BAB 29:Kotak Misteri
SEPERTI di jangka,keluaran isu terbaru akhbar tabloid misteri BONGKAR dengan headline muka hadapan berjudul 'Piring Terbang Bercahaya Larikan Empat Anggota Polis' telah mendapat sambutan hangat dari pembaca yang kian bertambah dari masa ke masa.
Di tambah dengan beberapa lagi artikel berkaitannya termasuk temubual ekslusif bersama wartawan senior utama BONGKAR iaitu Harun Nasharuddin dalam menceritakan kembali detik-detik pergelutan yang berlaku di antara beliau dengan orang misteri berjudul ''Saya Tidak Gentar Dengan Ugutan dan Amaran 'Dia'(Orang Misteri). Kami Akan Terus Membongkar Rahsia dan Identiti Orang Misteri"
Lebih menarik lagi,cerita tentang keberanian para wartawan akhbar tabloid BONGKAR telah membuka mata ramai pihak. Harun dan Yana telah di undang ke beberapa buah stesyen radio
untuk sesi wawancara bersama mereka.
                           *****
''So Yana Maya,macam manalah agaknya you menghadapi segala macam cabaran seperti di ugut..di beri amaran,malah anak you sendiri pernah di culik dan di larikan oleh orang misteri. Ini di tambah lagi dengan desakkan para pembaca setia BONGKAR yang pada ketika itu mahukan artikel jurnal berkaitan Haunted Hills di teruskan walaupun pihak pengurusan BONGKAR berkeras mahu menghentikannya berikutan ancaman keselamatan yang you terima?"deejay stesyen radio terbabit mengajukan soalan.
"Pheww..."Yana menarik nafas panjang apabila mengingat kembali detik-detik itu.
"Tak di nafikan pada waktu tu i rasa sangat stres. Ibarat di luah mati emak,di telan mati bapak. Buat salah..tak buat pun salah..kemudian keadaan di burukkan pula dengan pihak tertentu yang sangat opurtunis dalam menangguk di air keruh sehingga rating jualan BONGKAR jatuh merudum. Things are just getting worse and worse"ujar Yana.
Di samping temubual itu,lagu iringan pun di putar oleh deejay bertugas.
"Jadi apa tindakkan yang diambil oleh syarikat penerbitan BONGKAR untuk menangani keadaan tersebut? Kita minta saudara Harun Nasharuddin pula untuk menjawab"
Harun pun membetul-betulkan headphone dan mic sebelum mulai menyusun kata-kata.
"Satu-satunya cara yang dapat di fikirkan pada waktu tu ialah dengan menawarkan pengambil-alihan tugas yang di tinggalkan oleh Yana dekat Haunted Hills kepada para wartawan lain. Namun di bangkang kuat oleh Yana sendiri kerana tugasan di Haunted Hills adalah yang paling mencabar dan paling amat di banggakan sekali"ujar Harun.
"Yup..i lebih rela untuk kembali meredah misteri Haunted Hills dan bersedia menanggung akibat dan risikonya daripada menyerahkan tugasan ini kepada rakan wartawan lain"akui Yana.
"So bagaimana BONGKAR kembali mendapatkan kepercayaan pembaca sehingga rating jualan di katakan meningkat sekali ganda dari kejayaan sebelum-sebelum itu?"tanya pengacara radio itu lagi.
Kali ini wartawan Yana kembali mengukir senyuman.
"Syukurlah keadaan kembali berpihak kepada kami apabila syarikat pesaing kami telah tersilap mengambil langkah. Gara-gara terlalu ghairah untuk menjatuhkan BONGKAR,mereka tidak peduli dan tidak pernah belajar dari akibat yang sudah kami lalui sebelumnya. Walhasilnya mereka terjatuh ke dalam lubang yang sama,malah lebih teruk lagi sehingga telah meragut nyawa wartawan mereka sendiri. Sehinggalah Yen Nazrin iaitu bekas wartawan mereka datang ke syarikat penerbitan BONGKAR dan bekerjasama dengan pihak kami sehingga terterbitnya isu keluaran berjudul Siapa Bunuh Wartawan Izak Kensyi? yang telah mengembalikan kepercayaan pembaca dan meledakkan kembali nama BONGKAR"ujar Yana panjang lebar.
"Wow..baiklah..hm setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan,sekarang timbul pula isu berkaitan paranormal dan piring terbang. Adakah ini bakal menambahkan lagi impak cabaran dan tekanan kepada terhadap you all? Tak ada ke rasa nak berhenti dari dunia kewartawanan misteri?"soal deejay.
Harun dan Yana saling berpandangan sebelum tertawa kecil.
"Sebagai wartawan yang sudah berkecimpung berbelas tahun dalam dunia penerokaan hal-hal misteri,kami berasa sangat seronok dan teruja serta tidak sabar-sabar untuk melalui pengalaman baru dari masa ke masa"ujar Harun.
"Yana pulak macam mana?"deejay wanita itu bertanya.
"Yup! ini adalah suatu pekerjaan yang menarik dan mencabar. Berhenti dari kerja wartawan misteri? Hm maybe not. Oh ya i teringat sewaktu Harun handle misteri tentang pita video VHS lama yang kononnya sesiapa pun yang menonton video tersebut pasti akan hilang tanpa jejak.."kata Yana.
"Wow..apa yang Harun cakapkan masa tu Yana?"deejay mulai berminat.
"Hm..dia cakap dia tak sabar untuk merasai pengalaman di 'hilangkan' setelah menonton pita VHS tu"sambung Yana.
"Apa yang berlaku selepas anda menonton pita video tersebut Harun?"
"Hm..saya masih datang ke ofis seperi biasa pada pagi berikutnya. Sempat pula singgah di warung depan bangunan ofis dan pekena lontong dan teh tarik dulu"balas Harun tersenyum sebelum ruang konti stesyen radio bergegar dengan gelak tawa.
________________
SEJURUS selesai sesi undangan temubual di stesyen radio,Yana dan Harun bergegas pulang ke pejabat syarikat tabloid misteri BONGKAR setelah mendapat panggilan dari staf ofis.
KTINGG!
Pintu lif terbuka sebelum Harun dan Yana melangkah keluar dan menuju ke premis penerbitan terbabit.
"Apa dah jadi ni you all?"soal Yana ketika para wartawan dan staf di lihat sedang berkerumun di sebuah meja dalam ruang pejabat.
"Kak Yana..abang Harun..misteri datang bergolek dengan sendirinya ke pejabat kita"kata Haziq.
"Misteri datang bergolek?"serentak Yana dan Harun menyoal.
"Yana..Run..kita ada terima bingkusan kotak misteri"kata Ghani.
"Kotak misteri? Dari siapa Ghani?"tanya Harun.
"Tak di ketahui siapa pengirimnya. Malah kepada siapa kotak ini nak kirimkan pun tak di ketahui juga"balas Ghani si pengarah urusan syairikat penerbitan BONGKAR.
Kotak itu pun di belek oleh Harun dan Yana. Ia masih belum di buka dan masih bersalopin tape. Tiada alamat atau nota apa-apa tertera pada badan kotak.
"Uhuhu naya..naya..iya jangan ada pulak orang nak hanto bom kat opis BONGKAR sudah..uhuhu tak pasal-pasal berkecai perut beso aku ni..sekian"wartawan Yeob Maon memang celupar mulutnya.
"Hish..tak adalah sampai nak kirim bom Yeob..naya beno le kalo cenggitu"sampuk Encik Rauf Johari si Jurueditor penerbitan syarikat.
"Kita nak buka ke kotak ni atau telefon dan serahkan kepada pihak polis je?"kata Asywina Joseph.
Semua orang memandang kepada Encik Ghani.
"Macam mana Ghani? elok bukak ke atau call polis?"tanya Yana.
Ghani berfikir-fikir sejenak.
"Kalau memang kotak ni tak ada di tujukan pada alamat-alamat tertentu,rasanya apa salahnya kita cuba buka dan tengok dulu apa isinya"
"Setuju!"
Rata-rata ramai staf yang bersetuju.
Harun pun membuka kotak tersebut. Salopin tape di cabut. Ketika penutup kotak sudah terbuka,Harun pun melihat ke dalamnya.
"Uhuhu iya ada apa kat dalam tu haa bang Harun?sekian"wartawan Yeob dah tak sabar-sabar.
Dahi Harun berkerut dan dia pun senyap sahaja agak lama tanpa menjawab pertanyaan Yeob Maon sehingga membuat semua orang berasa berdebar dan saling berpandangan sesama sendiri.
"Run..what's in it?"tanya Yana.
Harun menoleh kepada Yana sebelum berpaling kepada Ghani dan para staf yang lain.
"Keratan Akhbar"balas Harun mudah.
"Keratan akhbar??!"
Semua orang berkerumun untuk melihat.
Kotak itu Harun telangkupkan hingga helaian-helaian keratan akhbar di dalam kotak berjatuhan di atas meja.
"Uihh..ini keratan akhbar BONGKAR"kata Haziq.
"Okey..dia highlights nama setiap wartawan dekat setiap artikel. Apa motif dia?"kata Asywina.
Semua orang sibuk membelek keratan-keratan artikel dari akhbar BONGKAR itu dan cuba memikirkan apakah tujuan sebenar si pengirim kotak misteri berbuat sedemikian rupa.
"Haih..ada orang nak bergurau dengan kita ke ni?"kata Yana.
Fikiran Harun ligat memikirkan tentang semua itu. Tapi apa yang pasti,si pengirim kotak misteri cuba memberitahu bahawa dia sedang mensasarkan kepada para wartawan akhbar tabloid BONGKAR dengan menekankan nama setiap wartawan dan mana-mana saja dari artikel-artikel tulisan mereka.
"Huu?uhuhu naya..naya..ini teka-teki ke haa? Sekian"
"Teka-teki? Mana?"
Semua orang berkerumun nak tengok kertas di tangan wartawan Yeob Maon. Ada sesuatu bertulis seperti ini..
S-2/4
Z-3/4
M-4/4
D-5/4
2A-6/4
3Y-9/4
2H-11/4
Di saat staf dan wartawan lain kebingungan untuk memecahkan misteri teka-teki itu,Harun dan Yana lebih pantas melakukannya.
"Aku rasa dua nombor terakhir dengan slash tu tarikh"Harun menduga.
"Yup..dan abjad tu pulak adalah nama setiap wartawan kita..Syaza,Zakuan,Mirah,Danny. Asywina dan Akim satu team. Yeob,Yati dan i sendiri berada dalam satu team. 2H pulak Harun dan Haziq''tambah Yana pula.
"Aah lah..aduh..kita orang memang tak boleh chalenge Abang Harun dengan Kak Yana kalau dalam bab teka teka-teki ni"
"Huu?uhuhu iya nama aku satu team dengan Kak Yana dan Yati ya..huhuhu iya baik..baik..pada sembilan haribulan nanti team Y akan dapat apa haa?sekian"kata Yeob Maon.
"Hm itu yang masih menimbulkan tanda-tanya. Hari ni satu haribulan. Syaza..elok kamu hati-hati esok. Kita tak tahu apa yang di maksudkan oleh si pengirim kotak dengan melabelkan setiap wartawan dengan tarikh tertentu"Encik Ghani menasihati salah seorang wartawan.
Wartawan itu tampak seperti orang resah-gelisah. Sudahlah pula nama dia yang terpaling awal di catatkan.
BERSAMBUNG...
Share this novel