusan askar ke dok. Keutamaan diberikan kepada yang cedera teruk.

Mana-mana askar yang sekadar alami kecederaan ringan, rawatan hanya diberikan di Kesuma Island.

Mejar [General] Adzwan hadir di field hospital dalam bandar;
"Terlalu banyak...
"Kita perlu minta general priestess untuk luluskan bantuan secepat mungkin..."

Dahi beliau berkerut apabila lagi banyak askar dibawa masuk ke situ.

Pegawai datang dari luar dan berbisik kepada mejar;
"Mejar.
"Flourhill line dah berjaya ditawan...tapi high ground masih dalam pegangan elimina."

"Devil's ridge?"
tanya Mejar Adzwan.

Pegawai mengangguk kepala.

"1st division perlu balik ke sini dulu. Itu Lieutenant General minta dengan saya.
"Uruskan macam biasa. Bawak mereka balik cepat, tak kisah apa cara sekalipun."
Mejar Adzwan berkata dengan serius.

"Mejar! Berita baik!"
Pegawai Signal datang dengan kertas di tangan.

Mejar Adzwan keluar khemah, menahan pegawai itu supaya tidak jatuh.

"General priestess luluskan bantuan yang diminta tuan...
"Haa... Dan... Maharaja pun tambah jumlah bantuan..."
Pegawai Signal menghulurkan kertas kepada mejar.

"Imperial religious corps... 2,300 orang termasuk medic, nurse dan doctor...
"Maharaja pula... 100 orang dari imperial order of martyred ladies..."
Mata Mejar Adzwan terbeliak membaca isi kandungan kertas itu, beliau menepuk dahi dengan resah.
"Secara peribadi, majaraja libatkan diri baginda menunjukkan rasa sayang-nya pada kita...
"Cari specialist iszran. Bawak dia jumpa saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience