BELAKANG badan Rumi ditepuk kuat demi mematikan pandangan Azam sedang leka memandang isterinya. Dia tahu apa yang berlaku malam tadi namun dirinya memilih untuk diamkan diri demi menjaga hati Atie. Tidak sanggup rasanya mahu melukai hati adik iparnya.
Rumi tahu macam mana rasanya sakit bila orang yang kita sayang dan cintai khianati kita. Hati Atie pasti pecah berderai apabila mengetahui sikap kakak kandung dan suaminya melakukan hal yang terkutuk.
"Abang, jemput makan sekali. Sayang, cedukkan abang," arah Azam sopan.
"Atie tak usah. Abang dah makan tadi sebelum makan ubat. Korang yang nak jalan jauh bukan abang. Lagipun abang yang masak semua ni. Nak harapkan akak kau tu... makan dekat kedai korang berdua jawabnya," sindir Rumi sengaja.
Syika berdecit dan melabuhkan punggung di kerusi.
"Sorry abang. I penat sangat. Kebetulan pula period."
Azam yang sedang mengunyah tersedak mendengar bicara kakak iparnya namun tidak untuk Rumi. Rumi memandang wajah Syika yang sedikit pun tiada perasaan bersalah. Alasan yang agak memualkan.
"Kau memang suka putar alam Syika. Kenapa kau tak ada harga diri?" bisik batin Rumi.
"Abang, I lupa nak bagitahu you. Malam nanti I ada meeting."
"Macam biasa balik lewat sebab nak teman kawan dengan bos. Betul?" Rumi sengaja memotong bicara Syika.
Syika tersenyum manja dan memaut lengan suaminya. Kepalanya dilentukkan ke atas lengan kekar suaminya.
"You memang husband yang open. Suddenly I feeling love you." Pada masa sama pandangannya melirik ke arah Azam dengan riak wajah manja.
"Buwekk!"
Atie menjolok tekaknya dan menepuk dadanya berulang kali. Entah apa yang merasuk akaknya pagi ini tiba-tiba mengucapkan madah ke abang Rumi.
Rumi dan Syika memandang Atie dengan wajah pelik manakala Azam mencubit lengan isterinya berulang kali.
"Sayang kenapa? Pregnant?"
"Celah mana nak mengandung bie, saya bocor. Saya muntah dengah akak tengah bodek abang."
"Sayang cemburu ya Syi... Akak Syika sweet dengan abang Rumi."
"Syika ya. Sedap sangat sampai lupa itu akak ipar kau," keluh batin Rumi.
"Tak kuasa nak cemburu. Saya cuma geli. Dah lapan tahun tapi tak reti jaga rumah tangga. Lepas tu jahat pula mulut salahkan abang gaji sikit. Abang, kedai abang tu dah viral lagi viral daripada akak. Akak ni bukan glamour mana pun. Suam-suam kuku kaki jea tapi lagak dia macam super model top."
"Kau!"
Rumi memaut lengan Syika agar tidak bertengkar di depan rezeki. Tangannya menepuk-nepuk lembut lengan isterinya agar bertenang.
"Sayang, kecil hati akak dengan abang," pujuk Azam.
"Mana ada kecil bie. Elok jea saya tengok. Akak ni tak boleh bagi muka bie, nanti dia pijak muka kepala kita," omel Atie.
Rumi menarik nafas panjang. Sejujurnya ada benar bicara Atie. Dia bukan mahu mempertahankan isterinya tapi dia mempertahankan rumah tangga dan harga diri di depan Atie dan Papa. Dirinya bertahan bukan kerana anak atau Syika isterinya. Dia bertahan kerana janji yang telah dilafaz saat pernikahan.
"Abang sedar Atie, Azam... abang tahu abang dah pilih Kak Syika untuk jadi teman saat abang mengemudi kapal di tengah lautan. Apa pun abang sanggup hadapi dan tempuh. Lagi pula Abang dah kehilangan anak dua kali. Abang tak sanggup kehilangan Syurim. Dia satu-satunya zuriat papa."
Semua yang ada di meja terdiam mendengar luahan hati Rumi. Azam hanya mampu meneguk liur sambil ditemani rasa bersalah. Atie pula merasa kasihan dengan apa yang telah menimpa abang iparnya dan Syika pula mengomel di dalam hati memarahi suaminya.
"Mula dah Rumi nak raih simpati," omel batin Syika.
"Abang, tanggungjawab suami bimbing isteri dan anak. Saya tahu abang ikhlas tunaikan tanggungjawab yang sudah diatur Tuhan," tegur Azam. Wajah isterinya ditenung sekejap dan beralih bermain mata dengan akak iparnya.
Ikhlas. Jika dirinya dikatakan ikhlas sepertinya Rumi sedang menipu dirinya sendiri. Dirinya bukan manusia berhati mailaikat namun dia berusaha sedaya upaya untuk tetap bersyukur serta memperbaiki diri sendiri dan keluarga.
"Betul kata Azam bang," celah Atie.
"Abang, Tuhan uji kita sebab dia sayang. Saya rasa abang dengan akak pasti dapat ganjaran dari dugaan rumah tangga nanti," sambung Azam.
Rumi mengeluh kasar hingga terasa dadanya pedih. Atas sebab itu dia memilih untuk sabar. Rumi memilih untuk terus setia dan selalu berusaha menjadi yang terbaik. Dia berharap dapat membentuk Syika ke jalan kebaikan namun usahanya disia-sia oleh Syika sendiri. Kebebasan yang dia berikan sudah disalah gunakan Syika.
Selang sejam Yusmijan bersalaman dengan Azam tanda perpisahan dan disulami ucapan terima kasih.
"Atie, lepas ni abang tak akan benarkan Atie ambil Syurim lagi. Abang nak dia belajar hidup dengan abang dan akak," ucap Rumi spontan.
"Tapi kenapa? Abang, kenapa abang tak bagi Atie ambil Syurim lagi? Syurim tu bukan orang lain... dia anak saudara Atie. Itu atuk dia. Atuk kandung," jawab Atie.
"Abang sendiri boleh bawa Syurim pergi jumpa papa. Abang tak nak sebabkan Syurim korang berdua penat."
Atie berdecit.
"Abang kejam!"
Jauh dilubuk hati Atie timbul rasa kecewa, marah, dan tidak boleh menerima kenyataan Syurim tidak akan bersamanya lagi.
"Amboi abang, selalu bukan abang ke paling suka bila Atie datang," sindir Syika.
Syika dapat rasakan sejak dari awal dia bangun suaminya melayan dia dengan dingin. Peluang untuk dia bersama adik tirinya seperti sia-sia jika suaminya menghalang mereka datang.
"Keputusan abang bulat. Mulai hari ni Syurim tak boleh tinggal dengan Atie lagi," balas Rumi dengan tegas.
Mata Atie sudah mula berkaca. Atie masuk ke dalam kereta dengan wajah mengetat. Pintu kereta sengaja ditutup kuat.
"Abang, Kak. Azam balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Hati-hati memandu. Ingat kau tu suami Surianti. Jangan ingat nak sedap kau jea."
Syika meneguk liur mendengar bicara suaminya. Dia berlari mengejar Rumi sudah masuk ke dalam rumah. Pergelangan tangan Rumi ditarik kasar.
"Kenapa you tak izinkan Atie jaga Syurim? You jangan berangan dan suruh I berhenti kerja jaga dia. I tak nak jaga."
Pergelangan tangannya dipulas kasar dan pantas memegang pergelangan tangan Sykia. Rumi segaja dekatkan tubuhnya ke arah Syika.
"You nak buat apa dengan I. Kita dah janji yang...."
Mulut isterinya ditekup. Pinggang isterinya dipaut agar tubuh Syika berada dalam pelukannya.
"Abang tak suruh pun awak jaga Syurim cuma abang nak nasihatkan jangan sakitkan hati Atie. Abang nak hal malam tadi merupakan yang terakhir. Jangan pernah sekali serahkan tubuh awak ke Azam."
"You marah sebab you masih sayang Atie?"
"Abang tak pernah sentuh Atie macam awak sentuh Azam. Budak tu anak imam. Cukuplah awak pernah sekali mengandungkan anak orang lain. Abang tak nak sebabkan rakus nafsu awak tu... satu hari nanti awak mengandung anak Azam pula!"
Tubuh isteri-isteri ditolak kuat. Rumi beredar meninggalkan Syika sendirian di muka pintu. Lebih baik dia bertemu Syurim daripada melayan isterinya.
.
.
Flashback
"Awak cakap apa dengan abi Nadirah? Awak sengaja nak burukkan dia depan abi dan ummi!" tengking Rumi.
Nadirah terbungkam apabila Rumi dan Atie muncul secara tiba-tiba dan memarahinya.
"Abi, jangan dengar apa yang Irah cakap dengan abi dan ummi. Irah sengaja nak besarkan cerita dan burukkan Atie dengan abi dan ummi," ucap Rumi dengan penuh emosi.
Satu tamparan hinggap ke pipi Rumi.
"Abi sanggup tinggalkan kerja demi masa untuk bersama ummi dan nak Rumi supaya jadi manusia. Sejak Rumi berkawan dengan Ezad, perangai Rumi berubah. Rumi sanggup peluk cium perempuan tu depan orang!"
"Uncle, auntie. Maafkan saya. Irah saya tahu awak marah bila Rumi banyak luangkan masa dengan saya dan tak layan awak. Saya dengan Rumi cuma kawan."
Rumi menoleh ke arah Irah dan ummi. Dia mengucap panjang.
"Diam! Kau tak ada hak bersuara dalam hal ni."
Tersentak Rumi dan Atie apabila ditengking ummi. Liurnya tiba-tiba kering.
"Ummi, walaupun dia pakai macam ni tapi dia perempuan baik."
"Dia baik habis tu Irah?"
Rumi merengus. Hujung bajunya digenggam menahan emosi.
"Baik, Rumi tak tak nak jawab ya soalan ummi. Nampak tak pintu tu? Keluar dan jangan balik lagi!"
"Auntie, jangan halau Rumi. Rumi, saya sedar diri. Terima kasih selamatkan saya. Irah saya minta maaf. Rumi, saya minta maaf dah susahkan awak. Terima kasih dah selamatkan saya. Saya doakan awak bahagia dengan Irah."
"Atie, tunggu dulu! Jangan pergi!"
Rumi cuba mengejar Atie namun dihalang abi. Lengannya dicengkam kuat.
"Abi, saya tak boleh biarkan Atie dekat luar sorang-sorang. Dia...."
"Ummi!"
Rumi menoleh ke arah Irah sedang menyambut tubuh ummi. Dia cuba menghampiri ummi namun dihalang Abi.
"Jangan sentuh ummi. Mulai hari ni Rumi bukan anak abi dengan ummi lagi. Berambus!"
~
"Bos, dengar ke tidak?" Cici menepuk meja kuat demi menghentikan lamunan majikannya dari tadi. Kakinya menyepak Farish agar membantunya.
"Hah, ya la bos! Tadi kata nak buat sama-sama. Saya Mana reti nak deco benda ni semua."
Rumi bangun dan mengeluh kasar.
"Baik tak payah upah kerja."
"Bukan, dia kena air tangan bos. Bos punya tangan lain... ada polaris. Saya dengan Cici bukan jenis tangan tu."
"Tangan kau jenis apa?"
"Jenis perosak."
.
.
Selesai memunggah barang ke dalam kereta, telinganya menangkap suara budak kecil sedang menjerit meminta tolong. Matanya liar memandang ke arah seberang jalan. Tanpa fikir panjang dia berlari ke arah anak kecil itu.
"Kenapa pukul dia?"
"Kau tak payah sibuk! Ini urusan aku."
Rumi menolak lelaki sedang memegang lengan anak kecil itu. Tubuh anak kecil itu dibawa ke tubuhnya. Tangannya memeluk tubuh anak itu kemas.
"Kau tak patut seksa budak ni. Dia pun bernyawa."
Lelaki berkulit cerah serta mempunyai tattoo di tangan kiri mengangkat tangan memberi arahan ke anak buahnya.
"Belasah dia sekali!"
"Arghh! Uncle tolong. Saya takut."
Siapa sangka Rumi memeluk tubuh anak kecil itu kemas walaupun dipukul beberapa orang lelaki itu dengan teruk.
"Berhenti!"
Share this novel
tak sabar nak uc. Nak tahu seterusnya.