Rate

HFM 54 | | Penyesalan

Romance Series 110280

DENGAN LANGKAH YANG LUAS dan lekas Zane keluar dari lif lalu menyusuri koridor tingkat 10 itu bersama Kyren di belakang. Setibanya di hadapan pintu dimana dua orang pengawal sedang berdiri, seorang daripada mereka membukakan pintu untuk Zane sebelum lelaki itu masuk ke dalam.

Bersama nafas tertahan dari cungapnya, Zane berdiri kejung seketika di hadapan katil itu sewaktu melihat Dihya sedang bersandar pada katil sambil di bantu dengan jururawat untuk minum.

Bagai mahu melutut di situ ekoran kelegaan dan gembira, Zane hanya mampu berjalan perlahan mendekati katil itu. Melihat Dihya sedar umpama melihat mentari menyinari hari mendungnya.


"Dihya."


Mata Dihya terkunci pada Zane serta merta sebaik melihat susuk lampai itu berdiri di hadapan katil. Serta merta dia berkerut kening kesedihan pada masa yang sama lega. Selepas seharian dia menunggu Zane, tiba juga akhirnya lelaki ini. Dia ingatkan Zane dah lupakan dia terus."Tuan..."

Kyren di situ menjeling ke arah jururawat. Memberi isyarat agar jururawat itu keluar dari situ. Yang mana difahami oleh jururawat tersebut serta merta. Setelah itu baru dia kembali memandang Dihya. Wajah pucat dan mamai itu kelihatan letih. Mungkin kerana sudah seminggu tidak sedarkan diri.

Mujurlah Dihya tak apa-apa dan telah sedarkan diri.

Berita mengenai Dihya diracuni oleh Astrid mengejutkan seisi pengurusan. Semua orang tahu betapa treasure Dihya buat tuan mereka. Malah antara ramai-ramai mistress yang pernah mereka temui, Dihya antara yang paling digemari oleh tuan mereka. Keberanian Astrid cuba menyakiti Dihya benar-benar buatkan dia dan staf lain ikut speechless. Sehingga sekarang dia tidak dapat bayangkan apa yang Zane akan lakukan pada Astrid nanti sekiranya Dihya benar-benar tidak sedarkan diri.

Duduk sahaja Zane di atas katil, dia terus menarik Dihya ke dalam pelukan sebelum menghujani kucupan di segenap wajah dan bibir itu. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan dia ketika itu. Dia hanya bersyukur yang Dihya sudah sedarkan diri.

Sebab sepanjang masa Dihya tidak sedarkan diri, tidurnya sendiri tidak pernah nyenyak. Rehatnya juga tidak panjang kerana kerisauan setiap hari. Sampaikan dia tak boleh nak buat apa-apa dekat office sebab asyik teringatkan Dihya.

Hari Zane dipenuhi dengan tekanan dan stres. Tiada satu perkara pun yang dilakukan dengan betul.


"Kenapa lama sangat nak sampai? Tuan tahu tak risau saya sensorang dekat sini?"

Zane mengeratkan pelukan Dihya.


"Kenapa saya ada dekat sini?"tanya Dihya mencengkam kuat lengan kot Zane. Sempat matanya mengerling ke Kyren yang hanya berdiri di hujung dengan kedua belah tangan di hadapan perut." Doktor taknak beritahu saya apa-apa selagi tuan tak berjumpa dengan saya."

Berketap rahang Zane bila mendengar soalan itu. Tanpa mengatakan apa-apa dia pegang belakang kepala Dihya lalu menekap bibirnya di dahi itu. Mata di pejam seketika cuba hendak menenangkan dirinya. Beberapa hari ini dia sibuk dengan urusan kerja dan melawat datuk yang masih di hospital. Ditambahkan lagi dengan Dihya yang tidak sedarkan diri. Jadi dia hampir lupa mengenai Astrid.

Zane tak tahu bagaimana hendak memberitahu apa yang telah terjadi pada Dihya. Dia berasa begitu bersalah pada Dihya ketika ini. Tadi sebelum dia ke sini, Zane berjumpa dengan doktor yang merawat Dihya selepas di hubungi oleh pengawalnya.

Dan doktor itu memberitahu soal keadaan Dihya selepas check up tadi. Berita yang di sampaikan oleh doktor itu benar-benar membuatkan perasaan Zane semakin dihimpit rasa serba salah. Perbualan beberapa minit yang lalu masih segar bermain dalam kepala.


"Saya ingatkan kesan overdose itu hanya akan membuatkan Dihya tidak sedarkan diri sahaja. Tetapi sepertinya kesan dari ubat itu juga menganggu sistem saraf Dihya buat sementara waktu..."


"Apa maksud doktor? Kenapa dengan saraf Dihya?"


"Penyalahgunaan ubatan seperti pil tidur terutama sekali sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan saluran darah pada jantung tapi pada spinal cord juga. Antara punca kenapa isteri alami side effect seperti tidak boleh berjalan. Namun begitu, tuan jangan khuatir. Keadaan isteri tuan tidak terlalu serius. Dia akan sembuh seiring dengan waktu dan boleh berjalan seperti biasa selepas sisa kimia yang ada dalam tubuh hilang sepenuhnya."

Zane bungkam. Semua maklumat itu begitu mengejutkan untuk dia.


"Tapi saya ada satu soalan. Kalau betul tuan kata isteri tuan makan makanan yang telah bercampur dengan ubat tidur dengan kuantiti yang banyak. Bagaimana dia tidak menyedari rasa makanan tu? At least mesti dia akan rasa pelik atau pahit macam tu semasa consume makanan tu?"tanya doktor benar-benar ingin tahu.

Rahang Zane berketik. Tangan di atas peha ketika itu terus berkepal erat! Sebab Dihya tiada deria rasa. Kerana tu Dihya tak tahu!

Mata yang terpejam itu dibuka dengan lemah. Zane menghirup dahi Dihya dengan dalam-dalam. Dia benar-benar takut Dihya akan semakin membencikan dia selepas ini.

Apa patut dia lakukan?


"Tuan..." Dihya menolak Zane dari terus memegangnya begitu. Dan bila dia dongak ke wajah Zane, matanya melihat tatapan letih Zane pada dia. Membuatkan keningnya berkerut tidak mengerti. "Memangnya apa yang dah berlaku pada saya? Kenapa saya berada di hospital?"

Zane menunduk mendapatkan tangan Dihya sebelum di kucup tapak tangan tu. Dengan susah payah dia mula menyusun katanya.


"I'm sorry for everything, Dihya."bisiknya bersama dada yang berat dan sesak yang amat sangat.

Hal itu membuatkan Dihya tersentak, dengan laju dia berpaling ke arah Kyren. Lelaki itu memandangnya dengan renungan dalam penuh maksud yang mana cukup untuk menjawab segala persoalan yang bermain dalam fikirannya sejak tadi.

Perlahan-lahan Dihya kembali memandang Zane. Kebisuan lelaki itu buatkan dia berasa frust pada masa yang sama tak percaya.

Tak mungkin la!


"Adakah saya hampir mati?" soal Dihya akan perkara pertama yang muncul dalam fikirannya.

Zane membisu.


"Tapi macam mana? Sebab apa?Racun? Dadah?" Disebabkan dia tak dapat nak merasa apa-apa, maka dia takkan dapat kesan sekiranya ada apa-apa yang ganjil pada makanan atau minuman dia. Jadi tidak hairan kalau dia diracun melalui makanan atau minumannya. Tapi siapa yang sanggup lakukan hal ni? Tak mungkin Zane sanggup lakukan hal sekeji itu pada dia?


"Pil tidur. Overdose." Zane mengangkat mata. Memandang Dihya dengan renungan kesal. "Maafkan saya Dihya.... Saya betul-betul kesal dengan hal ni." Oleh kerana kelalaiannya nyawa Dihya hampir menjadi cagaran dia.

Untuk seketika mata Dihya bergerak kanan dan kiri menilik tatapan Zane itu. Cuba hendak dapatkan kepastian dengan apa yang baru didengari. Ini pertama kali dia melihat Zane begitu sedih. Dan serta merta ketika itu la dia mendapat jawapan siapakah pelaku yang sebenarnya.


"Kalau saya lebih berhati-hati hal ni mesti takkan berlaku."Ucap Zane lagi.

Dengusan tak percaya lepas dari Dihya. Speechless teruk. Dia ingatkan hidupnya akan kekal aman dan tenang selepas ini. Tiada kesusahan atau masalah yang perlu dia fikirkan lepas ni kerana adanya Zane di sisi. Tapi tidak. Dia terlupa bahawa selagi dia bersama Zane, selagi itu hidupnya tidak akan tenang.

Kalau bukan Sarah yang menyakiti dia, siapa lagi wanita lain yang ada dalam hidup Zane yang membantah hubungan terlarang mereka ni kalau bukan isteri sah Zane?

Ada satu reader tu tau dia tinggalkan satu komen ni... Siapa namanya tinta taknk la share siapa. Tapi apa yg dia komen tu paling tinta ingat. So tinta nak share la kan, buat sbg cerita dkt uolls. Reader ni bg tau, kenapa dlm. NP Ni semua novel ceritanya yang sama aje ya. Tak ada kepelbagaian langsung. Balik citer tu aje la yg dibuat. Lepas tu dia tambah lagi. EA Novelplus ni tak reti ke buat keja. Apa function Jadi EA Novelplus. Well... Disebabkan tinta EA Novelplus tinta terasa hati gak la sbb dia mention mcm tu. Sepatutnya reader tu faham, sbg reader kenalah tahu mcm mana nak cari cerita yg menarik dgn citarasa masing2. Banyak aje genre dalam NP ni kalau boring baca jln cerita yg sama. Boleh aje godek2. Mesti jumpa. Cuma mahu tak mahunya aje. Sedih bila reader condemn EA sedangkan nak buat satu novel lengkap pun banyak sungguh dugaannya. Ini kan lagi nak pelbagaikan jalan cerita. Tak semua author boleh score semua jenis genre. Ada author tu cenderung pada romance. Ada yg cenderung pada fantasi dan horror aje. Ada yang cenderung pd genre kahwin paksa, cinta paksa aje. Tapi selama tinta berkarya dkt Rumah Merah ke dekat Rumah Oren, kebanyakannya semua reader Tinta Sgt supportive Dan respective. Tak ada yg toxic atau yg negatif. Yg mana amat tinta hargai. Sbb semuanya baik2 belaka dan mature. Dan harapnya berterusan begitu la. Kalau ada yg tk suka pun mereka tk mengata blkg pun. Mereka dgn baik Undurkan diri dn tk follow mana2 karya Tinta. Which is make me so grateful and thanks for. Apapun terima kasih sbb sudi baca bebelan ni. Kita jumpa dkt next chapter nanti.

Share this novel

mermaid
2024-12-30 18:37:01 

im your biggest fan!

Nur juliana
2024-12-30 18:10:12 

harap zyane siasat btl2...hanya ada 2 org yg tak suke sume mistress zayne....jgn salah hukum walau masing2 ada motif...

Violet Cinta
2024-12-30 15:40:53 

alahai..xpuas baca..terlalu pendek sgt..xmcm sebelum² ni..xpa lah author. janji ada update..thanks yeah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience