Tiada yang kekal selamanya...
Nana bukan sahaja dah mengukir kenyataan ini pada dasar hatinya, tapi juga pada jiwanya. Sama ada kemarahan, kebencian, kesedihan, kebahagiaan, atau cinta, tak ada satu pun daripada emosi ni yang mampu mempengaruhi dia untuk selama-lamanya. Emosi akan semtiasa berubah seiring dengan peredaran waktu.
Dan disebabkan dia percaya yang tak ada apa yang akan kekal untuk selamanya, Nana pilih untuk puas hati dengan ‘tak ada apa-apa’. Sebab selagi dia tak rasa apa-apa, emosi yang sia-sia ini takkan mampu ganggu keharmonian hidupnya. Pada Nana, emosi manusia adalah satu benda yang paling susah dia nak faham dan hadam dengan kepala otak dia.
Dia dah tengok macam mana manusia saling menghancurkan dengan nama cinta, cemburu, dan kebencian. Dia dah tengok sendiri macam mana manusia terperangkap dalam kitaran dendam yang tak ada penghujung. Pada Nana, semua yang berlaku ini adalah disebabkan pengaruh perasaan.
Umpama melihat bayang sendiri dalam air yang mendidih.
Walaupun dia sendiri tak pernah nak faham tentang semua tu, setiap saraf, setiap urat, setiap fikirannya hanya tertumpu pada satu tujuan; mencari ‘tak ada apa-apa’ yang akan kekal selamanya. Sebab pada pendapat dia, emosi manusia akan menjadikan seseorang bertindak secara melulu, lalu menjadi hamba kepada perasaan mereka sendiri.
Tapi, logik yang senang pada Nana ni bukan sesuatu yang sama senang nak difahami dengan datuknya sendiri. Walaupun datuknya percaya yang ketiadaan emosi dalam dirinya menjadi satu penghalang yang terbesar untuk Nana daripada menikmati hidup sepenuhnya, Nana tak setuju dengan pendapat datuknya.
Dia tak percaya pada sesuatu yang tak dapat nak dijelaskan dengan akal; macam emosi yang ada di luar batas logik yang mampu difahami oleh minda manusia.
Mestilah, marah adalah marah, sedih maknanya sedih, dan gembira maksudnya gembira. Tapi pada Nana, semua tu adalah pengaruh daripada sesuatu yang berlaku. Lepas semuanya dah berakhir, perasaan tu akan hilang tak lama kemudian.
Walau bagaimanapun, dia tak sanggup nak melukakan hati datuknya atau menentang kata-katanya. Dan itulah sebabnya dia sekarang duduk dalam kafe ni, berjumpa dengan blind date yang terbarunya.
Dia sendiri bersumpah yang dia sendiri dah tak boleh nak kira berapa kali dia pergi blind date macam ni. Apa yang dia hadapi sekarang ibarat macam satu kitaran yang takkan berakhir. Dia dah penat, tapi nampaknya datuknya langsung tak bosan mengatur perjumpaan yang macam ni.
Dia mengerdipkan mata, menarik segelas teh ais peachnya sambal memandang ke arah lelaki yang duduk di hadapannya, dengan senyuman terpamer pada bibir merah semula jadinya.
Matanya menawan, dihiasi dengan barisan bulu mata yang tebal, panjang, dan melentik seperti bulu burung gagak yang hitam macam batu obsidian. Setiap kali dia berkedip, bulu matanya berkibar macam sayap rama-rama; menggoda, membuatkan hati sesiapa yang memerhati terus bergetar.
Dengan sopannya, dia ambil gelas air di hadapannya dan teguk sedikit. Sisa air yang melekat pada bibir lembutnya membuatkan bibirnya nampak macam kelopak mawar yang dibasahi titisan embun.
Tanpa disedarinya, setiap gerak-gerinya menyebabkan degupan jantung seseorang semakin laju. Walaupun Encik Blind Date ni datang sebab tekanan daripada pihak keluarganya, sekarang ni dia pun dah terpukau dengan Nana.
Gadis di hadapannya ini memiliki wajah yang sangatlah memikat, kulitnya halus macam butter, dan raut wajahnya yang tajam memberikan dia aura yang menggoda.
Dia memang langsung tak boleh nak alihkan pandangan mata. Dia buka mulut untuk perkenalkan diri, "Saya..." Tapi belum sempat dia teruskan dengan niatnya, gadis di depannya tolak sebuah dokumen ke arahnya. Dahinya berkerut pada saat dia pandang Nana dengan penuh tanda tanya, "Ini...?"
Bibir Nana melengkung membentuk satu senyuman manis saat dia menjawab, "Saya dengar Encik Lukas nak kembangkan business dengan mencebur dalam bidang Virtual Reality. Tapi family awak tak setuju dengan rancangan awak tu."
Encik Blind Date atau Encik Lukas, apa pun panggilan atau namanya, menyempitkan matanya ke arah Nana, "Maksud awak?"
"Saya ready untuk jadi sponsor awak dan tolong awak untuk kembangkan sayap dalam bidang Virtual Reality tu," balas Nana dengan nada santai, tetapi penuh dengan keyakinan. Nampaklah apa yang dia cakapkan tu bukan sekadar gurauan. Walaupun bibirnya dihiasi dengan senyuman, matanya langsung tak memberi ruang untuk sebarang bantahan.
Ada satu kilauan dalam mata Lukas semasa dia berkata, "Dalam dunia ni tak ada yang free... Dan saya rasa tak ada apa yang boleh saya tawarkan dekat Cik Nana."
Nana silangkan sebelah kakinya di atas yang kakinya yang lagi satu sambil bersandar pada kerusinya. "Saya takkan buat apa-apa deal yang tak bawa untung dekat saya. Kebetulan, ada sesuatu yang awak boleh tawarkan sebagai balasan," ujar Nana dengan nada santai. Dia berhenti sekejap, dan senyumannya semakin melebar, dia menyambung, "Awak cuma perlu cakap dengan datuk saya yang kita tak serasi."
Keraguan melintas pada mata Encik Lukas. Mungkin perasaan yang tak percaya. Gadis di hadapannya ini tawarkan untuk melaksanakan impian terbesarnya, dan sebagai balasan, dia cuma perlu cakapkan sesuatu kepada datuknya? Permainan apa yang sedang Nana mainkan? Dia langsung tak faham.
Melihat keraguan pada Lukas, Nana menghela nafas perlahan. "Kalau awak nak, awak boleh baca dulu contract tu. Yang saya boleh jamin, saya takkan tarik balik apa yang saya janjikan."
Lukas baru nak mencapai dokumen itu bila, dalam sekelip mata, ada seseorang dengan lajunya menyimbah segelas jus oren ke wajah gadis yang duduk di hadapannya. Sebelum dia sempat kembali ke realiti, dia dah ditarik keluar dari kerusinya.
"Perempuan tak tau malu! Beraninya kau cuba nak goda boyfriend aku dengan muka kau tu? Kau ingat kau cantik sangat ke?!" Wanita tu menjerit macam orang hilang akal. "Kau ingat sebab kau kaya, kau boleh nak rampas boyfriend aku?"
Lain dengan apa yang disangkakan, Nana tetap nampak tenang dalam situasi ini. Lagi-lagi dengan mukanya yang dah basah disiram dengan jus oren tadi.
Dia ambil sehelai tisu dan dengan tenang mengelap wajahnya. Dia siap pandang pasangan di hadapannya seolah-olah mereka cuma satu tontonan yang menghiburkan.
Tapi pandangan Nana membuatkan Lukas tak selesa, lalu dia cuba tarik wanita tadi ke belakang sambil berkata, "Sayang, jangan buat bising!"
"I buat bising?" wanita tu semakin berang. "Kita dah in relationship lebih lima tahun. Tak boleh ke kalau I nak pertahankan hubungan kita? Apa hak perempuan ni yang muncul tiba-tiba entah dari mana nak rampas you sebab dia ada duit je? Duit ke yang paling penting dalam hidup ni? You rasa semua cinta dengan pengorbanan I selama ni sia-sia ke?" Air mata mengalir pada pipinya yang lembut, sambil dia menangis dengan penuh kesedihan.
Nana menguap perlahan dan bangun dari tempat duduknya dengan gerak badan yang malas. Matanya tertumpu pada pasangan tu sebelum dia berkata dengan suara yang tenang, "Cik yang-entah-siapa-siapa, tadi awak tanya, so biar saya yang jawab..." Suaranya jadi semakin perlahan, tapi sarat dengan ancaman yang tersembunyi. "Cinta dan pengorbanan... manusia cuma guna ayat ni untuk ikat orang lain, guilt tripping. Untuk kurung mereka dalam sangkar rasa bersalah dengan nama cinta."
Dia angkat tangannya dan wanita tu serta-merta mengecut ketakutan, bersembunyi dalam pelukan teman lelakinya. Tapi Nana cuma angkat tangannya untuk rampassa dokumen kontrak dari tangan Lukas.
Sambil menyelak helaian kertas tu, dia tamatkan ‘ucapannya’ dengan nada santai, "Sekarang, biar saya buktikan dekat awak apa yang boleh dibuat dengan duit dan kuasa. Percayalah, hasilnya akan jauh lebih ‘magical’ daripada cinta dan pengorbanan yang awak bangga-banggakan sangat tu."
Share this novel
hi
hy