HFM 42 | | Side Decision

Romance Series 73463

Tali lehernya direntap kasar sebelum beberapa butang dibuka dek rasa tidak selesa dengan ekoran terlalu berang hingga tak terkata. Lantas dia berdiri di hadapan Dihya dengan raut wajah tegang. Kepalan penumbuk erat dalam genggaman.


"Dah la keluar masuk rumah orang macam cencorot lepas tu boleh pulak berlakon pura-pura tak tahu apa-apa? Seronok ya buat aku macam orang bodoh dalam rumah ni?" deram Zane di balik ketapan gigi saat bertentang mata dengan Dihya.

Dihya membuntang mata saat dongak bertentang mata dengan Zane. Lelaki itu benar-benar kelihatan hendak mengamuk. Dari gerak bahasa badan Zane sendiri dah jelas lelaki itu akan angkat tangan bila-bila masa aje kejap lagi.


"Tu-tuan..." gagap Dihya kelu tidak dapat menuturkan kata saat itu.

"Ya memang aku masuk! Memang aku serang dia! Salah kau sebab kau dah tak macam dulu! Sebab tu aku ke sini. Sebab aku nak tahu apa yang dah buat kau berubah!" Sarah menjerit sambil memegang pipinya yang berbekas kerana ditampar Zane tadi. "Aku beritahu dekat betina murahan ni supaya sedar diri dia tu siapa! Dan dia patut berhambus dari sini! Kalau Astrid tahu pasal ni, kau tahu dia akan-"

Pantas kepala Dihya berpaling ke arah Sarah. Pengakuan itu buatkan dia tersentak sedar apa yang sedang berlaku. No wonder la!

Sepertinya Sarah sudahpun tertangkap dengan Zane tentang apa yang gadis tu telah lakukan pada dia! Dan sekarang Zane marah sebab bukan setakat dia aje yang menipu tetapi termasuk semua orang dekat sini!


"DIAM!"bentak Zane semasa tunduk ke bawah dimana Sarah berada.


"Kau tak pernah nak berubah! Sikit-sikit perempuan... Perempuan! Kalau kau tak abaikan aku, aku takkan-"tambah Sarah yang enggan berhenti walaupun diberi amaran dengan Zane.

Dengan sekelip mata, Zane tunduk menarik Sarah bangun sebelum mencekik leher itu lalu di sandarkan pada dinding dengan kasar hingga terhantuk kepala tu dibuatnya.

Kyren apalagi dia terus bergegas mendapatkan Zane untuk meleraikan mereka. Sementara Dihya terpinga-pinga di situ.


"Kau sedar tak yang kau hidup sampai hari ni sebab aku? Dan kau berani nak melawan hanya sebab aku abaikan kau? Nampaknya kau masih tak sedar kenapa sampai hari ni aku tak buang kau! Ianya bukan sebab aku kisah pasal kau tapi sebab aku tahu sekali tangan aku sentuh kau, mati kau aku kerjakan!"Zane sudah mengangkat penumbuknya semasa Kyren lock lengan tersebut dari bergerak.

Sarah bergelut hendak meleraikan cengkaman itu.


"Tuan hentikannya! "pinta Kyren. Walaupun tubuhnya lebih tinggi dan besar, kekuatannya tidak dapat dibandingkan dengan Zane yang lebih gagah dan kekar darinya. "Jangan lakukan hal yang buat tuan menyesal!"


"HAHAHA! Berlagak nak mati! Cuba la kalau kau berani. Kau ingat aku takut! Kau pukul la aku. Memang patut pun aku beritahu Astrid siapa sebenarnya perempuan simpanan kau ni. Kau tunggu la apa yang dia akan buat nanti!" Sarah ketawa jahat semasa dirinya masih sedang di cekik.

Ekoran terlalu berang, Zane mengeratkan cengkaman pada leher itu hingga menyebabkan wajah Sarah semakin kemerahan. Langsung tidak berfikir apa-apa kerana dalam kepala Zane ketika itu hanya marah.


Pada masa itulah tangan Dihya muncul di depannya. Hinggap pada tangan yang sedang mecekau batang leher Sarah. "Tuan..."panggil Dihya perlahan.

Dengan marah Zane menjeling ke tepi. Melihat Dihya sedang berkerut kening susah hati kepadanya. Raut wajah risau itu ditatap. Buatkan rasa amarah yang berombak dalam dada terus surut tanpa punca.


"Jangan macam ni. Tuan janji dekat saya yang tuan takkan guna kekerasan lagi kan."Dihya memandang rayu pada Zane semasa berkata.

Sarah dan Kyren silih ganti memandang Zane dan Dihya. Mereka tahu Zane bukan seorang yang mudah mengalah apalagi terpujuk. Jadi mereka berdua boleh mengagak apa reaksi Zane sebentar lagi. Kalau bukan lelaki itu membentak pasti Dihya sekali turut di sakiti.


"Lepaskan Cik Sarah dulu." minta Dihya lagi.

Pujukan itu berjaya buatkan Zane melepaskan Sarah. Tetapi dia tidak melepaskan Sarah begitu sahaja, dia malahan mencampak Sarah ke lantai semula berdekatan pintu. Jatuh terduduk dibuatnya dia dekat situ.

Dihya terus mendorong Kyren supaya lekas-lekas mendapatkan Sarah di situ sementara dia mendapatkan Zane agar tidak maju ke depan mendapatkan adik perempuan lelaki itu semula.


"Ini adalah amaran terakhir aku Sarah."Zane tunduk memandang Sarah dengan bengis sewaktu nafasnya naik turun kencang menahan sabar." Mulai detik ni, sekali lagi kau jejak kaki ke tempat aku, sentuh apa yang kepunyaan aku, aku takkan teragak-agak untuk rampas semua yang aku dah berikan pada kau dan campak kau semula ke rehab pemulihan dadah lama kau tu! Ingat!"

Sambil terbatuk-batuk dalam kesakitan, Sarah bangun dari situ sambil di pimpin Kyren di sebelah. Dia menjeling ke arah Dihya yang erat mencengkam lengan Zane sewaktu abangnya sedang marah. Bukan perasaan marah yang dia rasakan. Tapi kagum dan hairan. Bagaimana Zane boleh dikawal begitu aje? Seumur hidupnya mengenali Zane, abang barannya ini bukan jenis cepat sejuk apalagi patuh pada sesiapa!


"Tunggu apa lagi! Berhambus!" bentak Zane mengejutkan menung Sarah serta merta. Dalam keadaan terkebil-kebil dia pun mengundur ke belakang bersama Kyren. Mata masih memandang hairan ke Dihya di situ. Sepertinya kakak iparnya akan kehilangan peluang untuk kekal sebagai isteri Zane satu hari nanti. Sebab dia yakin, mistress Zane yang satu ini bukanlah sebarangan Mistress untuk Zane.

Kalau guna PAGING you guys hanya akan baca tanpa ada perenggan. Cuma ada Part by part. Kalau SCROLLING Baru you guys dapat nampak perenggan setiap part. So siapa suka tengok ada perenggan boleh guna setting SCROLLING Kalau suka Baca macam selak novel, guna setting PAGING.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience