Dalam-dalam Zane menarik nafas sebelum di hela panjang. Kepalanya pening bila pemanggil ni beritahu hal yang dia enggan dengar.
"Tuan Samsoong, jatuh pengsan semasa hadiri mesyuarat dengan ketua cawangan syarikat. Selepas di bawa ke hospital keadaan beliau dikatakan telah kembali stabil. Namun doktor yang merawat beritahu sepertinya penyakit lama datang semula."ujar setiausaha Tuan Samsoong dalam panggilan.
Zane yang duduk di atas katil ketika itu sekadar termenung memandang lantai. Tatapannya kosong.
"Ini bukan taktik orang tua tu nak aku balik jumpa dia kan?"
"Tidak tuan. Ini adalah hal benar. Walhal Tuan Samsoong sendiri enggan Tuan Zane tahu mengenai hal ini. Disebabkan saya tak tahu nak sampaikan hal ni kepada siapa lagi, saya cuma teringatkan Tuan Zane, itu yang saya hubungi tuan untuk maklumkan hal ni. Lagipun saya tahu kalau Tuan Hayes maklum tentang kejadian yang menimpa Tuan Samsoong ni, Tuan Hayes pasti akan menganggu rehat Tuan Samsoong nanti."
Kening kirinya digaru-garu. Dasar orang tua keras kepala! Zane menarik nafas dalam lalu di hela dengan panjang. Nak berapa kali dia beritahu duduk diam. Kenapa masih jugak berdegil nak keluar bekerja?
"Dah berapa lama dia dalam hospital?"
"Dah tiga hari tuan."
"Dah tiga hari dan baru sekarang kau nak maklumkan hal ni pada aku?"
"Maafkan saya."
Bersama keluhan berat Zane termenung. Sebab selama ini hanya datuknya saja yang dapat mengekalkan posisi dia di dalam syarikat, tapi sekiranya orang tua itu sakit begini. Kedudukan dia boleh tergugat. Dan orang yang paling gembira dalam hal ini adalah ayahnya. Kerana tiada lagi orang yang boleh mempertahankan dirinya lagi. Dia enggan kalah dengan ayahnya itu. Sebab dendamnya pada ayahnya masih belum terbalas.
Namun Zane sedar untuk kekal berada di kedudukan tertinggi dia perlu menjadi pewaris utama dalam keluarga Samsoong. Yang mana dia enggan kerana dia belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar. Sebab itu la dia sanggup lakukan sebanyak mungkin kerja termasuk mengambil alih tugas datuknya demi memastikan orang tua itu kekal rehat dan tidak jatuh sakit.
Tapi itulah, berurusan dengan orang berusia ni mana la nak dengar kata.
"Jangan beritahu dia yang aku tahu tentang hal ni. Laporkan semula lepas orang tua tu keluar hospital."keluh Zane kekesalan. Datuknya itu bersungguh betul nak uruskan semuanya sendiri. Dah sakit begini kan masalah aje namanya tu.
"Baik tuan."
Panggilan itu dimatikan.
Dengan keluhan Zane pun bangun dari katil. Dia bergerak ke arah pintu keluar. Baru dia teringat yang dia sudah menunggu Dihya sejak sejam yang lepas. Dari selesai makan sehingga la dia selesai membalas email klien dan dapat panggilan. Kelibat Dihya langsung tidak kelihatan. Takkan la gadis tu lupa.
Sebelum itu, sempat Zane pesan pada Dihya tadi agar naik ke tingkat atas kerana ada yang ingin dia bincangkan. Gadis itu pula bersetuju. Katanya nanti akan naik selepas selesai mandi. Niatnya mahu mencari. Tahu-tahu dia dapat panggilan, terbantut terus niatnya tadi nak cari. Sudah sejam begini tak mungkin Dihya masih belum selesai mandi.
Setibanya Zane di pintu bilik Dihya, dia di sambut dengan suasana hening ruangan itu. Tiada kelibat Dihya langsung dalam bilik tidur. Dengan hairan Zane gerak ke arah balkoni. Kain langsir di selak ke tepi. Hanya untuk mendedahkan kawasan lengang balkoni.
"Dihya? Kamu ada dekat mana?" panggil Zane sambil tu.
Langkahnya kemudian di atur ke arah bilik air pula. Ke mana aje la Dihya ni? Suka sangat tau buat dia bingung nak mencari.
Pintu bilik air di slide ke tepi sebelum Zane masuk. Dan ketika itulah dia nampak Dihya di dalam tab mandi. Gadis itu kelihatan seperti sudah terlena."Dekat sini rupanya.... Dihya. Berapa lama kamu nak berendam ni?" dia dekati tab mandi itu lalu tunduk membongkok untuk menggoncang tubuh itu agar Dihya bangun.
Namun tika Zane memegang bahu itu, kepala Dihya terkulai hendak tenggelam di dalam air itu. Membuatkan Zane tersentak lantas memegang kepala itu. Pada masa ini la Zane menyedari betapa pucatnya wajah Dihya ketika itu. Bibir itu sudah biru.
"Dihya?" Zane menepuk kedua belah pipi itu. "Hei, kenapa ni?" kelam kabut Zane dukung tubuh itu keluar dari tab sebelum di baringkan ke atas lantai bilik mandi sebelah tab. "Bangun Dihya.... Kenapa dengan kamu ni?" dalam keadaan cemas Zane check pernafasan Dihya sebelum ke nadi gadis itu.
Alangkah terkejutnya dia bila didapati Dihya tidak lagi bernafas tetapi nadi gadis itu terlalu lemah. Apa yang dah berlaku ni? Kenapa Dihya begini? Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran Zane ketika itu.
"Kenapa dengan kamu ni Dihya! Bangun Dihya!" Tanpa membuang masa Zane capai telefon dari poket seluar lalu menghubungi nombor kecemasan. Sambil kalut mencapai bathrobe Zane cuba menutup badan Dihya. "Hello, kecemasan? Saya perlukan ambulans di alamat ni."beritahunya dengan tenang tetapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa paniknya dia ketika itu.
Namun soalan yang diajukan oleh pemanggil itu mengundang marah dari Zane. Menambahkan lagi cemas yang lelaki itu sedang rasai.
"Just send the ambulance can you? Saya tak tahu apa yang berlaku. Saya jumpa dia dalam keadaan biru dan tak bernafas macam ni!" telefon itu diletakkan ke lantai dengan marah sebelum dia mula memberikan bantuan pernafasan.
Namun Dihya di lantai itu langsung tidak terkutik. Wajah pucat itu langsung tidak menunjuk sebarang tanda untuk sedarkan diri.
Should be in the same chapter 50 tapi wording melebihi 2k pertahan yang mana tak boleh nak publish sebab melebihi limit so tinta publish new chapter. Terima kasih sebab sudi tunggu selama dua minggu untuk Update tinta.
Share this novel
Semoga Dhiya selamat.. Mati ler Ryan & Astrid kalau Zane tau nie rancangan diaorg.