Araana dah lama sedar sebenarnya. Cuma tak bersedia lagi nak hadap realiti. Apatah lagi bila lihat wajah bengis Arash yang begitu setia duduk di birai katil, menunggu dia terjaga. Gerun! Sanggup dia buat-buat tak sedar diri, menahan lapar dahaga juga berak kencing semata-mata mahu elak dari Arash.
Masa berlalu. Arash masih statik di situ, langsung tak menunjukkan tanda-tanda mahu pergi. Stress! Dah berpeluh ketiak menahan lapar dan dahaga. Entah berapa lama lagi dia kena buat-buat tak sedarkan diri. Semua kerana Arash!
Tak betah terusan bertahan, Araana akhirnya mengalah. Perlahan, sebelah kelopak mata dicelik untuk mengintai. Omak! Hampir tergolek tubuh ke bawah katil apabila retina mata ditusuk ganas oleh sepasang mata marak menyala Arash.
“Raana!”
“Ya, abang Ash!” mata auto tercelik seluasnya bila suara dingin penuh emosi tertahan Arash bergema, menghadirkan guntur di corong telinga. Terkocoh-kocoh Araana tegakkan tubuh. Jari mulai memintal-mintal hujung selimut.
“Kenapa, Raana?”
Araana teguk air ludah. Setiap kali Arash berwajah serius macam tu, dia pasti rasa gerun. Bukan takut, cuma tak berani!
“S-Saya…”
“Kalau tak setuju, kenapa tak bincang? Kenapa tak tangguh? Semua boleh diselesaikan! Perbuatan awak boleh menjatuhkan maruah kedua belah pihak! Awak tak fikirkan tentang perasaan Inn ke? Awak buat macam dia yang terhegeh-hegeh dekat awak padahal semuanya bermula dari awak! Jadilah matang sikit, Raana! Awak bukan budak kecil lagi.”
Tak! Dia tak bermaksud macam tu. Tiada niat mahu sakitkan hati Inn, apatah lagi buat seperti Inn yang terhegeh dekat dia macam yang Arash katakan, tak! Ya, dia akui dia bertindak terburu-buru, tak matang, betul! Tapi… fahami keadaan dia… terdesak, buntu, terpaksa, semuanya menyesakkan! Nak luah, mama dan papa langsung tak memihak. Akhirnya dia nekad ikut kata hati! Salah ke? Nak balas kata-kata Arash, takde keberanian! Akhirnya, bela diri dalam batin jela jawabnya.
“Inn sudah cukup baik, handle semua kekecohan hasil kebodohan awak! Lepas ni, jangan buat hal lagi! Jaga maruah keluarga. Jaga maruah Inn. Faham tak?”
Inn selesaikan semuanya? Apa berlaku? Bagaimana dia boleh berada di biliknya? Macam mana Arash boleh berada di simpang jalan? Dan… lelaki itu… lelaki bertahi lalat di bawah mata kiri… dia yakin dia kenal dengan lelaki itu. Tapi di mana?
“Abang Ash!” cepat-cepat Araana memanggil apabila melihat Arash melangkah laju, mahu keluar dari bilik Araana.
“Nak apa lagi?”
“Saya nak tahu… apa berlaku?”
“Awak dah sah jadi isteri Inn, Raana. Abang dan Inn terpaksa bohong sunat dengan mengatakan awak ditemui pengsan dekat balkoni belakang untuk elak rasa curiga. Puas hati? Pandai-pandailah awak reka cerita apabila mama tanya nanti!”
Araana telan perit air ludah. Cukup sedar, perkahwinan tu memang tak mampu dia elak. Betul kata Arash, dia hanya bertindak bodoh dan hampir mencalar maruah keluarga! Tapi… apa pilihan yang dia ada? Arash ni pun… muncul-muncul je berleter, asyik salahkan dia! Tak tanya pun apa perasaan dia. Sedih!
“Saya cuma… nak sedikit kelebihan… untuk buat keputusan tentang apa yang saya mahukan… tak adil bukan? Abang Ash dapat kelebihan tu, tapi saya tak…”
Arash terkesima. Beberapa saat terpaku, melontar tatapan dingin sambil genggam jemari.
“Awak perempuan, Raana. Awak kena faham mengapa mama dan papa buat macam tu. Semua demi kebaikan awak. Apa yang awak nak sebenarnya?”
Araana diam sebentar, membiarkan suasana sepi di antara mereka.
“Dah bisu? Macam mana abang nak bantu jika awak tak beritahu? Asyik memberontak, tunjuk perasaan macam ni takkan bawa awak ke mana-mana, cuma menyusahkan semua orang, faham tak?”
“Saya nak kehidupan normal, abang Ash. Nak keluar, nak explore dunia luar rumah ni. Saya nak merasa bagaimana bekerja, meneroka alam pekerjaan, punya ramai kawan, berbual, bergurau, makan ramai-ramai… saya nak rasa semua tu. Saya… tak sempat merasa semua tu and now… saya terikat, dah jadi isteri orang. Saya… tak nak hidup dengan hanya menghadap suami dua puluh empat jam!”
Arash terpempan sekali lagi. Kata-kata Araana buat dia mulai sedar tentang sesuatu. Kebebasan Araana. Betul! Sejak kecil, satu-satunya adik perempuan dia tidak diberi kebebasan. Tidak pernah diberi peluang untuk buat keputusan. Semua ditentukan oleh papa dan mama. Tak hairan, Araana membesar jadi anak gadis yang suka memberontak. Semua kerana dia tidak punya pilihan.
“I understand!” Pendek Arash jawab dan kelihatan bersedia mahu beredar dari situ.
Araana memandang sebak. Apa yang Arash faham tentang kehidupan yang dia lalui?
“Abang Ash…”
“I’ll do what I can do to help, Raana. Satu je pesan abang… jaga maruah keluarga dan Inn.”
Argh! Tak habis-habis nak ingatkan dia tentang lelaki itu.
“Abang Ash!” laju Araana panggil apabila lihat Arash buka langkah besar. Masih ada persoalan yang belum terjawab di mindanya.
“Lelaki yang bersama abang dekat simpang tu… s-siapa?”
Arash mendengus. Rasa sebal mencanak dengar pertanyaan Araana.
“Za’inn Altamis, suami awak. Dah tak kenal ke Raana? Awak yang tergila-gilakan Inn dulu kan?”
Araana cepat-cepat membuang wajah. Berbahang kulit wajah dengar sindiran pedas Arash. Bukan tergila-gila, cuma simpati! Batin menegaskan. Tapi… bagaimana? Masih jelas wajah kembang Inn di layar minda! Takkan dia lupa seraut wajah bak belon terlebih gas itu. Satu lagi, tahi lalat di bawah mata kiri Inn. Dia ingat semuanya. Sebab itu, ketika melihat tahi lalat yang sama di wajah tampan itu, dada bergetar! Macam mana Inn boleh jadi setampan itu? Argh! Serabut! Kepala diramas kasar.
“Macam mana… abang Ash tahu tentang rancangan gila saya tu?”
Araana pandang sekeliling. Kelibat Arash sudah tiada di situ.
“SO?”
Melihat saja kemunculan Arash di restoran berkonsepkan moden temporari malam itu, Za’inn terus menerpa tanpa kesabaran. Tergeleng Arash pandang. Hampir terjojol biji mata melihat muka Za’inn mulai bengkak hingga mata semakin menyepet akibat kecederaan hidung. Nampak jelas batang hidung Za’inn bengkak kebiru-biruan. Kuat juga penangan Araana tu ya!
“You ni pun, bagilah peluang I duduk dan minum dulu. Kering tekak I ni, tau tak? Dealing dengan budak tak matang tu mencuras tenaga I tau,” rungut Arash sambil tayang wajah sebal.
“Okay, fresh watermelon juice for you! I dah siap order untuk you tadi.”
Amboi, tak menyempat betul! Arash memicing mata, merenung gelas panjang yang dihulurkan oleh Za’inn bersama sebelah kening terjongket tinggi.
“It’s not a bribe, Arash! You dah janji nak bantu I,” tempelak Za’inn, geram melihat cara Arash memandangnya. Macam mengejek pun iya.
“Come here,” pinta Arash sambil menggerakkan jari telunjuk, memberi isyarat supaya Za’inn merapatkan badan.
Arash menarik bibir ke arah kuping telinga Za’inn. Berkerut-kerut kening Za’inn mendengar setiap patah bicara Arash. Sekejap terangguk, sekejap lagi tergeleng. Arash menghempas belakang tubuh di penyandar kerusi usai bicara. Gelas yang masih berbaki separuh air jus disambar dan diteguk rakus.
“Dia nak macam tu?” keluh Za’inn dengan suara hampir tak kedengaran.
“Yup! So… apa rancangan you? Takkan nak chat dengan Cik Bunga you tu untuk korek apa rancangan budak tu lepas tu baru you nak bertindak?” pedas Arash memerli. Terherot bibir Za’inn dengar.
“You perli? Kalau bukan kerana chat tu, Raana dah lari kan?”
Arash terdiam. Ada betulnya kata-kata Za’inn.
“Bila you nak jemput budak tu? Takkan nak tinggal sorang-sorang dekat banglo mewah you tu?” Arash terus mengubah topik.
Za’inn membuang nafas berat. Turut bersandar malas sambil memeluk tubuh merenung Arash dengan tajam.
“I okay je, sekarang pun I boleh je jemput Raana. Tapi… I tak yakin yang Raana dah bersedia nak tinggal sebumbung dengan I. I tak nak sulitkan keadaan. Bagi Raana bertenang dulu.”
“Huh, baiknya you kan… I tell you, Inn… jangan bagi muka sangat dekat Raana tu. You nak biar dia tinggal dengan mama dan papa? Apa orang cakap nanti? Bagaimana dengan keluarga you? Mereka tak kisah ke?”
Za’inn membiarkan soalan Arash sepi tak bersambut. Otak ligat berfikir. Dia kena fikirkan cara paling selamat untuk melindungi Araana dan mengelak salah faham antara dua keluarga mereka. Arash mengeluh melihat kebisuan Za’inn. Geram pun ada. Za’inn terlalu mengalah. Dia tak nak Araana naik lemak.
“Tak perlu risau. I akan settlekan hal tu.” Usai kata, Za’inn mengangkat punggung. Arash menghantar pemergian Za’inn dengan gelengan sebal.
Kembali ke banglo yang baru dibeli siap dilengkapi perabot dan perhiasan mewah tetapi sepi tanpa penghuni, Za’inn melepaskan keluhan berat. Sudah dia siapkan jiwa raga untuk hadapi keadaan itu, nikah tanpa isteri di sisi. Tapi hati tetap terasa. Hampir ke tengah malam memaksa diri tetapi tidak jua berjaya tidur, Za’inn akhirnya bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Hampir sepuluh minit hanya membelek-belek telefon bimbit, akhirnya Za’inn memberanikan diri menggesel skrin telefon bimbitnya.
‘Dah tidur? Inn ni…’
Debar gila melanda apabila tak sampai 60 saat, tick hitam bertukar warna menjadi biru. Argh… dia dah baca… nak buat macam mana ni? Za’inn kelam kabut memejam mata. Cemas, teruja, tak sabar… semua emosi bergabung menjadi satu. Dada naik turun menahan debar.
TREET!
DEG!
Hampir Za’inn tidak dapat menarik oksigen apabila telefon bimbit bergetar dalam genggaman.
‘Abang Inn, dapat nombor saya dari mana?’
Abang Inn…
Senyuman bahagia terpeta di wajah. Dada yang bagai dilanda ribut taufan menggila ditepuk perlahan. Teringin nak dengar kelunakan suara Araana saat menyebut ayat itu di depannya. Haish… betul kata Arash… dia dah kronik dilanda asmara!
‘Arash bagi. Maaf, saya tak minta kebenaran awak. Kita perlu berbincang bukan? Saya tahu semua ni terlalu mendadak bagi awak, saya juga masih cuba menyesuaikan diri.’
Za’inn baca ayat yang dikarang beberapa kali sebelum dihantar kepada Araana. Sebolehnya dia tidak mahu menyinggung perasaan isteri yang baru dinikahi itu. Za’inn kembali menaip, menyusun semoleknya aksara dari sudut hati yang sekian lama mendamba. Semoga saja lembut hati si penerima.
‘Saya tak sihat, abang Inn. Badan lemas, sakit semua tulang temulang. Nak bangun dari katil pun payah. Rasanya dua tiga hari lagi, saya nak datang ‘kotor’. Biasanya sampai seminggu, tapi sakitnya biasa berlanjutan sampai dua ke tiga minggu. Maaf, saya betul-betul tak mampu temankan abang buat masa ni. Izinkan saya tinggal di rumah papa sehingga saya sihat sepenuhnya, boleh?’
Belum siap ayat-ayat ditaip, pesanan Araana masuk, buat pergerakan jemari mendadak mati. Za’inn merenung skrin telefon beberapa saat sebelum sebuah keluhan terlepas dari mulut.
‘So why not kita cuba luangkan masa bersama? Kita tidak pernah berjumpa sejak abang ke luar negara kan? Mungkin selepas luangkan waktu bersama, rasa seperti orang asing tu akan terhakis dan…’
Za’inn merenung ayat yang tak habis dikarangnya. Alahai Raana… dia baru bercadang mahu luangkan masa bersama, ternyata gadis tu lebih cepat bertindak dan mahu terusan meluaskan jurang antara mereka. Apa perlu dia buat? Za’inn gigit perlahan bibir bawah. Pesanan yang tidak habis dikarang itu segera dipadam. Jemari kembali rancak menari di atas skrin telefon.
‘Abang benarkan kerana abang akan ke luar negeri untuk selesaikan urusan kerja. Mungkin dalam dua minggu atau lebih abang kembali. Awak kena ikut abang balik selepas tu. Abang tak nak nanti ia jadi isu perdebatan keluarga kita. Arash kata awak nak kerja kan? Abang benarkan dengan syarat, abang yang akan pilih di mana awak akan bekerja.’
Za’inn tersenyum pendek usai menghantar pesanan tersebut. Araana langsung tak balas. Hanya menyepi! Buat beberapa saat Za'inn merenung kosong skrin. Kenapa tak balas? Maksudnya apa Raana oi? Setuju ke tak? Atau nak tunjuk rebellious? Za'inn
buang deham kasar. Tak senang duduk jadinya menunggu balasan Araana.
Lima minit... sepuluh minit... argh!
Nombor seseorang didail laju, tak tengok langsung jam di dinding.
"Argh! What? What now, Inn? Awak dah kenapa? Tak tengok jam? It's past midnight, Inn...urgh!"
"Ash... I need your help! I dah benarkan Raana bekerja dengan syarat, I tentukan di mana. Dia diam, Ash! Dia tak balas langsung mesej I. Apa maksudnya? Dia setuju ke tak?"
"Are you kidding me?! Why not you datang ke rumah, jumpa budak tu and tanya sendiri, Inn? You are worst than her right now, sedar ke tak? Urgh! Tak faham betullah dengan orang yang tengah angau ni! Stop calling me, I nak tidur. I ada meeting penting esok!"
"Ash, tunggu! Arash!!!"
Za'inn ketap rahang memandang skrin telefon bimbit yang sudah bertukar gelap.
Datang ke rumah keluarga Raana tengah malam buta macam ni? Ah, Arash betul! Dia kena sabar...
Takkan lari gunung dikejar, Za'inn Altamis...
Share this novel