"HATI AWAK"
Hasma kecundang. Hari itu, semua benda yang dia buat serba tak kena saja. Kata-kata Ilham semalam benar-benar telah mengganggu-gugat ketenangannya. Lenanya juga sudah tak seindah dulu.
Ishhh, apa sudah jadi?! Takkan dia sudah terpikat dengan lelaki itu? Hmm, takkanlah! Lelaki semua sama je. Mengorat guna ayat-ayat manis. Lagipula, dia bukanlah secantik bidadari. Kalau berdiri sebelah Ilham, jauh betul panggang dari api!
"Kenapa pulak dia nak sukakan aku? Aku ni dahlah gemuk, tak cantik, kasar pulak tu. Dia tu, ibarat putera raja. Hensem ada, manis ada, semua ada..."
Hasma tersengih sendiri apabila teringat akan senyuman Ilham. Sememangnya lelaki itu ada aura tersendiri yang mampu mencairkan hati mana-mana perempuan. Dan untuk Ilham jatuh cinta padanya, itu tak mungkin terjadi.
"Awat hang sengih-sengih ni? Dah macam kerang busuk aku tengok"
Suara kasar Azizah menyentakkan Hasma. Dia berlagak selamba dan mencuba untuk tenang.
"Hang kena sampuk jin mata tiga ka?"
"Banyaklah kau punya jin mata tiga!"
"Dah tu, yang hang dok sengih-sengih semacam ja, apa cerr?"
Azizah melabuh punggung di hadapan Hasma.
"Weii Azi! Aku ada ceritalah nak share dengan kau"
Bahu Azizah dicuit.
"Haa apa dia?"
"Ni pasal abang kantin kita tu"
Terbeliak biji mata Azizah mendengarkan omongan Hasma itu.
"Dia macam..."
Azizah menanti penuh sabar akan kata-kata Hasma tersebut.
"Macam apa?"
"Kuch kuch hota hai"
"Serius aar?"
"Seriuslah! Aku bukan macam kau, suka main-main kalau bercakap" Hasma menyindir.
"Amboii, selamba badak hang na! Cepatlah habaqq!"
"Aku rasa dia suka kat aku"
Omongan Hasma tersebut ternyata mengundang tawa di bibir Azizah. Dah tu, tak henti pulak dia gelakkan si Hasma yang dah semacam saja tengok dia!
"Tak sofa ni, karang engkau yang terbang aku buat!" Hasma menjeling. Dia sedar dirilah! Dia tahu dia tak padan dengan si Ilham yang hitam manis itu. Tapi takkanlah si Azizah ni tak boleh nak jaga perasaan dia? Dok sakan gelakkan dia pasaipa?!
"Sorry. Sorry. Lawaklah hang!" Azizah menyudahkan tawa. Air mata yang bertakung segera diseka.
"Iye, aku sedar. Aku tak secantik mana. Aku ni gemuk. Kalau berdiri sebelah Ilham ,orang ingat babu. Tak pun makcik-makcik. Aku sedar diri. Aku sedar tu"
"Ala ala ala bucuk dia ni.. Hang tak payahlah nak teriak kat sini. Bukannya aku marah hang pun"
"Bila masa aku teriak?"
"Hishhh, dia ni! Teriak tu bahasa utara kami. Kalau bahasa Malaysia, maksud dia menangis" jawab Azizah, sengaja berloghat Malaysia.
Hasma mengangguk perlahan. Laa, baru tauuu!
"Ni..macam mana hang tau dia suka kat hang? Macam aku tak caya jaa"
"Dia sendiri yang cakap"
"Dengan hang ka dia habaq?"
"Taklah! Dengan jiran sebelah! Kelakar kan? Pastu jiran tu bagitau aku. Ha ha ha"
Azizah menjeling. Tak lawak okey?!
"Dengan akulah! Dengan siapa lagi?"
Azizah mengangguk-angguk. "Dia habaq lagu mana?"
"Dia kata, dia nak curi hati aku. Haaa takkan obvious sangat tu dia suka kat aku?"
Kata-kata Hasma membatukan Azizah seketika. Dia ligat berfikir akan cerita Hasma itu. Sukar nak dipercaya kerana Ilham adalah persis lelaki yang boleh dikatakan perfect dan charming! Dan kalau dilihat-lihat pada Hasma, tiada satu pun yang menarik pada gadis itu untuk dicintai. Tapi, mungkinkah Ilham bukan jenis lelaki yang memandang akan rupa paras sata-mata?
Ehh, curi hati? Jangan-jangan...
"Weiii jangan-jangan dia nak curi hati hang pahtu buat duit?"
Fikiran kotor Azizah mulai menerpa.
Hasma tersentak. Dahinya mengerut. Tak mengerti sebenarnya.
"Maksud kau?"
"Yalah dia kan nak curi hati hang. Mungkin dia nak jual hati hang pada organisasi jual organ. Dia dapat duit, dia larikan diri. Pahtu hang pun..." Azizah buat gaya gantung diri.
"Haihhh! Merapu punya otaklah kau ni!!"
Hasma berlalu meninggalkan Azizah dengan imaginasinya itu. Azizah mengejar dari belakang.
"Weiii, betuilah! Hang dengaqlah dulu. Weiii Hasma!!"
"NATRAH, maafkan saya! Maafkan saya sangat-sangat! Saya berdosa pada awak Natrah! Saya berdosa. Tolong maafkan saya. Jangan seksa saya Ara. Jangan seksa saya! Saya merayu. Saya merayu..."
"Pergi! Pergi! Pergiiiiiii!!!"
Jeritan Natrah menyentakkan seisi rumah. Kelam-kabut Eirfan bangkit dari tidur lantas mendapatkan Natrah di sisi. Dia lihat Natrah masih meracau-racau sambil mengalirkan air mata.
"Love! Love!"
"Pergi aku cakap! Pergi!! Jangan ganggu aku. Aku benci kauuu!!"
"Love!!"
Tubuh Natrah digoncang lebih keras. Kali ini, barulah Natrah tersedar dalam esakan. Dia dan Eirfan saling berbalas pandangan.
"Kenapa ni sayang?" tanya Eirfan penuh kelembutan.
"Dia...dia ganggu saya" rengek Natrah lantas memeluk tubuh suaminya.
"Siapa dia?" Eirfan mengerut dahi.
"Lelaki jahat tu lah!" bentak Natrah. Esakannya masih jelas kedengaran.
"Takde apa Love. Tu cuma mimpi saja. Takde apa okay?"
Bahu Natrah diusap lembut. Sebolehnya, dia cuba menenangkan Natrah yang sudah lencun dek air mata.
"Dia kacau saya. Dia memang jahat. Saya benci dia!"
"Iye, Hubby tahu tu sayang. Sabar okey? Istigfar banyak-banyak. In Shaa Allah, dia takkan ganggu lagi"
"Isk isk isk..Saya tak suka dia. Saya benci dia. Dan sekarang, saya kena tanggung kepayahan mengandungkan anak dia. Saya tak nak Hubby! Saya terseksa!!"
"Love!"
Eirfan hilang kata-kata. Susahnya nak menenangkan Natrah ketika ini. Dia tak mampu nak bagi kata putus. Jika dia memaksa Natrah untuk terus meneruskan kehamilannya, dia sedia maklum akan perasaan isterinya yang terluka.
Namun jika dia menyuruh Natrah menggugurkan, itu sudah jadi dosa besar. Apatah lagi anak dalam kandungan Natrah hampir lengkap menjadi manusia. Bayi itu tidak bersalah. Dia juga berhak hidup. Tetapi Natrah juga tidak boleh dipersalahkan.
Ya Allah, sesungguhnya dia buntu!
"Kita kena redha Love. Allah bagi ujian kerana Dia sayangkan kita. Hubby tahu, Hubby tak berada di tempat Love. Tapi Hubby pun terluka dengan keadaan yang menimpa kita. Tapi benda sudah terjadi. Jadi kita kena redha dan jalani semua mengikut rancanganNya. Percayalah cakap Hubby. Semua akan pulih jika diizinkan Allah"
Dahi Natrah menjadi sasaran bibirnya. Air mata lelakinya jatuh setitik demi setitik. Dia juga turut berkongsi kesedihan itu bersama Natrah.
Pelukan Natrah semakin erat. Dapat dia rasakan hangatnya dadanya saat itu dek air mata Natrah.
Dalam ketika itu, dia redha dan pasrah!
"KENAPA Ara meracau malam tadi?"
Eirfan angkat kening. Dia tatap wajah Nabihah yang sedia mendengar penjelasannya.
Nabihah berkira-kira hendak mendapatkan Natrah semalam, tetapi dilihatnya keadaan seakan kembali tenang, maka dia membatalkan hasratnya.
"Dia mimpi arwah Ehsan"
Ada keluhan kecil terdengar di hujung bicaranya. Sampai kapan dia bisa bebas dari permasalahan ini!
"Mimpi arwah Ehsan?"
Kaget dengan omongan Eirfan, Nabihah ulang pertanyaan. Wajah sugul Eirfan ditatap lagi. Bukan saja Natrah yang kelihatan cengkung, adik iparnya yang satu ini juga sama! Barangkali sama-sama makan hati agaknya!!
"Dia kata arwah Ehsan kacau dia dalam mimpi. Tapi tak tahulah kacau macam mana. Ara tak bagitau saya. Lepas je dia menangis, tak lama lepas tu dia terus terlelap. Saya pun ikut terlelap. Celik mata je, dah nak masuk waktu Subuh" terang Eirfan lagi.
"Tapi saya boleh agak. Mungkin arwah nak mintak maaf atau mungkin jugak dia nak tuntut sesuatu dari Ara" Eirfan memuntahkan kebimbangan .
"Apa yang dia nak tuntut?"
"Mungkin anak dalam kandungan Ara"
Nabihah hela nafas panjang-panjang. Masya Allah! Takkanlah sampai macam tu sekali. Orang tu pun dah jadi arwah!
"Tapi dia kan dah..."
"Meninggal. Iya, saya tahu tu. Tapi entahlah kak. Dalam otak saya ni, macam-macam yang saya fikir. Tapi itulah, takde siapa boleh faham. Agaknya kali ni, saya kena pendam lagi segala rasa tu sendiri"
Di hujung bicaranya, Eirfan gelak namun tampak palsu saja tawanya itu.
Nabihah kerut dahi. Pendam lagi sendiri? Itu dia tak faham. Kenapa dengan Eirfan? Seberat apakah masalahnya selama ini?
"Tapi saya dah biasa kak. Merantau dan menumpang di tempat orang. Sekarang, bila dah ada keluarga sendiri, saya kena biasakan diri dengan semua ni. Yang luka pun bukan anggota badan. Tapi hati sendiri"
"Eirfan okey ke?"
Anak mata Eirfan bersabung dengan anak mata milik Nabihah. Dia ingin meraung di situ namun dia tidak mahu nampak lemah di hadapan kakak iparnya. Dia kan lelaki, juga seorang suami. Masakan dia harus tampak goyah!
"Okey kak. Terima kasih"
"Kalau ada apa-apa masalah, jangan segan nak share. Kita dah jadi satu keluarga sekarang ni. Akak tak nak nanti korang berdua ada masalah, dan akak tak tahu. Nanti makin sulit"
Eirfan mengangguk. Keluarga? Alangkah indahnya kalau yang berbicara seperti itu adalah Datuk Elias. Pasti dia akan jadi manusia paling beruntung sekali dalam dunia.
Namun mimpi tak seindah kenyataan. Maka dia harus berpijak di alam nyata. Yang pasti, jalani sajalah kehidupan ini dengan penuh warna-warni. Pada akhirnya, orang yang sabar akan Allah kurniakan selautan malah mungkin seisi dunia kebahagiaan untuknya.
Iya Eirfan! Kau harus sabar!
MENDENGARKAN luahan Eirfan sebentar tadi, bikin sekeping hati milik Natrah kucar-kacir. Dalam tak sedar, air matanya mula memenuhi ruang wajah. Kejam sangatkah dia pada suami sendiri? Dia biarkan Eirfan terkapai-kapai sendirian padahal dialah tempat lelaki itu berteduh.
Dia tahu, segala masalah yang dialami oleh Eirfan. Tetapi dia egois. Dek kerana dendam dan benci, dia jadi seorang yang pentingkan diri. Dia biarkan Eirfan keseorangan dan dia pula hanyut dalam perasaan!
Ya Allah! Berdosanya aku! Kenapa dia tak pernah tahu perasaan Eirfan selama ini? Kenapa dia tak pernah memahami dan menyelaminya sendiri?
Lelaki itu sudah kehilangan sosok seorang wanita yang paling disayanginya dalam hidup. Dan kini, masakan dia juga mahu menghilang dari hidup lelaki itu? Benar kata Eirfan suatu ketika dulu. Dia ada di hadapan mata namun sangat jauh untuk digapai.
"Hubby, maafkan Love!"
"BANG, kereta saya ni ada masalah. Boleh tolong tengok tak?"
Eirfan mengangkat kepala. Melihat saja wajah cantik putih itu, dia mendengus perlahan. Soraya!
"Oh my god! Eirfan!"
Tampak bercahaya wajah cantik itu tatkala insan yang dirindui ada di hadapan mata. What a coinsidence!
"You own this workshop?" Soraya tampak kaget.
Langkah Eirfan yang laju di hadapan mulai dibontoti. Lelaki itu kini sudah berdiri di hadapan kereta Alza miliknya. Dia mulai memeriksa akan masalah kereta tersebut.
"Ni kena overhaul ni" ujar Eirfan. Dia tak pandang pun wajah Soraya yang dari tadi tak henti-henti memandangnya.
"Overhaul? What does that even mean?" Soraya garu kepala. Yelah, bab-bab kereta ni dia memang kurang cerdik. Selalunya kalau bukan papa dia, pasti si Shahrul, abangnya itu yang pandai soal kereta. Tak pun, Pak Aji selaku driver papanya yang servis kereta. Dia tahu drive saja.
"Huh?" Wajah Soraya akhirnya dipandang. Serius ke dia ni tak tahu? Tahu bawak kereta je, tapi tak tahu-menahu susah jugak. Tak banyak, sikit pun jadilah!
"Serius. I tak tahu" Soraya pamer wajah serius.
"Overhaul kereta bermaksud proses untuk membaikpulih enjin kenderaan secara menyeluruh. Dan melibatkan mekanik meleraikan enjin dan komponen di dalam enjin. Masih tak faham jugak ke?"
"Ohh okay"
Tersengih-sengih Soraya memandang wajah itu.
"Kenapa boleh overhaul?" tanya Soraya lagi.
"Banyak faktor. But clearly..." Eirfan tarik keluar dipstick dan tunjuk pada Soraya.
"Ni apa?"
"Dipstick. Batang logam panjang dan sangat tipis. Tapi walaupun tipis, benda ni dapat guna untuk tahu sukatan minyak hitam dalam kenderaan. Dan saya boleh nampak yang minyak hitam awak..."
Eirfan kecilkan mata untuk memeriksa sejauh mana paras minyak hitam itu berada.
"Low!" sambungnya lagi.
"Low?" Soraya ulang tanya.
"Minyak hitam dah kurang. Berapa kali servis ni?"
"I tak tahu pulak! I jarang drive kereta ni. I selalu drive Range Rover I tu. Kereta tu Shahrul guna. So I terpaksalah guna kereta ni"
"So walaupun bukan awak yang drive, atau jarang drive, itu tak bermaksud yang awak boleh buat tak tahu je pasal kereta. Tak nak ambik tahu banyak sekalipun, atleast learn to know how to service your car. Nanti taklah kena tipu dengan sesiapa!"
"Kalau macam tu, you ajar I?" Soraya separuh merayu.
Eirfan pandang wajah menggoda Soraya itu. Teringat pulak dia bagaimana Ehsan mengenakan dia gara-gara Soraya.
"Perlu ke?" tanya Eirfan.
"Yes, perlu! Nanti senanglah I nak drive mana-mana"
"Okey"
"Serius?"
Soraya tampak gembira apabila Eirfan menyatakan kesudian untuk mengajarnya mengenai kereta. Kesempatan itu bolehlah dia gunakan buat mendekati Eirfan dan mengisi kekosongan lelaki itu.
"Iya serius. Sekejap..." Eirfan memanjangkan leher mencari kelibat seseorang. Dia tersenyum tatkala terlihat Edri di hujung sana.
"Edri!" Laungnya dari jauh. Edri menoleh. Eirfan melambai dan memanggilnya.
"Ye bos"
"Ni, customer kita suruh ajar dia cara-cara servis kereta. Kau ajar dia tentang semua hal berkaitan dengan kereta. Bagi dia faham. Lepas tu, kau servis kereta dia sekali"
"Okey bos!"
" Wait! Eirfan, I ingat you yang nak ajar I"
"Kenapa? Edri pun okey. Dia lagi tahu pasal kereta ni"
"Tapi I nak you yang ajar I"
"Cik Soraya. Awak datang nak servis kereta ke? Atau ada tujuan lain?"
Riak wajah Soraya berubah. Dia menggigit bibir. Bahasa bandannya juga tampak tak selesa.
"Saya harap awak faham yang saya tak berminat kalau awak ada simpan niat atau tujuan lain. Lagipun, awak orang terpelajar. Rasanya, awak lebih faham dari ni kan?" Eirfan menyetir sekaligus mematikan bicara Soraya. Langkahnya dihayun menuju ke pantri. Semakin lama dia melayan Soraya di situ, semakin sesak nafasnya.
"Eirfan!!" Soraya mendongkol geram dengan perangai lelaki itu. Tunggulah!! Huhh!
Sebuah senyuman sinis terlakar pada wajah itu.
Share this novel