Bab 2 - Halalkan yang Haram

Mature Content Series 5804

LANGKAH Khair yang laju dan wajah dia yang serabut cukup bagi semua orang faham bahawa hari ni bukan hari yang baik untuk siapa-siapa yang nak berurusan dengan dia.

Setiap orang yang berselisih dengan Khair cuma sempat meberi senyuman kelat dan teguran sekilas, sebelum cepat-cepat pergi. Bukan sebab tak hormat, tapi sebab semua orang tahu... tak ada siapa nak jadi mangsa marah bos muda yang terkenal dengan perangai tegas dan tak berperasaan.

Khair, dengan rahang yang tegang, cuba longgarkan tali lehernya sikit sambil bersungut dalam hati. Mimpi pelik malam tadi masih terbayang-bayang. Dan benda tu betul-betul buat mood dia terganggu.

“Kenapa dia?” Khair membebel sendirian, tangannya menolak pintu pejabat dia agak kuat. Harapan dia satu saja jangan berjumpa dengan orang yang berada di dalam mimpinya. Armel.

Sempat dia menjeling ke ruang kerja Armel. Kosong. Lega. Tak nampak kelibat Armel. Cepat-cepat dia melangkah masuk bilik sendiri. Tapi malangnya, ketenangan tu tak lama pun bertahan.

“Selamat pagi, bos!” Suara itu buat dia serta-merta keras. Sekeras, argh!!!

Armel.

Perempuan berkaca mata tu senyum manis kat dia, langsung tak perasan betapa bergelora hati bos dia sekarang. Khair terus kerut dahi.

Melihatkan muka Khair yang masam semacam, Armel cepat-cepat buka mulut. “Nak saya buatkan kopi? Kopi hitam?”

Dia perasan yang mood Khair tak elok. Kalau Khair tak elok, memang hari semua orang akan huru-hara. Armel tak nak jadi salah seorang mangsa! Dan, adakah sebab angkara mesej pagi tadi oleh Puan Sri Dewi?

Khair diam. Cuba mengawal perasaannya, entah kenapa mimpi malam tadi muncul semula dan membuatkan dia melonggarkan tali leher. Entah kenapa, Armel semakin lama makin lain pada pandangannya.

“Bukan ke kejap lagi ada meeting dan awak kena siapkan apa yang patut?” Suara Khair kedengaran sangat tegas.

“Oh, saya nak serahkan dokumen ni sebelum bos masuk ke meeting nanti.” Armel salah tingkah.

“Letak kat meja. Dan terus ke bilik mesyuarat!” Khair langsung tidak memandang Armel. Fokus pada telefon. Kononnya.

Armel yang sudah biasa dengan layanan dingin tu, hanya mengangguk. “Baik, bos,” katanya perlahan sebelum keluar.

Sebaik je pintu tertutup, kat luar, Armel terus mendengus kecil. “Bos Kayu Besbol!”

Kebetulan Meor, rakan sekerja dari bahagian korporat lalu. Dia dengar dan senyum simpul. “Sabar je lah, Mel.”

Armel merungut lagi. “Menyesal aku setuju kerja kat sini.”

Meor gelak kecil. “Itu sebabnya Puan Sri percaya kau boleh hadap bos gila tu. Lagipun, bukankah kau dapat kemasukan khas ke sini?”

“Ugh! Siapa yang sebar cerita ni?!” muka Armel dah separuh merah.

Denis tepuk bahu Armel sambil sama-sama jalan. “Tapi kau pun tahu kan, Khair tu bukannya jahat. Dia cuma… perfectionist. Nampak tegas dan dingin, tapi kerja dia memang power. Apa je kebaikan yang dia tak bawak kat company ni? Dulu ayah dia dah bawak kejayaan, sekarang dia.”

Armel angguk perlahan. Tak dapat nak nafikan.

Enam tahun dia sudah bekerja di bawah syarikat ini. Sebelum ini, dia di bahagian lain namun dia ditawarkan dengan jawatan yang lebih baik. Memang benar Khair Yusof dan Tan Sri Malik sangat berdisiplin dan bersungguh dalam membangunkan syarikat ini.

Armel tahu... di sebalik garangnya, ada sisi manusia yang dia sembunyikan. Tapi yang pasti, setiap keputusan Khair sentiasa betul dan penuh strategi. Jadi, pelawaan perkahwinan ni sebahagian daripada strategi Khair ke?

“Hmm… mungkin aku kena lebih sabar kot,” gumam Armel, senyum sikit dengar nasihat Meor. Tanpa sedar, rasa kagum Armel terhadap Khair dah mula bercambah. Dalam diam. Siapa kata dia tidak menjadi antara wanita yang crush dengan bosnya. Gila bos setampan itu tidak diminati?

GUGUP Armel menunggu di hadapan rumah banglo mewah ini. Siapa saja pernah datang ke rumah bos mereka? Ah, tentu saja dia. Kehadirannya hari ini bukan kehadiran biasa tetapi bersebab. Apa nak jadi, jadilah. Dia mahukan hidup yang lebih tenang, tiada siapa perlu tahu akan hal ini.

“Hai, Armel. Kenapa tak call aunty terus. Memang tak perasan kalau mesej je, nasib baik dorang bagitahu ada tamu kat luar katanya. Jom masuk,” sapa Puan Sri Dewi dan mengiring Armel masuk ke dalam rumah.

Sehingga sekarang dia cuba merahsiakan bagaimana dia boleh berkenalan dengan Puan Sri Dewi. Pertemuan hari ini juga adalah mengenai…

Perkahwinannya dengan Khair Yusof.

Ya, dia bersetuju demi menjamin kehidupannya walaupun dia tidak tahu hala tuju ini. Namun sekurangnya hidupnya terjamin, bukan? Dan, ini adalah keluarga yang baik-baik.

“Tapi, mama papa. Kena ingat company kita masih terikat dengan Sapphire Corp. Dan, papa kena ingat kekuatan kita pada hari ini juga adalah kerana Tan Sri Sufian suka dengan abang. Melainkan dorang boleh switch semua ni kat adik. Macam gosip yang bertebaran dorang nak Melisa dijodohkan dengan pewaris DM Corp,” kata Khair Yusof dengan serius. Dia mahu semua orang memikirkan hal ini dengan lebih baik.

Puan Sri Dewi mengeluh. “Tapi, mama nak Armel juga.”

Tergelak kecil Tan Sri Malik. Armel hanya terdiam, dia jadi bodoh bila berada di situ. Mana maruahnya dan malunya ketika ini?

“Melainkan kita sembunyikan perkahwinan ini,” cadang Tan Sri Malik lalu memandang Khair Yusof.

Khair Yusof diam. Dia setuju saja kerana kalau boleh dia mahu menghalalkan apa yang berada di mimpinya. Tak kelakar ya asyik mimpi basah bersama dengan orang yang sama dan dekat dengannya.

Lalu, Khair Yusof memandang Armel. Haih… inilah yang dia lemah. Pandang saja Armel dia sudah mencair dan teringat akan setiap momen di dalam mimpi mereka.

Armel menyelak rambutnya dan menatap mata Khair Yusof. “Boleh saya jumpa dengan bos sekejap?”

Laju Khair Yusof menggeleng. “Tak nak. Saya nak jaga ikhtilat.”

Tercekik Armel. Ceh, padahal kat pejabat ada je kau berdua-duaan dengan orang lain kan?

“Hmm, saya setuju je. Tak ada masalah. Ini semua untuk kebaikan semua dan lebih lagi kepada syarikat. Aunty jangan risau saya tetap akan ada dengan aunty,” kata Armel mengambil hati Puan Sri Dewi.

“Alhamdulillah. Kira jadilah ya?” kata Puan Sri Dewi dengan cerianya.

Hati Khair Yusof terus berdebar-debar. Entah kenapa dia risau akan tidurnya malam ini, hari ini dia banyak duduk bersebelahan dengan Armel. Bau Armel, lenggok Armel semuanya dirakam dalam ingatan.

Ah, bahaya ini.

“AKU terima nikahnya, Armel binti Hassan dengan mas kahwinnya RM1000 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz Armel menjadi hak milik kepada Khair Yusof. Namun perkahwinan ini harus dirahsiakan demi kepentingan syarikat.

Perlahan Khair Yusof menelan liur bila tangannya menyentuh tangan Armel. Bergetar terus jantungnya dan seluruh organnya. Kenapa? Kenapa dia jadi begitu bila dengan Armel sahaja.

Armel mengenyitkan matanya, terus saja menghantar memori nakal Armel di dalam mimpinya. Terus saja Khair keresahan dan tidak senang duduk.

“Bos nak sebilik dengan saya ke malam ni?”

Ah, sudah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience