BAB 36:Genetik Mutanisasi

Thriller Series 558

BAB 36:Genetik Mutanisasi.

PAGI ahad. Seawal jam lapan pagi lagi kereta perodua kenari hijau milik wartawan Yeob sudah tiba di sebuah kedai runcit yang di usahakan oleh seorang lelaki Bangladesh bernama Jangahir.

"Abang sudah lama tiyada mari. Yini pagi bili makanan apa?"sapa Jangahir sambil lihat plastik bungkusan yang ada di jinjing di tangan Yeob Maon.

"Huhuhu iya..iya..aku memang dah lama tak datang sini jikeranakan sibuk dengan pelbagai tugasan mencabor ya..huhuhu iya pagi ni aku ada bungkus nasi lemak,roti jala dan kuih-muih sikitlah..sekian"balas wartawan gemuk tu tersenyum-senyum sambil melihat-lihat ke rak akhbar dan majalah.

Cuti hujung minggu begini pakai t-shirt, seluar pendek dan selipar jepun je nampaknya.

Naskah BONGKAR seperti biasa terjual laris menurut Jangahir.

"Yitu sayia punya Bangladesh friend pun suda suka baca yini Bungkar paper lah bang. Tapi tingok gambar saja..baca tada faham juga"ujar Jangahir.

"Huu?Huhuhu iya bagus..bagus..mintak bior le ko racun lebih ramai lagi pemuda-pemudi bangla agar beli surat kabor BONGKAR ya. Huhuhu faham ke tak faham ke itu belakang kira lah. Yang penting ko beli..paham?sekian"

"Baiklah bang..sayia faham"

"Huu?uhuhu iya apa dah jadi dengan surat kabor SELONGKAR haa? Uhuhu ko ada curi-curi jual SELONGKAR lagi ke kat belakang aku haa? Iya dah lama aku tak dengo apa-apa cerita pasal tabloid tu..sekian"

"Yitu Silongkar paper tiyada jual lagi lah bang..sudah puas sayya cari di sana sini. Bangladesh friend cakap yitu Silongkar paper punya kilang timpat dia kirja pun semua sudah tutup juga"

"Buhuhu iya dah bangkrup rupanya ya..huhuhu patut..patut..huhuhu sekian"


________________

SEHELAI kertas surat khabar muka hadapan SELONGKAR terbang melayang di tiup angin. Datangnya dari sebuah kabin tong sampah besar yang ternganga di topi jalan dekat sebuah lorong belakang. Rupanya ada bertimbun-timbun lagi akhbar tabloid keluaran syarikat terbabit yang telah di buang ke dalam kabin sampah.

Seorang lelaki gelandangan yang bekerja sebagai pengumpul akhbar lama sedang mengutip timbunan tabloid tersebut.

"Rezeki aku la dapat banyak setimbun macam ni. Haih..malang betul syarikat tabloid SELONGKAR ni..baru je keluar satu ke dua isu,lepas tu dah bangkrup!"

Tiba-tiba telah berlaku pusaran angin misteri dari dalam kabin sampah. Kertas,tin,kotak dan helaian akhbar mulai bercampur aduk terbang ke udara lalu bergumpal.

"Eh kenapa pulak ni? Ada puting beliung ke?"

Si gelandangan tadi mulai panik dan ketakutan lalu berganjak ke belakang.

Seseorang telah keluar dari kabin tong sampah dengan segala macam sisa beg plastik buangan melekat pada tubuhnya. Ia kelihatan tak ubah seperti raksasa sampah. Hanya dua matanya saja yang menonjol di balik gumpalan sampah.

"Kau ni apa? Raksasa sampah ke?!"soal si gelandangan.

Malang nasibnya apabila entiti berkelubung dengan timbunan sampah itu telah menyerangnya sebelum pusaran angin misteri mulai menerbangkan sampah-sampah lalu di selubungkan pula ke segenap tubuh gelandangan malang itu.

Ketika 'raksasa sampah' itu membawa tawanannya itu pergi,ia telah terserempak dengan beberapa orang lain. Namun ia berjaya lolos dan pergi dengan selamat.

Kemudian entiti misteri itu 'menawan' pula beberapa lagi orang lain. Onar yang di timbulkannya telah menarik perhatian orang ramai.

                          ******

PEJABAT PENERBITAN AKHBAR TABLOID BONGKAR.

''...ramai saksi telah tampil dan membuat aduan ke balai polis di atas kemunculan lembaga misteri berkelubung sampah yang telah menculik beberapa orang di sekitar pekan dan desa. Berita selanjutnya.."

"Pulak dah! lembaga apa yang berkelubung dengan sampah sampai macam tu sekali? Siap menculik orang pulak tu"kata wartawan Haziq sejurus menonton laporan berita di kaca televisyen pejabat.

Wartawan Yeob sedang duduk makan keropok.

"Uhuhu gila..gila..kemungkinan orang tak waras punya kerja ya..sekian"katanya.

"Iyalah kalau orang tak waras punya kerja sekalipun,tapi apa hal pulak dengan kemahirannya yang boleh membuat sampah-sarap berterbangan dalam pusaran angin macam tu?"kata Asywina pula.


_______________

XENO-VOYAGER masih terhampar di tengah kawasan lapang Zon Projek Highlanders. Semenjak akhir-akhir ini ada beberapa individu pihak luar yang berani menceroboh ke tapak berkenaan demi melihat sendiri dengan mata kepala mereka akan kewujudan piring angkasa besar tersebut.

Akan tetapi beberapa orang yang datang ke situ di dapati tidak kembali semula sehingga ahli keluarga mereka terpaksa membuat laporan ke balai.

Pihak polis baru sahaja hendak di hantar ke Zon terbabit untuk menyiasat namun kini gempar pula dengan kemunculan lembaga misteri berkelubung sampah yang menculik orang di sana-sini sehingga tumpuan pihak berkuasa dan orang ramai mulai terlupakan perihal yang berlaku di Zon Projek Highlanders.

Akhirnya piring terbang Xeno-Voyager kembali aman tanpa pencerobohan pihak luar. Apakah semua ini saling ada perkaitannya?

GRAHHH!

Pintu logam pesawat piring terbang itu terbuka luas. Asap-asap misteri dari dalam melayang dan menerawang ke segenap ceruk.

Sepasang kaki milik seseorang sedang melangkah keluar dan turun di tangga yang di sediakan. Beliau tak lain dan tak bukan adalah orang misteri itu sendiri.

Pandangannya di lempar ke kejauhan.

Dan tak lama kemudian,dari kejauhan itu telah muncul lembaga yang tubuhnya besar dan diliputi oleh benda bergumpal-gumpal. Apabila dia semakin hampir ke piring terbang barulah jelas kelihatan gumpalan-gumpalan itu rupanya adalah bungkusan beg-beg plastik sampah.

Tidak setakat itu malah dia juga turut membawa timbunan sesuatu di atas muatan beroda. Ya itu lah timbunan jasad orang-orang yang sudah menjadi mangsa culiknya.

Orang misteri pun mulai berkomunikasi dengan lembaga sampah tersebut.

"Bagus sekali kerja yang kau dah buat ni. Penculikkan yang kau lakukan bukan sahaja telah membawa pulang hasil jasad-jasad baru untuk di inkubasi,malah telah mengalih perhatian pihak berkuasa dan masyarakat dari Zon Projek Highlanders dan Xeno-Voyager"kata orang misteri.

Jasad-jasad mangsa culik itu pun di bawa masuk ke dalam pesawat Xeno-Voyager lalu di tempatkan ke dalam deretan inkubator-inkubator yang masih kosong.

Sementara itu penutup beberapa buah inkubator lain pun mulai terbuka. Jasad-jasad yang terbaring di dalamnya pun mulai terjaga. Mereka pun keluar darinya. Jumlah mereka ada sekitar belasan. Di antaranya ada kanak-kanak,remaja,orang dewasa,lelaki dan wanita.

''Baguslah kamu semua sudah bangun dari tidur masing-masing setelah melalui proses eksperimentasi genetik dan mutanisasi. Setiap dari kamu mungkin ada sesuatu keistimewaan khas yang berbeza-beza. Cuba lihat kepada Yazid. Beliau adalah bekas konstabel polis. Selepas di inkubasi dan di mutasikan genetik,kini beliau mahir memanipulasi pusaran udara"kata orang asing lalu menunjukkan kepada Yazid.

Pusaran udara kecil pun terhasil. Beberapa objek pun di terbangkan lalu meliputi diri Yazid yang tak lain tak bukan adalah lembaga misteri berkelubung sampah yang telah menimbulkan onar baru-baru ini.

DENGAN terbebasnya manusia-manusia hasil eksperimen inkubasi itu ke khalayak masyarakat,maka timbullah pelbagai onar dan masalah baru.

                       ____________

MALAM tu bertempat di downtown. Ada sebuah gerai burger yang sering menjadi tempat singgahan wartawan Yeob Maon. Jadi malam ni beliau melepak kat situ bersama beberapa orang rakan wartawan dan staf untuk menikmati keenakkan burger downtown.

"Haa..aku punya chicken grill special Yeob. Keju nak double!"wartawan Haziq membuat pesanan.

''Uhuhu iya Ziq..baik..baik..ko pulak Wina?"

"Hm i nak rasa burger kijanglah"kata Asywina.

"Uhuhu iya regular ke special haa? Jikalau special maka nya burger kijang ko empat tingkat ya..huhuhu untung..untung..sekian"

"Aih siapa pulak nak makan banyak-banyak sampai empat tingkat tu Yeob? I punya regular je cukup"

"Uhuhu iya okey Wina..siap..sekian"

Wartawan Yeob bangun dari meja dan pergi membuat pesanan.

Lebih kurang lima minit menunggu pesanan burger di siapkan..

"Uhuhu sodip..sodip..sekian"wartawan Yeob dah sengih-sengih melihat kepingan-kepingan burger yang di masak lembut dan tampak berjus.

"Nak letak sayur ke bang?"

"Huu?uhuhu tidak..tidak..burger beef special aku tak mo sayur ya..sekian"

"Mayonis? Custard? Nak buh ke?"

"Uhuhu iya bang..bubuh..bubuh semua tu..uhuhu mayonis..mustard..custard ke..bastard ke..huhuhu mintak bior ko buh semua..sekian"

"Hahahaha"ketawa penjual burger tu.

"Buhuhu..iya kelakor ya..sekian"

Akan tetapi keadaan sekitar downtown tiba-tiba bertukar kecoh. Para pengunjung di lihat berteriak-teriak dan melarikan diri.

"Ai dah kenapa pulak tu?"Haziq dah berdiri dari kerusi meja untuk melihat.

''Uik! tak ada angin tak ada ribut..tiber je dia orang ni panik tak memasal"kata Asywina.

Ketika dah ramai bersurai melarikan diri barulah jelas kelihatan ada beberapa lembaga manusia yang aneh perilakunya sedang merangkak di atas jalanraya. Lidahnya panjang mencecah ke jalanraya. Matanya liar.

"Huhuhu iya burger kita dah siap ya..sekian"Yeob maon dah labuh punggung di atas kerusi dan buka bungkusan burgernya.

"Hm..tak apa lah..i makan kat rumah je"kata Asywina.

"Aku pun sama. Jom kita gerak. Dia dah dekat tu"ajak Haziq.

"Huu?uhuhu iya itu orang buat gimik je lah..sekian"

''Gimik kata ko? Orang ramai dah cabut lari Yeob. Jom"

Yeob punya degil akhirnya burger daging specialnya telah di sambar oleh lidah yang amat panjang dan sepantas kilat.

ZAPP!

"Huu??!"

Terbeliak besar biji mata wartawan gemuk tu bila lihat lembaga merangkak itu rupanya yang punya kerja. Dia mampu menyambar apa sahaja objek dengan lidahnya.

Haziq dan Asywina dah cabut lari lebih awal lagi.

''Huu?huwaaaaaaa...naya..naya..uhuhu bagi balik burger aku tu laa..huwaaaaa..sekian"parau je suara Yeob macam menangis bunyinya.

BAB 36:Genetik Mutanisasi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience