SA 2

Romance Series 93230

“HAYYAN, teman I naik sampai atas boleh? I betul-betul tak larat ni,” pinta Trisha saat mereka sudah tiba di kondominium miliknya.

Hayyan mengerling jam di tangan. Dia sudah lewat. Belum sempat dia memberitahu Rhea yang dia pulang sedikit lewat hari ini.

“Kalau macam tu I bawa you pergi klinik je lah.”

“Eh, tak payah. Lepas makan ubat nanti, I okeylah. Teman I naik atas ya?” Trisha masih memujuk.

Hayyan mengangguk. Dia terus keluar daripada perut kereta. Makin lebar senyuman Trisha. Dia tahu Hayyan tak akan menolak.

Mereka berdua masuk ke dalam perut lif. Lebih kurang tiga minit kemudian, pintu lif dibuka.

“I buatkan you air. You minumlah dulu.”

“Tak apa Trisha. I nak cepat,” tolak Hayyan.

“Ada apa-apa urusan ke?”

Hayyan hanya diam. Sampai di hadapan kondo milik Trisha, Hayyan sudah berkira-kira mahu pergi tapi tiba-tiba Trisha hampir rebah.

“You okey tak ni?” soal Hayyan. Mujurlah dia sempat menyambut tubuh Trisha.

“I... I rasa nak pitam.”

“Masuk dulu.” Hayyan memimpin Trisha masuk ke dalam rumah.

“Hayyan, ambilkan I air boleh?” pinta Trisha. Dia melabuhkan duduk di atas sofa.

“Tunggu sekejap.” Hayyan terus berlalu ke dapur.

Trisha ketawa kecil. Dia mencapai telefon bimbitnya. Menghubungi seseorang.

Hayyan datang kembali bersama segelas air kosong tapi hampir terlepas gelas di tangannya saat melihat Trisha.

“Trisha, you...”

***Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Harini hari terakhir.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

“Oh, sorry. I tak boleh nak bernafas. Sebab tu I buka butang baju I.” Trisha memang sengaja membuka tiga butang teratas baju kemeja yang dipakai.

Hayyan cepat-cepat melarikan wajahnya. “Trisha, I balik dulu. Tak manis I stay lama dekat rumah you. You makanlah ubat. Kalau tak okey, pergi klinik.”

“You dah nak balik?”

“Ya.”

Ting tong!

Dentingan loceng pintu rumah Trisha kedengaran.

“Siapa pula yang datang tu?” soal Trisha.

“Hayyan, you tolong bukakan pintu boleh,” pinta Trisha.

Hayyan terus melangkah ke muka pintu. Sebaik pintu dibuka, dia terkejut melihat ada beberapa orang lelaki di hadapan pintu. Jantungnya berdegup kencang.
“Siapa tu Hayyan?” Trisha bangun menuju ke muka pintu.

“Ops!” Trisha tekup mulutnya saat melihat tetamu yang datang.

Hayyan meraup kasar wajahnya. Dia tahu saat ini mereka akan menghadapi masalah yang cukup besar.

Happy reading! Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience