"Eh! Ma Pa..."
Khaleeda terperanjat. Dia sedang melipat kain di atas tilam ketika Faridah dan Hamdan tiba-tiba masuk ke dalam biliknya.
"Kemas semua barang Yusoff masuk dalam beg."
"But... but... why?".
"Dah siap bawa turun bawah. Jangan ada yang tertinggal untuk jadi sebab dia datang balik ke rumah ni."
Apa cerita ni? Sudah sampaikah masanya? Tolonglah jangan. Kegembiraan hidupnya cuma ada Yusoff sekarang ini.
"But wh... why?".
"Keluarga dia ugut kami untuk pecahkan rahsia perkahwinan ni!".
"And asked for money for this secret!".
“They must have planned it. Greedy rat!”
"Tak mungkin Abang akan buat macam tu."
"Hah! Sebab kepala otak lembab macam ni la ada budak haram dalam perut tu!".
Khaleeda tersentak. Sampainya hati Mama. Air mata sudah bercucuran mengalir.
"Lagi satu... kenapa tak cakap budak dalam perut tu dah tak ada!?".
Khaleeda terkedu. Macam mana Mama tahu?. Dia tiada beri nama waris kepada hospital ketika ditahan beberapa malam kerana keguguran bayinya itu.
"Tak payah nak buat muka terkejut sangat!"
"Yusoff tahu atau tidak budak tu dah tak ada?".
Khaleeda menggeleng dengan air mata bercucuran. Bagaimana dia mahu beritahu Yusoff bayinya sudah tidak ada kalau dengan ibu bapanya sendiri pun dia mahu rahsiakan.
"Dengar sini baik-baik Dida. Kau dah banyak bagi masalah pada kami. Kali ni dengar cakap kami dan ikut sahaja."
"Kalau tidak kami akan pastikan hidup kau merempat kat luar sana."
"Cakap dengan Yusoff... jantan yang mengandungkan kau tu dah balik dari luar negera dan mahu bertanggungjawab."
"Tugas dia sudah selesai. Faham!?".
Khaleeda terkedu di situ. Bagaimana? Dia sudah jatuh sayang pada Yusoff. Layanan Yusoff yang penuh ihsan. Dia rasa di sayangi juga.
Walaupun Yusoff tidak pernah mengucapkan dia yakin perasaan mereka sama. Atau sebenarnya tidak ke? dan hanya dia ditimpa perasaan sendirian.
"Bangun! buat sekarang!".
"Ma... Pa... Please...".
Khaleeda mencuba nasib. Dia mahu berterus terang perasaan hatinya kepada Yusoff.
"Di..."
Papa jeda seketika.
Papa ambil tempat di kerusi meja belajar. Sejak tadi hanya Mama yang bersuara. Harap sangat Papa memahami hatinya.
"Apa salah kami Di?"
"Apa salah kami harus hadap semua ni?."
"Di nak balas dendam sebab kami tak ada masa untuk Di?."
"Kami asal susah Di, Kami bina semua ni dari kesusahan. Kami cuma mahu hari tua kami kehidupan yang tenang, yang senang."
"Kami beri Di kehidupan yang senang tu satu kesalahan ke?".
"Kita tak boleh dapat semua Di. Ada yang kena kita korbankan untuk sesuatu perkara yang kita nak sangat."
"Contohnya... Di ingat kami tak rasa bersalah Di tinggal sorang kebanyakkan masa?".
"Di ingat kami tak lelah bina semua ni?."
"Di mungkin nampak Mama keras atau Papa tak endahkan Di tapi... kamilah yang paling sayang Di. Paling mahu yang terbaik untuk Di."
"Kami beri semua yang terbaik kami ada untuk Di tapi Di kecewakan kami dengan baby tu."
"Ya... kami marah, tapi kami tolong Di selesaikan masalah tu."
"Kami hanya ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak walau anak sudah conteng arang ke muka kami."
Papa jeda lagi sebelum bangun dari kerusi dan duduk di birai katil seperti Khaleeda. Papa paut bahu Khaleeda yang sedang menangis teresak-esak lalu menarik kepala dia untuk bersandar ke bahu Papa.
"Di sudah buat silap sekali... jangan tersilap lagi."
"Kami salah pilih orang, Yusoff dan keluarganya dah ambil kesempatan atas masalah kita."
"Dia sudah langgar perjanjian. Keluarga dia datang untuk minta lebih supaya rahsia kekal rahsia."
"Selepas apa Di dah buat, sampai ke hati Di untuk biar Mama dan Papa malu besar sepanjang hari tua kami?"
"Dia seronok hidup dalam rumah besar ni dia nak lebih Di."
"Dia mesti nampak Di senang dipengaruhi, Di cantik dan Di terdesak mahukan ayah untuk baby Di."
"Kita tak boleh biarkan mereka pijak kita. Kita kena hentikan perbuatan mereka ni."
"Papa tak pernah minta apa-apa daripada Di, Papa cuma harap Di ikut arahan kami supaya kami tak dimalukan."
"Papa merayu pada Di tolonglah kami Di."
Maka Papa pun menangis bercucuran air mata seperti dia. Remuk hati Khaleeda melihat Papa yang kelihatan tidak pernah perasankan kewujudan dia di dalam rumah besar ini merayu dan meluah rasa seperti ini.
Mungkin benar selama ini dia tersilap tentang Mama dan Papa. Ya, dia memang hidup penuh senang lenang di rumah ini. Dia tidak pernah dikongkong.
Dia sekadar dibiar sepi. Tapi tidak tahukah mereka sepi itu membunuh dia perlahan-lahan.
Argh! Di... Mama dan Papa hanya menghalang hubungan rapat dia dengan Michan dan Hamzah. Mereka sekadar lakukan peranan mereka sebagai ibu bapa.
Lihat sahaja apa Hamzah sudah lakukan kepada dia kerana kepercayaan yang dia beri berlebihan kepada lelaki itu.
Benarkah Yusoff sedang memanipulasi perasaan dia. Pura-purakah segala kemanisan yang Yusoff tunjukkan. Dia sudah menyerah segala dan jatuh sayang pada Yusoff.
Sepanjang Yusoff di sini tidak pernah sekali suaminya menyebut nama Hamzah. Mungkinkah ada sesuatu? Mereka sangat rapat.
Dan... dia baru kenal Yusoff secara dekat untuk dua bulan ini sahaja. Kenapa dahulu Yusoff tidak pernah mahu melayan dia tapi sekarang Yusoff melayan dia sehingga dia ditimpa perasaan mendalam sayangnya pada lelaki itu.
Benarkah kerana Yusoff melihat dia sebagai seorang perempuan yang terdesak maka ada kesempatan yang boleh diambil di situ kerana harta yang dia sendiri menumpang dari ibu bapanya.
Tapi dia sayangkan Yusoff seikhlasnya!!!.
Siapa yang harus dia percaya? Cerita Papa atau kasih Yusoff yang kelihatan ikhlas dan jujur?
@@@@@@@
"Masa kerja dulu department awak tak hantar kursus psychology ke?."
Faridah terhenti menuruni tangga. Dia pergi kursus tu tapi tengah marah dan sakit hati, apa yang dia mahu urusan dengan Dida selesai cepat.
Tapi lambat juga dengan caranya. Reverse psychology Hamdan yang berjaya. Ketika mereka keluar daripada bilik Khaleeda tadi anak itu sudah mula mengemas barang-barang Yusoff walau sedang teresak-esak menangis.
"Apa plan you sebenarnya?."
"Sekarang yang mengugut perempuan tu sorang aje. Tak tau la yang lagi dua tu sama atau tidak."
"Kalau baca perangai... saya rasa perempuan tu macam bergerak sorang."
"Sebab dua beradik tu nampak macam budak baik."
"Saya malas nak bertanya nanti lagi panjang cerita."
"Tapi... tak mahulah saya bersangka baik sangat..."
"Jadi... terlanjur baby tu dah tak ada, keputusan SPM dah nak keluar... kita settle kan semua sekali."
"Kita mulakan perempuan tu dulu. Tahulah saya macam mana nak senyapkan dia."
Sampai di lantai bawah Hamdan berpusing menghadap Faridah yang mengekor di belakangnya.
"Duit 50K dah sediakan?".
"Dah."
"Pergi ambil. Letak dekat sofa sana, kita tunggu dia balik."
"Nanti suruh Di turun."
Faridah menurut sahaja arahan Hamdan. Dia percaya Hamdan lagi arif menguruskan masalah ini.
@@@@@@@
Aduh!
Sudah sebulan dia bersedap dengan sang isteri baru dia tahu ianya bersalahan dengan hukum.
Dia kena terangkan pada si mata bundar kenapa dia tidak boleh menyentuh si cantik itu lagi selepas ini sehingga bayi dalam kandungannya itu lahir.
Bolehkah dia bertahan kalau duduk sebilik dengan budak itu tapi tidak dia apa-apakan. Sebulan pertama itu dia okay sahaja kerana tidak pernah merasa lagi dan perasaan yang mekar meranum dalam hatinya belum bercambah.
Tapi sekarang sudah sebulan bersama sejak malam pertama mereka.
Yusoff!
Apa bendalah kau ni!?. Dah melanggar hukum masih lagi benda tak alah tu yang difikir. Patutnya balik ni fikir nak solat taubat. Sudahlah berkahwin macam tu gayanya dirancang.
Tapi perkahwinan dia tu tak ada salahnya. Biasalah kalau kahwin dirancang begitu. Ramai sahaja begitu umpama anak-anak dijodoh pilihkan oleh ibu bapa.
Tak apa, dia yakin isteri lemah lembutnya itu akan faham. Budak itu mudah diajar, penurut kata InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja.
Dia terkhilaf kerana kurang ilmu munakahat.
Yusoff mahu didik isteri itu urusan agama. Dia sendiri mahu belajar hukum hakam. Lepas berjumpa Yunus tadi baru sedar banyak perkara lagi dia kena belajar.
Tapi hukum yang satu ini memang dia terlepas pandang sebab tidak terfikir dia akan duduk menghadapinya.
Manalah dia pernah sangka dan bersedia dirinya akan terpilih menjadi Pak Sanggup sebagai takdir.
Tapi tak apa, demi si mata bundar yang sudah melekat di hati dia mahu memperbaiki diri. Mudah-mudahan budak itu akan menjadi milik dia sepenuhnya.
Share this novel