Bab 49

Romance Series 39746

"Pandai eh berlakon tadi, nampak real. Macam orang couple 100% lah" puji tania kepada abangnya

"Biasalah, nama pun hud emir kannn. Mestilah pandai" kata abangnya sambil meniup rambutnya yang terjuntai di dahi

"Hahahahahahahahaha perasan, but okaylah"

Mereka pun meneruskan perjalanan sehingga tiba di office. Hud pun membuka pintu untuk tania, talhah ternampak lalu melihatnya

"Okay, so dah sampai sweetheart. So nanti bila you dah nak balik. Call i, nanti i ambik dekat sini" pesan hud

"Okay biy, bye. Thanks hantar i sampai office and belanja i makan tadi"

"Its okay, welcome. Anything for you sweetheart"

"Okay, hati-hati drive"

"Alright" kata hud lalu mencium dahi tania, terus terkejut talhah dan sayf yang melihatnya

"Ushhhh tak kan la sampai cium dahi bagai" kata talhah sambil matanya terbuntang luas. Tania perasan yang mereka sedang diperhatikan oleh dua orang itu. Tetapi tania tetap dengan keadaannnya

"Okaylah, biy gerak dulu"

"Okay" tania melambaikan tangan kepada abangnya, semasa abangnya menaiki kereta mereka berlambaian tangan. Selepas itu, tania terus masuk ke dalam office manakala hud terus keluar untuk pulang ke rumah

Tania masuk ke office dalam keadaan senyum dan riang gembira lalu ditegur oleh sayf

"Keluar dengan boyfriend ke tadi?"

"Haah, kenapa?"

"Ouhh, handsome boyfriend you sekarang eh? pandai cari baru"

"Kalau orang lain pun boleh cari baru, why i tak boleh pulak?"

"Ouhh, ye la kann. But boyfriend you tu macam kasanova je?"

"How do you know?

"I tengok muka dengan cara dia"

"Hahahahahaha ish ish ish, tak baik judge orang macam tu. I dah kenal dia lama, habis degree i terus kenal la. And kitaorang couple sampai ke harini, dia baik dan family i pun dah kenal dengan family dia. So okaylah my family suka dia" terang tania sambil kelentong

"Ouhh, so dah lama lah you ada hubungan dengan dia?"

"Yeah, dah lama jugak. And why?"

"Nothing, pandai you cari peganti i eh?"

"Mestilah, kalau you mampu cari lebih. I mampu cari yang lagi lebih semuanya"

"Hahahahaha" gelak lelaki itu sambil mengetuk pintu lif

Talhah yang berada di dalam lif, mendengar sahaja perbualan mereka. Tetapi sayf dengan tania ni macam pernah ada hubungan istimewa tetapi betul ke?

"Dorang pernah bercinta ke? kalau ye kenapa sayf cakap macam tu dekat tania. Cari peganti?? apa maksudnya? atau tania pernah bercinta dengan orang lain, tapi dia tahu?. Ishhhh pening kepala aku fikirkan masalah orang lain ni" kata talhah dalam hati

Tiba di tingkat 3, sayf terus keluar daripada lif lalu menuju ke tempatnya. Tania dan talhah terus naik ke tingkat atas. Semasa di dalam lif, mereka hanya diam, manakala tania hanya melihat telefon bimbitnya sahaja

Tiba di tingkat 5, tania keluar lalu terus menuju ke biliknya. Talhah yang melihatnya seakan pelik dengan keadaan tania itu

Sayf yang berada di tempatnya, termenung lama. Lalu tiba-tiba dia mendapat idea yang jahat untuk mengenakan tania terhadapnya

"Aku akan buat sendiri, tak payah nak kaitkan dengan orang lain. Tunggu la kau tania, kau akan jadi milik aku nanti secara sah" kata sayf lalu mulakan kerjanya dengan keadaan tersenyum-senyum

Pada waktu pulang, tania telah menelefon abangnya untuk mengambil pulang. Tepat pada pukul 4.55 abangnya telah pun tiba di depan lobi office. Selepas tamat waktu bekerja, tania terus turun tanpa menunggu talhah

Sampai sahaja dilobi, tania terus menuju ke kereta abangnya lalu terus masuk dan pergi

"Eh, dorang tu. Cepat-cepat nak pergi mana?" kata talhah

"Nak pergi buat maksiat" kata sayf lalu beredar

"Eh pasal pulak mamat ni cakap macam tu?"

Semasa di dalam perjalanan, tania sudah membebel mahu ke pasar malam untuk membeli kuih muih yang diingini olehnya

"Lahhh nak suruh cepat-cepat sebab nak pergi pasar malam je? Nak beli apam je?"

"Haah, apam ni sedap. Sebab tu kene cepat. Takut nanti habis, nak suruh abang buat. Abang tak reti nak buat"

"Hemm ye lah, lepastu diheretnye kita sampai ke kedai. Lepastu suruh bayarkan eh?"

"Mana ada, tania bayar sendirilah. Tadikan kita berlakon je, ni tak dah. So tania bayar sebab murah, kalau mahal abang bayar"

"Apa-apa je lah" kata abangnya lalu terus mengikuti adiknya menuju ke kedai apam

Semasa di pasar malam itu, talhah ternampak taufiq dan ariana sedang membeli belah di sebuah gerai. Ariana sedang membeli air manakala taufiq sedang membeli goreng pisang. Niat talhah ingin menegur, tetapi dibiarkan sahaja. Talhah hanya mengambar gambar

"Biy, jomm temankan i malam ni boleh?"

"Boleh, but nak balik rumah you terus ke?"

"Iyelah, you ni. Suka tauu lambat-lambat, i tak sukalah. Nanti ada yang cakap tak puaslah. Apalah"

"Hemm okay-okay, jom jom"

Lalu mereka pun beredar daripada situ, tiba-tiba tania dan abangnya wujud di belakang talhah. Terkejut talhah dibuatnya

"Eh mak kau hijau" lantah talhah

"Eh, orangnya handsome tapi melatah pulak" perli hud

"Emmmmm" talhah hanya tersenyum

"Fia, abang tunggu dalam keretalah. Jangan lambat pulak"

"Okay"

Hud pun pergilah menunggu di dalam kereta. Lalu mereka pun berborak seketika

"Emmm talhah, tadi tu abang you kann?"

"Haah"

"With you fiance right?'

"Yup"

"Wait wait, maksudnya your mom haritu nak kenalkan i dengan abang you yang tadi tu?"

"Haah, but don't worry. I dah bagitahu dengan my mom supaya tak satukan you all"

"Fuhhh, nasib baik. Lega sikit i dengar. Serious i takut kalau macam tu"

"Yeah, itulah. And i nak bagitahu you something ni. I dah bagitahu benda tu pasal my brother dengan tunang i tu dekat my mom. But my dad tak tahu lagi. So i tak nak sape-sape pecahkan"

"Okay, lagi?"

"And i nak you carefull, sebab abang i ada niat tak baik dengan you. I don't know dia nak buat apa dengan you, but that sound no good"

"Okay, insyaAllah i boleh jaga diri i. Selagi i stay with my family"

"Okaylah kalau macam tu, so i dah pesan. Hati-hati okay?"

"Okay, thanks. Eh okaylah, i dah nak kene balik ni. Abang i dah tunggu dalam kereta. Nanti dia marah pulak sebab lambat"

"Bye, see you tomorrow

"Okay, bye, see you"

Lalu mereka pun berpisah disitu, talhah terus pulang ke rumahnya manakala tania terus pulang ke rumah keluarganya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience