Series
9046
JAM menunjukkan hampir pukul 11 malam. Terlihat Arin duduk termenung di tangga sambil menatap sawah bendang yang mula menghijau.
"Bosannya. Tempat apa ni?. Ala line tak kuat, takda orang nak di ajak gosip. Orang macam aku yang biasa hidup dengan lif, mall, kawan-kawan yang fancy, tiba-tiba kena hadap sawah padi. Oi. Boleh gila aku macam ni.”
Dia tidak berhenti mengeluh, menolak anak rambut yang terjatuh ke wajah. Perutnya berbunyi. Tadi waktu makan malam, dia cuma menjamah sedikit nasi. Lauk kampung bukan seleranya. Ikan kembung goreng, sambal belacan, ikan keli masak cili padi dan ulam pucuk paku yang rasanya pahit menyesakkan tekaknya. Lidahnya sudah terbiasa dengan sushi, bluefin tuna, bukan masakan yang penuh budu dan cencalok.
"Daddy memang sengaja buat aku macam ni. Nak balas dendam sebab aku selalu lawan cakap dia. Tapi sampai macam ni sekali?. Aku bukan budak-budak lagi. Aku Arin!. Yang biasa jadi perhatian satu universiti, yang orang ajak collab untuk reels, yang followers tujuh angka, dan sekarang… tengok aku. Tersidai dekat kampung, pakai selipar Jepun, kain batik, baju longgar. Kalau kawan-kawan aku nampak. Tak ke jadi bahan ejekkan." Bebelnya.
“Tak sampai 24 jam, takkan dah nak lari kot?.”
Suara garau itu membuatkan Arin tersentak. Lantas mendongak. Terlihat Ariyan berdiri beberapa anak tangga di bawahnya, menyilangkan tangan di dada. Wajahnya tenang, tapi matanya sepertinya sedang memerhati setiap gerak geri Arin dengan teliti.
"Jadi betullah kau nak lari."
Arin berpaling kembali memandang sawah.
“Mana ada nak lari. Kalau saya nak lari, taknya saya ada dekat sini."
"Baguslah kalau kau takda niat nak lari. Bukan apa, dekat sini banyak perompak, perogol dan pecandu dadah. Mereka suka anak orang kaya macam kau."
Arin tidak membalas. Hanya buat muka.
Ariyan melangkah naik dan duduk selang satu anak tangga di atas Arin. Di tangannya, satu beg plastik berisi makanan. Arin dapat melihat tulisan pada beg itu, restoran sushi yang dia suka, membuatkan matanya membulat.
“Dekat kampung ni ada kedai sushi ke?.” Soalnya tertarik.
"Kau ingat kampung ni ketinggalan zaman sangat ke. Semua yang ada dekat bandar, ada juga dekat sini. Hanya saja takda club." Jawab Ariyan berbalut sindiran.
"Yeke?. Dekat mana pakcik beli sushi tu?. Saya nak beli juga."
"Tak jauh pun. Pekan hujung sana ada satu kedai sushi baru buka. Jadi aku belikan untuk kau, kebetulan ada promosikan. Nampak tadi kau tak banyak makan. Ni makanlah.”
Dia menghulurkan sushi dan satu kotak kecil yang berisi chicken stick. Arin terpaku seketika. Matanya beralih dari beg plastik ke wajah Ariyan yang serius saja.
"Untuk saya?. Seriuslah!?."
“Takkan untuk ayam belakang rumah tu kot. Ambil jelah. Jangan banyak tanya."
Arin menyambutnya.
"Aw, terima kasih. Nanti bila saya dah dapat kad bank saya balik, saya belanja pakcik ya."
"Suka hati kaulah."
Suasana jadi senyap beberapa detik. Angin sepoi-sepoi menampar wajah mereka. Bunyi cengkerik mula kedengaran dari celah rumput panjang. Ariyan bersandar di tiang kayu tangga, pandangannya dilempar ke arah sawah sama seperti Arin.
“Tempat ni boring, kan?. Pakcik tak boring ke?." Tanya Arin, membuka topik perbualan.
“Boring kalau otak kosong macam kau. Asyik nak enjoy je isi kepala kau tu. Kalau kau betul-betul faham apa arti sebenarnya hidup, sawah tu pun boleh jadi tenang.”
“Yelahtu, pakcik memang suka duduk sini?. Tengok padi, kadang ayam."
“Ini tempat aku lahir. Mana mungkin aku tak suka.”
Arin mengunyah satu potong sushi. Rasanya tidaklah sehebat restoran kegemarannya di bandar, tapi cukup untuk mengisi perutnya yang lapar.
"Terima kasih sekali lagi. Lepas ni, saya try jadi orang kampung. Makan sayur, ikan keli. Saya tak nak menyusahkan siapa-siapa."
"Tu tahu. Tapi jangan paksakan diri. Kang kau mati dekat sini, tak pasal-pasal ayah kau tuntut kami."
"Saya takkan mati semudah tulah pakcik. Tak baik tau cakap macam tu."
"Faktakan. Kaukan anak daddy."
"Tahu takpa. Misalnya saya lari. Pakcik cari saya ke tak?," soalnya ingin tahu.
“Takdir kadang tak tanya kita nak atau tak. Walaupun aku tak nak cari kau. Tapi dah takdir tertulis aku kena cari kau, ya terpaksa."
Arin memandang ke arah Ariyan.
“Pakcik selalu cakap macam orang tua. Macam baca skrip.”
“Memang aku dah tua pun dari kau, kan?. Tapi tak semestinya kau panggil aku pakcik. Aku belum sampai level tu. Panggil aku abang."
"PAKCIK' sesuai dengan pakcik."
"Kau sebut lagi kata pakcik tu, jangan salahkan aku kalau malam ni kau tidur dalam kandang kambing. Aku tak main-main."
"Tak nak."
"Dah tahu tak nak, panggil aku abang atau apa-apa jelah. Asalkan jangan pakcik, faham?."
"Faham pa..., maksud saya abang."
"Ni lagi satu, kalau kau nak bahagia dekat sini, jangan cari pasal dengan orang kampung ni. Mereka bukan lawan kau."
"Ok. Abang jangan risau, saya datang sini nak berubah. Saya takkan buat masalah."
"Nak berubah ke atau demi kad bank."
"Dua-dua."
"Dah agak dah."
"Oh ya sebelum saya lupa, esok saya nak jalan-jalan. Makcik Mina cakap, bila pagi banyak orang jual kueh. Saya nak beli semuanya."
"Ada duit tak?."
"Duit tu takdalah. Tapi Makcik Mina bagi saya RM10 tadi. Cukuplahkan. Sementara saya cari kerja dekat kampung ni. Walaupun saya tak pernah kerja, duit datang sendiri. Why not trykan."
"Kalau kau tak keberatan, kau kerjalah dekat sawah bendang tu. Gaji besar. Tapi tulah, kotor. Kau mesti tak nakkan."
"Siapa cakap tak nak. Saya ok je asalkan boleh menghasilkan duit. Saya nak beli penghawa dingin. Panas kot pakai kipas biasa. Macam duduk dalam oven.”
"Ceh. Sombong. Dah cukup baik ada kipas dalam bilik tu, kalau takda tadi, alamatnya jadi ayam pangganglah kau malam ni. Sebaiknya kau habiskan sushi kau tu. Habistu masuk tidur."
"Abang tidurlah dulu, Arin belum mengantuk lagi. Pening kepala ni."
“Tak boleh tidur sebab panas?.”
Arin mengangguk laju.
“Tu tahu. Panas giler. Nak buka tingkap takut nyamuk hisap darah suci saya. Nak buka baju, takut abang sekodeng saya pula.”
Ariyan tergelak.
"Siapa juga nak sekodeng kau."
"Mana tahukan."
“Ni, aku ada satu portable air conditioner. Yang jenis letak atas meja tu. Tak besar, tapi cukup sejukkan bilik kecik kau tu. Kau gunalah sementara waktu."
Mata Arin bersinar.
“Serius, abang ada?!. Macam tahu-tahu jelah. Abang boleh baca fikiran saya ke?."
“Aku tak baca fikiran. Tapi kau tu jenis banyak mulut, dah macam buntut ayam. Bila kau tak puas hati, satu kampung boleh dengar.”
“Tak payah nak perlilah. Tapi, terima kasih. Rasa nak peluk je."
"Jangan nak mengada-ada. Aku baik bukan sebab kau. Tapi sebab kalau kau tidur lena malam ni, aku pun boleh tidur lena juga. Takdalah merungut satu rumah. Menganggu ketenteraman tahu."
"Untungkan girlfriend abang dapat abang yang perhatian walaupun dingin ni. Abang jangan risau, saya takkan ganggu ketenangan abang. Trust me."
"Itu seharusnya. Jangan buat aku menyesal bagi pinjam. Kalau kau pecahkan, esok aku letak kau tidur dalam reban ayam.”
"Tak nak." Jawab Arin pantas.
"Dah habiskan sushi kau tu. Aku nak masuk tidur. Kau juga. Jangan lama-lama dekat luar. Nanti masuk angin." Pesan Ariyan lalu melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Arin.
"Baiklah bos." Jawab Arin lalu menyuap satu persatu makanan yang tersisa ke dalam mulutnya, lantas melangkah pergi mengikuti belakang Ariyan
Tanpa mereka sedari, Puan Mina dan suaminya mengintai di balik jendela bilik mereka.
"Tak pernah-pernah Ariyan baik dengan orang luar. Apa dia ada plan nak kenakan Arin."
"Entahlah. Sushi yang budak tu makan, bukan senang nak cari. Jauh kot, dekat pekan."
"Mina rasa dia kebetulan lalu sana kot. Yelah, tadi Yan cakap dia nak jumpa kawan dia dekat hospital. Mungkin masa balik tu dia singgah beli sushi untuk Arin. Tapikan bang, Ariyan yang Mina kenal, dia bukan jenis yang suka ambil berat dengan orang yang baru dia kenal.”
Pak Karim mengangguk setuju.
"Itu yang abang pelik. Anak kita tu dingin. Nak senyum pun payah, inikan pula beli makanan Jepun untuk Arin. Apatahlagi budak tu melawan cakap dia. Susahlah nak tengok Ariyan berlembut."
"Mungkin dia kesian kot. Budak tu nampak macam tak biasa tinggal dekat tempat macam ni. Ariyan pun bukannya hati keras sangat. Kalau dia tengok orang tu tak selesa, dia tahu juga rasa simpati.”
“Mungkin. Tapi entahlah. Abang tengok lain macam sikit cara Ariyan pandang budak tu tadi. Macam ada sesuatu, tapi dia simpan dalam.”
"Abang ni jangan buat andaian pelik-pelik. Tak sampai 24 jam Arin duduk sini. Kita tak tahu perangai sebenar budak tu pun. Silap haribulan, dua-dua saling menyakitkan hati.”
“Dah, dah. Nanti Ariyan nampak kita. Tak pasal-pasal kena marah pulak. Jom masuk tidur. Budak-budak muda tu, biarlah dengan dunia mereka. Kita dengan dunia kita.”
“Baiklah. Tapi kalau esok pagi Arin tak boleh bangun Subuh. Abang yang kejutkan. Saya tak sampai hati."
“Ok. Abang rela bangun awal daripada tengok dua orang tu bertekak pagi-pagi.”
Puan Mina dan Pak Karim pun melangkah pergi dari jendela ke tempat tidur mereka.
Share this novel