BAB 1

Romance Series 13925

DI renung lama bangunan-bangunan yang berdekatan dengan companynya. Sambil bermain dengan pen di tangan. Betapa dia binggung memikirkan, siapalah calon isteri yang sesuai untuk di bawa berjumpa mamanya. Memandangkan masa mengejarnya kini. Jika tidak, dia terpaksa menerima Isya, sebagai isterinya.

TOK ! TOK !

"Masuk."

"Selamat pagi tuan." Sapa assistantnya, sambil menunduk hormat padanya. "Tuan, hari ni kita ada dinner bersama Datuk Nasrul, dan ada meeting penting bersama Tuan Alex belah petang. Itu saja. Ada yang nak saya ubah ke?." Jelas Nai, namun bossnya sama sekali tidak meresponnya, malah asyik termenung.

"Boss, are you ok?."

"Tak tahu lah, otak aku serabut sekarang ni. Rasa nak pecah." Jawab Daniyal, sambil memusingkan kerusinya menghadap Nai.

"Ni mesti pasal Datin Eza kan. Buat apa serabutkan kepala tu. Apa kata, tuan terima jelah cadangan mama tuan tu kan mudah." Cadang Nai.

"Maksud kau, terima si Isya tu?."

"Yelah bos, tak payah fikir-fikir lagi dah. Just terima dia, bercinta lepas kahwinkan bagus tu."

"Kau gila ke apa?. Sorry. Lebih baik single sampai mati. Daripada kahwin dengan perempuan manja macam Isya tu."

"Cik Isya kan, anak satu-satunya Tuan Haizat. Wajarlah kalau dia manja. Kalau tak silap saya, Cik Isya banyak yang nak. Tapi, dia setia menunggu jawapan dari tuan."

"Dah jelas, jelas. Aku tak nak. Tunggu apa lagi."

"Tuan lupa, dengan tantangan Puan Eza. Selagi tuan takda calon. Tuan belum sepenuhnya tenang."

“Sakit dah kepala aku ni, fikirkan masalah ni."

"Apa nak di fikirkan tuan. Kalau masalah perempuan, petik jari jelah. Tuankan, orang kaya. Apa kata, tuan sewa perempuan untuk di jadikan isteri."

"Idea bernas. Tapi, ada ke perempuan yang nak jadi isteri aku."

"Tuan Daniyal kot. Bujang terhot masa kini. Mestilah banyak yang nak. Silap-silap, ada yang tawarkan diri tanpa bayaran di kenakan. Yelah, mereka tahu. Kalau hidup bersama tuan. Di jamin, masa depan mereka cerah. Kalau tuan setuju dengan cadangan saya. Sekarang ni juga, saya buat poster. Mesti banyak yang beratur punya."

"Kau gila ke apa?. Kalau kau buat poster. Mama tengok. Tak ke mati aku. Kau nak bertanggungjawab?."

"Maaf tuan."

"Huh. Lupakan. Sekejap je lagi, aku nak balik kampung. Mungkin dalam 2 atau 3 hari, baru aku balik. Aku nak kau jaga office. Jaga juga adik-adik aku. Kalau suami mereka buat hal, cepat-cepat bagitahu aku. Faham?."

"Baiklah tuan."

"Lagipula aku nak jumpa Siti. Orang-orang cakap dia tinggal kampung yang sama dengan atok. Aku rindu dengan dia."

"Siti mana pulak ni tuan?. Kenapa saya tak tahu."

“Kau tak perlu tahulah. Dah. Kau sambung buat kerja kau. Pasal perjumpaan tu semua. Kau batalkan je, atau tangguh."

"Tuan nak kemana?."

"Aku nak kemas bajulah. Tanya lagi. Ingat pesan aku. Kalau aku dapati, kau tak laksanakan tugas kau. Aku tak teragak-agak untuk berhentikan kau. Ingat tu." Ugut Daniyal, lantas melangkah pergi.

“Baiklah tuan.”

• • •

SEMENTARA di Kampung Damai, tempat tingalnya seorang gadis kampung yang cantik jelita. Di kurniakan kejelitaan turun temurun, dari nenek moyangnya. Siapa yang memandang pasti akan terpanah hatinya.

Walaupun mempunyai rupa yang cantik, tidak menjamin apa-apa dalam hidupnya. Mana tidak, ayahnya sering kali melukai wajahnya, bahkan seluruh tubuhnya hanya kerana melindungi syurganya. Mungkin saja, ini takdirnya. Dia terima dengan hati yang ikhlas. Meskipun melaluinya dengan air mata.

Seperti biasa, terlihat Raz sibuk melayan customernya yang berpusu-pusu membeli kuih-muihnya. Bukan itu saja, ada juga nasi ayam, dan nasi lemak yang di jual dengan harga yang berpatutan. Biasanya, ibunyalah yang berniaga. Tapi oleh kerana dia cuti. Apa salahnya dia membantukan.

"Terima kasih Tok. Ni bakinya." Ucapnya sambil memberi RM 37.50 kepada Tok penghulu yakini Borhan.

"Raz simpan jelah baki tu. Hitung-hitung sedekah." Tolaknya.

“Betul ke ni Tok?. Banyak ni.”

"Betul. Lagipun, nasi ayam mak kamu ni kesukaan isteri Tok. Sebelum ni, dia susah sangat nak makan. Alhamdulilah, semenjak dia jamah nasi ayam mak kamu ni. Dia dah berselera nak makan. Tok harap, kamu teruskanlah meniaga. Kalau satu hari nanti, kamu perlukan modal. Just bagitahu Tok. Jangan segan."

"Terima kasih Tok. Tok dah banyak bantu keluarga Raz. Terima kasih sangat-sangat. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya."

"Sama-sama. Oh, Tok baru teringat. Esok, Tok ada buat kenduri. Jangan tak datang. Bawa mak dan ayah sekali."

"Baiklah Tok. Raz pasti datang."

"Kalau macam tu, Tok balik dulu. Sampaikan salam Tok pada mak dan ayah kamu. Assalamualaikum." Pamitnya, lalu melangkah pergi.

"Waalaikumsalam." Jawab Raz.

Seketika para gadis terlihat tergedik-gedik dengan kehadiran seorang pemuda segak, lagi tampan yang datang menghampiri gerai Raz, akan tetapi Raz, tidak menyedari kehadirannya oleh kerana begitu banyak pelangan yang datang.

"Assalamualaikum Raz." Sapanya.

"Waalaikumsalam. Eh, Ustaz Raykal."

Ya, dia ada Raykal Zaheerul yang merupakan seorang dokter sekaligus ustaz di kampungnya. Boleh di katakan, antara pemuda terhot masa kini. Mana tidak, sampai ada gadis yang datang meminang pemuda itu. Terbalik bukan, tapi itu sering terjadi. Siapa yang tak nak suami sesempurna Dr Raykal kan. Dahlah kaya, dari keturunan yang baik-baik, perkerjaan yang menjanjikan, Faham agama lagitu. Tidakkah, itu satu keberuntungan.

“Bila balik?.”

“Semalam ustaz, tu pun just 3 hari cuti. Tulah, ada masa luang ni, tolong mak."

“Mak Raz sakit lagi ke?."

"Alhamdulilah, berkat ustaz. Mak saya semakin membaik. Terima kasih, sebab dah tolong mak saya."

“Takda masalah Raz. Saya juga dah anggap, makcik Siti. Dah macam mak kandung saya. Raz jangan risaulah, saya akan jaga mak Raz sepanjang Raz kerja.”

"Eh. Tak perlulah Ustaz. Menyusahkan je. Apa kata orang kampung nantikan. Lagipun sekarang ni, saya tengah usaha. Cari kerja di dekat sini, supaya boleh balik hari. Tapi tulah, belum ada rezeki lagikan."

"Asal Raz tahu, saya tak pernah anggap makcik menyusahkan. Malah saya bahagia bila, dapat bantu mak Raz. Oh ya, tentang kerja. Nanti saya tolong Raz cari. Kalau saya jumpa nanti, saya bagitahu Raz."

"Sebelumnya terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan ustaz."

"Takda masalah. Ni, Raz jual apa harini?. Tak selalunya banyak menu macam ni."

"Harini kami ada menu special. Nasi ayam berapi. Rasa dia pedas gitu. But, ustaz tak makan pedaskan. Ni, ada nasi lemak biasa. Di jamin menjilat jarilah."

"Nampaknya, Raz masih hafal apa yang saya tak suka."

"Mestilah. Ustaz adalah pembeli teristimewa saya."

"Bertuahnya saya. Kalau macam tu saya nak nasi lemak je lah, Raz tahu kan nasi lemak buatan mak Raz memang favorite saya.” Pujinya.

“Pilihan tepat, berapa bungkus?."

“Bagi saya 10 bungkus untuk kawan sekerja saya sekali."

“Baiklah,” lalu memasukkan 10 bungkus nasi lemak ke dalam plastik. “Nah semuanya RM20." Katanya lalu menyerahkan plastik berisi nasi lemak ke tangan pemuda itu.

Lantas mengambil plastik pemberian Raz.

“Nah. Baki Raz ambil je, saya sedekah.”

“Betul ke ni?, terima kasihlah. Semoga Ustaz dimurahkan rezeki selalu, amin.” Doanya.

“Amin. Kalau macam tu saya gerak dulu. Kirim salam dekat keluarga Raz ye.”

“InsyaAllah, macam tu jugak dengan saya, sampaikan salam saya dekat keluarga ustaz."

“InsyaAllah, saya gerak dulu. Ingat bawa mak pergi klinik jangan sampai melarat pulak.” Pesannya.

“Baiklah ustaz, hati-hati. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Balasnya lalu melangkah pergi, sempat juga dia menghadiahkan senyuman manisnya pada Raz. Membuatkan Raz tersipu malu.

‘Kalaulah dapat suami sesempurna Ustaz Raykal tu. Kan cerah masa depan. Tapi tulah, sedar diri tu penting. Siapa yang nakkan kau Raz.’ Katanya dalam hati.

"Ai Raz. Bila balik?. Aku ingatkanlah mak kau tadi." Soal seorang gadis yakini Chaca.

"Semalam. Itu pun, nak dekat pagi. Boss aku bagi cuti 3 hari. Duduklah."

"3 hari?. Sekejapnya. Kau kerja sebulan full. 3 hari je mereka bagi." Hairan Chaca sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi yang telah di sediakan.

"Bagi aku cukup kot 3 hari. Aku malas nak cuti lama-lama. Sakit kepala aku asyik dengar mak ayah aku bertengkar je. Mak aku tu pun degil. Aku ajak dia tinggal dengan aku dia tak nak. Entahlah."

"Mak kau bukan tak nak. Dia hanya tak nak menyusahkan kau."

"Aku tak pernah rasa dia menyusahkan. Kalau ayah aku tu, baru menyusahkan. Bukan mengeluh, tapi dah melampau. Duit mak aku habis. Guna kekerasan lagitu. Ini yang aku tahu, yang aku tak tahu. Huh. Kalau tak di sebabkan mak aku, dah lama masuk lokaplah dia. Kau tengok muka aku ni. Hanya kerana aku tak bagi dia duit." Kesal Raz lalu membuka masknya.

"YaAllah. Dia pukul kau lagi?."

"Macamlah tak biasakan Lupakan. Ni, aku dengar kau dah nak kahwin. Betul ke?."

"Betullah. Dengan Helmi. Senior kita dulu. Tapi belum sampai ke tahap yang lebih serius. Just tunang."

"Helmi anak Pakcik Adam tu ke?."

"Kenapa kau terkejut sangat. Santailah."

"Tua kot. Betul ke ni?."

"Mana ada tua. Jarak 4 tahun je pun. Yang kau tu?. Dah ada calon ke?."

"Nanti-nantilah. Kalau jodoh tak kemana. Lagipula, aku banyak masalah. Lelaki mana yang tahan dengan perempuan banyak masalah macam aku ni. Bukan hanya masalah, banyak hutang lagitu. Hutang aku tu pulak, bukan makin kurang, malah makin tambah. Dahlah. Jangan di bahas. Buat aku pening kepala."

"Sabarlah. Aku sentiasa doa yang terbaik untuk kau. Cakap tentang jodoh, bukan ke kau dekat dengan Ustaz Raykal. Selalu juga aku tengok dia, bantu mak kau. Aku rasa, Ustaz Raykal suka kaulah."

"Tak mungkin Chaca oi. Dia boleh di katakan, lelaki sempurna. Aku ni, belajar setakat tingkatan 5. Itu pun tak sampai habis."

“Umur dia dah besar tau, aku takut dia tak kahwin-kahwin lagi sebab dia tunggu kau. Macam mana?. Kesian mak dia, alamatnya tak merasalah ada menantu."

“Kau ni.” Lalu mengetuk lembut kepala kawan baiknya.

“Sakitlah.”

“Tau pun sakit tulah jangan banyak sangat tengok drama Korea, kan dah terpengaruh. Lagi satu aku tak suka suami tua dari aku. Kalau setakat jarak 2 ke 3 tahun. Aku boleh terima lagi. Cuba kau bayangkan kalau aku berjalan dengan suami yang jauh 1 dekad dari aku tak ke macam bapak dan anak. Eee, tak naklah."

Geli hati Chaca mendengar alasan sahabatnya.

“Ke situ pulak fikiran kau. Orang tualah bagus untuk di jadikan pasangan. Dia matang, lagi satu berduit. Aku doakan kau supaya dapat suami yang jauh lebih tua dari kau. Amin paling serius.”

“Kau ni doa yang elok-eloklah, malaslah macam ni." Kesal Raz, lalu menyambung kerjanya.

“Merajuk pulak dia. Aku gurau jelah. Janganlah merajuk."

“Takda masa lah nak merajuk.”

“Macam nilah kawan aku. Meh, aku tolong kau.”

“Terima Kasih sebelumnya.”

"Sama-sama." Balasnya dengan senyuman lebar terukir pada bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience