Terapi.

Action Series 1082

Keluarga Hetzerneuer, antara keluarga bangsawan yang dijuluki gelaran "Gergasi Ekonomi Zehiria" dan memiliki hubungan khas dengan kerabat diraja.
Ketua keluarga yang berkuasa ialah Fr.Aszreena Hetzerneuer dan mengetuai syarikat "Zehir Heavy Industries" [ZHI] sejak usia muda.
Walaupun berstatus bangsawan dan ada hubungan dengan Baginda Maharaja Jasmin II, Fr.Aszreena lebih suka tinggal di rumah tradisional yang diwarisi sejak turun temurun.

Fr.Aszreena memegang banyak anugerah dari pelbagai bidang dan kemahiran.
Antaranya "Businesswoman of the Year", "Lady of Iron" dan "An Emerald of the Empire".
Selain itu, "Panglima Harimau Belang" dalam seni mempertahankan diri dan pernah memegang pangkat "Command Sergeant Major" ketika berkhidmat dalam tentera.

Fr.Aszreena ada seorang adik iaitu He.Iszran Hetzerneuer, yang tidak memiliki banyak pencapaian hidup seperti kakaknya.
He.Iszran kurang bergaul dan bertemu dengan orang luar jikalau ianya tidak penting.
Hanya orang yang dia percaya dan rapat sahaja akan tahu benda yang menarik perhatiannya.

He.Iszran cuma memiliki satu anugerah iaitu "Hero of Papillon" dan mungkin bertambah selepas ini pada masa akan datang.
Biarpun sedang berehat, akal fikirannya masih berperang dengan kebosanan kerana tidak melakukan apa-apa setiap hari.

Semasa ketiadaan tuan rumah, kumpulan pembantu rumah akan mula bekerja di setiap bahagian dalam dan luar rumah.
Diketuai oleh Maria De Guzman, beliau mesti periksa dan pastikan semua kerja siap sebelum Fr.Aszreena balik dari kerja.
Kumpulan pembantu rumah juga berfungsi sebagai penjaga apabila tuan rumah bekerja di luar kota.

Jarum jam menunjukkan waktu pukul 12 tengah malam. Maria baru saja minum segelas air di ruangan dapur dan berjalan balik ke bilik tidurnya.
Ketika melalui bilik tidur tuan muda, cahaya masih kelihatan dari celah bawah pintu.
Maria mengetuk sebanyak tiga kali dan menunggu pintu dibuka.

"Kenapa maria?"
Iszran membuka pintu.

"Kenapa tuan muda belum tidur lagi?"
Maria menanya.

"Saya... Saya tak dapat nak tidur. Saya dengar ada bunyi dari bawah lantai bilik."
Iszran selamba menjawab.

"Lain kali saya bawa air ke bilik sebelum tidur."
Maria tunduk sedikit sebagai tanda minta izin untuk beredar.

Pintu bilik ditutup. Suasana kembali sunyi. Iszran baring atas tilam dan matanya tidak berkelip.
Ianya berterusan sehingga ke waktu pagi dan keadaannya ketika bersarapan begitu menampakkan dia terlalu penat.

Fr.Aszreena menyapu jem beri atas roti;
"Dah terfikir apa nak buat?"

Iszran hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan dan makan sedikit sahaja.

Fr.Aszreena menghela;
"Kabin di belakang rumah ada kalau nak kau tenangkan fikiran."

Sekali lagi, Iszran hanya mengangguk kepala dan minum kopi.

Fr.Aszreena berhenti makan;
"Aku akan buatkan temujanji sesi terapi untuk kau nanti."

Iszran hanya diam dan bangun beredar balik ke biliknya.

Fr.Aszreena mahu bergerak ke tempat kerja dan berhenti di muka pintu;
"Kalau ada apa-apa jadi kat dia, telefon saya."

Maria menghulurkan beg kerja dan angguk kepala;
"Baiklah. Saya akan pantau keadaannya."

Masa berlalu...Iszran turun ke ruang dapur untuk minum kerana berasa haus.
Kebetulan beberapa pembantu rumah sedang berehat di situ dan segera berdiri apabila dia masuk ke situ.

"Tak apa. Sambung berehat."
Iszran meneguk air sejuk.

Maria masuk ke dapur tidak lama kemudian mendekati tuan muda sambil memegang sekeping nota;
"Tuan muda. Tuan besar sudah sedia sesi terapi jam 3.30 petang ni. Saya akan temankan tuan muda ke sana."

"Terima kasih, maria. Jam berapa kita bergerak?"
tanya Iszran ketika membasuh gelas di sinki.

"Jam 2.30 lebih baik sebab tempatnya jauh sikit dari sini."

"Baiklah. Patutkah saya bawa apa-apa ke sana?"

"Saya tak pernah jumpa pakar terapi. Maaf sebab tak boleh beri apa-apa cadangan."

"Tak apa."

3.30 petang. Iszran menepati waktu yang ditetapkan. Tempat itu dihiasi tumbuhan hijau dan wujud dinding kaca yang memaparkan laut biru di luar bangunan.
Dia hanya mendengar ketikan jarum jam yang tergantung di atas dinding.

Seorang lelaki tua masuk ke situ membawa dua cawan teh bunga;
"Encik hetzerneuer, selamat datang. Saya akan dengarkan semua masalah encik hari ni."

Iszran sedikit terkejut tapi terus mengekalkan ketenangannya;
"Te- Terima kasih... Silakan duduk dulu."

Mereka bersalaman dan duduk atas sofa, memandang antara satu sama lain.

Iszran kekok untuk memulakan perbualan. Dia hanya duduk diam.

"Encik hetzerneuer, khabar baik?"
Lelaki tua itu pun memulakan perbualan mereka secara formal.

"Ba-. Baik. Encik macamana?"
Balas Iszran dengan sopan.

"Sihat. walaupun dah tua."

Iszran ketawa sikit apabila mendengar gurauan beliau, suasana menjadi sedikit tenang untuknya.

Beliau menyandar ke belakang dan memegang cawan;
"Ini kali pertama saya dapat klien askar muda. Kebiasaan klien saya adalah veteran seumur saya."

Iszran sedar bahawa postur duduk mereka ketika duduk adalah sama.
Badan tegak, bahu rata, dada sedikit diangkat, kedua-dua lutut tidak berlaga dan kaki lurus.

"Tuan...pernah berkhidmat di dalam tentera kah?"
Iszran memberanikan diri dan menanya untuk kepastian.

"Ya. Perang patriotik yang pertama. Menyertai battalion ke-8 yang dihantar ke north zehirian campaign sampailah ke penaklukan kota vasili."
Kata beliau.

Iszran menundukkan sedikit kepalanya dan tersenyum. Hatinya memberi sedikit kepercayaan untuk bersuara seperti biasa.

"Berapa lama tuan berada di kota vasili?"
Kali ini suara Iszran lebih jelas.

"Dua tahun. Askar kena pergi ke mana mereka dihantar. Bila dah habis, belum tentu semua pulang.
"Separuh hayat saya, negara kita balik masuk tempoh pemulihan hasil kesan buruk perang dan rasa aman. Sampailah ia diancam sekali lagi. Perang zaman kamu jauh lagi berbeza dari zaman saya."
Ujar beliau.

"Rasanya ini benda yang akan diturunkan secara turun temurun."
Iszran menyuarakan pendapat.

"Sangat menakutkan bila saya dengar keadaan peperangan kamu di sana. Kamu melawan musuh tapi tak tahu mereka di mana...
"Sedangkan zaman saya. Mana saya disuruh pergi, di situ ada musuh.
"Macam sekarang di kemboja, tanpa kamu sedar, musuh boleh datang menyerang dari belakang.
"Logik macamana saya fikir pun... Saya tak mahu berperang di zaman kamu. Jujur saya cakap."
Nada suara beliau sedikit bergetar.

"Saya pun sama. Peperangan zaman tuan lagi mencabar. Mungkin rasanya lebih selamat duduk atas kapal."
Iszran mengangguk kepala.

Beliau mengangkat kedua-dua bahu;
"Mungkin. Tiada sesiapa tahu bila peluru sesat boleh kena pada kapal kami. Saya pun bukan pandai berenang."
Kata beliau dengan senyuman dan ketawa kecil.

"Apa? Tapi tuan berkhidmat dalam tentera."
Iszran terkejut dan berasa hairan.

"Tiada seorang pun ajar saya masa tu dan nak berenang ke mana? Lagipun saya jauh dari sini."

"Lepas tamatkan latihan asas saya dihantar ke pulau melur dan jalani latihan intensif sepanjang 6 bulan. Kemudian dihantar untuk tolong pertahankan papillon.
"Sepatutnya kami berundur ke seroja bila battalion baru sampai lepas 6 bulan. Tapi elimina terus kepung kami selama 10 bulan lagi dan halang mana-mana bantuan cuba datang ke pulau tu.
"Saya diletakkan untuk kawal tembok selatan kota yang mana ada ramai orang awam dan askar cedera tengah berlindung atau dapatkan rawatan.
"Saya diarahkan untuk sertai serangan terakhir di tembok timur kota. Lepastu balik ke pakma dan mendapat pingat bersama kenaikkan pangkat ke private 1st class...
"3 bulan lepas tu, saya dan battalion baru dihantar ke pulau kemboja. Selepas dapatkan rawatan dan pemeriksaan, saya dihantar ke sini untuk berehat bila battalion baru sampai di sana..."
Iszran bercerita dengan rasa tenang.

"Kamu mesti dah alami banyak benda teruk kan?"
Soal beliau dengan nada yang sayu.

"Y-ya..."
Iszran berasa sedikit sedih.

"Apa perasaan kamu bila kali pertama membunuh..?"

"... S-saya memang tak fikir benda lain selain teruskan hidup.
"Ada hari kami hilang banyak orang. Ada hari mereka pula kena.
"Tapi ada masa mereka hantar bekalan makanan untuk kami masak dan bagi kepada orang awam. Ketua mereka pun kadangkala cadang buat gencatan sehari untuk perayaan di Elimina atau di Zehir."
Sambung Iszran.

"Lebih kurang sama. Saya pun kena lawan askar Wawapotamia masa patriotic war...dan sekarang kamu kena lawan Elimina...
"Apa saya pernah nampak dan alami masih melekat di ingatan...
"Bila dah tua ni, saya sedar yang askar-askar wawapotamia pun sama macam kita. Mereka kena buat apa yang mereka kena buat..."
Beliau berkongsi kisah lama dan memberikan sedikit kefahaman.

"Bila kali pertama kali guna rifle, saya banyak bergantung dan takut kehilangannya. Ancaman dari luar kota boleh datang bila-bila masa.
"Kebanyakkan waktu saya kena tukar rifle sebab selalu tersekat oleh lumpur atau terlebih guna.
"Jadi saya ubahsuai dan buat rifle sendiri. Saya tahu apa yang saya buat, lawan kod tentera tapi saya kena teruskan hidup..."

"Kalau terlepas kita memang tak berjumpa hari ni. Hahahaha."
Beliau bergurau sikit.

"Hahahahaha. Ya betul."
Iszran berasa terhibur.

"Apa yang kamu fikir pasal pandangan orang pada kita?"
Beliau mengemukakan soalan sedikit keluar dari topik.

"Bergantung pada tempat dan gambaran orang setempat..?
"Sesetengah orang kelas atas bersuara yang askar cuma pembunuh dan tidak berperikemanusiaan. Itu disebabkan oleh mereka tak pernah rasa nyawa mereka terancam lagi.
"Sedangkan pada mata mereka yang berada di papillon, kami ni dianggap penyelamat dan pelindung negara..."
Iszran berharap jawapannya cukup memuaskan.

"Peperangan zaman saya terlalu lama tempohnya sampai siapa saja yang balik mesti akan diraikan.
"Ucapan terima kasih tidak asing di mulut orang awam masa tu sebab askar-askar kita berhempas pulas mempertahankan keamanan ibu pertiwi. Saya lega dapat balik ke sini pada waktu tu.
"Kini saya dengar dan dapat faham, ini generasi yang berbeza. Perang yang berbeza. Benda baru."
Beliau mengangguk kepala.

"Seperti yang tuan katakan, saya masih merasakan tekanan yang berterusan walaupun dah balik ke sini. Macam, "apa lagi?" dan "apa lagi lepas ni?". Sebab saya masih dalam tahap waspada yang tinggi.
"Biarpun ada satu musuh saja di depan mata, saya dah sedia dan mahu melawan.
"Dan itulah mungkin, sebab bila saya balik rumah... berehat tapi kepala saya masih berperang. Dengar sedikit bunyi pun saya dah terjaga..."
Iszran mula menceritakan masalah yang sedang dialaminya.

"Itulah namanya perang. Sama ada kita atau mereka. Kita memang fikir nak balik rumah sama macam masa kita tinggalkan rumah...
"Sepanjang tahun ni, berapa banyak kawan kamu dah hilang di medan perang?"
Beliau terus mahu mendengar keluhan anak muda ini.

"Saya rasa berat hati untuk cakap, sebab banyak kawan-kawan saya dah mati. Hampir setiap hari saya bangun dengan orang lain di sebelah saya...
"Saya dah beberapa kali kena pindah masuk dari battalion lain ke battalion lain. Saya dah alami banyak kehilangan dan kecederaan.
"Kehilangan paling cepat dah saya alami berlaku pada hari yang sama..."
Iszran sedikit sebak ketika berkata;
"Tuan pernah cedera di mana mana bahagian badan kah?"

"Mestilah. Machine gun dekat betis. Selebihnya cuma tulang dan rusuk retak.
"Kesihatan mental saya tidak teruk sangat. Tapi satu epidemik.
"Sama ada kamu askar veteran atau baru, kamu mesti akan rasai perasaan teruk semasa peperangan. Disuruh berundur dan balik maju ke hadapan. Berulang-ulang setiap hari...
"Walaupun teruk, ramai askar veteran nak daftar masuk balik ke tentera bila perang mula tetapi dihalang oleh Panglima Kasturi.
"Kata panglima, itu cumalah kesan dari rutin harian masa kami dalam tentera dulu. Saya setuju."
Ujar beliau.

"Banyak veteran yang kembali bercampur dengan masyrakat berasa terasing. Sebab hampir sepanjang hidup mereka berada dalam tentera dan menyebabkan mereka rindu rasa pada...
"Comradery."
Iszran menyuarakan fakta.

"Setuju."
Beliau menganggukkan kepala.

"Saya pun alami situasi yang sama. Masih tak boleh lupakan apa yang berlaku di kemboja. Saya ada niat nak tolong mereka dari sini, cuma tak tahu macamana lagi..."
Iszran berkongsi satu lagi masalahnya.

"Banyakkan tengok kehijauan alam, pergi mengembara atau daki bukit di utara. Ia membantu untuk tenangkan hati dan fikiran kamu."
Cadang beliau menghulurkan sekeping pamphlet.

"Selama tuan berkhidmat, ada apa-apa yang tuan sesalkan?"
Iszran menanya lagi.

"Tidak ada. Jadi askar ialah satu peristiwa hidup yang paling saya banggakan."
Senyuman manis terukir pada wajah beliau.

"Saya nak mencontohi perkara tu. Bukannya apa, jelas kesihatan mental saya sebagai bayaran tapi saya yakin ia menolong untuk buat diri saya lagi kuat.
"Maksud saya, membentuk diri saya menjadi lebih bagus."
Iszran menemukan tugasan dia perlu lakukan sepanjang berada di barisan belakang.

"Kenapa saya berkongsi semua pengalaman saya kepada kamu?
"Sebab percaya ianya mungkin membantu kamu sedikit. Kita tidak mengetahui zaman masing-masing... Zaman kamu lain. Zaman saya lain. Tapi ilmu itu kita kongsikan bagi memahamkan kedua-dua diri.
"Bila sampai masanya untuk orang lain mendengar cerita kita, mereka akan tafsirkannya sebagai satu detik bersejarah..."
Beliau menyimpulkan sesi mereka.

"Saya berharap ianya menjadi kenyataan... Bila berada di luar zon perang, saya takut berkongsi hal ni dengan orang lain biarpun kepada orang yang saya percaya...
"Bila ada yang kritik jasa yang kami buat, saya ada masa nak lari dan bersembunyi...
"Dapat berjumpa tuan di sini pada hari ni. Tuan mendengar saya punya cerita. Ia membantu sangat.
"Sekarang saya dah terfikir apa nak dibuat bagi mengisi masa kosong yang banyak...
"Satu hari nanti, saya nak kongsi perbualan kita pada askar yang lain..
"Buat mereka fikir; "aku pun alami benda ni.", "aku beruntung daripada mereka." lalu beranikan diri untuk keluar dari zon tidak selesa dalam hidup mereka.
"Sekurang-kurangnya kita dah tolong satu orang. Berbaloi. Itu yang buat saya mahu kongsi cerita kita dengan orang lain."
Iszran tersenyum gembira.

"Kalau kamu tidak beritahu apa yang kamu alami, mesti saya tak tahu semua tu kan?
"Saya belajar banyak benda dari kamu. Saya berharap semoga perbualan kita membantu dengan cara yang kamu katakan tadi."
Sokong beliau.

Mereka berdiri, bersalaman dan berpelukan kemudian berpisah mengikut jalan masing-masing.

Siapa tahu, mungkin inilah kali pertama dan terakhir mereka akan bersemuka...


Fr.Aszreena sudah berada di rumah apabila mereka telah balik.

"Maria. Malam ni kita semua makan dekat luar rumah."
Kata Fr.Aszreena lalu minum air.

"Ah! Baiklah. Kami akan mula sediakan pemanggang dekat luar."
Maria menangkap mesej dari tuannya.

Iszran hanya duduk di sofa dan menuang air ke cawan sebelum pembantu rumah sempat menawarkan pertolongan.

"Macamana dengan sesi tadi?"
Fr.Aszreena menanya.

"Ya... Banyak membantu."
Iszran menjawab dengan sikit deretan nada suara.

Fr.Aszreena menganggukkan kepala sebagai tanda gembira.

"Lusa saya ke klinik untuk medical check-ups. Lepas tu saya mungkin nak berjalan-jalan ke nz atau sz..."
Maklum Iszran sedikit risau.

Fr.Aszreena meminta sebatang rokok dari pembantu rumah;
"Tiada masalah. Penting kau gembira. Nak aku bagi orang ikut kawankan kau sekali?"

Iszran menggelengkan kepala;
"Tak payahlah."

"Kalau kau nak apa-apa bagi aku tahu, ok?"

"Ok."

Fr.Aszreena habiskan rokok, Iszran hanya mendendangkan rentak dalam fikirannya.

"Fuuu... Sepanjang kau dekat sana, apa benda-benda yang paling melekat di kepala mu?"
Fr.Aszreena berasa bosan dan melontarkan soalan rawak.

"Dibagi arahan untuk tembak sesiapa yang cuba larikan diri...
"Kualiti makanan teruk. Tin senang disedia tapi senang juga rosak...
"Terlalu banyak orang kita mati, untuk bebaskan satu pantai saja..."
Iszran baring atas sofa.

Fr.Aszreena hanya senyum dan ketawa sinis, membuatkan adiknya berasa sedikit hairan.

"Akak dah kenapa?"
Iszran garu kepala.

"Haa... Tiadalah. Cuma ada banyangan duit depan mata tadi.."
Fr.Aszreena bergurau.

Dia sedar akan sesuatu dan reaksi mukanya berubah sedikit.

"Biar aku sendiri buat, itu buah akal ku. Kau kan dah banyak buat duit."
Pinta Iszran.

"Oh? Bila kali terakhir kau buat duit sendiri ? Kalau bukan, kerja dengan aku jugak?"
Sindir Fr.Aszreena.

"Tsk. Aku akan cari jalan."

"Ahhhh... Aku tak sabar nak tengok benda merepek apa lagi kau akan buat. Hahahaha!
"Sudah, sudah. Aku tak nak ketawa banyak sangat. Haih..."

Fr.Aszreena mengelap sedikit air mata hasil dari ketawa besar tadi dan senyum kepada adiknya...

Iszran hanya berdiam, dalam hatinya membenci perangai buruk kakaknya...dan tertidur.

Dua hari berlalu, Iszran ke Pakma untuk urusan temujanji dan Maria menemaninya atas permintaan Fr.Aszreena.

"Doktor valentine belum ada, awak boleh tunggu di kerusi tu."
Kata jururawat.

Iszran hanya duduk menunggu dan tidak lama kemudian jururawat memanggilnya masuk ke bilik untuk pemeriksaan.

"Hai. Rasa lebih sihat dari sebelum ni?"
Tanya Doktor Valentine yang duduk di depannya.

"Ya..."
Iszran perasan bau yang lain daripada bau ubat-ubatan.

"Kenapa?"
Tanya Doktor Valentine lagi.

"Tiada apa-apa..."
Iszran geleng kepala.

"Ok. Tangan mari sini. Aku percaya kau mesti ada ke klinik lain sebelum ke sini..."
Valentine membuka kain yang membalut luka di tangan hingga ke lengan pesakitnya.

"Mana ada. Keluarga saya ada concierge doctor, jadi dia tolong cuci luka saya setiap hari..."
Iszran mendedahkan sesuatu.

"Terima kasih. Senang sikit kerja aku."
Valentine mula membersihkan luka dan membalutnya menggunakan kain pembalut baru;
"Ada demam tak sepanjang di rumah?"

"Tiada."
Iszran hanya melihat tangan dan lengannya.

"Kau ada ambil apa-apa ubat tradisional kah?"

"Tiada."

"Ubat vitamin, lain-lain?"

"Tiada. Saya cuma ikut diet harian. Terutamanya sayur hijau, saya suka makan coleslaw dan mash potatoes."

"Ada buat kerja-kerja berat di rumah?"

"Tiada. Keluarga saya ada pembantu rumah."

"Waw. Berapa orang?"

"Lima? Ya, lima."

Pemeriksaan diteruskan oleh Valentine, beliau memeriksa badan dan mengambil X-ray untuk melihat keadaan tulang belakang Iszran.

Valentine diam sekejap lalu mengundurkan diri ke belakang dan menyerahkan sebiji gula-gula kepada Iszran.

"Te-terima kasih..."
Iszran berterima kasih.

"Kau mesti rehat dua bulan, budak muda berbakat macam kau ni kena dijaga betul-betul..."
Valentine menulis sesuatu atas kertas.

"Bakat..?"
Iszran tertanya-tanya.

"Kau berani menikam panglima elimina. Muda-muda lagi dah dapat pingat wira. Kau yang pertama di dalam sejarah pertama pingat wira dalam usia muda."
Ulas Valentine.

"Macamana doktor tahu?"

"Muka kau jelas-jelas masuk surat khabar. Nama kau pun selalu kena sebut dekat radio."

"Saya tak tahu pun..."

"Dah siap. Nanti ambil ubat dekat depan. Dua minggu lagi kita jumpa. Bai."
Valentine mengemas meja dan membasuh tangan di sinki.

Iszran berdiri dan berkata;
"Oh, ok..."
Sebelum keluar dari bilik konsultasi dan beredar balik ke rumah.

Sebelum bertolak dari Pakma ke Bazaaria Barat, Maria sempat membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

Akhirnya...3000 patah perkataan untuk satu bab. Waaa....ini detik bersejarah. Usaha kini terbayar. Lain kali cuba untuk improve teknik penulisan pula. Sebagai balasan capai 3000 tu, tajuk tak tahu nak letak apa. Apa jadi selepas ni? Siapa tahu..? *garuk kepala* draf pun belum ada lagi. Apa-apa pun terima kasih sebab masih membaca. Jumpa lagi lain bab. Bai bai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience