Bab 37

Romance Series 39746

"Tak kan la dorang bersama kott? tapi macam tak logik. Tapi bila difikirkan semula macam logik pulak" kata talhah dalam hati

Mummynya yang melihat akan talhah yang termenung itu, terus ditegur anaknya

"Talhah, kamu kenapa? termenung je. Tak nak makan ke? Ke kamu nak mummy masak makanan lain?"

"Eh tak adalah mummy, talhah okay je. Talhah terfikir pasal kerja je sikit"

"Ouhh, takpelah kalau macam tu. Nak makan ni mummy" kata talhah kepada ibunya

Taufiq dan daddynya sedikit pun tidak membuka mulut, hanya mummynya dan talhah sahaja yang berborak

Setelah selesai makan, taufiq pun menuju ke ruang tamu seorang diri. Daddynya pula menuju ke perkarangan rumah untuk mengambil udara segar. Tinggallah talhah dan mummynya sahaja itu

"Mummy pandang kamu, kamu pandang mummy? Jomm la tolong mummy kemaskan meja. Nanti mummy nak borak something dengan kamu. Boleh?"

"Okay mummy, boleh je. Tak ada masalah" kata talhah sambil mengelap meja makan itu

Setelah selesai mengemas dan mengelap meja makan. Datin maryam mengheret anaknya menuju ke bilik talhah memasuki dan menutup pintu bilik lalu kunci. Talhah menarik datin maryam duduk disisi katil

"Mummy, mummy" panggil talhah

"Iye, kamu ni excited kebeno lah. Kamu nak cakap dulu atau mummy dulu?"

"Women first" kata talhah sambil terangkat-angkat keningnya

"Tapi kalau talhah cakap, mummy jangan marah tauu. Mummy kena janji dengan talhah"

"Okay, apa dia?"

"1.2.3 mummy perasan tak yang dekat leher along tu ada something?" kata talhah takut-takut andainya dia seorang yang perasan akan hal tersebut

"Perasan, macam ada warna merah kann? macam kena gigit nyamuk"

"Tapikan......." kata mereka serentak. Talhah memberhentikan kata-katanya

"Mummy sambunglah"

"Okay, mummy rasa. Tu bukan gigitan nyamuk, sebab besar sangat je. Nyamuk apa yang gigit dia kalau besar gedabak macam tu?"

"Jadi mummy syak gigitan apa?"

"Mummy rasalah, tapi mummy bukan nak tuduh anak mummy sendiri. Tapi mummy rasa tu love bite. Kamu faham kann?"

Terus talhah terdiam dan terkedu

"Talhah.........talhah" panggil datin maryam

"Hahhhh!! ye mummy"

"Kamu ni asyik berangan je. Kenapa?"

"Tak ada apa-apalah mummy. Talhah cuma tak sangka kalau taufiq tu macam tu mummy"

"Itulah, tapi semoga apa yang kita berdua nampak ni benda tak betullah. Tapi bukti dah nampak, cuma kita tak boleh nak tuduh dia depan-depan sebab kita tak ada bukti yang betul-betul kukuh untuk buat pertuduhan tu"

"Itulah mummy"

"Mummy tak sangka lah abang kamu jadi macam tu, jauh tersasar daripada kamu. Mummy tak tahulah apa kurangnya didikan ilmu agama, ilmu pendidikan untuk kamu berdua. Tapi masih kurang lagi untuk abang kamu tu"

Talhah hanya menganggukkan kepalanya sahaja

"Talhah, mummy nak pesan dekat kamu. Andainya ada seorang yang kamu betul-betul suka. Kamu bagitahu lah mummy, mummy dengan daddy boleh masuk meminang. Tak perlulah sampai macam tu. Kita ni dekat Malaysia negara yang ramai orang islam. Kita bukannya dekat Amerika bebas buat itu ini tanpa sebuah ikatan yang sah diantara lelaki dengan perempuan. Kamu kena ingat pesanan mummy ni" kata datin maryam sambil mengosok tangan talhah

"Baik mummy, mummy dengan daddy ajar talhah ilmu agama dengan ilmu pendidikan daripada kecik mummy. Tak mungkinlah talhah nak lupakan jasa parents talhah yang banyak memberi kepada talhah mummy. Mummy kan tahu sape yang hati berkenan tu" kata talhah malu-malu

"Iye mummy tahu, kamu serious suka kann dia?"

"Belum lagilah mummy, dia tahu talhah dah bertunangkan. Dia banyak jaga hubungan kami, walaupun dari segi percakapan dekat tempat kerja pasal kerja"

"Ouhh, baguslah macam tu. Tapi betul ke kamu nak teruskan perkahwinan kamu dengan ariana?"

"Iye, betul mummy. Talhah dah tetapkan tarikh tu"

"Kamu pasti ke? kamu dah suka dekat ariana?" tanya datin maryam inginkan kepastian

"Talhah pasti, tapi talhah tak pasti yang talhah sukakan dia atau tak" kata talhah sambil bermain dengan jarinya sendiri

"Mana satu ni? kamu pasti atau tak?"

"Talhah pasti yang akan berkahwin dengan ariana, tapi talhah tak pasti yang talhah sukakan dia atau tak" terang talhah kepada ibunya

"Ouhh, barulah mummy faham"

"Kalau talhah kahwin dengan ariana mummy restu tak, pernikahan kami?" tanya talhah andainya ia mengecewakan mummynya

"Kami akan restu je, kalau kamu betul nak dengan kahwin dia. Tak kan mummy nak bantah, benda yang kamu nak buat tu benda baik" kata datin maryam

"Hermmmmmmm...................."

"Tapi kamu dah fikir masak-masak ke untuk kahwin dengan dia?"

"Dah mummy, talhah dah fikirkan masak-masak sebelum bagi tarikh perkahwinan tu"

"Ouhh, jadi kamu dah bincang semuanyalah?"

"Sudah mummy"

"Takpelah kalau macam tu, esok mummy telefon datin rozita jemput dia suruh datang rumah. Nanti mummy dengan daddy buat apa yang patut untuk kamu berdua"

"Baik mummy"

"Hahhhhh!! mula la tu, nak tidur nanti suruh mummy gosok belakang dia la tu. Malas la mummy, mummy nak keluar" talhah baru sahaja mahu membaringkan dirinya terus tidak menjadi

"Aloooooooooo, mummy ni. Pleaseeeee" kata talhah sambil buat muka comel

"Hehhh!, ingat comel ke tu? gelilah mummy tengok. Itulah kamu mummy suruh kahwin awal tak nak, tapi suka hati kamulah. Kahwin hujung tahun, nanti tunggu hujung tahun ariana gosok kamu setiap hari sebelum tidur"

"Hemmm ye la mummy" kata talhah monyok sambil membaringkan dirinya

"Kalaulah dia nak melekat waktu malam dengan aku lepas kahwin nanti" kata talhah dalam hati lalu melelapkan matanya

"Dah lama tak jumpa tania, tiba rasa rindu la pulak. Aduhaiiiiii" kata talhah tiba-tiba sambil matanya tertutup dan tersenyum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience