39 Selamatkan Del!

Family Series 110448

Rhett hampir rebah menyembah bumi saat dia lihat Amirul sedang berpelukan dengan Deila di laman rumah opah. Dia hancur saat dia lihat adegan terlebih mesra itu. Mungkin betul yang dikata oleh papa… Mirul dan Del pernah saling mencintai sebelum dia datang dan rosakkan semuanya.

“Saya tak perlukan Rhett!”

Teriakan Deila begitu jelas menusuk pendengaran. Jatuh sebutir air mata Rhett. Dada bagai dihambat, sakit teramat. Del dah berubah! Dia tak diperlukan lagi. Itu sudah cukup menjelaskan semuanya. Untuk apa dia berada di situ lagi?

Perlahan, Rhett berpaling dan melangkah pergi. Terasa begitu payah mengheret kaki meninggalkan tempat itu. Air mata jadi terlalu murah. Mengalir laju membasahi pipi. Nangis-nangis Rhett pergi. Hampir saja dia duduk di tengah jalan dan meraung semahunya.

Dia lelaki. Lelaki harus kuat bukan? Tapi, ianya terlalu sakit! Lebih sakit dari dihentam teruk oleh papa. Bagaimana dia mahu teruskan hidup bila batin luka teruk? Mahu bernafas pun dia sudah tiada keinginan.

Rhett kesat air mata ketika sebuah kenderaan pacuan empat roda melintas di depan dia. Cepat-cepat Rhett keringkan air mata. Dada bergelodak bila dia teliti kereta itu. Kereta yang sama dilihatnya awal tadi. Rhett pandang curiga. Mahu ke mana lelaki itu sebenarnya?

Rhett mendengus. Kenapa dia harus menyibuk? Bukan urusan dia pun! Rhett kembali ke kereta yang diparkir di tepi jalan, agak jauh dari halaman rumah opah. Sengaja dia letak jauh, kononnya nak suprisekan Deila. Rupanya dia yang dapat kejutan besar.

Ketika berada di dalam perut kereta, sempat Rhett tengok cermin pandang belakang. Kereta pacuan empat roda bercermin gelap itu berhenti di halaman rumah opah. Rhett kerut dahi. Argh! Mirul ada. Mengapa dia harus sibuk? Del dah pilih Mirul! Hati membentak. Rhett turunkan handbrake lalu dia pijak pedal minyak dengan rasa berang.

Tidak sampai seminit, Rhett kerling cermin pandang belakang dan lihat motor Amirul berada tidak jauh dari belakangnya. Sh*t! Batin kembali menyumpah. Rhett berhenti di tepi jalan lalu buat U-Turns.

Rhett kembali semula ke tempat dia letak kereta awal tadi. Dia masih berada di dalam kereta, duduk diam memerhati. Rasa curiga semakin mencanak bila lihat ada beberapa orang lelaki mencurigakan keluar dari kereta itu. Apa mahu mereka? Mengapa depan rumah opah?

Berderau darah Rhett bila lihat salah seorang dari lelaki-lelaki itu menarik keluar sepucuk senjata api lalu dimasukkan ke dalam kocek jaket. Rhett kelam kabut mematikan enjin lalu keluar dari kereta secara sembunyi-sembunyi supaya tidak dilihat. Dia berselindung di sebalik pokok-pokok bunga yang sudah tidak terurus sejak opah tiada.

Jantung hampir mahu tercabut keluar dari tempatnya apabila Rhett toleh ke arah langkah kaki lelaki-lelaki itu.

NO!!!

Terjojol biji mata Rhett bila lihat Deila sedang memandang ke arah lelaki-lelaki itu dengan wajah pucat lesi di depan pintu rumah opah. Kenapa tercengat macam tu? Tak nampak ke bertapa merbahaya lelaki-lelaki itu? Bersama rasa geram campur panik, Rhett meluru keluar dari tempat persembunyian tanpa fikir panjang.

Deila dalam keadaan merbahaya! Deila perlu diselamatkan! Dia harus cepat sebelum semuanya terlambat!

Hanya itu berlegar di dalam kepala Rhett saat dia berlari selajunya mendapatkan Deila.

ZHUP!

Terasa belakang tubuh ditusuk sesuatu saat Rhett menerpa lalu tubuh Deila dipeluk erat. Hilang kawalan tubuh, Rhett merempuh Deila hingga mereka berdua rebah di atas lantai.

“Del… run…” Pinta Rhett dengan suara hampir tidak dapat dia keluarkan dari peti suara. Saat mata bertentang mata, air mata Rhett mulai mengalir deras. Rindunya mahu menatap sepasang mata cantik itu. Rindunya mahu memeluk tubuh berbau harum itu. Bertapa rindunya mahu merasa dua ulas bibir merah ranum itu.

Saat bau hanyir mulai menusuk rongga hidung, mata Rhett sudah layu dan hampir terkatup.

“Rhett!!!” Deila menjerit kaget. Rhett paksa diri menguak mata seluasnya walau pun pandangan berbalam-balam.

“Del… dengar baik-baik. Saya nak…”

“Darah! Ya Allah! Kau berdarah dengan banyak, Rhett!” Deila jerit lagi, diselangi dengan tangisan mendayu-dayu. Rhett mendengus. Sekarang bukan masanya nak menangis bagai! Deila perlu lari selamatkan diri dari lelaki bersenjata itu!

Rhett kembali tutup mata. Nafas diatur, diri cuba ditenangkan. Sungguh, dia sudah hampir ke penghujung sedar. Tubuh yang belum pulih dari kecederaan lepas hampir tidak mampu dia gerakkan. Rasa sakit bahagian kulit yang ditembusi peluru bagai menyiat-nyiat daging. Namun wajah tetap tenang. Rhett berusaha untuk tidak pamer rasa sakit. Dia tidak mahu buat Deila semakin panik.

“Del! Dengar baik-baik!” Rhett keraskan suara, walau pun masih lemah lontarannya. Deila terdiam. Tangisan mendadak mati. Mata kuyu Rhett ditenung dengan mata merah basahnya.

Lelaki ni… batin Deila bicara… wajah sudah pucat tak berdarah. Darah merah pekat tak henti mengalir keluar dari kulit yang tertoreh… tapi tetap tenang dan masih boleh senyum. Rhett Raffendy… manusia jenis apa dia ni? Tak perlu berlagak kuat dan tabah semata-mata mahu tenangkan dia! Batin Deila menjerit sayu.

“Lari sekarang… selamatkan diri kau… sebelum terlambat!”

Tangisan Deila kembali pecah. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Rhett masih fikirkan tentang dia? Lelaki ni memang something betul! Memang kurang asam! Buat dia semakin dihambat rasa bersalah. Bukan begini yang Deila harapkan saat mereka bertemu kembali. Dia sudah atur cantik aksara yang mahu dia persembahkan kepada Rhett. Dia sudah bersedia untuk dilepaskan, sedia turun pangkat dan pegang jawatan baru sebagai Miss J dan cari kebahagiaan dengan caranya sendiri.

Bila dengar Rhett suruh dia lari selamatkan diri, bagaimana mampu dia lakukan? Rhett sudah bergadai nyawa untuk pastikan tubuhnya tidak dicederakan oleh peluru. Sanggupkah dia pergi macam tu je tinggalkan Rhett di situ? Tak!

Dia tak mampu lakukan!

Deila geleng laju. Dia bangun lalu cuba menarik Rhett untuk bangun bersama dia. Menggigil satu tubuh bila Deila lihat darah membuak-buak keluar dari belakang tubuh Rhett.

“Del… lari… please…” Dengan tenaga yang masih tersisa, Rhett tolak tubuh Deila.

“No, Rhett… please… saya takkan tinggalkan kau!” Deila berkeras. Dia kembali menarik Rhett bersama tangisan pilu.

“But you already did, Del. I said wait for me… but you left…”

Raungan Deila semakin keras. Dia tertampar dengan jawapan yang Rhett beri. Ya, dia pergi! Dan Rhett datang mengejar. Kerana dia, Rhett tercedera! Dia penyebab semuanya. Dia pembawa malang!

“Maafkan saya, Rhett…”

“Saya…cinta… sungguh cintakan kau, Del…”

“Rhett, saya juga…”

ZHUP! ZHUP!

“DEL!!!”

Deila rebah menindih tubuh Rhett.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience