"Jangan menuduh sebarangan kalau tak nak mulut kena cili!" Bentak mommy. Qhalish lepas keluhan.
"Tokmi..."
"Ya, Nia..."
"Acik Fia tatap air dah ciap..."
"Okey. Terima kasih, Nia..." Nia kulum senyum sebelum beredar semula ke dapur.
"Nia..."
"Jangan ganggu Nia. Dia dah selesa dengan budak Fia tu..."
"Berapa umur budak tu?"
"Budak mana? Fia?" Qhalish angguk kepala.
"Sembilan belas rasa mommy. Entah, mommy pun tak ingat. Tapi, Fia tak lama kat sini. Dapat panggilan dari universiti nanti, dia sambung belajar nanti, dia berhentilah. Sementara ni, biar dia kerja kat sini."
"Takkan mommy nak gunakan khidmat dia sekejap je..."
"Mommy nak pinjam sementara dia takde buat apa-apa. Lagipun, Fia tu nak sambung belajar. Biarlah. Fia tu budak pandai. Tak salah kalau dia nak sambung belajar. Dia cari kerja ni pun untuk tambah duit nak belajar nanti."
"Setakat beberapa bulan, tak payahlah cari kerja. Duduk rumah lagi bagus..."
"Ingat dia macam bekas isteri kamu ke, pemalas?" Qhalish menjulingkan mata ke atas.
"Apa kena-mengena dengan bekas isteri Lish pulak?"
"Salah ke mommy cakap? Betulkan? Fia tu rajin budaknya. Bukan macam si Maimunah atau Mikayla tu, pemalas. Fia ni pandai masak, rajin, bijak pulak tu. Cantik pun cantik. Rezekilah bakal suami dia dapat Fia nanti."
"Cantik sangat ke budak kampung tu?"
"Lagi cantik dari bekas bini kamu tu. Fia tu serba serbi boleh. Orang kampung juga. Tapi, takdelah macam si Mikayla tu. Semuanya malas. Sudahnya, bercerai juga."
"Mommy ni, tak sudah-sudah nak ungkit pasal Mikaylakan?"
"Hei Qhalish! Perempuan macam Mikayla tu memang tak layak dibuat isteri. Mommy pernah tegur dulu. Tapi, kamu beria-ia nakkan si Mikayla tu. Sudahnya, apa yang kamu dapat?"
"Mommy sudahlah tu. Nanti darah tinggi mommy naik..."
"Tahu pun. Jangan buat mommy marah. Tiap kali hadap perangai kamu yang tak matang ni, mommy akan hilang sabar. Berubahlah, Qhalish. Dah empat puluh tahun. Sepatutnya umur begini, dah matang..."
"Mommy, Lish cuba buat yang terbaik..."
"Terbaik? Terbaik untuk diri sendiri, bukan untuk keluarga, untuk anak sendiri..." Keluhan dilepaskan.
"Mommy, please..."
"Tulah! Asal mommy bebel je, kamu melenting. Mommy cakap ni sebab mommy tak nak kamu buat kesilapan yang sama."
"In shaa Allah, mommy. Lish takkan lupa. Lish tahu mana yang terbaik buat Lish. Mommy tak payah risau, ya?" Bahu mommy dirangkul. Mommy menjeling.
"Ingat, Qhalish. Mommy tak nak pisang berbuah dua kali. Malu sikit kat adik-adik kamu tu, Qhalish."
"Ya, mommy. Lish ingat." Dalam hati terasa sebal bila mommy suka membezakan dirinya dengan Qharizh dan Qaseh.
"Dorang tu belum berkahwin pun, mommy."
"Takde beza pun, Qhalish oi. Sikap tu cuba matang sikit." Qhalish melepaskan keluhan.
"Mak long, tuan, jemput makan."
"Tak payah nak bertuan-tuan, Fia. Ni, anak sulung mak long, Abang Qhalish." Fia pandang sekilas sebelum menundukkan kepala.
"Jemput, mak long."
"Duduk sekali, Fia."
"Err, takpe mak long. Fia nak sambung kerja kat belakang." Qhalish memerhatikan Fia berlalu sehingga hilang dari pandangan.
"Not bad..."
"Apa dia?"
"Tak. Lish cakap nampak sedap." Nia tersengeh mendengar ulah Qhalish.
"Memang sedap. Fia masak apa pun memang sedap. Makanlah. Apa yang dipandang lagi."
"Nia, makan dengan daddy ya?"
"Tak naklah. Nia nak matan dengan Acik Fia. Acik Nia selalu cuap Nia makan. Cedap cangat."
"Amboi, asyik Acik Fia dia je. Habis tu, tak nak makan dengan daddy?" Nia gelengkan kepala.
"Tengok, anak tu pun tak nak dengan kamu, Qhalish." Qhalish lepas keluhan.
"Tak baik mengeluh. Makan."
"Ya, mommy..."
"Acik Fia, cuapkan Nia."
"Aik. Tadikan Nia dah makan?"
"Itu tadi. Ni, ada daddy. Nia nak matan denyan daddy. Tapi, Nia nak Acik Fia cuapkan. Boyeh tak?" Rayu Nia sambil menayang wajah comelnya.
"Saja je buat muka comel macam nikan?" Pucuk hidung Nia dicuit membuatkan anak kecil itu tertawa.
"Boyehyah..." Rayu Nia lagi.
"Ya, sayang. Boleh. Nia tunggu sekejap. Acik Fia ambilkan nasi dengan lauk ya?"
"Otey. Timakacih, Acik Fia."
"Sama-sama, sayang." Qhalish simpan senyum melihat layanan Fia pada anak tunggalnya. Ketara perbezaan dengan dirinya selaku daddy pada anak comel itu.
"Ehem..."
"Err, Abang Qhalish. Maaf, Fia tak perasan."
"Daddy ni. Yain kayi bagi calam. Bukan ehem, ehem."
"Amboi..."
"Nia, tak baik cakap macam tu kat daddy. Berdosa tau."
"Coyi, Acik Fia." Fia melorek senyuman.
"By the way, daddy nak masuk office hari ni."
"Pergiyah. Nia otey je dengan Acik Fia."
"Nia tak nak ikut daddy?"
"Nanaklah. Daddy bukannya nak yayan Nia. Daddy cibuk dengan terja daddy. Yepas tu, suruh tawan daddy yang yayan Nia. Nia bocan."
"Sampai hati Nia..."
"Eyeh... Daddy seyayu cibuk dengan terja. Sampai Nia titur kat cofa. Bocanlah." Fia tak mahu mencampuri urusan anak-beranak itu.
"Emm, budak pun faham, Lish. Nia tu nak kamu bawa berjalan, bukan duduk kat pejabat kamu tengok kamu buat kerja. Kalau dah sampai budak tu tertidur, nampak sangat memang Nia bosan." Celah mommy.
"Okey, okey, macam ni. Nanti daddy ambil cuti, daddy bawak Nia jalan-jalan. Daddy akan ikut semua kemahuan Nia. Macamana?"
"Betul ni, daddy?"
"Betul, sayang."
"Emm..." Nia meletakkan jari telunjuknya dibibir seolah sedang berfikir.
"Kenapa, Nia?"
"Cebeyum ni pun, daddy tatap macam tu. Campai hari ni, Nia macih tat umah tokmi. Daddy yangcung tak ingat kat Nia..." Rintih anak kecil itu.
"Daddy minta maaf, okey. Daddy tak sengaja terlupa. Lepas ni, daddy janji, daddy akan tunaikan permintaan Nia."
"Otey. Tapi, Nia nanak daddy janji apa-apa yagi. Kalau daddy dah cuti, pastu nak bawa Nia jalan-jalan, baru daddy tepon Nia."
"Nia..."
"Tapikan, daddy, Nia tak kicah pun kalau daddy nanak bawa Nia keluar."
"Kenapa cakap macam tu, Nia? Daddy dah janjikan?"
"Nia yagi cuka duduk dekat umah dengan Kak Fia." Ujar Nia, jujur sambil memeluk kaki Fia. Qhalish menoleh ke arah Fia sekilas yang sedang menekur ke lantai.
"Daddy janji, daddy akan bawa Nia keluar jalan-jalan. Daddy akan minta cuti dari tokdi. Daddy promise."
"Hurm, otey..." Sedikit rasa kecewa dengan jawapan si anak.
"Tak perlu nak rasa kecewa sangat, Qhalish. Nia tu merajuk tak lama. Kamu tu, telefon tidak, apa tidak. Manalah budak tu tak merajuk."
"Kali ni, Qhalish janji, Qhalish takkan hampakan Nia lagi. Qhalish akan ambil cuti untuk Nia."
"Yelah tu. Mommy ni bukannya apa, Qhalish. Mommy bimbang disebabkan kamu sibuk dengan hidup dan kerja kamu, sampai abaikan Nia, bekas isteri kamu akan dapatkan hak penjagaan ke atas Nia..."
"Tak, mommy! Ianya takkan berlaku. Qhalish takkan izinkan!"
"Jadi, tunaikan tanggungjawab kamu."
"Mommy, percayakan Qhalish. Kali ni, Qhalish takkan hampakan mommy dan Nia."
"Tunaikan dulu. Jangan asyik nak berjanji je..." Sindir mommy.
"Ya, mommy. Qhalish janji."
"Kayau daddy tak yatang bawak Nia jayan-jayan pun takpe. Nia ada Acik Fia." Celah anak kecil itu tanpa menoleh walau sekilas ke arah Qhalish.
"Nia, jangan cakap macam tu. Tak baik. Ingat pesan Acik Fia?" Suara lunak Fia menyapa gegendang telinga Qhalish.
"Coyi, Acik Fia." Fia melorek senyuman menampakkan barisan gigi putihnya.
"Ingat pesan Acik Fia, jangan lawan daddy. Tak baik. Cakap lemah lembut, sopan santun sebab kitakan... Perempuan." Serentak Nia dan Fia menyebut perkataan perempuan. Gelak ketawa Nia dan Fia memenuhi ruang makan di rumah banglo itu. Tersengeh Qhalish dan mommy dengan gelagat Nia dan Fia.
"Apa yang kau ajar kat anak aku, hah?"
"A...bang Qhalish. Terkejut Fia..." Ujar Fia seraya menyentuh dadanya.
"Macam tu pun terkejut?"
"Maafkan Fia..."
"Aku tanya, apa yang kau ajar anak aku?"
"Takde apa. Fia cuba bagitahu perkara yang baik je..."
"Kau jangan macam-macam eh, budak kampung! Ingat sikit. Nia tu anak aku. Jangan suka-suka hati je nak ajar anak aku yang bukan-bukan!"
"Tak. Fia tak ajar yang bukan-bukan. Fia ajar perkara yang baik."
"Diam! Menjawab? Berani kau menjawab? Kau ingat kau siapa?" Fia menundukkan wajahnya.
"Sedar sikit siapa diri kau dan kedudukan kau. Jangan nak besar kepala kat rumah ni. Ni bukan rumah kau, kampung kau. Ini rumah mommy, daddy aku."
"Tapi..."
"Aku tak peduli apa pun alasan kau! Jangan nak besar kepala kat sini. Nak kerja, buat cara nak kerja." Sindir Qhalish. Air mata Fia bergenang di tubir mata.
"Daddy!" Sergahan Nia membuatkan Qhalish menoleh laju.
"Nia... Nia nak apa, sayang?"
"Nia nanak dengan daddy! Daddy peyi bayik! Angan atang cini agi. Nia tak cuka daddy!"
Buk!
Terkejut Fia dan Qhalish bila Nia menendang kaki Qhalish.
"Nia, jangan buat macam tu, sayang. Tak baik." Tegur Fia.
"Nia menci daddy. Nia tak cuka daddy. Daddy mayah Acik Fia..." Nia sudah mencebik sebelum berlari keluar dari ruang dapur.
"Ini semua mesti kau yang ajarkan?"
"Demi Allah. Fia tak ajar Nia macam tu."
"Sudahlah, kau! Kalau bukan kau yang ajar anak aku, siapa lagi?"
"Jangan tuduh Fia sebarangan, Abang Qhalish. Demi Allah, Fia tak macam tu..."
"Siapa abang kau? Jangan sebarangan nak panggil aku macam tu. Kau tak layak nak panggil aku abang."
"Along!" Tersentak Qhalish nama gelarannya disebut seseorang. Kepala ditoleh.
"Qha...rizh..."
"Apa semua ni? Fia?"
"Fia minta maaf. Fia tak sengaja nak rumitkan keadaan."
"Stay, Fia!" Arah Qharizh membuatkan langkah Fia terhenti. Air mata dikesat kasar dengan belakang tangan.
"Kat office buat perangai, kat rumah mommy pun along nak buat masalah ke?"
"Apa pulak aku yang buat hal? Perempuan kampung ni yang bermasalah!"
"Yang masalahnya, kau, along! Kau! Tak serik-serik kau ni, kan? Apa masalah kau, sampai Fia pulak yang jadi mangsa amarah kau?"
"Yang kau backing sangat budak kampung ni, kenapa? Kau dah jatuh hati?"
"Kalau ya pun, kenapa? Apa masalah kau?" Qhalish kepal penumbuk.
"Tak sudah-sudah dengan perangai bongkak kau. Ini bukan pejabatlah, Engku Qhalish!"
"Aku tak fahamlah dengan kau, Riz. Budak kampung yang takde kelas ni yang kau suka? Takde perempuan lain ke?"
"Sekurang-kurangnya, perempuan kampung ni tak fake macam ex-wife kau!"
"Jangan kurang ajar, Riz! Aku ni abang kau!"
"Huh! Abang konon. Abang yang takde rasa hormat pada orang lain? Abang yang tak reti nak tunduk ke bumi? Berlagak macam kau raja di dunia ini..."
"Kau jangan melampau, Qharizh..."
"Aku melampau atau kau yang melampau? Habis semua orang nak kau buat musuh. Fia ni dah berapa lama kat sini? Aku dengan Qaseh je yang tahu perangai dia. Jangan sebarangan nak tuduh Fia. Kau tak kenal dia, jadi berambus..."
"Abang Qharizh, sudahlah tu..."
"Takpe, Fia. Jantan bongkak ni kita kena ajar. Biar dia tahu nak hormat orang lain."
"Tak perlu nak sindir aku, Riz..."
"Terasa? Wow... Engku Qhalish terasa. Lain kali sebelum nak menuduh orang lain, tengok diri sendiri dulu."
"Diam, Engku Qharizh." Ada ketegasan di sebalik kelembutan suara Engku Qhalish.
"Aku takkan berdiam diri lagi, Engku Qhalish. Semakin lama kau semakin melampau. Jangan disebabkan Maimunah a.k.a Mikayla, kau nak jadikan semua perempuan tu sama. Fia tak seperti bekas isteri kau!2
Buk!
"Engku Qhalish!" Jeritan mommy membuatkan ketiga-tiga mereka terkejut.
"Apa yang berlaku ni, Qhalish, Qharizh?"
"Ya Allah, kenapa kamu berdua ni? Qharizh, kenapa Qhalish tumbuk kamu? Qhalish?" Mommy menghampiri Qharizh sebelum luka di wajah Qharizh diusik.
"Qhalish, berapa kali daddy nak ingatkan kamu, control yourself! Control yourself!"
"Daddy, Riz yang..."
"Riz? Nia menangis-nangis cakap kamu marahkan Fia." Qhalish telan air liur.
"Apa yang kamu tak puas hati lagi, Qhalish? Apa yang Fia dah buat sampai kamu nak marah dia?"
"Daddy tatap Acik Fia ajar Nia benda tak bayik..."
"Ya Allah, kamu nampak ke Qhalish? Kamu nampak ke Fia ajar benda yang tak baik pada Nia? Kamu baru sehari. Tak sampai sehari pun duduk kat rumah ni, Qhalish. Kalau bukan sebab Fia, anak kamu dah mati dalam kolam renang belakang rumah, tau tak!" Tertoleh Qhalish.
"Apa mommy cakap? Nia, kolam renang?"
"Ya, daddy. Nia jatuh dayam koyam yenang. Acik Fia camatkan Nia..." Wajah muram Fia yang masih bersisa dengan air mata, direnung sekilas.
"Tapi, tadi, Nia tendang Lish. Hah, siapa yang ajar macam tu kalau bukan sebab budak kampung ni?"
"Astaghfirullahalazim. Apa kena dengan kamu ni, Qhalish? Masih tak puas hati dengan si Fia ni, kenapa?" Bentak mommy.
"Nia, kenapa Nia tendang daddy?" Soal daddy.
"Daddy mayah Acik Fia. Yepas tu... Ni..." Nia menunjukkan rakaman video yang dirakamnya secara sembunyi menggunakan ipad pemberian Tan Sri Engku Qhaseef sempena ulang tahun kelahiran Nia yang ke lima tahun baru-baru ini.
"Astaghfirullahalazim, Qhalish. Apa masalah kamu ni, Qhalish?"
"Sebab tulah, Riz tegah along tadi. Macam-macam along hina Fia. Macam Fia ni berdosa sangat." Jelas Qharizh, geram.
Kita santai-santai
Share this novel
jahat betul mulut si qhalish ni ye...gara² Maimunah ko baran xtentu hala..gila...hahhaha Mikayla jauh nau bunyinya