PROLOG

Romance Series 13925

"KAU sering kali mengatakan bahwa aku sudah gila kerana telah mencintaimu. Ya, aku mengaku yang aku sudah gila kerana telah mencintaimu. Akan aku tunjukkan, seperti apa orang gila ketika sudah jatuh cinta." -Daniyal Alfarizqi Ryzan.

PAGI yang indah, terlihat Puan Eza berjalan menuju meja makan untuk bersarapan sebelum menghadiri meeting pagi ini bersama clientnya.

‘Oi. Kenapa boleh lambat ni?.’ Bebelnya.

Sesampai saja, di meja makan. Betapa dia terkejut ketika anak bertuahnya, sudah duduk manis di meja makan sambil bermain dengan ipadnya. Biasanya, kalau hari cuti. Anak bujangnya akan menghabiskan masa di dalam bilik sepanjang waktu. Ini tidak, siap berpakaian kemas lagi.

"Good morning Daniyal. Awal bangun, nak kemana?." Soal Puan Eza, sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan anak sulungnya.

"Good morning ma. Saja bangun awal. Nak kutip duit sewa rumah bulan ni. Kalau tak di tagih, semua tiba-tiba Amnesia pulak. Rugi kita ma."

“Kan, ada Farhan. Biasanya dia yang kutipkan. Kenapa tiba-tiba rajin pulak. Cutikan. Lagipun, kamu jarang ambik cuti. Kalau boleh, hari-hari kamu nak kerja. Ada masa ni, rehatlah. Kamu tu bukan robot."

"Daniyal tak biasalah ma. Kalau tak buat apa, boleh jadi gila Daniyal nanti. Mama jangan risaulah, Daniyal ok."

"Kalau kamu dah cakap macam tu, mama bisa apakan. Mama cuma nak pesan, jangan terlalu di kejar sangat duit tu, sampaikan lupa berbini pula. Tahun berganti tahun, kamu tetap single. Tak terfikir, nak ada keluarga sendiri ke?."

"Siapa yang tak nak berkeluarga mama. Tapi tulah, jodoh belum sampai. Nak buat macam mana. Lagipun, Daniyal selesa dengan kehidupan Daniyal sekarang. Bebas. Kalau Daniyal dah puas enjoy nanti. Pandailah Daniyal cari seseorang untuk di ajak serius. Sekarang, belum masanya lagi." Jawab Daniyal, sambil meneguk secawan teh hangatnya.

"Kamu tak boleh terus berfikir bahwa kamu baik-baik saja dengan kehidupan single kamu sekarang. Umur kamu dah masuk 38 tahun tau. 2 tahun lagi 40 tahun. Tengok adik kamu, dah nak ada anak. Malulah sikit."

"Malu, kalau Daniyal tak pakai baju. Habistu jalan-jalan dekat taman. Itu namanya malu. Lagipun adik tu gatal, sebab tu kahwin awal."

"Hui, mulut. Nak mama cili juga mulut tu kang, baru tahu. Macam ni jelah, mama bagi tempoh 4 bulan untuk cari calon isteri, jumpa mama. Kalau tak, mama jodohkan kamu dengan Isya anak auntie Elly. Dia juga baru habis belajar, tengah cari jodoh. Kebetulan, kamu single. Sesuai sangat. Sama-sama pandai. Mama jamin, kamu pasti bahagia dengan dia."

"Isya, Isya lagi. Daniyal muaklah asyik nama dia je yang mama sebut. Takda perempuan lain ke ma?. Mentang-mentang dia anak kawan baik mama, terus mama nak jodohkan Daniyal dengan dia. Huh. Sorry naik lori, Daniyal tak sudi ada isteri manja macam dia." Bantah Daniyal.

“Dah tu, tunaikan perjanjian kita."

"Sejak bila Daniyal setuju dengan perjanjian mengarut mama tu."

"Kamu tak pernah bantah cakap mamakan. Jadi, kalau tak nak kahwin dengan Isya. Carilah calon isteri dalam tempoh yang mama bagi. Kalau kamu gagal. Mama dengan senang hati, masuk meminang Isya. Tanpa persetujuan dari kamu lagi."

"Tapi ma..,"

"Kalini, takda maaf bagimu. Ingat, 4 bulan. Di mulai dari sekarang. Mama tunggu." Tegas Datin Eza, lantas melangkah pergi.

"Mama. Daniyal belum habis cakap lagi. Mama !." Panggilnya. Malangnya, Datin Eza sama sekali tidak menoleh, malah terus melangkah pergi.

‘Mimpi buruk apakah ini?. Mana aku nak cari, isteri dalam masa 4 bulan. Ingat, macam beli ikan dekat pasar ke. Terus ada.' Bebelnya dalam kekesalan.

“Good morning tuan.” Sapa Nai, selaku assistant Daniyal.

"Good morning."

"Kereta dah saya siapkan tuan. Jomlah."

"Baiklah."

RING ! RING !

"Siapa pulak ni?."

Pantas Daniyal menjawabnya.

"Ya, ada apa Wanie?. Sekarang abang sibuk, tak dapat temankan Wanie. Sorry."

"Hello, assalamualaikum. Saya Raz. Encik ni suami akak Waniekan. Jadi, dia sekarang dekat hospital, dah nak bersalin. Saya harap, Encik datang sesegera mungkin. Saya tak dapat lama, sebab ada kerja lagi lepas ni."

“Bersalin?. Baiklah. Saya ke sana sekarang.” Pantas Daniyal melangkah pergi. Diikuti Nai di belakangnya.

• •

ALHAMDULILAH, adiknya selamat melahirkan putra sulungnya. Betapa Daniyal bersyukur, bahwa adik dan bayinya selamat. Ini semua berkat gadis misteri yang membantu adiknya. Jika tidak, tak tahulah nasib adiknya seperti apa.

"Pakcik ni, suami akak Waniekan?."

Seketika Daniyal memandang assistantnya yang ketawa kecil apabila dirinya di panggil begitu.

"Nah, ni kunci kereta dia. Maaf, agak sedikit tergores. Maklumlah, baru belajar memandu. Tapi jangan risau, saya pasti akan bayar balik."

"Eh. Tak payahlah. Kamu dah selamatkan adik saya. Itu dah lebih dari cukup. Terima kasih."

"Adik rupanya. Sorry. Saya ingatkan pakcik ni, suami dia. Kalau takda apalagi, saya minta diri dulu. Dah lambat ni. Ada kerja lagi."

"Eh kejap. Duit rumah sewa, dah ada?. Cik Raz dah 2 bulan tak bayar." Soal Nai.

"Oh ya, pasal duit rumah sewa. Saya minta tangguh. Boleh?. Mak saya sakit, saya perlukan duit. Tapi, kalau tak boleh. Saya....,"

"Jangan risaulah. Saya faham. Lagipun, kamu dah selamatkan adik saya. Ambillah masa kamu."

Hairan Nai ketika bossnya tiba-tiba menjadi lelaki yang mempunyai hati dan perasaan. Apa kerana gadis itu menyelamatkan hidup adiknya?. Tidak juga. Dah namanya Daniyal, mana ada belas kasihan meskipun ada yang berjasa dengannya. Hairan.

“Terima kasih pakcik. Tapi, boss pakcik tak marah ke?."

"Tu..," belum sempat Nai menghabiskan katanya, Daniyal pantas mencelah.

"Nanti saya bincang dengan dia."

"Terima kasih pakcik. Saya pasti akan bayar duit sewa bulan depan."

"Kan saya dah cakap, bayar kalau kamu betul-betul ada duit. Oh ya, sebelum kamu pergi. Kalau boleh saya tahu, muka kamu kenapa?. Kamu bergaduh ke?."

"Saya jatuh. Sebab tu berbekas. Kalau takda apalagi, saya minta diri dulu. Terima kasih sekali lagi." Pamitnya lantas melangkah pergi.

“Siapa dia?.”

“Penyewa rumah sewa tuanlah. Takkan tak kenal kot.”

“Kau ingat aku ada masa ke hafal satu persatu penghuni rumah sewa aku. Takda masa lah."

"Budak nilah yang selalu lambat bayar rumah sewa tu. Saya ada juga siasat tentang budak ni."

"Kau dah kenapa siasat tentang dia?."

“Saya hairan. Sebab setiap kali saya kutip duit sewa. Muka budak tu, asyik lebam-lebam. Rumah pulak berselerak. Sebagai assistant tuan, saya kena ambil tahu setiap penghuni rumah tuan. Kot-kotlah orang jahatkan. Tak ke nanti menjejas nama baik tuan."

“Jadi apa yang kau dapat?.”

“Benar tekaan saya. Ayah Raz, pencandu judi online, pemabuk juga dan mak dia pulak sakit. Jadi, dialah yang terpaksa kerja. Pagi dia sekolah, malam dia kerja. Seperti itulah rutin dia setiap hari."

"Kesian."

"Apa tuan. Saya tak dengar." Sengajanya.

"Lain kali, korek telinga tu. Malaslah nak ulang-ulang."

“Saya dengarlah. Sengaja. Tuankan, jarang kesiankan orang. Rasa langka, dengar kata kesian dari seorang Daniyal.”

"Kau ingat, aku jahat sangat ke. Lagipun, dia perempuan. Aku juga ada adik perempuan. Sulit kalau ayah dah terpesong jauh dari tanggungjawab."

"Saya juga kesian. Kadang-kadang tak tidur budak tu. Tapi nak buat macam mana, hidup kena di teruskan."

"Tepat sekali. Tapi aku masih kesal, sebab dia panggil aku pakcik. Tua sangat ke aku ni?. Ada rupa macam pakcik-pakcik ke?." Soal Daniyal, sambil menyentuh wajahnya.

“Mana ada. Tuan masih mudalah. Kacak lagitu. Tak mungkin dah pakcik-pakcik."

"Sah dia buta. Ala buta, pendek lagitu. Menyesal pulak aku bagi masa tadi. Oi. " Kesalnya, lalu melangkah pergi.

Nai hanya mengelangkan kepalanya. Inilah bossnya yang ia kenal. Lantas melangkah pergi mengikuti bossnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience