BAB 17:VHS

Thriller Series 558

BAB 17: VHS

KETIKA zombi-zombi itu mulai berkasar dengan cuba menghentak ke cermin,pantas Haziq menekan pedal minyak dan kereta itu pun meluncur meninggalkan mereka di belakang.

Haziq melihat ke cermin sisi dan cermin pandang belakang. Para zombi tadi di lihat berpatah dan cuba mengejar kereta Haziq.

Di sepanjang jalan itu pun dapat Haziq temui beberapa zombi lain sedang jalan terhuyung-hayang.

"Ada apa je dengan kilang gandum tu? Kenapa zombi-zombi datang dari sana pulak?"begitu persoalan timbul di benak fikiran wartawan muda itu.

Akhirnya bangunan kilang gandum itu pun kelihatan. Haziq berhenti dan melihat dari jauh. Kelihatan ada sebuah dua kenderaan berhenti di kilang terbabit. Pemandunya di lihat sedang berurusan dengan para zombi.

"Aik?! elok je kelakuan zombi-zombi tu..tak ada pulak mereka berjalan terhuyung-hayang macam mabuk. Siap boleh bercakap gelak ketawa bagai dengan pemandu kenderaan tu"Haziq mulai berasa curiga.

Dalam pada masa yang sama semua yang sedang di lihatnya itu terus di rakam.

Beberapa timbunan kotak mengandungi paket-paket tepung di masukkan ke dalam bonet kenderaan-kenderaan yang singgah ke kilang terbabit. Kerja-kerja mengangkut stok gandum itu di lakukan oleh para zombi.

Haziq berasa tidak sedap hati. Dia pasti kemunculan zombi-zombi berkenaan hanyalah suatu lakonan sahaja demi menakut-nakutkan dan mengaburi pengetahuan para penduduk sekitar tentang aktiviti 'gelap' yang sedang mereka lakukan di kilang terbabit.

"Aku rasa aku dah faham"Haziq tersenyum sambil petik jari.

Tak bertangguh dia pun beredar dari situ.


___________________

PAGI tu para wartawan dan staf berkumpul di pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR sambil menonton laporan berita pagi yang keudara di kaca televisyen.

"Susulan aduan yang di buat oleh wartawan Haziq dari akhbar tabloid mingguan misteri popular BONGKAR sekitar malam semalam,telah berjaya membongkar misteri sebenarnya di sebalik kemunculan gerombolan zombi kilang gandum di Desa Tempayan Labu.  Pihak polis telah di hantar ke sana dan menyerbu kilang terbabit yang rupa-rupanya telah di jadikan sebagai kilang pemprosesan berkampit-kampit dadah yang berlindung di sebalik produk tepung gandum..berita selanjutnya.."

"Woooo syabaslah Ziq!!"teriak seorang staf sebelum di sambut riuh oleh warga redaksi di syarikat penerbitan terbabit dengan tepuk tangan dan ucapan tahniah buat wartawan Haziq.

"Heheh biasa-biasalah guys..aku ke sana nak siasat pasal zombi sebab memang betul-betul gerombolan zombi yang muncul depan mata aku semalam. Tapi rupanya semua tu hanyalah lakonan mantap demi menutupi aktiviti haram yang sedang di jalankan"

"Huhuhu iya takkan nak tepuk sorai je haa? Uhuhu mintak bior le ko belanja kami makan bagai Ziq..huhuhu sekian"Yeob Maon main petik je sesuka hati.

"Setuju! Setuju!!"

Wartawan dan staf lain pun laju saja untuk menyetujukan perkara-perkara sebegitu.

"Gila engko..rabak lah aku camni. Staf punya ramai ni..gaji aku banyak mana je.."Haziq dah garu-garu kepala.

"Buhuhu..iya Ziq baik..baik..sebelum kepala ko botak tengah tinggal sideburn je kiri kanan kerana dah pokai..bior le ko enggan untuk setuju..sekian'

Bahahahahaha

"Ahahaha..okey..okey guys..sambung kerja balik..nanti mengamuk Encik Ghani tengok kita sibuk bersembang dan bergelak ketawa je"kata Yana.

Semua orang kembali ke meja masing-masing.

"Yana!"teriak Kak Husna berteriak memanggil.

"Yup!"Yana pun berjalan ke meja Ketua Kerani Editor Pengurusan tersebut.

"Ni ada maklumat interview dengan seorang informer"kata Kak Husna sambil menyerahkan suatu fail.

"Kes apa ni Kak Husna? Ada apa dalam ni?"tanya Yana sambil membelek fail tersebut. Terdapat suatu sampul yang agak kembung berisi dengan sesuatu.

"Informer tu cabar wartawan kita untuk tonton pita VHS tu dan siasat misteri di sebaliknya"terang Ketua Kerani terbabit.

Maklumat dalam fail mencatatkan kononnya ada beberapa orang yang menyahut cabaran untuk menonton pita VHS tersebut telah di dapati hilang tanpa jejak.

"Wow! sound interesting..hm nanti i tanya kat mana-mana wartawan kita yang berani sahut cabaran"kata Yana.

"Informer tu petik nama you and Harun"

"Really? I memang suka dengan cabaran macam ni Kak Husna. Cuma lately i pun tengah pening kepala bercampur stress ni..you pun tau-tau je lah kes anak i kena culik di tambah dengan ugutan orang misteri berkaitan kes Haunted Hills pun tak selesai lagi kan.."

"Kalau macam tu you pass kat Harun je lah Yana"

"Okey"

Yana pun berjalan ke bilik pejabat Harun. Wartawan lelaki senior itu kelihatan agak sibuk dengan tugasan mengelola suatu kolum khas untuk di muat ke akhbar tabloid misteri BONGKAR.  Yana pun memberitahu tentang kes misteri terbaru yang di sampaikan oleh Kak Husna itu.

                         *****

"Orang hilang lepas tonton pita VHS ni?"soal Harun sambil belek pita terbabit.

"Yup! i pass kat you sebab kes Haunted Hills pun masih tengah memeningkan kepala i. According to Kak Husna..informer yang hantar pita ni lebih mengutamakan cabaran VHS ni ke atas kita berdua"

Harun tertawa.

"Hahaha..kelakar jugak ada informer macam ni. Kes misteri apa je yang akan buat aku dengan engkau berasa seram sejuk dan takut nak siasat. Dia salah cabar orang ni Yana. Haziq,Yeob,Asywina mahupun wartawan kita yang lain-lain pun boleh handle kes ni"

"Tau tak apa. So macam mana Run? You nak handle ke? Cabaran di utamakan ke atas kita"

"Hm..okey..aku pun tak sabar nak rasa di 'hilangkan' lepas tonton pita VHS ni"

"Ahahaha"Yana ketawa terkekek-kekek.


___________________

WAKTU keluar makan tengahari tu,Harun memandu ke sebuah kawasan taman perumahan murah. Setepatnya di rumah pakciknya iaitu Mahat,seorang pengumpul pita VHS lama. Lagipun dalam zaman sekarang ni,pemain VHS agak sukar untuk di temui lagi. Jadi Harun boleh berharap dengan pemain VHS yang ada di simpan dengan baik oleh pakciknya.

"Wuihh..engkau macam tau-tau je aku pun dah mengidam nak makan roti telur mamak camni Run"kata Pak Mahat ketika dia dan anak saudaranya itu duduk bersila makan roti telur yang ada Harun bungkuskan dari kedai mamak sebelum singgah ke situ tadi.

"Rezeki Pak Mahat lah tu"

"Oh ya tiba je kau datang ni Run..selalu susah nak jumpa kau"

Harun pun beritahulah hajatnya datang ke situ.

"Eh boleh..boleh..kalau engkau nak cari orang yang masih simpan pemain tape VHS jenis lama..memang akulah orang yang paling tepat untuk kau jumpa. Filem apa Run?"

"Adalah filem misteri sikit Pak Mahat"Harun tersengih.

"Kau nak tonton sekarang ke?"

"Eh tak sempat ni Pak Mahat. Lagipun waktu kerja ni. Mungkin petang sikit nanti lepas balik kerja saya kemari semula"


_______________

PETANG jam lima Harun bergegas bersiap dan pulang awal bersama rakan-rakan staf dan wartawan lain. Lagipun dia mahu singgah ke rumah pakciknya Mahat untuk menonton pita VHS yang kononnya misteri itu.

Langit petang sedikit mendung. Suasana pun agak berangin. Lebih kurang dua puluh minit memandu dari ibukota,dia pun tiba di rumah Pak Mahat.

"Assalamualaikum Pak Mahat! oh Pak Mahat!"

Berkali-kali Harun berteriak dari luar pagar. Salam di beri pun tidak bersambut.

"Eh tidur ke orang tua ni?"

Harun pun buka pintu pagar dan masuk ke rumah. Pintu pun kebetulan tidak berkunci.

"Pak Mahat! oh Pak Mahat!"

Teriakkan di dalam rumah juga tidak berjawab. Entah ke mana orang tua itu menghilang pun Harun tidak tahu. Tapi televisyennya dekat ruang tamu di biar terbuka. Harun lihat ke permukaan skrin tv hanya di penuhi dengan ribuan bintik-bintik gangguan siaran.

Harun pun duduk menunggu seketika. Televisyen dengan gangguan siaran itu di biarkan sahaja. Harun periksa pula ke bahagian dapur. Tiada sesiapa.

Kemudian dia ke bilik tidur pakciknya. Pun tiada orang juga. Dia pun kembali ke ruang tamu. Harun baru menyedari bahawa televisyen itu sedang bersambung dengan pemain pita VHS.

Tengahari tadi memang ada Harun tinggalkan pita VHS misteri itu dengan pakciknya.

"Ah jangan-jangan.."

Lalu Harun pun memeriksa ke dalam dekoder pemain VHS tersebut. Pita misteri itu sudah di pasang di dalamnya. Memang sah Pak Mahat sudah memainkan dan menonton pita tersebut lebih dulu darinya.

Harun enggan mempercayai kononnya Pak Mahat telah hilang sejurus selepas menonton video terbabit. Dia lebih kuat menyangka pakcik nya mungkin keluar rumah dan terkandas kerana hujan yang mulai turun di petang hari.

"Lebih baik aku mainkan semula pita video ni"getus hati Harun.

Butang play pun di tekan.

Muncul layar biru pada skrin televisyen bersama sedikit ralat gangguan yang biasa muncul setiap kali memainkan pita jenis VHS lama sebegitu.

"Dah lama benar rakaman video ni di buat"getus hati Harun bila melihat tarikh 4 Ogos 1987 yang tertera pada skrin layar biru di kaca televisyen.

Apakah sebenarnya yang terkandung di dalam pita video lama itu? Ke manakah menghilangnya pak cik Harun iaitu Mahat?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience