PULANG BAB 27 : SAAT CINTA MAKIN BERSEMI

Romance Completed 15562

SEAWAL jam 4:30 pagi sebelum masuk waktu subuh, Ghan terjaga dari tidur. Dia memandang Arisya yang masih nyenyak tidur disisinya. Itu kali kedua mereka tidur bersama dan berharap kekal untuk selamanya.

Ghan meneliti setiap inci wajah Arisya. Dia menyelak rambut Arisya ke belakang telinga.

“Sayang, bangun… nak masuk subuh dah” ucap Ghan mengusap pipi Arisya. Salah satu kelemahan Arisya, dia susah untuk bangun dari tidur apabila mengalami keletihan yang berlebihan.

Ghan menepuk lembut berkali-kali pipi Arisya. Merisaukan betul.

“Hmm.. kenapa?” Soal Arisya dalam keadaan mata yang terpejam. Dia menarik selimut lebih tinggi seraya membelakangkan Ghan.

“Sayang? Abang kejut bangun la. Bukan sambung tidur” ujar Ghan menggeleng kepala dengan kelakuan Arisya.

“Okey..” jawab Arisya, matanya terasa melekat seperti diletak gam.

Ghan bangun meninggalkan Arisya dan terus berlalu ke bilik mandi.

Arisya mula mengerutkan kening walaupun masih belum membuka matanya. “Macam mana pulak aku boleh tertidur dekat sini…” Arisya bangun duduk bersila diatas katil dalam keadaan mata masih terpejam.

Ghan kembali mendekati Arisya setelah membersihkan diri. “Lah, dah duduk macam tu pun boleh tidur lagi?” Soal Ghan sendiri. Dia mendekati Arisya disisi katil.

“Sayang.. teruknya mengantuk” Ghan mencuit hidung Arisya.

Arisya tersentak, terbuka luas matanya apabila jari sejuk Ghan menyentuh kulitnya. Dia memandang Ghan yang sudah pun berada disisi. “Sorry.. semalam Sya nak tidur dekat bilik sana tapi tak sedar pulak boleh tertidur dekat sini” omel Arisya dengan suara serak.

“Kenapa nak tidur asing lagi? Sayang nak abang lekat kad kahwin kita dekat dahi abang ke baru sayang nak yakin kita ni suami isteri?” Soal Ghan sedikit geram.

Arisya terdiam. Dia terus meraup wajahnya seraya menolak keatas rambut yang menutupi wajah.

“Sya nak mandi” balas Arisya turun dari katil meninggalkan Ghan yang mahu tukar balutan luka di siku.

“Nanti Sya buatkan” pesan Arisya sebelum menutup pintu bilik mandi. Terukir senyuman dibibir Ghan.


SELESAI menikmati sarapan pagi bersama, Encik Ahmad sempat menitipkan pesanan kepada Arisya supaya ke kandang haiwan miliknya.
Arisya sekadar mengangguk sebelum mengangkat talam berisi cawan dan pinggan yang telah digunakan ke dapur. Puan Halimah pula masih berada di luar, menghadiri kursus selama seminggu.

Sebaik kelibat Arisya hilang dari pandangan, Encik Ahmad mengalihkan perhatiannya kepada Ghan.
“Hmm… macam mana?” soalnya tiba-tiba.

Ghan yang sedang membalas pesanan WhatsApp terus mengangkat kening, tidak mengerti. “Macam mana apa?”

Encik Ahmad mencondongkan tubuh sedikit, suaranya lebih perlahan. “Hati dah terbuka untuk terima Sya sebagai isteri ke?”

Ghan menghela nafas, meletakkan handphone di meja. “Sya memang isteri Ghan pun.”

“Maksud abah, dulu kan kamu pernah cakap tak akan pernah suka dengan..”

“Abah.” Ghan segera memotong kata-kata bapanya, khuatir jika perbualan itu sampai ke telinga Arisya.

Encik Ahmad hanya tertawa kecil melihat reaksi anaknya. “Tahu pun takut,” usiknya sebelum bangkit. Dengan senyuman di bibir, dia terus berlalu ke kandang untuk memantau haiwan ternakannya.

Ghan menghela nafas lega. Dia menyandarkan badan pada sofa panjang berbaldu hitam, matanya tertumpu pada rancangan televisyen sementara menunggu Arisya .

Tidak lama kemudian, Arisya muncul dari dapur sambil merapikan lengan baju T-shirt long sleeve yang diselaknya tadi.
“Eh, mana abah?” soalnya sambil memandang sekeliling.

“Abah dah gerak dulu,” jawab Ghan, matanya menatap isterinya yang berdiri berhampiran.

“Okey.” Arisya mengangguk lalu beralih untuk melangkah ke bilik.

Melihat itu, Ghan segera menegur. “Sayang nak ke mana?”

“Nak keluar la, kenapa?” Arisya menoleh kembali, hairan dengan soalan suaminya.

Ghan menarik muka sedih. “Sampainya hati tinggalkan abang sorang-sorang dekat rumah.”

Arisya mengerut dahi. “Abang sakit lagi, nak ikut jugak ke?”

“Sayang kan penawar abang, mestilah kena ikut. Baru cepat sembuh.” Ghan membuat wajah sugul, cuba meraih simpati.

Arisya merenung wajah suaminya sebelum mengangkat kening. “Cuba senyum.”

Ghan terkebil-kebil. “Kenapa?”

“Senyum la dulu.”

Tanpa banyak soal, Ghan tersenyum seperti yang diminta.

Arisya turut tersenyum kecil sebelum mengangguk. “Okey, masih ada lagi.”

“Apa yang ada?” Ghan kehairanan.

Arisya tidak menjawab, sebaliknya terus melangkah ke bilik untuk mengambil tudungnya. Ghan yang masih tidak berpuas hati bangkit mengekori isterinya meskipun kakinya masih terasa sakit.

Sebaik Arisya keluar dari bilik, Ghan sudah pun berdiri di hadapan pintu, menanti jawapan. “Sayang, apa yang ada?” soalnya lagi.

“Nothing.” Arisya menjawab ringkas lalu ingin meneruskan langkah keluar, namun belum sempat dia melangkah, pinggangnya sudah dirangkul erat.

Terbuntang matanya. “Kenapa ni?”

“Jawab dulu, baru abang lepas,” ugut Ghan dengan senyuman nakal.

Arisya mengetap bibir. “Ye lah… dekat pipi ni masih ada, itu saja.” Jemarinya menekan kedua-dua lesung pipit di pipi Ghan.

“Apa? Lesung pipit ke?”

Arisya mengangguk laju.

Ghan tergelak kecil sebelum Arisya menarik tangan Ghan yang melingkari pinggangnya. Mereka melangkah keluar bersama.

“Kenapa tak cakap sayang suka tengok senyuman comel abang ni?” soal Ghan, tersengih lebar.

Arisya menjeling sekilas sebelum mengalihkan pandangan. “Jangan nak perasan lah,” balasnya sambil menyembunyikan senyumannya yang mula terukir.


DARI jauh, kelihatan Encik Ahmad sibuk memberi makan kepada alpaca peliharaannya yang baru sahaja beberapa hari melahirkan anak.
Arisya yang berjalan beriringan dengan Ghan mula tersenyum teruja. Matanya bersinar melihat anak alpaca yang comel itu.

"Alaaa… comelnya dia!" ujarnya dengan nada cair, langsung terpikat dengan kecomelan anak haiwan itu.

Di sebelahnya, Ghan melirik ke arah isterinya sebelum berbisik perlahan, "Kalau anak kita, mesti comel juga kan?"
Langkah Arisya terhenti seketika. Merona merah wajahnya dalam sekelip mata. Tanpa sepatah jawapan, dia terus mempercepatkan langkah, meninggalkan Ghan di belakang.

Melihat reaksi isterinya yang malu, Ghan ketawa kecil. "Sayang… tunggulah abang," laungnya sambil cuba mengejar.

"Tak nak!" balas Arisya tanpa menoleh, terus mengabaikan Ghan yang tertinggal di belakang.

Sebaik tiba di kandang, Encik Ahmad menyambut kedatangan mereka dengan wajah ceria. "Haa… sampai pun. Sini, abah nak tunjuk sesuatu."

Dia mengisyaratkan mereka untuk mengikutinya ke sebuah bangunan kecil bersebelahan.

Arisya terpana sebaik melihat apa yang ada di hadapannya. "Wah, dah ada klinik la!" serunya teruja sambil memerhatikan kawasan sekeliling.

Encik Ahmad mengangguk. "Klinik dah ada, cuma doktornya saja yang belum ada."

Mendengar itu, Arisya menoleh ke arah Ghan yang baru tiba. "Kenapa belum ada doktor?"

Ghan tersenyum sebelum menjawab selamba, "Sebab doktornya dekat luar ni masih belum ready lagi."

Walaupun kakinya masih sakit, dia tetap cuba berjalan seperti biasa, tidak mahu merisaukan Arisya. Demi isterinya, kesakitan itu diletakkan ke tepi.
Arisya tercengang, lalu mengalih pandangannya ke arah Encik Ahmad.

Encik Ahmad tersenyum penuh makna. "Abah harap Sya masih tak lupa macam mana nak merawat haiwan."

Arisya terkedu sejenak. Namun, perlahan-lahan, bibirnya melukis senyuman. Kenangan lama kembali bertamu dalam ingatannya. Dia masih ingat samar-samar tentang haiwan, tentang rawatan, tentang semua aktiviti yang pernah dia lakukan ketika latihan industri suatu ketika dahulu.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, dadanya terasa sebak. Ada satu perasaan aneh yang tiba-tiba menyelinap dalam hatinya. Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan.

Ghan yang perasan perubahan isterinya segera mendekat. "Eh, kenapa menangis?" soalnya sambil mengesat air mata Arisya dengan jarinya.

Arisya tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya menggeleng sebelum tiba-tiba menyembamkan wajahnya ke dada Ghan.

Encik Ahmad yang menyaksikan momen itu tersenyum lebar, menutup mulut dengan tangannya sebelum beransur kembali ke kandang alpaca, memberi ruang kepada mereka.

Ghan pula tidak berkata apa-apa. Dia hanya membalas dengan mengeratkan pelukan, membiarkan Arisya meluahkan segalanya dalam diam.

Sesekali, dia mengusap belakang isterinya, berharap pelukan itu mampu memberi ketenangan. Apa pun yang Arisya rasa saat ini, Ghan berjanji dia akan sentiasa ada untuknya.

“Sayang… dah okey?” bisik Ghan lembut.
Arisya menarik nafas perlahan sebelum mengangguk kecil, namun masih belum mahu melepaskan pelukannya.

Ghan tersenyum. “Sayang nak peluk abang lama-lama ni sebab rindu atau sebab abang ni sedap dipeluk?” usiknya sambil mengusap lembut kepala isterinya.

Arisya tersentak, lalu segera menjauh sedikit. “Perasan!” Dia menepuk perlahan dada Ghan, tetapi pipinya tetap berona merah.

Ghan tergelak kecil. “Tapi sayang peluk jugak tadi, kan?”

Arisya menjeling sebelum mengalihkan pandangan. “Abang je yang fikir lebih-lebih.”

Ghan semakin nakal. “Habis tu, sayang nak abang fikir apa? Nak abang fikir sayang tengah bagi ‘hint’ nak anak alpaca atau… anak kita sendiri?” bisiknya di telinga Arisya.

“Abang!” Arisya menampar bahu suaminya, matanya membulat.

Ghan ketawa puas. Dia suka melihat isterinya dalam keadaan begini malu tapi dalam masa yang sama, tidak dapat menahan senyuman.

Sebelum Arisya sempat berpaling pergi, Ghan menarik tangannya perlahan. “Sayang…” panggilnya dengan suara lebih serius.

Arisya menoleh. “Apa lagi?”

Ghan tersenyum sebelum merapatkan dahinya ke dahi Arisya. Mata mereka bertemu, saling memandang dalam diam.

“Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.”

Arisya tergamam seketika. Hatinya bergetar mendengar kata-kata itu. Tanpa sedar, bibirnya melukis senyuman kecil sebelum dia membalas perlahan, “Terima kasih sebab sudi jadi suami Sya.”

Ghan tersenyum semakin lebar. Perlahan-lahan, dia merapatkan dirinya lebih dekat sebelum berbisik lembut di telinga Arisya.

“Jom kita cipta kenangan baru sama-sama.”

Arisya tersenyum malu, namun hatinya mula rasa bahagia. Tanpa banyak bicara, mereka berpimpin tangan melangkah ke hadapan, bersedia untuk kisah baru mereka yang masih panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience